Aug 30, 2010

Amin

Den bet hari ini ramai yang bercuti kan. Alang-alang esok cuti merdeka, molek sangatlah kalau ambil cuti hari nih. Straight 4 hari cuti. Walla! Heaven. Tambah hepi la siapa yang cuti dari jumaat lepas sempena Nuzul Quran tuh ye. Hehehe.

Oklah. Mari kita kongsi sedikit ilmu untuk memantopkan amalan. Insyallah.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila imam telah membaca ‘amin’, maka bacalah pula olehmu (makmum). Siapa yang bacaan ‘amin’nya bersamaan dengan ‘amin’ para malaikat, diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”

Dalam sehari semalam, makmum berpeluang ‘mengaminkan’ bacaan Fatihah imam sebanyak 6kali – 2kali dalam solat Maghrib, 2kali dalam solat Isyak, 2kali dalam solat Subuh.

Tapi…
Tahukah anda, pada bulan Ramadhan, makmum akan mengucapkan amin selepas Fatihah lebih banyak dari itu lagi?

Paling kurang lebih 20kali sehari, dinisbahkan dengan 20 rakaat solat sunat tarawih berserta 3 rakaat witir. Itu untuk 1malam saja. Belum kira 30malam bulan Ramadhan. Alangkah beruntungnya kalau menunaikan solat berjemaah pada bulan Ramadhan.

Petikan tazkirah dari majalah ANIS, ogos 2010

Selamat Berpuasa & Beramal. Mari kejar Lailatul Qadar! =)

Nota kaki 1: Den jugak yang cuti ciput, terpaksa kedekut & kemut untuk pastikan dapat cuti lama time raya. Huhuhu. Apo nak buek. Sudah nasib badan... =(

Nota kaki 2: MERDEKA!!!

Aug 26, 2010

Iftar – Edisi bersama BFF & Gang 10 Budak Hitam

Ini cerita minggu lalu.
Aktiviti iftar daku bersama member-member kamcheng sebuluku

Dah jadi perkara wajib setiap kali Ramadhan untuk kami berkumpul. Bila dah berjumpa tu, tak sah la kalau tak berborak & bergelak ketawa tak hengat dunia. Bukan selalu kan. Sekali sekala. Seronok imbas memori zaman muda remaja. Heee =D

Lokasi Iftar : Cozy House Restaurant




Menu Iftar :
Nasi Putih
Chicken with dry chili & cashew nut
Siakap tiga rasa – sweet sour
Sotong goreng tepung
Tomyam seafood
Kalian ikan masin
Pandan leaves chicken
Ice Lemon Tea, Mango Blended Juice, Asam Boi + Lime Juice, Coffee


Peserta : Syahrul, Fathiyah, Hafsah, Jo & Nadiah.


See the ikan = Korban percintaan. keh keh keh =p


Dah feel raya! =D

Iftar on the next day

Lokasi Iftar : Kediaman Cik Siti Azura


Menu Iftar :
Nasi Putih
Udang Paprik
Sotong Masak Serai
Ikan Kembung Goreng Kunyit
Kerabu Mangga
Sayur Campur Masak Sos Tiram
Telur Dadar
Ayam Golek
Lime pudina juice

Menu Moreh : Kopi Cap Kapal Api betul betul kaw. Hehehe. Puding custard, Biskut kering...memang terangkat habes!!! mabeles =D

Peserta : Dalila, Azie, Hanim, Athirah, Fira, Zura & Fathiyah. Tiada gambar sebab lupa. Masing-masing sebok dok bergebang.

Semua menu ni, kami masak beramai-ramai. Gotong-royong. Seronok dapat main masak-masak. Dah macam rewang kenduri. Hehehe. Dengan kecohnya kami nih. Gamat satu rumah hang Zurud. Macam makcik-makcik. Hahaha =D

Lepas iftar, sempat jugak kami belek album gambar dulu-dulu. Lawak giler. Sorang-sorang muka innocent habes. Aah, I miss those days a lot. Jam 12 tengah malam baru lah masing-masing pulang ke pangkal jalan. Time up for ronggeng ronggengan! Bini orang & mak orang pinjam a few hours untuk jadi bujang sekejap na. Jangan marah haa. Hahaha =D

Aug 22, 2010

Nasi Goreng Udang Planta & Sotong Goreng Thai

Sepanjang puasa kali ini, menu iftar kami yang sedang-sedang saja. Yang cepat & senang dimasak. Eh… bukan mee segera tau. Cheq nih taklah koman sangat naaa =p

Masakan saya ni simple. Takde yang extravanganza pun. Dengan rendah diri, (sememangnya diri ini sudahlah rendah..hehe) saya nak berkongsi resepi nasi goreng udang Planta & sotong goreng thai. Terimalah resepi yang tak seberapa ini, ikhlas dari saya untuk kamu. Heeeee =)


Sotong Goreng Thai

Bahan-bahan
200 gram Sotong
Tepung jagung 3-4 sudu besar
Serbuk kari 1-2 sudu kecil
Serbuk kunyit 1sudu kecil
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil – resepi asal letak lada putih, tapi sebab saya suka black pepper, so saya modified sikit. Boleh kan =D
Telur 1biji
Garam + Gula merah secukup rasa
15 gram Tepung kastard
30 gram Tepung naik sendiri
150 gram Serbuk Roti
Minyak – untuk menggoreng

Cara – cara
Cuci sotong dengan tepung jagung untuk menghilangkan lendir sotong. Kemudian, sotong dibilas dan ditos.

Masukkan telur yang telah didadarkan. Campurkan kunyit, garam, gula merah, tepung naik sendiri, tepung custard dan minyak bijan. Gaul rata semua bahan bersama sotong. Golekkan sotong dalam serbuk roti.

Goreng hingga garing, hingga serbuk roti turn into gold-ish colour. Siap untuk dihidangkan.


Nasi Goreng Udang Planta

Bahan-bahan
Nasi (gaul dengan sedikit garam)
Marjerin Planta – 2sudu besar
Udang – terpulang nak letak berapa ekor. The more is merrier. hehehe
Kicap cair – 1-2sudu
Telur – 1biji
Serbuk Lada putih – secukup rasa
Limau kasturi – 1/2biji
Garam + Gula – secukup rasa
Daun sup & sayur campuran – optional
Serbuk perasa ayam - optional

Cara – cara
Panaskan kuali, cairkan planta lalu goreng udang. Kemudian masukkan telur. Goreng telur seperti scrumble egg.

Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam dan serbuk lada putih.

Perah limau kasturi.

Masukkan garam + gula dan gaul rata. Angkat dan hidang.

Bila nak hidang, taburkan daun sup & bawang goreng. Siap dah =)

Selamat mencuba!

Aug 17, 2010

Overdose!!!

This is what happened to me after 1year 6months ++ of been a married woman.

Extra kilo is rising up day by day. Not good. Of course lah yang extra tu lemak. Hish. Nyampah cheq.

Masa mula kawin, berat badan cheq around 47kg-48kg. Tak ingat exact figure, tapi dalam range tulah. Sekarang nih? 52kg-53kg. 5kg lemak sudah bermaharajalela, ok. Pencapaian yang sungguh tidak memberansangkan!

Bila cheq diet, adalah turun 2kg. Tu paling banyak dah tu. Awat la susah sangat nak singkirkan lelemak nih. Musuh ketat cheq, dessert, chocolate & what-so-ever yang manis.

Terliuq saja tengok colekat, donut, cake, cookies & yang sewaktu dengannya. Kureng hasem ye. Cis! Blame myself for this bad eating habit. Memang tak bagus. Tak sihat. Amaran : Jangan contohi eating habit saya...

My BMI (Body Mass Index) is ok, in ideal range. Good. Tapi ada lemak yang berkumpul yang buat haku tak puas hati. Asyik tak puas hati je memanjang. Keh keh keh =p


Camwhore. SS=Syok sendiri.
Saja la nak try pose macam gadis remaja la nih. Ahkak ada nampak muda tak? Ada macam baru umoq 17tahun dak? Doink! Sat gi hang pa pakat belasah haku dah. Hahaha =D
Tips & trick : Mengelat. Gambar dari atas menampakkan mukaku langsing gitu, walaupun realitinya dot dot dot. hehehe. Dagu ala runcing, pipi kuncup sikit =p

Sempena puasa nih, my goal is increase ibadah & decrease weight. Yeah =D Insyallah. Kali ini mahu berazam sungguh-sungguh. Tak mahu lagi failed sekerat jalan.

You are what you eat.

Siapa ada petua kurus atau buang lemak atau langsingkan badan atau yang sewaktu dengannya, silalah share bersama ya. Especially sapa ada petua kecilkan peha, amatlah dialu-alukan tips anda itu. My hips don’t lie. Hehehe. Sekian terima kasih!

Nota kaki : Berjaya menahan nafsu dari menerjah Param. hehehe =p

Aug 10, 2010

Salam Ramadhan

Ahlan wasahlan, marhaban ya marhaban.
Ramadhan datang kembali. Alhamdullilah. Syukur kerana Allah beri kesempatan untuk merasa nikmat Ramadhan sekali lagi.

Nostalgia Ramadhan
Kalau dulu, masa budak, banyak yang haku mengelat time puasa. Waktu mandi, haku bukak mulut luas-luas, minum air paip sampai kembong perut. Sambil menyelam minum air. Hahahaha. Best wooo. Bila mak suruh pergi kedai beli barang, haku cukai seposen dua beli ais krim. Makan senyap-senyap hujung jalan belakang rumah. Tepi longkang pulak tuh. Tak senonoh sungguh. Hahaha =D

Excited berpuasa masa budak & dewasa lain. Masa budak, seronoknya bila buka puasa. Nak makan itu ini. Semuanya teringin. Seronoknya bila ke masjid, solat tarawih (kadang-kadang solat isyak saja, buat cukup syarat), lepas tuh hape lagi, syok main dengan member sambil tunggu masa nak serbu juadah moreh. Seronoknya bila puasa penuh, ganjaran duit raya pun bertimbun-timbun. Hehehe.

Dah dewasa ni, bila berbuka, dengan tamar tiga biji pun sudah kenyang. Juadah berbuka ala kadar itu lebih dari cukup. Ke masjid, bukan lagi sebab ada member atau juadah moreh, tapi nak cari pahala sunat tarawih yang tiada dalam bulan lain. Duit raya??? confirm lah tak dapat. Hehehe. Tapi, sekarang excited nak bagi duit raya pulak. Seronok tengok budak-budak sebok kira duit raya masing-masing. Macam kita dulu-dulu jugak =D

Aah.. rindunya pada Ramadhan =)

Malam ni tengok anak bulan. Selamat berpuasa semua. Doa saya, moga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah untuk semua. Amin.

Aug 5, 2010

8 Bulan

Lai lai lai (translate: Mari mari mari). Saya sudah hapdet ini belog. Hehehe =D

Pada semua yang masih ingat blog daku ini, terima kasih ya kerana sudi menjenguk blog yang tak seberapa nih. Maaf lah sebab tak punya masa berkongsi segala di ruangan ini seperti sebelumnya.

Terikat dengan tuntutan kerja. Macam ni lah nasib orang makan gaji…

Cerita terbaru?

Hmmm… tak dok. Maksudnya, life as usual saja.

Eh, ada sapa-sapa yang nonton series 8 bulan?


Every Sunday, 10.30pm at TV3. Kalau kamu belum pernah nonton, minggu ni cubalah nonton ya. Best. Recommended!


Watak utama
My favourite celebrity couple. Vanida Imran & Rashidi Ishak. Sweet lah diaorang nih. Happy go lucky je.

Basicly, drama ini berkisar tentang parent to be yang merancang kewangan berlandaskan prinsip syariah for their future. Drama nih ditaja oleh HSBC Amanah. Bagus jugak drama intelek macam gini. Bukan sekadar entertainment. Boleh kita tau tips-tips kewangan which is sangat berguna for newly wed & bakal mak bapak.

Esok Jumaat. Can't wait for weekend. Boleh rest.
Ok. Happy weekend everyone. Rencana ronggeng ronggengan is on the way. Hihihi =)