Oct 22, 2009

Satu Buku

Sudah agak lama saya tidak membaca.

Maksud disini, membaca bahan yang punya input dan output yang berfaedah. Bukan majalah Mangga, Media Hiburan, URTV dan yang sewaktu dengannya. Jangan salah faham. Saya juga pernah baca majalah berbentuk hiburan seperti ini suatu masa dulu. Zaman muda belia. hehehe ;p

Bahan bacaan faveret :
Rapi – padat dengan isu kesihatan & kecantikan
Anis – kupasan isu agama & kehidupan
Pesona Pengantin – idea & panduan untuk bakal pengantin. Pengantin lama pun boleh baca kan. Hehehe ;p

Atas kesedaran, mulai bulan ini, saya lancarkan kempen membaca. Slogan, Satu Buku Satu Bulan ;) hehehe. Amvoi-amvoi, siap ada slogan tuh. Tak hengat na.


Kita mulakan dengan buku ini. Satu buku yang punya very high sentimental value. Pemberian ayahanda terchenta ;) Buku yang sarat dengan panduan berguna untuk masa depan kami. About pregnancy & parenthood. Bagus bukan ;) Oh, ayah memang suka membaca dan ayah paling suka hadiahkan kami buku. Bilang saja genre buku apa, sejarah, agama, politik, alam sekitar, ada saja tersusun rapi di rak buku.

‘Jadikan membaca budaya kita’

Saya kira, galakan membaca sangat penting. Harus dimulakan sejak kecil. Supaya bangsa kita lebih berilmu. Moga misi ini berjaya ;) Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah ;p

Nota kaki : Saya bukan ulat buku ;p

Oct 20, 2009

Rak Thai

Pagi-pagi lagi, sudah mahu cerita tentang makan ;) mungkin kerna perut tengah berkeroncong. Agaknyalah. hehehe. alasan semata ;p

Program : Makan-makan di Rak Thai bersama my VBFF (very best friend forever)

Venue : Rak Thai, The Gardens (opposite Big Apple Donuts kiosk)
Participant : Saya & Syah, Hafsah & Jasman Haris (Jo), Nadiah & ……(to be found soon.hehe)

RM 89.90 ++ for 5pax

Jom lihat menu :







Nasi putih, Tom Yam Khung, Clear Tom Yam, Deep fried Siakap with lemongrass, Fried Kangkung with shrimp paste, Green Chicken Curry, Spicy Squid, Fish cake (ala-ala begedil ikan), Jasmine tea, extra menu (tamak ler nih. Hehehee) Fried chicken with lemongrass and sambal petai udang, fresh coconut juice ;) Not to forget, Giant Currypuff (Giant Currypuff kiosk is next to Rak Thai)

Komen :
Semua menu disini harus dicuba ya! Saya akan try menu ala carte Rak Thai nanti. Pasti. Overall, menu Rak Thai sangat lah Thai. The paste and food admixtures is originally from Thailand. Memang terasa kick. Selupa itu Thai Tomoi ma. Hahaha. Cuma spicy squid saja yang extra kick. Manyak pedas woo. Den tak tahan pedas. Huhu.

Environment pun seperti anda berada di Thailand. Sawadikappp. Kap kun kapppp. Semua staf termasukla chef, waiter & waiteres orang Thailand, lagu pun pasang lagu Thailand na. Recommended for those who love seafood & thai cook. Worth it to try ;) No harm. Hehehe. Oh, kalau anda berminat nak beli paste dan bahan tambah masakan yang lain made in Thailand ada sini tau. Jualan barang-barang tersebut macam kat kedai runcit Thai ;)

Nota kaki : Som tam pun ada jual kat sini.

Oct 15, 2009

Obsesi

Saya punya obsesi terbaru.

Collecting fridge magnet ;) Mula kumpul selepas kawen atau lebih tepat selepas punya peti sejuk sendiri ;p . Masa bujang dulu, tak penah nak kisah pun peti sejuk di rumah mak. Hehehe. Lepas kawen, baru ada keinginan nak hias itu ini ;p Standard la tu kan.


Koleksi setakat ini.

Dibeli bila saya ke mana-mana saja. Ada pemberian dari famili, sahabat & ofismate. Oh, juga pemberian ofismate syah pun ada. Alamak, macam semua orang je dah tau obsesi den yang satu ini. Hehehe :p

Ada sesiapa yang share obsesi yang sama tak? Sila angkat tangan :p

Kalau ada sesiapa yg travel / holiday kat mana-mana, saya mahu kirim fridge magnet ya. Boleh kan? Tak kisah samada dalam negara atau luar negara. Sebab den sooka fridge magnet ;)

Nota kaki : aku memang obses bab kumpul-kumpul benda ;p

Oct 12, 2009

Le Tour De Raya

Aktiviti tahunan 10BH setiap kali raya. Samada kami tour raya atau potluck raya ;) Tahun ini kami beraya di rumah Tirah dan Fira. Dua gadis sunti trang tang tang. Hehehe. Corum kali ini, Azie + Munir, Dalila, Hanim, Tirah, Fira, Zura, Mimah, last but not least, Fathiyah + Syah (tuan punya diri ler tuh) ;p

Juadah oleh Tirah, Bihun Soto Mantop + Malatop! ;p Berasap gak telinga dan muka den dek penangan sambal kicap berapi ko yang begitu power tahap kepedasannya. Hehehe. Apa-apa pun, bihun soto ko tetap marvelous! ;)





Sesi balun + bantai di rumah Fira pulak. Juadah extravaganza : Ketupat palas, serunding, daging dendeng, pie tee, cocktail jelly, sambal sotong, lontong & nasi impit. Fuh, macam-macam ada. Semuanya terangkat ;) Hehehe.



Destinasi terakhir, rumah Rose. Sesi sentapan Laksa Penang, Makaroni goreng, puding roti.


Konklusi : Perut kami overloaded! Balik ke rumah, senang hati + kenyang tahap gaban. Hehehe. Best!

Oct 5, 2009

Teraniaya

Opismate : Nurul,boleh tolong goreng bihun tak? 5bungkus je,tak banyak
Saya : Erm,bolehla.

Tengahari tadi, jamuan raya di office. Secara tak langsung, saya pun terlibat sama jugak. Untuk save budget & kos, kami sepakat masak sendiri sorang sikit. Budget constraint. Jadi, cut yang mana patutla.

Nak jadi cerita, task saya goreng bihun. Ok lah tuh. Kalo nak buat rendang, terus terang saya tak reti. Firasat saya, kalo setakat 5bungkus bihun, boleh 2kali trip menggoreng. Memandangkan kuali magic saya tuh tak la sebesar kawah kenduri. Hehehe ;p

Alkisah pun bermula. Masa ambil bahan-bahan mentah yang dibeli oleh opismate, saya terkejut jugak. Macam banyak je. Betul ke 5bungkus nih? Tapi tak terkeluar apa-apa dari mulut. Speechless ;p.

Sampai dirumah, syah pun tegur. ‘Aih, banyak betul barang, betul ke nak goreng bihun 5bungkus? Macam nak buat kenduri je nih’. Saya sudah mula confius. Nak sedapkan hati, ‘betul kot ni,maybe aku je yang rasa banyak’.

Started the task. Rendam semua bihun. Berbesen-besen I tell u. Gilak. Bila start menggoreng, memang la tak muat semuanya sekali. Sah-sah la cheq kena buat 3, 4trip kalo lagu nih. And its true. Total, 4trip menggoreng. Pinggang macam nak patah, tangan macam nak tercabut, rasa nak menangis, hati bengkak beb. Pukul 2pagi baru cheq dapat tidoq. Tuh pun pagi-pagi, bangun sambung goreng skit lagi. Nasib baik suami cheq teman memasak. Teman tengok jelah. Ok lah tuh. Buat semangat.


ha,tu dia bihun.4 round okey.huhuhu

The truth that I discovered dis morning.

Saya goreng 4kg bihun semalam. 2 kali ganda dari jangkaan sebenar. Rupanya, ada si polan cakap 2kg tuh tak cukup. So, dia insist tambah another 2kg tanpa pengetahuan saya. Ini dah kes naya orang tau. Cuba kau yang goreng 4kg tuh. Ada tahan?

Tahun depan, tobat cheq tak mau goreng bihun lagi. Volenteer masak juadah lain cheq sanggup. But not main menu. Serik.

Nota kaki : tenaga & mood haku down hari nih gara-gara bihun goreng. Sob sob sob :(

Oct 1, 2009

Raya Sakan

Raya kali ni paling meriah dalam sejarah cheq.

Penat pun ya jugak. Mana la tak penat kalo dalam sehari pukul rata 10 buah rumah kami terjah. Hehehe. Bab makan jangan cakap la. Memang overloaded. Sampai rasa nak terkeluaq balik semuanya.

Dari pagi sampai tengah malam kami beraya. Ni la yang orang panggil raya sakan. Hehehe. Almaklumlah, pengantin baru.. ops, pengantin suam-suam ketiak. Hahaha. Banyak rumah sedara mara harus diziarah. Masa ni la nak rapatkan hubungan silaturrahim. Jumpa bukan selalu. Setahun, dua tiga kali ;)


posing gedik santai ;p

Rasanya syah paling excited beraya. Dari bendang (sawah padi) ke kebun kelapa sawit, meredah ladang getah, meneroka hutan paya bakau, end up masuk hutan. Hehehe. Over ;p Our raya full with adventure lah. Ini kes pak mertua pekena menantu na. Hehehe.

Syah is city boy (dia yang dok cakap dia budak bandar. Eleh, konon ler tuh ;p). Saya, kampung gurl. Hehehe. It’s a perfect time to introduce him to our kampung. Lets see, bila city boy masuk kampung ;p

Jom layan gambar-gambar raya cheq di kampung ;)


Kampungku yang indah permai ;) I love it!





BBQ time! 2days in a row we did barbeque party amongs family ayah and emak. Macam mana la cheq tak gemuk time raya nih. Mana boleh tahan godaan ayam panggang dan kambing golek ;p hahaha.


Adik ku yang jakun masuk kampung. LOL






Raya in mangroove jungle at Port Weld (Kuala Sepetang)

Hajat dihati nak pekena Mee Udang Banjir yang famous di sini. Tapi apakan daya, Tauke Mee Udang Banjir masih cuti raya. Huhu. Dapat jamu cucur udang pun orait la. Habis jugak setalam kami balun. Hehehe. Bukan setakat tu saja, dengan udang-udang kami tapau bawa balik ;p Memang besaq-besaq udang Port Weld. Fresh!

Kalau anda ke sini, singgah lah warung Mee Udang Banjir Pak Hashim, berdekatan simpang masuk ke Kampung Menteri. Promote bisness sedara nih ;)


Sesi balun Kuew Teow Goreng Doli di Taiping. Saya paling suka kuew teow goreng Tok In. very WORLD I tell u. Syah cakap nasi ayam Doli pun sedap. Nasib baik abang tak nangis. Hehehe ;p

Doli, antara famous food spot jika anda bertandang ke Taiping. Lokasi, bandar Taiping , bertentang dengan Klinik Kesihatan Taiping. Promote bisness tok menakan pulak nih. Hehehe ;)

Nota kaki : cawangan restoran Doli di KL sudah dibuka @ TTDI. Bangunan IBM. Feel free to taste our special family recipe of Fried Kuew Teow ;)