May 27, 2009

Kisah Pau & Kacang Cap Tangan

Siapa suka makan pau sila angkat tangan.

Saya!!! ;) *dengan penuh semangat dan kegirangan* hehe

Korang suka makan pau tak?
ha,kuih ni termasuk dalam kategori kuih faveret saya :)
saya paling suka pau kaya dan pau kacang merah.ush...tersangatlah mengasyikan bila dapat menikmati pau ketika minum petang bersama secawan teh.percayalah.hehehe

Stok pau ni memang sentiasa ada dalam fridge saya.haha.must have! kalau tak,saya akan jadi tak keruan kerana mengidam pau ;p aih,kronik betul nih.

aha,pau apa faveret korang? :)

oh,lagi satu yang saya suka ;)
makan kacang cap tangan dengan teh
(kacang cap tangan yang terbaek!hehe..bagi saya la)
bukan makan kacang lepas tuh minum teh.

tapi cara-caranya begini :
mula-mula,kopek kacang.
buang kulit kacang.of course lah kan.mana ada orang makan kulit kacang.hahaha ;p
masukkan ke dalam cawan yang berisi air teh yang panas.
then,enjoy ur sneak! hot babe! try lah

cam ni lah :)

May 25, 2009

Bukan Superstar



kami suka layan lagu ni.menghiburkan.lawak keji.hahaha ;p

oh,pagi ni saya ada appointment dgn Dr.checkup untuk operation tempoh hari.2bulan sudah berlalu.operation D&C juga sudah hampir 2bulan juga berlalu(3jun ni genap 2bulan).

harapan saya,semuga semuanya ok.setakat ini,saya rasa tubuh badan sudah sihat.

cuma 2minggu lepas selsema.nasib baik bukan itu selsema babi.ceh!
kitaran haid juga ok.macam biasa.

untuk itu,tempoh 'pantang' saya cuma tinggal sehingga next period.hehehe *wink*wink* ;p
************************************************************

update!!

alhamdullilah ;)
pertemuan dgn DR pagi tadi melegakan hati saya.
selepas checkup 5minit itu,DR sahkan saya sihat...

ini cuma ada 1 perkara yg saya tak berapa puas hati.

tempoh menunggu yg begitu lama.bayangkan saya menunggu utk checkup tuh hampir 3jam!berasap jugakla haku.sabar-sabar..masuk jmpa DR min je.DR just tekan-tekan bhgn operate.tanya sakit atau tak.tu je.tapi,letih nak tunggu tuh yg den tak sanggup.huhu

saya tak salahkan sesiapa.tapi keadaan pagi tadi jelas sgt yg malaysia kekurangan DR!
para graduan kedoktoran,saya kira anda perlu berbakti di negara sendiri.kepakaran anda sgt diperlukan!fikir-fikirkan.....

May 20, 2009

1st Hero

Ladies and gentlemen,now I'm proudly presenting u....*drumroll*
hero pertama 10BH junior..amsyar darwisy ;)


ahad lepas,kami berkesempatan melawat farah & baby amsyar.
alhamdullilah,both mum & baby sihat walafiat.comel je tgk amsyar tido.geram.hehehe.


aku nak dukung baby ko farah,tapi memandangkan aku pon still selsema,so aku batalkan jelah hasrat dihati ;) takut amsyar terjangkit pulak.susah nanti.ko pon tak senang hati.hehe.lagipun,aku memang ler tak reti+takut nak pegang baby yang baru lahir ni...hadoi,mcm mn aku nak jaga baby sendiri nanti?

best ye ada anak.lain perasaannya.tak tergambar.
kerana....
zuriat inilah yang menyambung keturunan kita.dan doa dari zuriat ini jugalah yang memberi pahala berterusan buat kita pabila kita sudah tiada didunia lagi.insyallah.

ok,selamat berpantang farah.jaga diri elok-elok ;)

May 14, 2009

Hari ini dan semalam

Dah lama nak post tentang nih.tapi tertangguh..entry ni khas pada sesiapa saja yang belum ketemu pasangan hidup especially utk sahabatku,nadiah & 10BH.

Bila kenangkan zaman aku bercintan muda-muda dulu (aku tak la tua sgt ;p) aku boleh tergelak sorang-sorang. Sbb bg aku tak boleh terima dek akal apa yg aku pernah buat satu masa dulu. Lawak. Tindakan aku mmg ntah hape-hape.

Cinta monyet. Bagi aku cinta masa yg lalu tu macam cinta beruk. Sbb ianya buruk, penuh dusta & bukan cinta yg suci.

Masa aku putus dgn ex-boypren, aku down sgt. Sampai aku kurus sbb tak mkn (sblm tu bdn aku tembam ;p). Menangis tak kira masa. Aku hanya fikir nak balas dendam saja. Aku berubah. Ke arah yg kurang baik. Tapi, aku kira Allah masih sayangkan aku. DIA selamatkan aku. Dgn sahabat-sahabat aku yg sentiasa ada disisi tika susah & senang. Ya. Korang sume. 10BH ;) Aku sayang korang.

Dan Allah makbulkan doa aku utk bertemu dgn cinta suci itu ;)

Bila baca entry Tirah, aku rasa nak peluk ko je. Macam mana yg ko pernah peluk aku masa aku tgh bersedih dulu. Semua yg diluahkan menyentuh bangat kalbu aku. Aku tau sahabat-sahabat kita yg lain juga turut merasakan apa yg ko rasa. Teruskan berdoa tirah & sahabat-sahabatku. Jangan putus asa. Kerana Allah swt sentiasa mendengar doa hambaNya.

Jodoh & pertemuan, telah Allah tentukan utk setiap insan. Cuma, yg bezanya cepat atau lambat. Serahkan semua resahmu pdNya. Tawakal. Setelah kamu berusaha. Andai kata jodoh kamu hadir lambat, usah gusar. Kerana tentunya DIA mempunyai rencana yg lebih baik utk kalian. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan utk kalian & semoga bertemu jodoh yg terbaik utk diri kalian ;) Salam sayang,peluk,cium.

Nota kaki : Bila Allah cepat memakbulkan doamu,maka Allah menyayangimu. Bila Allah lambat memakbulkan doamu,maka Allah ingin mengujimu. Bila Allah tidak memakbulkan doamu,maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Sentiasa bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun. Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.

May 13, 2009

Are u smarter than a 5th grader???

Saya peminat game show. Hari rabu malam khamis, sure saya akan tunggu game show nih. Jam 9, channel Star World,711. Suka la tengok gelagat dan ekpresi budak-budak comel yang cerdik pandai. Feveret saya, Nathan ;) Kiut. Geram. Rasa nak cubit-cubitan saja. Nak anak comel dan bijak cam ni lah.hehehe..Insyallah.

Soalan-soalan game show nih boleh tahan power. Disebabkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia & Amerika tak sama,so ada gak soalan yang den tak tau jawapannya. Melopong kojap. kalo den study kat amerika,bulehla den jawab.hahaha ;p

Ayat keramat peserta yang kalah : I’m not smarter than a 5th grader…wuhuuuuu

Nota kaki : kalau la kat Malaysia buat game show ‘Kamu lebih bijak dari budak darjah 6???’ agak-agak korang boleh jawab tak soalan-soalan tuh nanti? Hehehe ;p

May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...m
emang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke rumah, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak





Nota kaki : Selamat Hari Ibu buat bonda,Pn.Fauziah Mohd Daud dan juga buat bonda mertua,Siti Hawa Karim.Kak long sayang & rindu mak sangat-sangat ;) *hugs* muah muah muah...Selamat Hari Ibu juga pd ibu-ibu & bakal ibu ;)


May 7, 2009

Journey to the south

Hari minggu lalu, kami terjah ke selatan tanah air. Destinasi kami : johor. Trip ke skudai dan johor bahru ni dah lama kami rancang. Sebelum berkahwin lagi ;) baru la ni ada rezeki untuk kami sampai ke sana setelah 3 & 4 tahun meninggalkan memori di sana. Ewah-ewah ;)

Objektif kunjungan : Cuma nak jenguk kampus. Mengenang kembali kenangan dolu-dolu ketika muda remaja.. UTM tak banyak berubah. Masih seperti dulu. Bezanya,cuma ada signboard yg baru. Lebih grand gitew.















Ayam madu makcik kafe Meranti masih umphh mcm dulu. Sedap bangat! Kami siap tapau ayam tuh.hehehe… Bila menyusuri kampus,hostel, teringat kembali masa tengah bergelar student. Rindu ;p Kalau boleh diputarkan masa,mahu saja kembali ke 8tahun yg lalu. 5years of wonderful memories with 10budak hitam will always fresh in my mind ;)

Warung Pak Ali masih lagi jadi tumpuan. Gayanya masih sama ;) Masih igt akan cendawan goreng & pisang goreng tepi jalan tuh? Rasa cendawan goreng tu pun is still the same. Gerai burger depan 7evelen tu pun masih ada. Masih laku mcm dulu! Roti canai kosong Lebai restoran mama lyns (dulunya restoran ketumbar) pon sedap. Adus,kesimpulannya, makanan semua enak-enak dong. Aha,saya borong DVD pirate kat kedai CD & DVD lanun cina tuh.hahaha… bolehla layan movie yg saya miss before dis ;)

Kami ke Johor Bahru. Singgah di Angsana (mall) hanya nak cari barangan cap Liverpool ;) cam ni lah penangan peminat fanatik bola.hehehe ;p oh,saya jumpa my old time favorite desert, swedish apricot ;) heaven!









Hajat dihati nak pekena mee rebus Stulang,malangnya kedai tu dah tutup.sob sob sob. Kempunan. Tak bernasib baik ;p Saya tak berkesempatan makan kat Singgah Selalu, Anjung Warisan & Steamboat JB (kat parking area tepi padang Jam Besar tuh) kali ini.. Takpe.next time (bila Lela kawen nnt.hehehe) bertandang ke JB, saya akan puaskan nafsu makan tahap dinasor nih.hahaha ;p

Destinasi berikutnya Danga Bay. Buat masa ni Danga Bay under construction dibahagian food court. Makanya,tiada apa yg menarik disitu. Dan kunjungan kami berakhir disini….sayonara JB. Jumpa lagi ;)

May 3, 2009

Pakcik Poyo

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun pakcik punya jugak....

Lor… ;p

nota kaki : congrate to farah azmin & mohd faiz atas kelahiran amsyar darwisy.fuh,glamer tak hengat nama baby ko.hehehe..tgu aunty fathi & uncle syah dtg tgk amsyar weekend ni ye :) i'm soooo hepi 4 u farah.