Jan 27, 2010

Orang Baru

Minggu lepas, sahabat baik saya menerima orang baru dalam hidup mereka.


22 Januari 2010, jam 10.45 malam, Azie & Munir dah pun bergelar ibu & ayah kepada Muhammad Afiq. Tahniah! Bertambah sorang lagi junior geng 10BH. Setakat ni hero saja. Tak tau la bila akan ada baby girl dalam geng nih. Hehehe. Sebab den pun berangan nak baby boy =p Ibu & baby dalam keadaan baik & sihat. Seronok tengok baby afiq yang comel & bibirnya yang mungil & seksi itu. Hehehe.

Masih pada hari yang sama, jam 9.00 malam, adik kepada BFF saya, Hafsah telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan hatinya. Tahniah buat Siti Atiqah & Christopher Johann. Tahniah juga buat Cik Maggis (mama Hafsah) & family kerana mendapat menantu sulung. Tahniah Hafsah, sebab awak dapat adik ipar =) Lepas ni, turn awak pulak ye. Hehehe.

Aha, kalau kamu inginkan resepi masakan yang enak & lazat, bolehla klik blog Cik Manggis. Ada macam-macam resepi masakan di situ. Semuanya tentang makanan. Yum yum. Oh, apa yang menarik & unik tentang penyatuan dua hati ini ialah, latar belakang famili mereka. Pengantin perempuan, merupakan kacukan Melayu + Cina. Pengantin lelaki, kacukan Melayu + Belanda. Majmuk =) 1 Malaysia. Hehehe.


Hasil keras tangan saya ;)


Confirm pengantin tengah berdebar-debar




Pengantin & both Famili


Pengantin baru vs pengantin lama. Gemoknye haku =(


Coming soon ;) Ambil berkat... hehehe


Kami =)

Jan 24, 2010

Nostalgia : Setahun sudah...

Alhamdullilah.
Genap setahun sudah kami berstatus suami isteri ;)
Syukur pada Allah atas pertemuan & jodoh dariNya.



Kahwen tu best ke?
Mestilah best. Masam-masam manis =)
Dalam masa yang sama, kahwen itu tanggungjawabnya besar, pengorbanannya tinggi, cabaran dan dugaannya hebat. Bagi yang sudah berkahwen, tentu saja mengerti maksud saya ini. Pada yang akan berkahwen, persiapkan mentaliti & psikologi kamu ke alam baru.

Abang,
Setiap hari adalah hari baru untuk kita. Dari kita sorok-sorok bila nak kentut, lari jauh-jauh, sampai la kita dah tak segan nak berbalas kentut. Hahaha. Aih, abang sudah prove it to me yang kentut abang memang power. So, I surrender ok. Abang menang ;p

Adakala, saya lupa nak tutup lampu sampai melambung bil elektrik. Lupa nak tutup air kat bathroom sampai bil air naik bulan tu. Lupa nak tutup tingkap bilik sampai banjir bilik kita dek tempias hujan. Aih, saya selalu lupa. Apa yang saya lupa, abang ingatkan ya. Macam tu jugak kalau abang lupa, saya ingatkan. Tak kira perkara apapun, jangan kita jemu ingatkan antara satu sama lain, kerana kita hanya insan biasa yang mudah lupa.

Doa saya, moga kita sentiasa senyum saja hadapi hari-hari mendatang. Kita doa pada Allah, mudah-mudahan Dia makbulkan hajat kita untuk menimang zuriat. Pelengkap kehidupan kita berdua. Insyallah. Untuk segala kekhilafan saya, harap abang maafkan.

Oh, saya nak abang tau yang…
Abang always be my SUPERMAN!!!
Sampai bila-bila ;) Happy 1st anniversary abang!

Nota kaki : Thank you Allah for our wonderful marriage journey so far. May ur bless always with us. Insyallah ;) Everyday I love you =) Jiwang seyh. ngehehe.

Jan 19, 2010

Siapa tak baca, dia yang rugi….

Panduan hebat untuk kamu!

Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender

Original Message Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article :

Puan bolehlah membuat pengiraan dari tarikh puan datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-

KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth; sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb)
Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki) : 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (Anak Perempuan) : 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

Berdasarkan kalender di atas, Puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid Puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami. (yeah, I like this one. Hehehe. Excuse me, gatai mode ya !!)

Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10. Jadi pada hari ke 11 hingga 17, Puan dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 (lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari) dari tarikh period terakhir.

ALL THE BEST & GOOD LUCK!! INSYALLAH

Tips yang bagus untuk dicuba bagi yang dah berkahwen.
Pada yang belum berkahwen, save this article sebagai panduan perancangan masa depan.
Ok, We’ll see whether this tips is accurate or not in 9month ahead (approximately). Insyallah. Go fathi go! Hehehe.

Nota kaki : Mencuba & berusaha, wajib. Harus yakin, Allah telah mengatur & menentukan setiap satu itu untuk hambaNya.

Jan 14, 2010

Little Mademoiselle


Budak perempuan cilik memakai sepatu tumit tinggi. Comel !!!
Siap boleh berlari dengan sepatu tumit tinggi tuh. Terer. Running with the heels.


Tengok gaya Suri nih, I think she’s born to be a star. Look at her style. So adorable.

I wonder lah. Kenapa budak kecik mesti suka pakai sepatu tumit tinggi ???

Jangan kata budak lain, saya ni pon sama jugak. Masa kecik dulu, saya peminat sepatu tumit tinggi tegar. Hehehe.

Mak saya tak pakai sepatu tumit tinggi. Jadi, memang takde chance lah saya nak melaram pakai high heels. Kalau tak, dah lama haku catwalk depan halaman rumah, berjalan ala model dengan sepatu tumit tinggi. Verangan u.

Aha, peluang nak melaram tuh tetap ada...
Bila ??? Masa bertandang ke rumah sedara mara. Especially masa raya, bersepah sepatu depan pintu rumah.

Jadi, misi saya pun bermula. Hahaha ~ Devil laugh.

Apa lagi, satu persatu sepatu tumit tinggi saya cuba. Melaram habes. Thanks for my genius mind & perangai muka tembok. Sungguh la tak senonoh. Pada sedara mara, maaf ye sebab saya pinjam sepatu kamu yang cantik itu. Jangan mare ye =) Hehehe.

Nota kaki : Dah tua ni, saya jarang pakai high heels. Padahal, masa kecik tergedik-gedik tak hengat nak pakai sepatu tumit tinggi. Hehehe. Oh, saya paling suka patern peep toe =) Kamu pula?

Jan 12, 2010

Cerita Basi

Rindu saya tak? =)

Ini kisah lampau sepurnama saya 'menghilang'.
Siaran blog ini tergendala dek kerana laptop ting tong.

Kisah laptop
Alhamdullilah. Laptop sudah ok. Cuma tukar hard disk. Hard disk lama sudah korup. Babak paling menyedihkan ialah pabila mengetahui segala gambar kenangan kami sudah terpadam selama-lamanya. Huhuhu. Meroyan jugak la haku. Gambar kawen takpe, ada CD. Gambar honeymoon oit. Cuma yang tinggal, hanya gambar yang diupload dalam blog. Aih, nasib baik ada jugak. Sayang blog =) hehehe. Konklusi, sila backup data anda dimana-mana. Malang tak berbau.

Derita merindu
Zahir & batinku terseksa sejak tak dapat berblogging. Banyak yang mahu dicerita & ditulis. Seksa tak dapat baca & komen blog anda. Huhuhu. Sejurus laptop pulih, butang ‘on’ ditekan, terus la cheq marathon blogging. Hahaha. Puas hati haku. Qada’ blogging. Boleh tak? =p

Penutup 1430H & 2009
Sorotan tahun lepas, kenangan terindah = kawen! Alhamdullilah, sudah selamat bergelar permaisuri hati Syahrul Nizam Ka-chak. Hahaha. Honeymoon. Yeay! Oh, banyak perkara yang jadi untuk pertama kalinya, puasa & raya dengan suami. Penuh makna =) Serangan apendiks. Pertama kali masuk hospital. Pertama kali dibedah. Seram beb. 2 kali pregnant, 2 kali juga keguguran. Belum rezeki kami. Redha & pasrah. Konklusi, suka & duka itu asam garam kehidupan. Life must go on. Cherish the moment & be happy!

Demam kenduri kahwen
Bulan lepas bulan orang dilanda demam kenduri kahwen. Ada orang kata musim mengawan. hehehe =) To Ida & Afiq, Mawar & Hafiz, Ogy & Hafiz, Fateen & Faizal, Dol & Fiza, Echa & Epo, Ayoi & Suri, Mamat & Fiza, Selamat Pengantin Baru. Moga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke hujung nyawa. Ada jemputan yang saya tak dapat tunaikan. Mohon maaf ya.

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah & Tahun Baru 2010 Masehi!!!
Masih belum terlambat lagi kan? Ngehehe =p

Nota kaki : hari ini genap setahun kami kahwen. 26 Muharam =) I'm truly bless.