Apr 30, 2009

Telur rebus ;p

Seperti yg dijanjikan, ni dia cerita lawak tak seberapa dr saya.sebagai pembuka hari.ceria-ceria selalu ;p (cerita pjg..hrp tekun la baca.hehe)

Kisah 1 :
Aku ada cerita ni... lawak la jugak..tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak.Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni...sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk ke rumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku.Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan...maklum ler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi...hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah..aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega...bergegar sikit meja makan dibuatnya...peh tak tahan aku bau dia power gila..aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la..mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku..laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.: habih :.

Nota kaki : aku plg suka part bila bapak mertua dia ckp 'dah lama.sebelum kentut pertama' wakaka ;p nasib baikla haku tak buat suprise lagu nih kat suami (kentot dia pon power gak.haha..sama power dgn kentot haku..wakaka),kalo tak,mau pengsan bapak haku ;p

Apr 26, 2009

Happy Birthday Sayang!

Teristimewa buat sayang,

Dinda bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan kita dalam suasana yang penuh barakah. Moga kanda sentiasa dilindungi & berada dlm rahmatNya dan apa yg kanda hajati dimakbulkan Allah SWT. Dinda doakan kebahagiaan yang kita kecapi sekarang berterusan hingga ke akhir hayat kita. Insyallah, dinda akan sentiasa menjadi tulang belakang kanda bagi merialisasikan impian kita untuk membina keluarga yang mawaddah wa rahmah ;) salam sayang,peluk,cium dari dinda..daaaa ;p

nota kaki 1 : saya tgh surf internet,syah tgh masyuk tgk bola.liverpool vs hull city.liv leading 3-1.ada org hepi tak kira ;p hehe..bday gift for him.what a nite!

********************************************************************************

Updated!!!

Kejutan untuk suami

Saya merajuk pada malam birthday syah tuh (haha.kejam gila haku nih). Terasa bila syah tegur saya. Memang salah saya pun. Tapi saya ego. Degil. Tapi rajuk saya tak lama. Saya cuma diam saja. Syah layan bola, saya pulak berkurung dalam bilik keseorangan. Masa ni la muncul idea nak buat kejutan.hehe

Pintu ditutup rapat.
Lampu bilik dipadamkan.
Dalam gelap saya menulis nota khas buat suami.
Hadiah didalam kotak itu saya keluarkan dari tempat persembunyian.
Hadiah & nota diletakkan bersebelahan bantal.
Saya pula pura-pura tidur.

Dan kejutan saya berjaya. Yes!
Syah memang terkejut tahap dewa bila perasan hadiah & nota tuh.haha.gotcha!


Oh,semalam kami hanya dating saja ;) nothing special. Almaklumlah,dah lama tak berdating lepas kawen. Pagi,kami sarapan kat maple. Kami mengidam roti canai & teh tarik mamak ;p



Tengahari itu,kami ke Mid Valley & The Gardens. Lunch di Chili’s. Seperti biasa,suami saya order set ayam (dia kan ayam maniac.hehe) Crispy Chicken. Saya,western lamb steak, dan chocolate brownies sundae ;p (saya kan choco maniac.hehe).



Trimas kepada Pn.susudalambotol yg mencadangkan restauran ini. Sebab semua makanan ini sedap-sedap belaka ;) Worth it. Marvelous. Especially chicken crispy dip with lemon mayo. Pergh..mmg masyuk. Lamb steak okla. So-so. Setakat ni saya belum jumpa restauran dgn lamb steak yg best. Kriteria best bagi saya,daging itu mesti lembut & fresh. Bila dikunyah,rasa manis daging. Itu baru world! Ada sesiapa yg dah jumpa lamb steak yg best? em,maybe saya nak bertukar selera pada beef steak & fillet slps ni ;)

hidangan istimewa untuk makan malam...spaghetti :)
fathiyah's kitchen signature dish..haha & tea o ice..ok la kan ;p
ok,hari saya penuh dgn warna-warna ceria ;)


nota kaki 2 : hadiah utk suami..em,saya ;p hahaha

Apr 23, 2009

Pengantin Baru..Rumah Baru..Kehidupan Baru

Entry istimewa..
Tak lama dulu (lama dah sebenarnya..heehe) saya diundang utk meraikan Raja Sehari, Farah & Ein, dan Muzamir & Nazihah (kawan syah). Sangat teruja tgk member naik pelamin…Teringat saat manis itu..hehe ;p





Buat farah & ein,selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Moga murah rezeki, cepat2 dapat baby ;)

Hari ini, genap 3bulan kami kawen. Rasa mcm baru 3hari.hehe.. Dlm masa 3bulan ni, mmg byk yg kami tempuhi. Alhamdullilah, kami dpt melaluinya dgn tabah. Kaki kami akan terus melangkah seiring & sejalan ;) insyallah


rumah kami ;)


view dari balkoni

2bulan yg lalu, saya & syah selamat berpindah ke rumah baru. Alhamdullilah. Tapi bkn rumah milik kami sdn bhd, rumah milik kerajaan aka kuarters ;) Buat masa ni, menetap di sini dulu. Buat sementara waktu. Sementara, nak meninjau-ninjau kawasan mana yg sesuai utk kami membuat penempatan & jajahan.haha. Pesan mak, kalau nak beli rumah, pilihlah kawasan yg mana majoriti penduduknya Islam, dekat dgn surau, barulah bermasyarakat & berkat.

nota kaki : Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai, kalau takut tanah runtuh, jangan berumah dilereng bukit..haha ;p

Apr 20, 2009

Perah otak!

Saya sedang memikirkan sesuatu tika ini.seperkara yg memerlukan saya perah otak! ;p
rencana ini harus saya laksanakan dgn jayanya.tapi,saya tidak punya idea...buntu.

Pernah dulu,Sang suami membuat kejutan buat saya.
kejutan yg julung-julung kalinya slps kawen.oh,saya terkesima ;)


sama sekali saya tidak menyangka sang suami berjiwa romantis..haha ;p

*kezutan ini sempena saya disahkan mengandung tak lama dulu,namun apakan daya,"kezutan" dr saya utk suami lbh dahsyat.pasrah.

satu petang,seperti biasa,saya pulang dr kerja.sblm tu,saya sempat menelefon suami.bertanyakan menu apa yg dia mahukan utk makan mlm ;p (ms tu saya tgh mabuk2.tak larat nak masak..so,saya beli saja..hahaha) pantas suami menjawab,jgn beli apa2.sbb dia dah beli kepak ayam sensasi KFC.beria-ria syah ckp jgn beli apa-apa juadah utk mkn mlm.aih,pelik.

dlm hati : manala cukup kepak ayam jer utk aku (sbb nak mkn utk 2org kan ;p) oleh kerana saya ni mmg kedeqang,maka dgn itu saya tetap membeli juadah mkn mlm.utk saya sahaja.haha.kejam gila ;p di saat itu,saya telah tergoda dgn laksa penang! dah la lama cheq tak pekena laksa.ouhhhh...terliur

sampai di rumah.gelap.sunyi sepi.salam yg diberi tak dijawab.saya tahu syah dah sampai sblm saya.dlm hati : mesti nak kenakan aku la ni.ceh...konon suspen la tuh ;p

bila saya melangkah melewati meja makan,saya terpandang kejutan itu!
haaa,berbunga-bunga hati den.senyum hingga ke telinga ;) syah pun keluar dr blk.rupanya dia tgh solat td.pttla tak jwb salam td..dan kami mkn la lps tuh :) hehe

dan,tak lama lagi giliran saya pula utk memberi kejutan utk syah.sempena hari lahirnya ;) tapi saya buntu.saya cuma ada idea utk celebrate bday syah kat tmpt mkn.haha.tapi saya kurang arif tmpt mkn yg best.aha,syah penggemar ayam aka chicken maniac.hehe..TGI friday ok ke?ada tmpt lain yg lbh da bomb? boleh kalian bg cdgn? trimas ;)

Apr 15, 2009

Fantasia Bulan Madu ;p

Destinasi : Langkawi
Pengangkutan : MAS (by plane)
Penginapan : Bayview Hotel

Kenapa kami pilih Langkawi?
1) sbb saya blm pernah ke sana spjg 25thn ini ;p
2) pantai yg menarik ;)
3) shopping heaven...especially for chocolate lovers mcm saya..hahaha ;p

oh,ada beberapa tips utk anda sekiranya ingin berkunjung ke Langkawi

1) jika anda plan nak bershopping sakan, musim cuti sekolah @ peak time bknlh masa yg baik utk ke Langkawi,sbb harga brg naik & lbh mahal drpd biasa..slps musim cuti sekolah juga bkn ms yg sesuai sbb kbykn brg sold out,takde stok...ms yg sesuai berkunjung ke Langkawi pd waktu lain selain dr musim cuti ;p

2) bg saya percutian 4D3N adalah percutian plg singkat ke Langkawi.anda dinasihatkan rancang percutian ;p supaya berbaloi..dpt lawat semua tmpt & shopping..yahooo!!

3) kalo tak slh saya,kedai yg menjual coklat plg murah, The Duty Zone..(saya check & catit harga coklat setiap kedai...hahaha)

**********************************************************************


makam mahsuri


telaga mahsuri + tanjung rhu (pantai yg sgt cantik!!)


-Langkawi wildlife park
-Dataran Lang
-Durian Perangin Falls
-Galeria Perdana
-Air Hangat Village (under construction)


Cable Car @ Gunung Mat Cincang
-Telaga Harbour Park (marina & yatch club house)
-Telaga Tujuh (anda boleh melihat air terjun telaga tujuh semasa menaiki cable car)


Laman Padi


-Underwaterwold
-Porto Malai
-Perusahaan membuat minyak Gamat Nusantara
-Atma Alam Batik Village
-Padang Matsirat : Beras Terbakar
-Island hopping


-Island hopping : Pulau Dayang Bunting,Pulau Singa Besar (Eagle Feeding),Pulau Beras Basah (mandi manda time!!!)

Apr 10, 2009

Kenangan Terindah : Episod 2

Ya,seperti yg dijanjikan...
ini episod ke-2 entry majlis walimah saya :)

Sebelum itu,ingin saya kongsikan bersama,
beberapa butiran mengenai majlis saya
sebagai panduan kepada bakal-bakal pengantin
yg berdebar2 menanti hari mereka...ya kan? ;p

Majlis Nikah
Date: 23 January 2009
Venue: My Home Sweet Home,Bdr Baru Bangi
Theme Color: White + Red + Fushia and family of Maroon
Pelamin : Puteris
Hantaran + Deco : DIY ;) with family members
Bride & Groom Attires: Fathiyah's ideas & design ;p
Makeup Artist: Munie Ahmad
Photographer: Photoclique

Majlis Resepsi
Date: 24 January 2009
Venue: Dewan Presint 8,Putrajaya
Theme Color: Rusty Pink and family & close frens Green
Deco: Puteris
Bride & Groom Attires: Puteris
Makeup Artist: Nurjuma aty (Butik Nurjuma)
Photographer: Candidsyndrome (Mukhriz Latif + Faisal Rahim + Hafidz Kamaruddin)
Catering : Ihfaq Catering

entry dr blog moqh : klik di sini!

ok,ada beberapa tips yg saya nak perturunkan..hehe ;p

1) Ape2 pon yg berkaitan deco,hantaran,pelamin,attires bla bla bla...always take note that "Less is More"...simple tu yg lbh menarik bukan ;) trust me...kamu pasti tak akan kecewa kemudian hari.

2) Pastinya utk hari yg berbahagia ni,anda mahu kelihatan menawan :) oleh itu,anda perlu sedikit cerewet dlm memilih makeup artist.Ape yg saya buat,saya buat research setiap makeup artist yg saya berkenan dihati..hehe..saya menilai hasil artwork makeup artist tersebut melalui magazine..saya call mereka, sembang2 & tanya how much they charge..bagi yg lebih concern about aurat,saya cdgkan anda hire woman makeup artist..contohnya munie ahmad,nurjuma aty,saidatulnisa..hasil mereka sgt mengagumkan ;) pasti puas hati.

3) Sentiasa bersederhana & berjimat..hehe..ape yg saya buat,rancang perbelanjaan.saya cr idea ttg deco & hantaran dr internet.perkara yg saya boleh lakukan sendiri,saya akan buat sendiri dgn bantuan keluarga.ya,minta saja tolong sume ahli keluarga anda.jgn segan2 minta bantuan mereka.sbb anda mst kelihatan ceria & bertenaga dihari bahagia anda.jadi,pastikan anda cukup rehat..walaupun anda tak boleh nak tido lena,berdebar2 menanti hari plg brsejarah & memikirkan mcm2 perkara..hehe..saya la tu ;p

4) Senyum sokmo :) igt! hari ini,semua mata tertumpu pd anda berdua..jadi senyum kambeng..haha ;p senyum sampai lenguh muka...minum sky juice sebyk mungkin..hehehe..ini penting utk penjagaan kesihatan anda :)

**********************************************************








sedang berdandan ;p


sahabat sejati! :) gembira punya shbt spt mereka


wajah-wajah kesayangan hamba


kompang dipalu....pengantin malu ;p


makan berentap!!! ;p


10BH pekena pengantin ;p huhuhu


mak & ayah kami :)


famili kami :)


famili besaq kami :)


my frens : gombak 2,taman melati,tikl,UTM frens,geng 10BH(yg ada 7 je),geng jasminians


amik berkat ;p


gila-gila pose!


outdoor potraite






utamakan keselamatan ;p


geng photog yg best!

Apr 6, 2009

Kenangan Terindah : Episod 1

Entry yg sepatutnya dipos 2purnama yg lalu...
maaf..entry ini pjg & sarat dgn gambar shj

episod paling bermakna dlm hidup saya
rasanya setiap episod sgt2 bermakna ;p
seperti tak percaya pun ada
macam bermimpi yg diri ini telah dimiliki oleh sang suami

berdebar? ya! itu mesti
saya amat berdebar2 menantikan saat & waktu itu
terasa jantung macam nak tercabut!

23 januari 2009 bersamaan
dipagi jumaat yg hening & penuh barakah
saya dinikahkan oleh ayahanda tercinta
tepat jam 10.20pagi, dgn sekali lafaz
saya telah selamat diijab kabulkan
dgn jejaka pilihan hati...syahrul nizam shaharuddin :)

alhamdullilah..majlis berjalan dgn lancar
juadah, nasi kerabu special..hehe
hasil air tgn kawan2 mak...malatop!

ok,enjoy the pics k :)




pelamin : white+red ;)

ratu sehari bersiap...hehehe












ready to go!!!






sempat lagi posing naaa...








saat debaran makin terasa





















































outdoor..playground dpn rumah saya ;p