Dec 14, 2009

Siaran tergendala

Rintihan hati…

Laptop kesayangan mengalami kesukaran ‘bernafas’.
Operating system not found katanya. Harus di format semula.
Jadi, buat masa ini siaran blog ini tergendala buat seketika. Sampai bila?

Sampai laptop pulih dari ‘penyakitnya’. Sekarang mahu hantar ia ke wad ICU =(

Banyak yang mahu diceritakan. Tapi tak terdaya. Huhuhu.
Rasa seperti terputus hubungan dengan dunia luar ketika ini. Sungguh!!!
Sebabnya, hari-hari sudah terbiasa dengan rutin ‘membelek’ blog, ‘melayan’ blog kamu semua, ‘menerjah’ blog feveret. Bila ‘kebahagiaan’ saya ini diragut dengan mengejut, rasa lemah longlai, sedih & hiba sekali =( Parah betul nih. Hehehe

Rutin cheq ditukar dengan menonton DVD =) Layan. Zassss. Mahu habeskan segala stok berkurun yang ada. Masa beli tak hengat dunia, dah berhabuk pun. Tak pernah disentuh. Hehehe.

Till then, see ya frens =) Saya rindu blog kamu semua. Muah (>o<)

Dec 10, 2009

Pantun 4 kerat

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan engkau makan,
Suruh mengaji engkau tak mahu.

Pantun sindiran orang lama. Boleh guna bila anak anda malas nak mengaji. Oh, kalau loghat utara, mengaji itu maksudnya belajar. Saya dulu malas juga nak mengaji. Macam-macam hal juga yang saya buat. Nakal seperti anak jantan. Ponteng kelas mengaji. Menyorok belakang rumah padahal kuar rumah siap pakai baju kurung dan tudung. Melencong ke tempat lain (padang permainan). Ish ish ish. Kerana ini, ayah rotan saya dengan tali pinggang. Tak pun ayah dah siapkan rotan buluhnya. Hehehe. Eeh, haku ni macam Adam Nur Kasih la plak. Ha, memang macam tu lah haku kene rotan. Sakit.

Ok, tujuan asal cerita hari ini, tentang buah keranji. Korang pernah lihat macam mana rupa bentuk buah keranji?


Ha, ini pertama kali saya tengok buah keranji. Jakun jugak lah. Hehe. Baunya macam buah asam jawa. Tekstur kulit, rapuh, berbulu halus. Warna, coklat kehitaman + kelabu asap =p Cuma rasanya saja yang saya tak tau. Tak sempat nak merasa lagi. Ada sesiapa yang pernah makan buah keranji? Rasa apa ye? Masam-masam manis? =) Alahai

Dec 8, 2009

Natrah – Cinta….perjuangan & air mata

Bila tahu ‘Natrah’ dibawa ke pentas Istana Budaya, saya terus teruja. Sudah lama saya mengikuti sejarah ‘Natrah’. Memang pementasan sebegini yang saya nantikan. Mahu rasai & selami sendiri cebisan epilog tragis korban percintaan ini.


Poster

Sekali lagi Erma Fatima membuktikan kemampuan beliau berkarya & menyampaikan naskah ‘Natrah’ dengan baik. Jalan cerita yang mantop. Superb. Sampaikan berkobar-kobar semangat patriotisme mengalir di setiap saluran adrenaline ku ini. Hehehe.


Barisan pelakon yang sememangnya hebat-hebat belaka,
dapat membawa & menghayati watak dengan berkesan.

Hati tersentuh dengan cinta & kasih sayang antara ibu & anak yang berbeza warna kulit ini. Hingga akhir hayat Che Aminah, tak sedikit pun luntur perasaan kasih sayang Maria Huberdina Hetrogh (Natrah) pada insan yang telah membesarkannya. Ikatan cinta yang tak boleh dijual beli & takkan tergadai walau ia terpisah jauh.

Rasa simpati dengan nasib Natrah. Yang terjadi sudah pun berlalu. Ada hikmah dari Allah SWT untuk setiap yang berlaku. Hargai & bersyukur atas kurniaanNya yang memberi kita nikmat Islam. Kita lahir sebagai Islam. Moga pengakhiran hidup kita juga sebagai Islam. Konklusi, hanya kita yang menentukan jatuh bangun, martabat bangsa & agama. Lu pikir la sendiri.

Kamu harus tonton ‘Natrah’. Ia tidak menghampakan. Pementasan dilanjutkan sehingga 13Disember ini.

Hajat dihati cheq nak bergambar dengan Maya Karin & Remy Ishak (Jejaka Idaman Malaya) tak kesampaian. Tak sanggup cheq nak Q. Panjang yang amat. Perut pulak dah berkeroncong masa tuh. Lapo! Adus, ramai bebenor peminat depa nih. Yang paling tak tahan, ada pulak sorang makcik nih siap jerit ‘Adam, Adam!!’ Hehehe. Dahsyat sungguh penangan Nur Kasih.


Maya Karin sangat cantik in person. Sofia Jane juga cantik. Semua cantik lah =)Hanya ini hasil bidikan lensa cokia penulis setelah berhempas pulas memboloskan diri dicelah-celah lautan manusia. Dengan segala skill mencelah yang ada, penulis akhirnya berjaya merealisasikan hajat dihati. Hehehe =p At least,I'm try my best dude. Hengat senang ke nak bolos. Gilak.


Tak dapat bergambar Natrah besaq, dapat bergambar dengan Natrah kecik pun jadilah.


Barisan penonton yang feeling & sporting =p


Bersama Jejaka Idaman hati penulis =) hehehe

Dec 3, 2009

Penangan ayam

Suami saya mengidam tempoh hari =p


Mengidam mahu makan ayam goreng Popeyes! Hehehe. Inilah salah seorang penggemar tegar ayam yang sejati. Cheq tak tau la apa yang ayam dah buat sampaikan suami cheq asyik tergoda dengan ayam. Tang mana yang dia tergoda pun tak tau la. Tang peha kah? Hahaha =p Kalau tang peha, peha cheq lagi mengancam. Ayam pun tak boleh challenge peha drumstik cheq. Hehehe.

Kami dah cuba ayam goreng Popeyes. Overall, not bad. Sekali sekala tukar selera, apa salahnya. Bagi yang gemar ayam goreng crispy, inilah tempatnya.


Salutan tepung yang rangup lagi enak. Tapi, bak kata penggemar sejati ayam, ‘memang tak boleh challenge original resepi KFC’. Rasa French fries memang berbeza. Ada perisa tambahan, herba seperti jintan. Coleslaw, sedap. Mashed potato, crème & melt. Roti juga berbeza. Macam rasa kek pun ada. Pilihan menu adalah variasi. Harga, standard fast food restaurant.


Penggemar tegar ayam tersenyum lebar bila permintaan perutnya sudah ditunaikan.hehehe =p

Kepada penggemar ayam, anda boleh la cuba ya =)

Nota kaki : Esok malam ada date istimewa. Mahu nonton teater Natrah bersama suami & geng 10BH. Tak sabaq nak tengok Maya Karin & Remy Ishak dipentas. Teruja =) Saya akan update tentang Natrah naskah pementasan. Pasti. Tunggu…. Hehehe

Nov 30, 2009

Utara vs Selatan

Pernah tak korang terfikir, agak-agaknya jodoh aku nanti orang mana ya? Utara? Selatan? Pantai Timur atau Pantai Barat? Ntah-ntah nun jauh di benua lain?

Macam mana kita nak sesuaikan diri bila pasangan kita itu latar belakangnya berbeza? Bak kata mat salih, totally different u =)

Pertama kali cheq ketemu famili mertua, rasanya agak kekok. Angguk-angguk. Geleng-geleng. Senyum kambeng. Hahaha. Sebab cheq kurang faham & lambat nak tangkap loghat Negeri 9. Sebabnya, cheq lahir-lahir saja dah dengaq loghat Utara. Majoriti famili cheq berasal dari Utara tanah air. Faham-faham sajalah, loghat Utara tuh masih kuat melekat. Mak & ayah pun guna loghat Utara dalam percakapan seharian.

Banyak kali juga saya silap dengar apa yang dituturkan mak mertua. Hehe. Haku nih memang sound trouble dong! =p Ada sekali tuh, mak cakap nak buat cendawan goreng. Korang tau ape yang aku dengar? “Oh, mak nak buat sirap bandung ye”. Kwang kwang kwang =p Tu yang aku balas jawab. Malu tak hengat haku beb. Syah apa lagi, seronok la gelakkan haku. Ceh. Sengal.

Dari segi bahasa satu hal. Cara masakan pun lain. Memang la sangat berbeza dengan selera tekak cheq nih. Bila dah kawen ni, den kono la belajar masak lomak cili api dan belajar makan jugo. Hehe. Den ni pulak tak tahan podas. Macam mano tuh? Mula-mula, cheq takut nak cuba. Tapi, bila dah pekena sekali, mesti nak lagi beb =p Sikit-sikit tu bolehla. Kalau ada kenduri orang nogori, tak sah kalau tak buat pulut kuning + sambal ikan bilis. Kalau orang Utara pulak, kami makan dengan rendang daging na. Satu menu yang sama tapi tak serupa. Punya rasa berbeza, sedapnya yang tersendiri.

Saya pasti ramai yang berkahwin dengan pasangan yang latar belakangnya berbeza dengan kita. Termasuk la cheq nih. Dari sini kita belajar untuk kenal budaya orang lain kan =) Tak kenal maka tak chenta. Betul kan?

Nota kaki 1 : Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau mengaum =) Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Nota kaki 2 : Cheq tengok lembu dikorban. Insaf. Dah kawen ni, macam-macam perlu ‘dikorbankan’ =)

Nov 25, 2009

Musim kenduri kahwen!

2bulan ini, bulan semua orang sibuk soal kahwen. Orang yang nak kahwen sibuk. Orang yang nak kahwenkan anak sibuk. Orang yang dapat jemputan kahwen macam kami pun sibuk! Bukan satu dua kad, tapi berbelas-belas. Setiap hujung minggu sudah pasti. Macam mana la cheq nak diet ni =p Alasan lagi. Insyallah,kalau tiada aral melintang, kami pasti tunaikan jemputan =)

Majlis walimah minggu lepas,

puan anul yang ayu =)


Anul Suhada & pasangan (suaminya belum sampai lagi ketika ini). Tema, merah putih. Cantik. Gabungan warna yang menyerlah, membangkitkan seri. Anul, peta ke rumah awak memang perfect. Senang akak nak cari rumah. Tak sesat. Hehehe. Tahniah anul =) Moga bahagia hingga ke akhir hayat.


Farhana & pasangan. Tema, peach + cream. Walla. Suwit aje pengantin. Suka la gabungan warna ni. Table centrepiece dibuat sendiri oleh pengantin. Bravo =) Lupa cheq nak snap gambar table centerpiece itu.




Pelamin memang mantop. Simple & nice. Vase putih & lampu ala english tu yang paling menarik perhatian kalbu. Saya soooka. Hehehe. Selamat pengantin baru Farhana =) Ucapan standard. hehehe.

Nota kaki : hari ini ulangtahun kelahiran bonda terchenta. happy birthday mak! =)

Nov 19, 2009

Makcik oh makcik

Dengan ini diwar-warkan seluruh kampung.
Secara rasminya, saya sudah bergelar makcik =)
Cheq dah naik pangkat na. Hehehe. Sebelum nih, gelaran makcik tuh tak rasmi. Aha, alasan kerana tak mengaku diri ini sudah tua =p

Alhamdullilah, kakak ipar saya aka along selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.6kg pada 17 November 2009 (kelmarin) jam 3.30pm di Hospital Putrajaya. Empunya nama Nur Insyirah. Comel. Gambar puteri ini nanti ya. Puteri perlu berdandan sebelum potretnya dirakam. Hehehe =p

Kalau ikutkan, anak sedara saya nih akan panggil kami pak ngah & mak ngah. Ewah, merahnya mak ngah. Elok sangat lah tuh, pak ngah ko memang suka warna merah pun =p Hmmm, tapi saya macam nak tukar gelaran lah. Hehehe. Saya tak nak dipanggil mak ngah. Kenapa? Ada sebabnya. Biarlah rahsia. Oh, kalau panggil makcik Fathi pun ok kan? Ataupun Cik Yah. =) Mana satu ya? Nak pilih gelaran pun, boleh jadi satu dilema. Haha. Macam-macam daaa.

Nota kaki : Hadiah untuk anak sedara belum dibeli. Elok sangatlah, sebab YES start 21Nov-3Jan =) Best! Hehe. Mak menakan nih yang over excited nak pi shopping =p

Nov 17, 2009

Lesung batu

Satu-satunya essential tools dalam dapur yang saya belum ada. Kodi betul kan. Hehe =) Sebabnya, saya tak pernah buat sambal belacan sejak kawen nih. Big boss cheq tak makan sambal belacan. Aih, macam mat salih na. Konon =p

Tapi, lesung batu tetap diperlukan juga. Senang nak menumbuk. Tambahan pulak, masak untuk dua orang, bahan yang nak ditumbuk bukan banyak pun. Ciput aje. Kalau nak tumbuk bawang, adalah 2,3 ulas saja. Tak sajak plak nak pakai blender.


Hajat di hati nak beli yang seperti ini. Ikea mortar & pestle. Comel & moden kan. Tapi, masalahnya, dah lama bebenor lesung batu ini not available kat Ikea. Kepada encik pengurus Ikea, bila lesung batu ini akan buat comeback? =) hehe. Please encik, saya tertunggu-tunggu. Bagai pungguk rindukan bulan. Haha. Over.

Kalau korang tau lesung batu nih dah available kat Ikea, do inform me ya =) Selain Ikea, kat tempat lain ada tak jual lesung batu yang mirip seperti ini?


Kalau dah takde sangat, haku beli lesung batu yang cam nih ok tak? Hahaha. Segala tok nenek bahan haku boleh tumbuk / giling. Multipurpose penggiling. Very antique & traditional =)

Nota kaki : tak sajak = tak kena (bahasa orang johor) =)

Nov 13, 2009

Nur Kasih



Cerita yang tengah hot la nih. Hangat! Ha, saya tau korang pun layan gak kan. Baik mengaku. Hehehe. Saya? Haruslah layan. Eh, encik suami juga layan jugak lah. Zasssss. Hehehe. *pengaruh isteri yang diktator dalam bab tengok tv. hahaha* Rugi woo sapa tak layan. Tangkap leleh. Ada scene yang buat saya menangis. Aduh, gue ini bintang air mata dong =p

Bagi saya, mesej cerita ini bagus. Plot cerita mantop & terkesan. Bila tengok scene Aidil & Aliya bertemu, kemudian jatuh hati dan kahwin, teringat pulak kisah den ketika zaman muda remaja dulu =) Hehehe.

Ok, watak yang saya suka, erm…semua lah. Tak ada yang spesifik. Oh, kecuali Siti Sarah. Tak suka la watak tuh. Geram, menyampah, benci. Haku memang tak suka dengan orang yang suka cucuk orang lain. Luaran saja elok, tapi dalam hatinya, astaghfirullah. Mengucap panjang den. Nasib baik setakat nih, saya tak pernah lagi jumpa orang seperti ini in real life. Harap dijauhkan lah.

Malam ini kita ikuti sambungan cerita ini okeh =) Set. *Nur kasih extended jam 7.30malam pun haku layan tiap-tiap malam. so addicted to dis drama already lor* Hehe

Nota kaki : Apa ending Nur Kasih nih? Nih yang buat haku tak sabar-sabar nak tau =)

Nov 11, 2009

Mangsa Fesyen

Percubaan saya untuk kelihatan berbeza dari biasa =p Aha, tu dia. Tali pinggang pak haji yang cheq pakai =) Nasib la tak kaler hijau. Hehehe.


Aksesori penambah seri, Waist belt.

OK atau KO? =p Saya rasa KO. Hahaha. Erm, agak tak kena pula kan. Pada saya, waist belt ini sangat sesuai bagi yang punya pinggang ramping, kurus & tinggi lampai. Pendek kata, kalau anda punya susuk badan seperti model catwalk, pakai apa pun mesti cantek.

Oh ya, yang agak kureng bila pakai waist belt ini, rasa tidak selesa selepas anda balun sepinggan stik lazat. Jangan harap mahu bantai makan banyak. Confirm akan rasa seperti perut kembung terjerut macam nak meletop. Hehe. Cheq la tuh. Nak bergaya, maka harus terseksa. Aih. Mungkin waist belt ini direka untuk orang yang makan ciput. Haha. Yalah, model bukan makan macam haku makan. Wakaka =)


Waist belt dia comel kan. Cheq suka gaya chekgu nab ini. Mungkin yang seperti ini sesuai untuk cheq. Hehehe (gelak dengan maksud tersirat) Harus hunting for this one! Ayuh, shopping yuk!

Nov 9, 2009

Godaan Stik

Godaan yang tak mampu untuk ditolak =p

Mesti mau!
Sapa boleh say no bila husband terchenta mahu belanja kamu makan yang enak-enak? =p Buah hati mahu belanja sempena my birthday celebration at Victoria Station. Sangat teruja! Dah terbayang stik panas & lazat. Yummy.

Nafsu makan cheq ni, memang la besaq tahap dinasour. Mahu saja order macam-macam. Bengkok laki cheq nak bayaq na. Tapi memandangkan perut cheq saiz xs, order basic pun udah cukup. Hehehe
Jom tengok menu yang cheq order.



mushroom soup : yang ini kegemaran encik syah =) rasanya lebih kurang seperti mushroom soup campbell. boleh buat dirumah saja kan.

bun + garlic bread : sedap. makan time panas-panas, terasa macam kat Paris. hahaha

drink : ice lemon tea for me (seperti biasa, cheq mesti pekena teh), mango juice for him

starter : nachos. rasa nachos sejati. complete ingredients. cheq rasa nak try buat nachos sendiri la =) wait & see my homemade nachos. ewah.



main menu : VS minute steak. memang patut pun namanya cenggini sebab in a minute dah steak masak. cepat. VS grilled steak with mushroom sause. enak. cendawan yang comel =)


desert : tak ada sebabnya kami sudah full =) hehe.hajat di hati mahu Thick Rich chocolate cake yang sangat indulgence. next time. harus.

sempena sambutan ulang tahun ke-20, VS menganjurkan peraduan 20 sizzling years dengan menawarkan hadiah lumayan. dengan berbelanja RM100 ke atas dalam satu resit, anda mungkin berpeluang melancong ke London & Paris. wah, sangat menarik kan! peraduan berlangsung sehingga 25 januari 2010. Ha,apa lagi,jom sertai sekarang. Mana tau untung sabut, dapat pi London. Saya dah sertai & sekarang sudah verangan daa =)Hehehe.


Kami yang tengah berangan nak honeymoon lagik =p

Nov 5, 2009

November lima

Genap 26tahun usia saya hari ini.

Masa & tempat dilahirkan : 3am di Klinik Sambhi, KL.
Pencapaian hidup setakat ini : Sederhana dunia & akhirat ;) Insyallah
Impian masa depan : Upgrade status. Upgrade everthing-lah but downgrade body size. Hehehe.

Selamat ulang tahun! ;)

Hari ini mood saya tersangat baek! Alhamdullilah


Nota kaki : happy birthday kepada pakcik M.Nor, bapak Tirah :) Oh, also to Datin Nurjuma, Ekin bini Mawi & Marion Counter. wah, depa sumua hot & cun na =p

Nov 2, 2009

Ronggeng

Minggu lalu tiada kisah menarik untuk dikongsi bersama. Kerna itu saya menyepi seketika. Ditambah pula dengan serangan jiwa kacau yang berlarutan beberapa hari. Huh =(

Sungguh saya tidak suka tukang penyibuk. Cerita itu ini dibelakang kita. What’s wrong wif u dude? Ada aku kacau hidup kau? Mind ur own business lah. Uish, ganaz je kan. Grrrrr. Geram haku geram. Nasib la haku ni minah rilex & steady. Kalau tak, dah lama haku semboq hang cukup-cukup.

Ok. Lupakan yang itu.

Hari minggu saya penuh dengan warna-warna ceria. Bersama sahabat-sahabat kesayangan dan suami pengarang jantung hati gue juge ye;) Yup. Mereka mengubat duka lara ;) Hehehe. I luv u to da max!

Sesi ronggeng di rumah Pn.Farah Azmin & En.Mohd Faiz sambil menjamu Nasi Lemak Universal. Hehehe. Aku kasi up lagi dari Nasi Lemak Antarabangsa sebab nasi lemak ko memang sedap bangat. Sambal udang tuh marvelous tak hengat. Nanti aku nak resepi tau =)

Bestnya dapat jumpa si kecil amsyar yang comel dan macho.


Auntie-auntie sekalian, macho tak saya? =) Air mata anak jantan tuh.

Ini pula sesi berjimba ramba bersama BFF di Studio Café kepunyaan penyanyi Zahid AF2.Makan-makan sempena hari lahirnya seorang penyimpan kira-kira merangkap penyimpan rahsia terbaek kami. Ngehehe.


Sahabat sehati sebulu. Hahaha =p

Apa yang kami makan?


Pembuka selera : Nachos
Menu Utama : Spaghetti Carbonara, Chicken Chop, Fajitas.


Pencuci mulut : Teh Tarik + biskut kering. hehehehe ;p Yang ini memang all time faveret. Mesti mau pekena teh tarik!


Komen : Atmosfera café simple & deco bertemakan muzik. Wall picture, posters, instrument & signature artise. Service bagus. Pantas. Tip top juga. Hidangan, banyak variety. Dari western to local. Rasa, boleh tahan sedap jugak. Teh tarik itu sangat umph! =) Boleh datang lagi untuk cuba menu yang lain pula. Yang menarik & lain dari lain, Nasi goreng menangis. Ha, camano tuh??? Menangis sebab sodap bebenor ke? ;) Belum cuba belum tau. Hehehe.

Nota kaki 1: Nadiah tersayang, happy birthday. Moga cepat-cepat ketemu jodoh yang baik. Friendship forever. Muah =D

Nota kaki 2: Congrate to hidd & adi. insyallah,nanti kte pi tgk umar =) sukanye dgn nama tuh. wink wink ;)

Oct 22, 2009

Satu Buku

Sudah agak lama saya tidak membaca.

Maksud disini, membaca bahan yang punya input dan output yang berfaedah. Bukan majalah Mangga, Media Hiburan, URTV dan yang sewaktu dengannya. Jangan salah faham. Saya juga pernah baca majalah berbentuk hiburan seperti ini suatu masa dulu. Zaman muda belia. hehehe ;p

Bahan bacaan faveret :
Rapi – padat dengan isu kesihatan & kecantikan
Anis – kupasan isu agama & kehidupan
Pesona Pengantin – idea & panduan untuk bakal pengantin. Pengantin lama pun boleh baca kan. Hehehe ;p

Atas kesedaran, mulai bulan ini, saya lancarkan kempen membaca. Slogan, Satu Buku Satu Bulan ;) hehehe. Amvoi-amvoi, siap ada slogan tuh. Tak hengat na.


Kita mulakan dengan buku ini. Satu buku yang punya very high sentimental value. Pemberian ayahanda terchenta ;) Buku yang sarat dengan panduan berguna untuk masa depan kami. About pregnancy & parenthood. Bagus bukan ;) Oh, ayah memang suka membaca dan ayah paling suka hadiahkan kami buku. Bilang saja genre buku apa, sejarah, agama, politik, alam sekitar, ada saja tersusun rapi di rak buku.

‘Jadikan membaca budaya kita’

Saya kira, galakan membaca sangat penting. Harus dimulakan sejak kecil. Supaya bangsa kita lebih berilmu. Moga misi ini berjaya ;) Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah ;p

Nota kaki : Saya bukan ulat buku ;p

Oct 20, 2009

Rak Thai

Pagi-pagi lagi, sudah mahu cerita tentang makan ;) mungkin kerna perut tengah berkeroncong. Agaknyalah. hehehe. alasan semata ;p

Program : Makan-makan di Rak Thai bersama my VBFF (very best friend forever)

Venue : Rak Thai, The Gardens (opposite Big Apple Donuts kiosk)
Participant : Saya & Syah, Hafsah & Jasman Haris (Jo), Nadiah & ……(to be found soon.hehe)

RM 89.90 ++ for 5pax

Jom lihat menu :







Nasi putih, Tom Yam Khung, Clear Tom Yam, Deep fried Siakap with lemongrass, Fried Kangkung with shrimp paste, Green Chicken Curry, Spicy Squid, Fish cake (ala-ala begedil ikan), Jasmine tea, extra menu (tamak ler nih. Hehehee) Fried chicken with lemongrass and sambal petai udang, fresh coconut juice ;) Not to forget, Giant Currypuff (Giant Currypuff kiosk is next to Rak Thai)

Komen :
Semua menu disini harus dicuba ya! Saya akan try menu ala carte Rak Thai nanti. Pasti. Overall, menu Rak Thai sangat lah Thai. The paste and food admixtures is originally from Thailand. Memang terasa kick. Selupa itu Thai Tomoi ma. Hahaha. Cuma spicy squid saja yang extra kick. Manyak pedas woo. Den tak tahan pedas. Huhu.

Environment pun seperti anda berada di Thailand. Sawadikappp. Kap kun kapppp. Semua staf termasukla chef, waiter & waiteres orang Thailand, lagu pun pasang lagu Thailand na. Recommended for those who love seafood & thai cook. Worth it to try ;) No harm. Hehehe. Oh, kalau anda berminat nak beli paste dan bahan tambah masakan yang lain made in Thailand ada sini tau. Jualan barang-barang tersebut macam kat kedai runcit Thai ;)

Nota kaki : Som tam pun ada jual kat sini.

Oct 15, 2009

Obsesi

Saya punya obsesi terbaru.

Collecting fridge magnet ;) Mula kumpul selepas kawen atau lebih tepat selepas punya peti sejuk sendiri ;p . Masa bujang dulu, tak penah nak kisah pun peti sejuk di rumah mak. Hehehe. Lepas kawen, baru ada keinginan nak hias itu ini ;p Standard la tu kan.


Koleksi setakat ini.

Dibeli bila saya ke mana-mana saja. Ada pemberian dari famili, sahabat & ofismate. Oh, juga pemberian ofismate syah pun ada. Alamak, macam semua orang je dah tau obsesi den yang satu ini. Hehehe :p

Ada sesiapa yang share obsesi yang sama tak? Sila angkat tangan :p

Kalau ada sesiapa yg travel / holiday kat mana-mana, saya mahu kirim fridge magnet ya. Boleh kan? Tak kisah samada dalam negara atau luar negara. Sebab den sooka fridge magnet ;)

Nota kaki : aku memang obses bab kumpul-kumpul benda ;p

Oct 12, 2009

Le Tour De Raya

Aktiviti tahunan 10BH setiap kali raya. Samada kami tour raya atau potluck raya ;) Tahun ini kami beraya di rumah Tirah dan Fira. Dua gadis sunti trang tang tang. Hehehe. Corum kali ini, Azie + Munir, Dalila, Hanim, Tirah, Fira, Zura, Mimah, last but not least, Fathiyah + Syah (tuan punya diri ler tuh) ;p

Juadah oleh Tirah, Bihun Soto Mantop + Malatop! ;p Berasap gak telinga dan muka den dek penangan sambal kicap berapi ko yang begitu power tahap kepedasannya. Hehehe. Apa-apa pun, bihun soto ko tetap marvelous! ;)





Sesi balun + bantai di rumah Fira pulak. Juadah extravaganza : Ketupat palas, serunding, daging dendeng, pie tee, cocktail jelly, sambal sotong, lontong & nasi impit. Fuh, macam-macam ada. Semuanya terangkat ;) Hehehe.



Destinasi terakhir, rumah Rose. Sesi sentapan Laksa Penang, Makaroni goreng, puding roti.


Konklusi : Perut kami overloaded! Balik ke rumah, senang hati + kenyang tahap gaban. Hehehe. Best!

Oct 5, 2009

Teraniaya

Opismate : Nurul,boleh tolong goreng bihun tak? 5bungkus je,tak banyak
Saya : Erm,bolehla.

Tengahari tadi, jamuan raya di office. Secara tak langsung, saya pun terlibat sama jugak. Untuk save budget & kos, kami sepakat masak sendiri sorang sikit. Budget constraint. Jadi, cut yang mana patutla.

Nak jadi cerita, task saya goreng bihun. Ok lah tuh. Kalo nak buat rendang, terus terang saya tak reti. Firasat saya, kalo setakat 5bungkus bihun, boleh 2kali trip menggoreng. Memandangkan kuali magic saya tuh tak la sebesar kawah kenduri. Hehehe ;p

Alkisah pun bermula. Masa ambil bahan-bahan mentah yang dibeli oleh opismate, saya terkejut jugak. Macam banyak je. Betul ke 5bungkus nih? Tapi tak terkeluar apa-apa dari mulut. Speechless ;p.

Sampai dirumah, syah pun tegur. ‘Aih, banyak betul barang, betul ke nak goreng bihun 5bungkus? Macam nak buat kenduri je nih’. Saya sudah mula confius. Nak sedapkan hati, ‘betul kot ni,maybe aku je yang rasa banyak’.

Started the task. Rendam semua bihun. Berbesen-besen I tell u. Gilak. Bila start menggoreng, memang la tak muat semuanya sekali. Sah-sah la cheq kena buat 3, 4trip kalo lagu nih. And its true. Total, 4trip menggoreng. Pinggang macam nak patah, tangan macam nak tercabut, rasa nak menangis, hati bengkak beb. Pukul 2pagi baru cheq dapat tidoq. Tuh pun pagi-pagi, bangun sambung goreng skit lagi. Nasib baik suami cheq teman memasak. Teman tengok jelah. Ok lah tuh. Buat semangat.


ha,tu dia bihun.4 round okey.huhuhu

The truth that I discovered dis morning.

Saya goreng 4kg bihun semalam. 2 kali ganda dari jangkaan sebenar. Rupanya, ada si polan cakap 2kg tuh tak cukup. So, dia insist tambah another 2kg tanpa pengetahuan saya. Ini dah kes naya orang tau. Cuba kau yang goreng 4kg tuh. Ada tahan?

Tahun depan, tobat cheq tak mau goreng bihun lagi. Volenteer masak juadah lain cheq sanggup. But not main menu. Serik.

Nota kaki : tenaga & mood haku down hari nih gara-gara bihun goreng. Sob sob sob :(

Oct 1, 2009

Raya Sakan

Raya kali ni paling meriah dalam sejarah cheq.

Penat pun ya jugak. Mana la tak penat kalo dalam sehari pukul rata 10 buah rumah kami terjah. Hehehe. Bab makan jangan cakap la. Memang overloaded. Sampai rasa nak terkeluaq balik semuanya.

Dari pagi sampai tengah malam kami beraya. Ni la yang orang panggil raya sakan. Hehehe. Almaklumlah, pengantin baru.. ops, pengantin suam-suam ketiak. Hahaha. Banyak rumah sedara mara harus diziarah. Masa ni la nak rapatkan hubungan silaturrahim. Jumpa bukan selalu. Setahun, dua tiga kali ;)


posing gedik santai ;p

Rasanya syah paling excited beraya. Dari bendang (sawah padi) ke kebun kelapa sawit, meredah ladang getah, meneroka hutan paya bakau, end up masuk hutan. Hehehe. Over ;p Our raya full with adventure lah. Ini kes pak mertua pekena menantu na. Hehehe.

Syah is city boy (dia yang dok cakap dia budak bandar. Eleh, konon ler tuh ;p). Saya, kampung gurl. Hehehe. It’s a perfect time to introduce him to our kampung. Lets see, bila city boy masuk kampung ;p

Jom layan gambar-gambar raya cheq di kampung ;)


Kampungku yang indah permai ;) I love it!





BBQ time! 2days in a row we did barbeque party amongs family ayah and emak. Macam mana la cheq tak gemuk time raya nih. Mana boleh tahan godaan ayam panggang dan kambing golek ;p hahaha.


Adik ku yang jakun masuk kampung. LOL






Raya in mangroove jungle at Port Weld (Kuala Sepetang)

Hajat dihati nak pekena Mee Udang Banjir yang famous di sini. Tapi apakan daya, Tauke Mee Udang Banjir masih cuti raya. Huhu. Dapat jamu cucur udang pun orait la. Habis jugak setalam kami balun. Hehehe. Bukan setakat tu saja, dengan udang-udang kami tapau bawa balik ;p Memang besaq-besaq udang Port Weld. Fresh!

Kalau anda ke sini, singgah lah warung Mee Udang Banjir Pak Hashim, berdekatan simpang masuk ke Kampung Menteri. Promote bisness sedara nih ;)


Sesi balun Kuew Teow Goreng Doli di Taiping. Saya paling suka kuew teow goreng Tok In. very WORLD I tell u. Syah cakap nasi ayam Doli pun sedap. Nasib baik abang tak nangis. Hehehe ;p

Doli, antara famous food spot jika anda bertandang ke Taiping. Lokasi, bandar Taiping , bertentang dengan Klinik Kesihatan Taiping. Promote bisness tok menakan pulak nih. Hehehe ;)

Nota kaki : cawangan restoran Doli di KL sudah dibuka @ TTDI. Bangunan IBM. Feel free to taste our special family recipe of Fried Kuew Teow ;)

Sep 28, 2009

Aidilfitri 1430H

Salam aidilfitri ;)

Kami,haji Z family ;)

Nampaknya, semua gembira dan ceria ye. Alhamdullilah.


ini cuma lakonan semata-mata.hehehe ;p

Pertama kali saya kucup tangan suami dipagi raya. Terharu.
Masa minta maaf tuh lagi la syahdu. Bergenang air mata cheq. Over tau! ;p
Yelah, selama 8bulan kawen ni, mana la tau kalau-kalau ada dosa yang tersurat dan tersirat. Kadang-kadang kita tak sedar.

Yang tengah berdiet, tak tergugat ke ‘keimanan’ dan ‘nafsu’ makan time raya nih? Hehehe. Mana boleh tahan kan. Confirm ‘ter’….. Semuanya sedap-sedap depan mata. Belasah ajelah. Yang tengah berpantang macam saya ni pun, ‘ter’bedal gak itu ini. Cross the border. Hehe. Sikit-sikit. Sekadar dapat merasa pun jadilah ;p Sapa yang tengah berbadan dua, masa nilah yang paling best kan. Dapat menikmati semua juadah yang diidamkan selama ini. Syok tuh! ;)



Aha, inilah baju raya kami yang sedondon gitew ;) Kelabu asap. Hehehe.
tak sedondon sangat pun.boleh la labu.
Akhirnya, ketemu jua dengan tudung yang sesuai untuk baju raya ;) Soooka tau.


aksi sengalan ;p hehehe


my family + mak chu's family..
not yet complete.tiada dalam gambar,hanis & aimi diperantauan

Nota kaki : Tour raya at KL dah start weh! Jenuh makan la sebulan nih. Hahaha. Dapur pun tak berasap ;p