Jun 28, 2009

Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan


Macam mana ya bila kita berjumpa semula rakan-rakan sebaya satu sekolah selepas 10tahun? Mesti dalam kepala otak kita fikir dan tertanya-tanya bermacam soalan

Eh..macam mana ye rupa mamat @ minah tu sekarang ye?
Dia tu kan dulu paling ngetop kat sekolah, masih ngetop macam dulu ke ek?
Em, secret admire aku dulu tu macam mana ek? Gemuk kah? Kurus kah?
Ntah-ntah dia dah kawen kot..
Oh, dia ni dah bertunang ye.
Weh, budak tu kan hampeh dulu, nakal, mmg prob ah, dia skg ni mcm mn? Wah,dah success? Macam tak caye je kan.
Dia ni pon dah kawen ?
La, diaorang ni dah kawen rupanya, panjang jodoh ye (merujuk kpd kawan-kawan yang kawen dgn rakan sekolah sendiri samada bercinta ms sekolah atau slps sekolah)
Ha,dia ni dah ada anak rupanya…

Dan semua soalan kita itu terjawab bila bertemu tuan empunya diri. Dari zahirnya kita sudah tahu kawan kita ini sudah berubah secara total. Rupa, imej, semuanya berbeza dari 10tahun yang lalu. Tapi, apa yang tak mungkin berubah ialah, persona & kebaikan hati kawan kita itu. Dia masih lagi charming, bubly, talkative, shy, agresif and so on. Walaupun sudah lama tak ketemu, tapi kita tak rasa janggal bersama dia. Mungkin juga kerana ikatan persahabatan itu tiada sempadan. Friendship Abadan Abada ;)


cuba teka mn satu aku.hehehehe ;p


class of awam 2 1999/2000



Reunion TIKL students batch 1999/2000 – Celebrating the 10th year friendship anniversary.

more update about the event here

Jun 24, 2009

Bila Rindu


Hari minggu lalu,rinduku terubat jua untuk ketemu kawan-kawan sehidup semati gue.hehehe.memang rindu bangat dan teramat! Dah lama tak bergelak ketawa,gurau senda & bercerita tentang macam-macam.termasuklah cerita sensasi itew.ahaks.pandai ye korang nak korek secret aku ;p

Objektif : lepak, borak & makan!!! Yahooo ;) yaya.aku tau bulan ni asyik entry makan je kan.ok.dengan ini,saya mengisytiharkan bulan jun sebagai bulan makan.voley???hehehe ;p


Lokasi : Seoul Garden, restoran makanan Korea, stail buffet.
Menu : Steamboat & Barbeque


Team Lepak : Saya, Fira, Hanim, Zura, Tirah & Dalila





2jam++ kami makan berselang seli dengan gelak ketawa + mengilai + kepohci + havoc dalam restoran. 2jam makan? Hehe..kami memang suka makan ;) Dan kesemua ini bersamaan dgn kenyang + suka hati + hilang stress + priceless! Harga sebuah persahabatan tiada ternilai ya.


Topik hot : kisah Cik Tirah dan jeritan misteri.hehehe.sampai kat umah aku dok senyum sendiri bila teringat cite ko tu Tirah.lawak king okey.hahaha. Hanim the bussiness woman, mencadangkan utk start biz wif 10BH. Cadangan diterima. setuju! Aku join. Insyallah. So,sapa lagi yg berminat? Oh, trip to Korea ;) ewah ewah. Insyallah,impian akan bakal direalisasikan…tahun depan. Masih dalam perancangan. So,start la kumpul duit naaa ;) harap-harap dapat ler durian runtuh.hehehe. moh kite, jom pakat sume join ye.

Komen saya tentang semua hidangan kat sini? Sedap! Harus dicuba ya. Sangat puas hati. Worth to ur money.hehe ;) I pick Bougogi Beef to be the most marvelous barbeque ever! Rasa daging enak,manis,cukup perisa & juicier. all the marinate ingredient mix well & blend together with the beef. and...make it soooo tasty. yum yum. I loike it!

For steamboat, my fav, kim-chi soup ;) baru rasa betul-betul berada di Korea gitew.hahahaha. kene dress macam orang Korea nih. LOL
Others menu, tom yam soup, variety of steamboat stuff ( seaweed, soo un, mushroom, kangkung, foo cuk), variety of barbeque fish, prawn, kerang, siput lala, kepah, chicken & beef), nasi goreng, desert (ice-cream, ABC, jelly), salad (fruit & vege).

give ur try!

nota kaki : aku sayang bangant sama kamu semua :) muah.
hari ini 1 Rejab.Puasa yuk! :) berkat

Jun 19, 2009

Oh Ayah



Dedicated this song to my beloved ayahanda dan jua ayahanda mertua :)

Ayah Nilai Kasihmu
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri

Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar wang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

Jun 16, 2009

Hidup Biar Sedap!

Apa lagi yang mengujakan selain dari makanan yang enak?
hehehe ;p

Saya telah 'berdosa' pada program dietku.hahahaha
ada aku kisah??? saya kisah sbnrnye.tapi kalau saya buat-buat lupa boleh? ngehehe

my sinful treat :)

cheese baked spaghetti bolognese & crispy chicken chop

ok,menu ini terdapat di Padi House,Cyberjaya. location yang tepat,Padi House ni terletak berdepan dgn Prima Office. same place,ada pelbagai restoran lagi,Old Town Coffee,Kitchen Village dan lain-lain ;)

apo nak dikato? sedap hingga menjilat pinggan.ngehehe.I wish to do it! rasa nak tambah lagi.memang highly recommended to whom yang suka spaghetti & baked cheese.

Ahad. hari bersuka ria dan bercanda bersama my sis,sofa & her best buddy,diha. hahaha
first time saya keluar tanpa suami. of course lah saya dah mintak kebenaran sebelum keluar. kalau tak,dosa tau. hehehe. destinasi tujuan, Hajaba Shah Alam (belakang Tesco Extra).

kenapa saya sanggup jauh ke sana? sedangkan kat bangi pun ada hajaba juga kan ;) sebab all new arrival jubah,tudung & tops semuanya ada disini.jadinya,jika kamu mahu latest collection of Hajaba,sila ke sana ya. saya sudah ketemu jubah yang berkenan dihati. tapi belum pasti mahu jadi pemilik jubah itu. hehehe ;p

destinasi berikutnya, The Gardens & Mid Valley (syah cakap saya ni penggemar TG & MV tegar.sbb saya mesti nak shopping disini jugak) LOL. dan saya ketemu 'idaman hati'. rasa nak kesemuanya. tamak.


jamu selera di Italiannies. my all time fav pasta ada disini juga ;)


Quattro Plater & Beef Lasagna


The best lasagna at dis moment. again,saya suka cheese dip. bagi yang suka spicy food,juadah ini mungkin agak muak. bagi saya,inilah juadah yang paling cocok untuk saya yang tak tahan pedas ;p

rasa nak try italian food kat sini (
nerovivo),tapi was-was. kat mana lagi restoran itali yang best? ke saya kena terbang ke itali untuk rasa pizza sebenar?hehehe ;) just kidding

Jun 9, 2009

Susu

Saya suka susu ;)
Milk + chocolate are the purr-fect combination ever! At least for me ;) hehehe

Susu pilihan dan all time faveret saya :
susu ibu! (the best among the rest), susu brand
Dutch Lady dan susu brand HL ;) yeah!

Saya pernah cuba susu brand lain, tapi tak boleh masuk. Rasa lain. Tak best. Agaknya susu nih dari baka lembu yang lain kot. Lain lembu lain rasa susunya. Betul tak? ;p
Sampai umur 7tahun saya masih minum susu dalam botol ;p sampai kene paksa dengan ayah minum susu dalam cawan lah.hehehe.teruknya haku nih. Balik dari sekolah, saya mesti cari botol susu. Addict. Rasa tak puas selagi tak dapat gonggong botol susu.

Korang ingat lagi tak rasa susu ibu? Saya ingat ;)
Masa adik kecil saya masih menyusu susu ibu, saya minta kat mak untuk rasa susunya.hehehe. Em,rasa susu ibu macam susu pekat. Lemak dan manis. Tapi tak pekat. Cair gitu. Siapa yang pernah atau sedang menyusukan anak, mesti tau rasa susu ibu macam mana kan. Lain kali kita cerita tentang 1001 khasiat susu ibu pula ya ;)

Eh,susu apa yang korang suka ya? ;)

Makanan lain yang berasaskan susu yang saya suka :

Ais krim. Wall’s ice cream : MOOOO. Yang ada 2 flava tuh, susu + choco dan susu + strawberry. The best is susu + choco. Again! Hehehe

Coklat. Cadbury. Paling saya suka Almond roast & Dairy Milk ;) Em,semua pon saya sukalah. Hehehe

Dadih. Yang ni saya suka perisa strawberry dan mango.

Lain-lain yang saya suka : Keju, Yougart termasuk minuman yougart dan biskut susu. Hehehe

nota kaki : minum susu,tulang kuat,badan sihat! spread the goodness of MILK!

Jun 7, 2009

Federer Boleh!

malam yang ditunggu-tunggu ;)

dgn penuh debaran!

dan akhirnya................................




Roger Federer menang French Open Grand Slam buat pertama kalinya!
Yeah!!! tak rugi haku jadi penyokong penuh semangat+emo ;p hahaha
Inilah antara pengaruh dari sang suami yang paling nyata terhadap saya setelah 6bulan++ bersama.hehehe.

Oleh itu,secara rasminya,saya mengumumkan.....
Saya dah jadi peminat tennis :)
'dis is a new fathiyah' : like hafsah(my bff) said last friday ;p

some moments from the game that i like :) enjoy






pergh..mantap!


physo beb!peminat fanatik@anti fed???


habisla ko kene belasah


finally its yours :)
more stories here

Jun 4, 2009

Kompang dipalu, pengantin malu ;)

Rangkuman majlis walimah mei 2009

4undangan majlis walimah kami dipenuhi sepanjang bulan mei. Sejak operate tempoh hari, 2bulan lebih saya tak pekena nasi beriyani atau nasi minyak. Berpantang. Apa lagi, masa ni la nak tibai nasi kenduri ;p makan free.hahaha

Sabtu, 9mei, majlis walimah Kak Hanin dan Suria Kencana,kakak kepada Dal (geng 10BH) bertempat di Dewan Inspen,Bangi..Dal,mmg klasik nama abg ipar ko ;) Ha,lps ni turn ko ler pulak.hahaha.

Ahad, 10mei, majlis walimah Khairul Effendi aka K.E dan pasangan bertempat di Saujana Impian,Kajang.



Ahad, 31mei, majlis walimah Shazlina (Ina) dan Abdul Rizal (Apek) di Country Homes,Rawang. Congrate Ina & Apek ;) Jangan lupa bawak balik souvenier Bali kat aku. Souvenier Abu Dhabi pon aku nak gak.hahaha ;p



Congrate to Asdayanti (As) dan Kamal also ya. Wah,memang lain dari yang lain wedding outfit korang. Ala jawa gitu. Klasik ;)


nota kaki : saya suka sekali kenduri kawen.rs excited :) pelamin,wedding outfit,bilik pengantin,aih..I just love everything about wedding.hehehe ;p

Jun 2, 2009

Diet Oh Diet

Anda tahu apa yang terjadi bila hormon-hormon didalam badan anda disuntik pemangkin kegembiraan dan senang hati? Oh,anda tambah pula dengan supplement ceria-ceria selalu.

Kesannya,selera makan anda bertukar dari small appetite menjadi sebesar selera dinasor ;p Apa saja menu yang terlintas difikiran anda *cloud : ayam golek,pasta,roti nan,choc cake,ais kacang..aah,macam-macam* kelihatan begitu menyelerakan!

Dan hasilnya…
Berat badan naik dalam masa yang singkat.huh. Owh,ini bukanlah satu petanda yang baik untuk saya. Dan yang paling tak best,part peha haku nih jugak la yang naik dulu. Yelah,aku tau aku nih adik beradik Fara Fauzana ;p Peha drumstik.hahaha. (atas sbb nih la aku dok pikiaq 1000 kali nak try skinny jeans.aih,mmg tak ada logika! sure jeans tuh muat takat betis aku je kot.hahaha)

Sekarang saya start berdiet.hehehe. konon ;) Ini bukanlah diet ikat perut sampai tak sentuh nasi berbulan-bulan ;p aih,hilang nikmat makan cheq kalo diet lagu nih. Buat apa nak seksa diri. tak kuasa cheq na.. Saya makan berpada-pada,sederhana. Apa jua makanan kalo makan secara berlebihan tentu mendatangkan mudarat. Ya tak?

Target saya exercise 3kali seminggu.hehe..tapi target tak mengena sasaran pun setakat nih ;p hampeh. Sbb haku malas + penat. Alasan.hahahaha ;p
Yang jadinya,sekali seminggu.hahaha. jadilah kan.. pagi sabtu kami jogging kat Taman Putra Perdana depan Shangri-la. Best tempat tuh. Segar. Udara pun fresh. Sejuk. Highly recommended place for jogging and dating. hehehe ;p romantik. Kalo nak berdating,sila bawa ubat nyamuk cap shieldtox atau yg sewaktu dengannya. Sbb sure korang tak mau dating sambil digigit nyamuk kan.hahaha. Petang rabu dan jumaat,saya berpoco-poco dalam rumah.hehehe. bukan reti pun.hentam sajala ;p Step haku berterabur.mmg hampeh. Hancus.pedulikan.janji bersenam & keluar peluh.

Kalau nak cite perihal diet ni mmg macam kisah hikayat 1001 malam. Walaupun sejak dua menjak ni saya lebih concern tentang isu berat badan. Tapi saya bukanlah seorang yang obses bangat mengenai isu kurus atau gemuk. Yang penting badan sihat. Saya terima diri seadanya. Ceria-ceria selalu ;)