May 13, 2014

Make It Simple & Short

Blog dah nyawa-nyawa ikan…
Sedih nak biarkan saja macam ni…
Stumble to this blog http://www.pinksugarland.com/
It gives me an inspiration to update my blog after this. A picture(s) tells you a thousand words & the memories. Get it? Especially utk mak-mak yang super buzy...hehehe
Walaupun takde gadget (camera) canggih & talented as a photog, itu bukan alasan....ngheee
Dah-dah, jangan melalut, straight to the point ;p



Alhamdullilah, Nuha turns 3 last week on May 6. Wow, you’re growing up so quickly my dear. You’re already 3 years old! It just seems like yesterday you were 3 days old. Happy 3rd birthday!

Feb 6, 2014

A look back

Assalamualaikum.
Ye...last year saya catat rekod paling sikit update blog. No excuse for that. It's just myself, have been trapped into a world that makes me dis motivated. The only reason for my happiness is my family. Syukur for that :)

A look back :


1.Genap setahun stay in JB. Setakat ni, semua theme park new in town kami tak jejak lagi walaupun dekat je pun. hehe. To carry forward the wishlist this year. Tempat lepak, as usual, taman tasik UTM. hihi. Tempat jatuh lagi kenang tuh ;p


2.March - bulan warded sefamili. First, mak warded due to dengue. Then Nuha warded due to high fever. 40 degree Celsius. Ofkos mak panik nak. Alhamdullilah, Nuha recover after a few days.

3.Holidays!
Langkawi - Bukit Gambang - Krabi. Hamboi...holiday sakan na. Layankan gambar sajor. Krabi, definitely a place I want to revisit someday. Love the beach & island! A must place to go :)

Gaya beach girl

Her first air ride

Island hopping around Langkawi

Mak Arab & Amoi ;p

Letih & excited naik bas dari JB - Kuantan

Happy la tu

Walking down the sun

Maya Bay - kat sini shooting filem 'The Beach' featuring Leonardo Di Caprio yang femes bangat

Indahnya ciptaan Allah

Tempat penginapan

Hello Kitty Tuk-Tuk

Sunrise at Krabi. Nyaman

4.Pindah Rumah
Masuk rumah sekarang ni, 3kali dah pindah rumah sepanjang kat sini. Almaklumlah, adat orang menyewa kan. Pasrah. Nak jadi rezeki & Allah permudahkan urusan kami, pindah randah dalam kawasan perumahan yang sama. Lega la sikit, walaupun penat packing & punggah barang tu sama aje.

Sep 24, 2013

Wean Off

Insyallah. On the way. hehehe.

Nuha belum 100% wean off breastfeeding. Tapi bila saya explain, susu mama dah takde, dia faham. Sebab bila dia hisap memang dah sikit sangat susu pun. Cuma dia nak nyoyot je, lepas gian. Hahaha. Dapat kejap pun jadilah, nanti dia sendiri cakap...Susu mama dah habis.ok.dah.

Previously, I started to wean off masa Nuha genap 2yrs. Lepas baca blog Dr.Halina, how she wean off Bella, I tot I want to do the same method too. But, failed...hahaha. After 3days sleeping with a toddler who cranky & mengamok sakan sebab tak dapat 'candu', saya surrender ;p

So, days by days, saya still berperang secara psiko la dengan Nuha. Dia akan mintak 'susu mama' bila saya balik kerja. Sampai je depan pintu dia dah standby depan muka pintu, nak mintak susu. Haha. Macam mana la nak say no to muka yang comel lote tuh. Kalau saya tak bagi, confirm dia mengamuk for the rest of the night & kita tak boleh buat apa even nak pegi mandi. huhuhu.

Malam, bila dia mengantuk mesti dia nak 'susu mama' jugak. Baru dia boleh lena. Kalau tak, haih...again, mengamuk. Saya rasa dah sampai masa Nuha wean off breastfeeding 100%. Tapi tak tau cara terbaik. Oh, petua tradisional macam letak benda-benda yang pahit tu saya belum try lagi. So, nak tanya mummies macam mana the best way to wean off? Kalau ada cadangan & pengalaman, boleh la share dengan saya ye. Tq :)


Tengok gambar ni, macam-macam perasaan keibuan datang. Oh, anak saya dah besar. Persis anak dara (dengan rambut palsu tuh...hehehehe)

Sep 5, 2013

Eid 2013

Selamat Hari Raya!

Fuhhhh.... sorry sebab dah lama tak update blog. Bukan tahap berhabuk lagi ni, dah tahap dewa bersawang kot. Hihihi... Ada lagi ke yang keep following my blog? Insyallah, from today I promise to myself to write something at least 1 post per month. hehehe. Aci tak? ;p

Cerita raya.
Alhamdullilah, syukur dapat sambut Ramadhan & Syawal sekali lagi bersama yang tersayang. Last ramadhan, Nuha got a fever a few times. Risaunye. But, alhamdullilah she's doing fine a few days before raya :) This year, beraya kampung my parent first. Nuha memang excited balik kampung. Dia dah faham. Dalam kereta dengan girang menyanyi lagu Balik Kampung. Cute! Dia nyanyi part 'oho..ho..balik kampung'. Tu je yang dia hafal pon. Hehehe.

Pagi raya Nuha moody sebab tak cukup tidur. So nak bergambar pun payah. Ada berapa kerat jelah gambar first raya. Part duit raya, tak payah di ajar, dia dah tau. Bijak-bijak.






Oh...scenery kampung memang the best! Nostalgia gitu.

On open house, alhamdullilah this year around dapat jumpa member-member yang dah lama tak jumpa.

 Rumah wajib raya setiap tahun :)

Nak ajak bergambar pun dah susah sekarang.

Jan 23, 2013

Fantastic Four


Sah as husband & wife at this very own date 4years back :)

Perkahwinan,
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua,
Bukan juga sampai tua
Ia perjanjian sampai mati.

Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Jesteru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Tika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman & takwa,
Untuk belajar meniti sabar & redha Allah SWT,
Kamu bukanlah Saidina Abu Bakar R.A,
Tidak setegas Saidina Umar R.A,
Tidak sewara' Saidina Uthman R.A,
Pun bukan segagah Saidina Ali R.A,
Jesteru, kamu adalah suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.

Amin.

Jan 16, 2013

Moving Forward, Looking Back

Salam to all.

Alhamdullilah, I'm sihat-sihat saja. All this while I've been so buzy with works that keep me away from blogging. Rindu nak blogging like dulu-dulu but my life has been fully occupied with so many things. Writing mood terus takda. Mati idea ;p

Here's a bit flash back of what you have been missing for a few months. Insyallah, kalau rajin nanti I make each entry for these. Tak promise ye.
Jalan-jalan Melaka 

Last twenties yo! 

 Selamat Pengantin Baru Syafiq & Fyza (BIL)

Oct 23, 2012

Fun In The Sun

For the past two weeks, cloudy days had take over the weather. Pagi-pagi liat nak bangun. Best berguling dalam selimut tebal, feel like we are in winter season. Hehehe ;p Therefore, I insist my husband for a lazy weekend at the beach.

Yes. I love the ocean breeze, sitting under the sun while getting my skin to be tan. Perfecto! Ada hati nak tan konon. Kulit terbako yang ku dapek. Ngehehe ;p We went to Tanjung Balau, near Desaru, just a nice lepaking place for those living in JB. Now dah ada Senai - Desaru highway, perjalanan lebih lancar :)

I feel the sand on my tiny feet for the first time!

Play time

Leka tengok layang-layang

Jom jalan-jalan

 


You might notice that I'm wearing this tie-dye shawl so many times lately. Hahaha. I'm so in love with it. It's from Dian Pelangi. Love the soft material, the size (long & wide to cover the chest) & sedap je pakai, tak panas. I've got mine at Lulu Zabi. Go & get yours now. Rugi tak beli, gerenti puas hati. Must have other colours for myself soon. Hehehe.


 
Funny fact : Nuha 'taste' the sand before she play it. Sedap tak Nuha? Hehehe ;p

Oh My Parent! Don't over shadow on me ;p


At first Nuha was excited when my husband dipped her feet in the water. But then she got scared when the wave came. Ombak jahat. LOL ;D


 Tonggek ;p

Kejar ayah!

Nuha kasi chance kat ayah & mama to camwhore berduaan. Dah lama tak gediks santai like this. Hehehe.

Us :)