Dec 15, 2011

Dealing with Eczema



At 5months and a half, Nuha was diagnosing with eczema. Mulanya I notice kulit Nuha a bit dry at certain part especially part pelipat tangan, kaki. I tot it just normal dry skin, sebab my husband had a dry skin type too. So I just apply baby lotion on Nuha’s skin. But, it doesn’t show any progress.

After raya, balik dari kampong, Nuha got a little tiny rashes at her certain body parts. I tot it was heat rash sebab masa tu dok beraya sana sini, cuaca panas, Nuha pun asyik berpeluh. Then, I lumur her whole body with bedak sejuk & the rashes disappear.

A month later, Nuha got rashes on her right cheek. This time I tot it was ruam susu. My mum said, it’s normal for bf baby got ruam susu. Again I sapu bedak sejuk and the rashes disappear. A few weeks later, the rashes on her cheek suddenly jadi banyak. I tried a few petua traditional to cure it like tepung ubi, tepung jagung but it doesn’t works.

So this time, we decided to seek a doctor for an advice & medicine. Doctor said Nuha got mild eczema (masa tu tak teruk lagi) & she gave 2medicine, Cetaphil moisturiser & H-Cort cream. But I sapu ubat tu main2. Kadang sapu kadang tak bcoz I do not prefer to apply steroid on my baby. Maybe because of that the rashes became worst. Then, kami jumpa paediatrician pulak pasal nak kepastian about this disease. Paed said it is eczema too. Confirm la sudah. Huhuhu ;(

One day, as usual I gave Nuha ate bubur nasi + daging. Suddenly ruam kat muka Nuha became so horrible. Macam udang bakar. Huhuhu… Pity my little baby. Mama & ayah buntu. Mama pun nangis sebab risau & kesian tengok Nuha tergaru-garu. Sure ruam tu merenyam & gatal.

Starting next day, I stop gave Nuha eat meat, fish & whatever food that might cause the growth of eczema. I pun have to pantang makan jugak bcoz Nuha still breastfeed (kurus la mama..hahaha ;p) For a time being, Nuha & me jadi vegetarian (adakah saya akan sukses tahan nafsu makan???) I think when she reaches 9months, barulah I slowly introduce meat, fish & chicken to her. Eggs definitely gonna be her forbidden food.

Hopefully, Nuha will recover from eczema soon. Lagi cepat lagi bagus. Lega hati ayah & mama. Husband & I still try & error apa2 saja petua to cure eczema Nuha. Hanie, thanks a lot sebab sudi share some tips ya.

If anyone had an experience dealing with eczema babies, meh la share your tips ye ;)

Dec 13, 2011

Cameron Highlands





Yeah… at last, dapat jugak kami holiday after a year busy with life, pregnant-deliver-confinement-work-take care baby and the list goes on. Hehehe. This time around, holiday with my in law family. Cukup corum & cukup seronok.

And this is Nuha’s first holiday. Mama & ayah Nuha yang nampaknya lebih excited ye. Nuha – layan ajelah ;p Since it was school holiday, everywhere in Cameron was packed with tourists. Jalan pun jammed gile macam kat KL.

Day 1 – arrive there around 4pm. Rest & relax the whole night.





Day 2 – reach BOH Tea Centre Sungei Palas early morning. It was a breath-taking moment ever. Masyallah. The hill is just like a paint art. Surely I’ll remember the beautiful scenery & the superb fresh air.



Breakfast at BOH café – dalam muvi Ombak Rindu ada scene kat sini. Hehe. It’s a perfect place for romantic tea time. Tapi kalau dah ramai orang, tak ler romantic pun ;p Visit BOH factory, tengok tea making process. Walk down the tea farm hill & carry my 6kg baby. It feels like 9months pregnancy. Hahaha. Our family portrait – my most favourite picture.



Us, having a tea time at Strawberry Moment. Love the desert so much.



Disebabkan cuaca sejuk bangat, tak merasa nak try strawberry ice cream. Pasar Brinchang, sempat tengok gitu-gitu je, tak dan nak shopping, hujan lebat.



Day 3 – memborong sayur kat Kea Farm. Rambang mata tengok sayur segar bugar. Fresh dari ladang.



On da way balik, singgah Strawberry Farm. Strawberry pun sold out musim cuti sekolah ni. Takde chance pun nak petik strawberry. Drop by at Bharat Tea Plantation. Balik KL.

Definitely we’ll come here again next time. Nak qada’ tempat yang kami tak sempat singgah. Hehehe ;)

Nota kaki : If you notice Nuha’s cheek pinkish, its because of eczema. I’ll story about that in next entry.

Nov 14, 2011

What we did last raya

I don’t have a chance to story about our Aidilfitri celebration this year. Tup tup dah Aidiladha. This year turn raya puasa with my family, raya haji with family in laws. Next year tukar turn pulak ;)

Our raya were kalut serba serbi. Here’s the picture to prove how kalut I was.


See my face. Pucat lesi. Nak tepek bedak pun tak sempat. Hehehe. Our raya theme for this year supposes to be green in colour. But sadly, I left my baju kurung kat rumah in law a day before raya. Dang! So, the theme jadi caca marba la sudahnya. Huh. This is the one & only pic raya of us. Sadis. Nuha was cranky & moody kat kampong. She seems not comfortable with hot weather & suasana riang ria (riuh rendah) di hari raya. Sungguh diva my lil baby girl ;p walaupun si Nuha buat perangai, mak bapak dia dengan gigih beraya sakan jugakla. Usung Nuha sana sini ber-open house. Giler penat. Itulah cerita last 2months.

Recently on raya haji, kami beraya kat my mil kampong, Kuala Pilah. This time, Nuha dah ada improvement. Dah tak nangis & cranky macam dulu. Cuma dia still tak mesra dengan orang yang dia tak kenal. Kalau orang lain dukung, paling lama boleh tahan 5minit kot, lepas tuh, Nuha start cembeng-cembengkan mulut dia (start gear, panas engine) & Uwaaaaa. Hahaha ;p Tapi, bila mama dukung, dia terus senyap. Ceh, auta ye kamu.

Tulah alkisahnya raya tahun ni. Hopefully next year raya Nuha dah pon boleh berjalan. Insyallah. I can’t wait for it ;)

Nota kaki : Seronok tengok gambar raya bloggers with family especially their cute baby melaram baju kurung / baju melayu. Alahai, comelnye.

Nov 5, 2011

28 years young :p


Family Potraite :)

Today, I’m turning 28 years old. Dah bertambah matured setahun lagi. Alhamdullilah.. At this age, I feel so grateful because Allah gives me a chance to have a pleasure life as a daughter, wife & mother. Everything was awesome for a whole year. Thank you Allah for your blessing & prosperity.

Tomorrow, Nuha turns into 6months. Yeah. A transition month for her. Hehe. Sempena bday Mama hari ni, mama akan hidangkan first solid food for you my honeybunsugarplum. Hehehe ;p Sekejap lagi mama akan masak bubur nasi special. Kita makan sama2 ye ;)

To all bloggers & readers, Salam Aidiladha. Hati-hati balik kampong. Selamat berkorban & tumbang lembu seekor. Hehehe ;)

Oct 30, 2011

Still Breathing







Assalamualaikum. Dear readers, I’m still breathing & alive. Hehehe

Dah stop blogging ke?

Alahai.. I know. It has been more than 2months since my last post. Sorry for un-updated blog. So many stories I want to share here. Macam-macam cerita. Hehehe. Ok. Kita start cerita pasal Nuha dululah. My baby girl grows up so fast. I miss her newborn days. I miss her lovely baby smell. Sekarang dia sudah buchuk masam. Hahaha ;p

Next week Nuha gonna reach 6months & Mama will turn 28..ehem ehem ;p Alhamdullilah. Dah besar anak mama. Jom recap milestone Nuha from newborn until 4months :D

1st month – Banyak tido je. Ada masa dia meragam jugak, biasanya waktu malam lah. Most probably bcoz of colic. Dalam seminggu mesti ada sehari dia cranky & moody.

2months – Reti senyum. Dah start cembeng macam mama. Hahaha ;p
Kalau menangis, walla! Champion tuh. Terus high not. Duduk dalam car seat nangis, dalam stroller pun nangis. Dah start bawak Nuha gi jalan-jalan. Dia tak suka. Melalak je. Sampai orang perli lah. Huhuhu. Sabo jelah.

3 months – Dah reti gelak. Dah ok skit gi jalan2 sebab mata dia dok melilau tengok sana sini. Suka tengok TV. Favourite Nuha, channel BabyTV. Dah cam orang. Obviously mak bapak dia memang dia cam sgt-sgt lah. Suka berborak. Dia nak orang sembang-sembang dengan dia. Menjeling. Dah reti mengekor gerakan orang dengan mata. Nak orang ada depan mata dia. Nuha ni tau je kalau kite tinggal kan dia sorang-sorang walaupun sekejap. Even dia tengah tido pun, dia tau kalau mama takde kat sebelah dia. And this is the problem bila mama nak buat kerjalah.

4 months – Dah reti capai benda, tarik rambut, baju tudung mama. Ish ish ish. Cakar muka mama. Adoi. Suka main-main jari dia & dah jadi habit hisap jari. She really interested with food. Air liur kemain banyak meleleh. Tengok orang makan, dia terliur sama. Nuha ni tak mesra alam. Not so friendly baby. Dia nak dengan orang yang dia biasa tengok hari-hari. Kalau orang lain dukung, mula la dia cembeng. Suka angkat kaki & mengiringkan badan time bergolek. Aksi acrobatic Aunty Cha kata. Mulut riuh. Suka bersembang. Pot pet pot pet. Hehehe. Still tak suka duduk dalam stroller. She really hates stroller. So everytime keluar, I have to carry her. Lenguh beb. She loves to roll. Dah pandai meniarap.

Aug 15, 2011

Ramadhan kali ini

Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

First time kami berpuasa dengan Nuha. I’m so excited!

Sahur, simple sajalah. Must eat healthy food to produce high quality milk. Hehehe ;) Berbuka puasa challenging sikit. Haha. Nak ke param, don’t you dare Fathiyah. Nanti satu param dengar Nuha ‘berlagu’. Heee. Sudahnya Syah sorang je yang ke param beli apa yang patut. Time berbuka, Nuha pon sibuk nak join sekaki. Meleleh air liur dia tengok kami makan. Dia terliur. Sabar ye sayang, 3bulan lagi sayang boleh makan macam-macam. Hehehe ;p

I'm really miss perform Solat Terawikh kat masjid. Rindu sangat suasana berjemaah itu. Rindu moreh. hahaha. yang ni sebenornye kan ;p Nak test jugak bawak Nuha ke masjid, tapi tunggu minggu terakhir, sebab time tuh dah tak ramai orang. Hopefully she'll be ok lah.

Raya preparation? Nuha punya dah complete. Heee. Biasala kan. Standard mak bapak yang excited 1st time beraya dengan anak. kehkehkeh ;p Syah & me belum ada baju raya. Just beli ready made lah. For the first time ever, dis year I'm not making any raya cookies. Biskut tunjuk ajelah. heee.

Jul 26, 2011

Supermama

Salam bloggers. Lama tak bergebang.

Sorry. Tak sempat + tak cukup masa. Heee..Ni baru sorang anak, kalau 2,3 nanti tak tau la macam mana... ;p

Kalaulah saya boleh jadi Supermama. Can do everything in just a few second. Hahaha. Yelah, kata power kan. Macam Superman lah ;p

Right now, I really don’t have a time to goblog. Bukan blogging saja, nak buka FB pun tak sempat. Aduhai.

Bila dah start kerja nih, lagi lah berperang dengan masa. Balik rumah dah malam, letih. Ada masa nak layan Nuha je. Oh, Nuha sangat suka berborak. Kepohci jugak anak dara den ni. Macam-macam nak cerita dengan mama & ayah ape yang dia buat siang hari kat rumah mak tok.

Another constraint is laptop yang dah season tuh. Lembab giler. Its time to get the new one ;) Heee. I can’t promise bila this blog will be active again. Insyallah. I’ll try my best to update selalu & drop kat blog uols.

Hugs & kisses, Fathiyah ;)

Jun 15, 2011

Gain weight vs Loose weight

Hello ;)
Sorry lama tak update blog. Macam-macam nak gebang nih, slowly lah ye. Pelan-pelan kayuh. Heee. Bila dah ada anak, automatik otak pun ligat fikir pasal anak. And maybe entry blog also will change a bit. Kene include about parenthood, mommyhood & baby jugak kan. Betul tak mommies? Hehehe ;p

Back to our topic, right now my concern is all about WEIGHT!

My current status :

Fathiyah : Berat haku toksah la tanya. Sama berat dengan mak gajah. Uwaaaa! I’m still struggle nak loose excessive weight. Aih, kan bagus kalau den boleh transfer semua lemak nih kat Nuha. Sonang hati den. Hehehe ;p Off this topic. Kita gebang in next entry ya.

Nuha : After Nuha first month check up last 2weeks, I need to make sure my baby gain a LOT of weight. Dipendekkan cerita, berat Nuha masa lahir = 2.45kg, then drop to 2.13kg due to dehydration. Nuha demam & hilang banyak air on day 4. Kene tahan wad NICU semalam kat Hospital Putrajaya. Mamanya semalaman lah menangis. Huhu. Sedih giler meroyan bila terpisah with my baby. Now I know that feeling ;( The problem comes disebabkan cuaca terlalu panas bulan lepas kan. Orang dewasa macam kita pun tak tahan, ni pulak baby. After all, syukur Nuha recover cepat & got no health problem.

From previous check up, berat dia 2.8kg. I’m fully breastfeed Nuha. She bf dalam 1-2hours. Pelekapan dah betul. She can suck very well. Bf period : 15mins to 30mins. Lepas bf biasanya dia akan terlena & give a sign that she’s already full. Next month, berat dia must reach 4kg (ikut teori & graf). Boleh ke Nuha reach her goal? Kita tunggu & lihat next month. Nuha ni memanjang, bila nak melebar pulak sayang? ;) Hehe.

I should stop worried. My mum said, every babies is different, yang penting your baby is health. Betul kan?

Anyway, kalau siapa ada petua untuk memontelkan baby, share with me ya. Jangan petua memontelkan mama pulak. No no no. Please lemak, go away ;p

May 19, 2011

Nuha's Birth Story

5May2011
Appointment pregnancy checkup kat Klinik Kesihatan & Hospital An-Nur as usual. Doc Klinik Kesihatan cakap my baby dah engaged, tapi Dr.Khamsiah An-Nur cakap baby belum engaged. Tengahari, singgah my parent house & pekena Laksa. Petang, singgah my PIL house & tibai Mee sup pulak. Hehehe ;p

6May2011
1am-5am : Sejam sekali terjaga. Asyik ulang ke toilet je. At first, I tot normal la. Sebab memang masa pregnant asyik terjaga malam & ke toilet. Tapi, takla sekerap ni. Ada jugak rasa pelik. Tapi takde rasa sakit. So, saya pun ulang tido macam biasa.

5am-5.30am : Start rasa sakit. Macam period pain. Masa ni saya dah kejutkan Syah. I started to time the contraction. Every 10minutes it will come & attack. Hehe.

5.30am : Sah contraction nak bersalin ni. So, kami called family & inform pasal ni. Mak suruh gi hospital. Saya cakap dengan Syah nak gi hospital lepas Subuh, nak solat & mandi dulu. I decided to have a quick breakfast. Unfortunately, kat rumah dah habis stock roti. Teringat pisang abu yang saya amik kat rumah mak semalam. Ape lagi, sambil apply breathing technique, sambil tuh bancuh tepung & goreng pisang. Bila sakit, hembus nafas 3kali. Lepas tu, continue menggoreng pisang. Hahaha :p

6am : Mandi, then solat. Solat pun sambil duduk sebab dah rasa sakit sangat. Breakfast pisang goreng & air zam zam. Hehe. Keluar tanda which is a spot of blood masa saya kencing. I was like, ni dah betul-betul nak beranak nih. I felt nervous & excited at the same time. Oh, masanya sudah tiba akhirnya ;)

6.30am : Sempat kemas & grab an important things to bring to hospital.

6.45am : Register kat kuanter Wad Bersalin.

7am : Waiting at Pre-Labour room. Nurse checked my blood pressure & pasang CTG on my tummy. Contraction became stronger. Loose track kekerapan contraction. Sepanjang dalam bilik ni, husband tunggu kat luar. So, I make myself calm dengan baca Doa Nabi Yunus, Ayat Kursi & Zikir. Masa ni terfikir, kalau bukaan baru 1cm or 2cm, sempatla den nak gi Hospital An-Nur. Hehehe.

7.30am : Dr check bukaan. Dah 5cm to 6cm. I was really shocked at that time. Macam tak percaya je. Sakit makin lama makin kuat. Sorang Dr treat & standby next to me. Akar Siti Fatimah (air selusuh) tak sempat nak rendam pun. Kena tunggu labour room dibersihkan. Nasib baik ada bilik kosong. Syukur.

8am : Waktu ni sakit berganda-ganda. Terasa tekanan kat bahagian bawah. Masuk labour room. Kelam kabut tukar baju.

8.15am : Dr check bukaan sekali lagi & it was already 10cm. Fully dilated! Waduh, pantas sungguh. Memang terasa nak teran sangat-sangat dah. Tapi Dr suruh tahan. Everytime rasa sakit, saya genggam tangan Dr. Hehehe. Dr cakap, tak sempat nak offer Epidural dah haku nak terberanak ;p

8.30am : Dr pecahkan air ketuban. Instantly terus rasa nak meneran. Ada 2orang Dr assist saya masa tu. Doctor instruction at that time was so helpful to me. Yelah, dalam waktu macam ni, memang perlu ada orang yang ingatkan kita apa nak buat. Tarik nafas, then hold your breath. Time bila nak push and so on. Syah kat luar tengah isi borang.

8.37am : 2kali push, lahirlah Nuha. Tak sempat nak episotomi. Nasib baik terkoyak cantik. Hahaha. Nurse jerit panggil Syah masuk, Encik...isteri encik dah nak bersalin dah. Cepat! Cepat! Syah masuk je, saya dah selamat lahirkan Nuha, Dr pegang Nuha & gunting tali pusat. Everybody in the labour room say congratulation to us. Keluar dari perut, Nuha terus menangis & terkencing. Meleleh la air mata cheq sebab terharu. Tak sangka dah selamat bersalin. Lagi terharu bila husband cium & say thanks for everythings. Sebak tau. Dr bagi saya dakap baby. Saat paling indah ;) Lepas semuanya settle, Syah azan, iqamat & tahnik Nuha.

Tu lah cerita pengalaman bersalin saya. Express from A-Z. Alhamdullilah, Allah permudahkan urusan saya melahirkan Nuha. Ralat sikit sebab tak sempat nak bergambar bagai pasal kelam kabut. Hahaha ;p Kalau boleh rewind masa, saya nak je record setiap saat tuh. Tak sangka juga saya boleh tahan sakit bersalin. Thanks to all Doctors & nurses Hospital Putrajaya. Jasamu dikenang.

I now feel complete :)

May 15, 2011

Assalamualaikum to the world!

Alhamdullilah,
pada 6 May 2010, 8.37am, pagi Jumaat yang penuh rahmat & barakah,
saya telah selamat melahirkan my little princess di Hospital Putrajaya via natural & normal delivery. Episotomi pun tak sempat, saya terberanak express. Hehe :p
Syukur, both of us are doing fine now. Oh, Berat baby = 2.45kg. So petite kan. Comel macam mama dia. Heee :p


And her name, Nuha Binti Syahrul Nizam. Nuha means Intelligent. Reference : Surah Thoha, ayat 54 & 128.

Ok, till then. Next entry cheq cerita pasal kisah bersalin. Hehehe. I enjoy my confinement period. Syok gile dapat dok rumah. Haha ;D

Apr 29, 2011

3rd Trimester

My 9 miracle months will end soon. Today, I’m reaching my 36weeks. Sapa tau esok lusa, maybe baby will come out & say hi to everyone. Heee. Mak saya dulu, bersalin anak perempuan semuanya awal. If I follow her step, get ready jelah. Baby head already kat bawah. Alhamdullilah.

At this stage, perasaan bercampur-campur. Happy, excited, nervous and so on. I bet, for those yang dah pernah deliver baby, sure tau this feelings kan. After been through this pregnancy journey by myself, a lot of things I learned. Syukur & thanks Allah for the gift, rahmat & rezeki ini. For sure, I’m gonna miss my pregnancy moments. Dengan bermacam-macam kisah, drama & sandiwara. Keh keh keh =p


Our bag already packed. Baby room dah kemas & ready. Saja je omaknya mengada-ngada nak buat baby room. Nanti baby tido dengan omak jugak. Hehehe ;p

Sepanjang third trimester ni, my baby grown up so fast. Her movement was different nowadays. Kalau dulu just rasa dia tendang or tumbuk. Tapi sekarang rasa tangan or kaki baby menggeliat etc. Perut akan bergoyang & senget benget bila baby aktif. Funny. Hehe. Cepat rasa penat. Sebelum solat, kena pastikan perut tak full. Kalau perut full, then solat, sure mengah, tak cukup nafas.

Rasa sakit, lenguh badan tu, for me biasa lah kan. Asam garam orang mengandung. Kadang-kadang saya rasa sakit pinggang masa tido, sakit belakang time duduk kat office, betis tend to cramp masa tengah tido & macam-macam lagi. I’d a bit water retention at my feet. Kaki dah kembang. Syukur, I never had heartburn until this stage. HB reading was the highest ever since 1st check up, 13.6. Unbelievable ;p

Attend Antenatal Class. It was a great class with a very good experience to a first time parent like us. All the speakers were very expert in their field & their session was very interesting. We really enjoy & had a good time there. I already practice the breathing technique & pelvic exercise for preparation in labour room soon.

At 34weeks, I’d my 1st Braxton Hicks contraction. It comes once within 1hour. Feel pain at the serviks area. Gile cuak masa mula-mula rasa contraction ni. A whole day jugak la the contraction was on & off. Starting from that day, I do feel a mild contraction at least once in a day. Saja ye dia main-main & testing omak ;) Hehehe.

Hmmm, kalau ikutkan hati, rasa nak start cuti & stay kat rumah je. Rasa tak sabar nak beranak pun ada. Heee. Wish me luck ya =)

Apr 26, 2011

29years

Dear Abang,

Today you will end your 2series age. Next year, you gonna reach 3series already. Hahaha ;p Insyallah, in a few days/weeks you'll get another title that people proudly called Ayah :) So sweet rite. Alhamdullilah. Syukur for all rezeki & blessing from Allah. Oh, I'm pretty sure that you're more excited than I am at this moment. Just be patient & doakan yang terbaik for us. We gonna meet our little one soon and I hope she will be the most priceless gift ever to both of us.

Btw, this song is dedicated to you. Ben E.King - Stand By Me (in the labour room..hehehe ;p)

Love,
Mommy & Baby

Mar 22, 2011

2nd trimester

Bye bye 2nd trimester. Welcome 3rd trimester!
Suddenly I feel panic. Got many things to do & prepare! Dang. Itulah, suka buat gheja last minit. Ngehehe =p

I feel more relax & calm in 2nd trimester. Rasa sekejap je masa berlalu. Ends of weeks 14, I started to enjoy my pregnancy moment. Selera makan makin ok. Tapi, still tak boleh makan banyak. Kalau makan banyak, mula la rasa loya, nak muntah atau senak perut. Tak selesa. Kadang-kadang, bila makanan tak sesuai, ada jugak la muntah.

Bila masuk 18weeks, selera makan sangat lah meluap-luap. Saya dah start masak sendiri. Before this tak larat + tak lalu nak masak. Bau bawang tumis pun buat den poning. No more makan kedai. Mama & baby need a healthy homey foods! =) I start consume Omega 3, katanya Omega 3 ni bagus untuk pembentukan saraf-saraf dalam otak. Ape yang bagus den belasah saje. Hehehe.

Pasal mengidam, biasa la, nama pun mengandung kan. Heee. Mengidam yang pelik-pelik tu takdelah. Just teringin makan makanan biasa. Alhamdullilah, setakat ni apa yang saya teringin nak makan tu, dapat la makan. Rezeki. Syukur.

At weeks 20, I feel the baby kick. Actually, end of weeks 17 saya dah start rasa something, tapi masa tu macam confius lah, betul ke tu baby yang tendang? Or just angin kus-kus dalam perut. Hehehe. Almaklumlah, sejak pregnant ni, kekerapan terkentut adalah kuasa tiga. Heee. Its normal rite =D. Oh, baby also recognises ayah voice & touch. Good. Bila Syah pegang perut, baby pun start la tendang perut omaknya. Boleh tahan kuat jugak la. Ni mesti sebab bapaknya suka bola. Hehehe.

Sakit urat kat peha dah hilang. Alhamdullilah. Now, I can drive like Micheal Shumacher & walk like a supermodel. Hahaha. I started to use Bio Oil. No signal of stretch mark so far but I think prevention is better than cure right. I tend to pee like once in an hour. Kerap kan. Even masa tidur pun wajib terjaga at least sekali. Mula rasa sakit tulang rusuk (especially rusuk kiri) masa entering 24th weeks. I guess this happened because my baby makin membesar & menolak tulang rusuk. 1st injection for kancing gigi @ 24th weeks.

Masa 1st trimester, most of the time saya melepak kat rumah je. Bila dah 2nd trimester ni, dah berani jalan-jalan. First time I banyak berjalan masa kat Sunway Lagoon. Fuh. Quite tiring rupanya. Mengah jugak la berjalan walaupun perut teman tak berapa besar. A day after, kaki terasa lenguh. Hehe. But I guess it was a good exercise & I do enjoy it.

In 2nd trimester, I’ve got fever & food poisoning. Seharian muntah. At one stage tu sampai muntah hijau. Erkkk =( Masa ni memang badan terasa sangat lemah. After the fever gone, I’ve got cough pulak. Aduh, nasib badan. Thanks Allah for protecting my baby from any harm. Takut jugak kalau the food poisoning, fever & cough will effect my baby. Risau. For those yang pregnant, if you got fever or any sakit, go & seek the doctor. Jangan makan ubat sebarangan. Bahaya tau. Paling penting, jaga pemakanan. Never ever makan any raw seafood or half cooked dishes. It’s too risk. Like me, rasanya food poisoning ni disebabkan saya makan kerang. Huhuhu.
So far, baby development is good. My baby is very active one. Selalu menendang or menumbuk. Yang mana satu pun den taktau la. Hehe. Masa dia kecik oklah. Bila dah masuk 25weeks and above, sakit jugak perut den bila dia tendang. I wonder bila masa dia tido. Time den tido dia dok main-main. I guess she really love to play one. For us, memang excited everytime scan our baby. Sebab dia akan show of her skill & stunt. Subhanallah. Some of the moments that we never forget masa tengok dia swimming in my womb, garu dagu (maybe gatal kot), yawning, sucking her mouth & lips and also blink her eyes. Oh, her chin shapes just like mine. Hehe. Her head, stomach & hips size was just fine. Alhamdullilah.

Oh, 1 more thing, I’ve got an overweight issue in my 2nd trimester. Nak post pasal ni in next entry. I’ll share my stories & experience with all of you. Ececeh. Takde la cite apa pun, saja lah nak ber-emo skit. Hahaha =p

Mar 16, 2011

Baby Bump!

I’m entering 30th weeks this week. Alhamdullilah. So far so good.

Ramai yang dah tanya apa gender baby saya. Dah banyak kali percubaan nak tengok gender baby, but failed. Baby refused to show it. Dia malu. Ada je helah & gelagat dia. Memang auta betul my baby. Doc pon puas pujuk, dia takmau jugak show the ‘barang’. Penyegan rupanya anak den nih. Macam omaknya la jugak. Keh keh keh =D Finally, semalam baby co-operate well masa tengah scan.

And.... insyallah, it's gonna be a baby girl!

Speaking about my baby bump, some of you requested my pregnancy photo kan. Sorry, sejak mengandung ni, saya takde mood nak pose. Hilang semua aura gedix. Hahaha. Oklah, for the first time ever… Now, I’m presenting you… My not-so-big baby bump. Hehehe =p


29weeks

Tell you the truth, in 1st trimester, my face was so pale. Jadi, haruslah menjauhkan diri dari camera. Heee. Masuk 2nd trimester, muka dah glowing gitu. Ececeh. Perasan =p But, then malas tahap gaban nak snap any pics. Heee.


From left : Me at 22weeks, Me at 27weeks. Any different? Hahaha.

I think I mewarisi baka perut kecik from my mum. My bump not show up until 18 weeks. Jenuh la cheq tunggu bila perut nak buncit. Hehehe. But then, bila perut dah membesar, the rest of my body juga tidak mahu ketinggalan pembesarannya. Alahai. The most changes part was my breast & buttock. Grrrr. Geram tau. Besar bagai juara, dah macam Pamela Anderson + J.Lo. huhuhu. And of course tak seksi langsung lah. Huaaaa… sabor jelah. My cheek was sooo tembam kan. Pipi bulat macam kuih pau dah. Hahaha. Den pasrah.


Insyallah, this weekend kami nak marathon shopping barang baby + jengok apa yang ada kat Motherhood Expo kat Mid Valley tuh. Banyak lagi belum beli. 70% stuff need to buy! Baju sehelai pun tarak ada nih. Pi survey semua kedai, tapi dok tengok sajalah. Kalut betoi! Hehehe =p

Feb 9, 2011

1st Trimester

Salam bloggers & readers =)
Firstly, thanks for the sweet & warm wishes from all of you. Cheq terharu!
Sorry ye. Saya ni terkedek-kedek macam kura-kura nak update pasal pregnancy. Heee.

Ok, now its time to reveal my first trimester journey. Sekadar untuk berkongsi pengalaman saya menempuh minggu-minggu yang sangat mendebarkan. Setiap masa memang tak pernah henti berdoa pada Allah SWT.

Terus terang saya bagitau, every second terasa lama sangat. Dok kira bila nak lepas tempoh kritikal ni. Pengalaman 2times miscarriage dulu, buat kami agak fobia. Takut. perasaan yang tak best tau. Anything can happen at this stage. My lovely friends bagi kata semangat. They want me to think positive. Thanks a lot friends =)

And from the first day I know that I might become a mum, cabaran & dugaan dariNya sentiasa mendatang. DIA lebih mengetahui segalanya.

Here goes my story…
On 22Sept, period dah lewat 4hari. Normal la kan. Tengahari tuh, ada a bit stain spot. Saya memang budget tu period. Ok lah. Malam tu, period tak de pun. So I decided to wait until 24hours la. After 24hours, memang no period come out at all. At this moment, saya tersangatlah cuak okeh. Ape mendenye stain spot itu???

Next day, bangun pagi, terus husband suruh buat pregnancy test. And the result….INVALID! Heran jugak la haku. Kenapa pulak invalid? Then, another line show off. Tapi blur skit la. Lama jugak haku termenung kat jamban. Heee. Laaaa… ghupenye haku salah baca. Hahahaha =D Haku pegang pregnancy test stick tuh terbalik, itu pasal la resultnya macam tuh. Nampak sangat otak tengah serabut, tak function. Heeee.

The whole day tu, no period come out jugak. Next morning, saya try buat another test one more time. The result stills the same. 1 line terang, another line was blurring, but a bit brighter than yesterday. So, kami decided untuk terus jumpa Gynea. Dr buat fully checkup. Then, scan. But, belum nampak apa lagi. 5weeks is considering too early. 6weeks and above baru scanner dapat detect your baby. So, Dr bagi ubat, Duphaston & Aspirin. Folic acid, I keep continue taking it as usual.

On 30sept, saya buat pregnancy test lagi. The result is more accurate for this time. Dua-dua line tu lebih terang & clear. Lega, but at the same time still risau sikit.

Esoknya, jumpa Dr again. Masa ni, cuma fikir mudah-mudahan ada progress yang memberansangkan to my baby. Alhamdullilah, masa scan tuh, dah nampak kantung baby. Kecil sangat. About 11.2mm. Baby, belum nampak. Hari tu, saya kena inject ubat untuk kuat rahim. Masa inject memang tak sakit. Tak rasa apa sangat. But after that… huhu… baru rasa pedih kat buntot. Kesan ubat tu. Dekat 3jam jugak la rasa pedih. Lepas tuh baru ok.

7 Oct : Follow up with Gynea. Masa Dr. scan dari atas (kat perut) just nampak kantung baby. So, Dr insists nak scan dari bawah. Ya Allah, sangat berdebar-debar masa nih. A few seconds, Dr cakap tgk scanner screen. Look at that tiny blinking. It’s your baby heart. Mashallah. Subhanallah. Memang tergamam. Kami berdua speechless. Terkedu. Buat kali pertama kami dapat tengok heartbeat baby. Nak nangis pun ada. Tapi, harus control macho. Hehehe.

Every 2weeks saya kena follow up for checkup. Dr nak monitor my pregnancy development sampai la my condition stable. After checkup on 13weeks, my condition was not so good. Uri kat bawah. Dr told me kes uri kat bawah ni memang biasa terjadi kalau si ibu pernah keguguran & pernah D&C. So bagi yang pernah miscarriage, just take extra care of yourself. Dr advice, banyak berehat, jangan angkat berat-berat, jangan banyak berjalan sebab bila uri kat bawah ni, senang untuk bleeding. Baby on the other hand, dah besar, grown up accordingly. Alhamdullilah, organ-organ penting dah terbentuk. Kepala, badan, kaki, tangan, tulang belakang, rahang muka pun dah nampak. Kaki sangat aktif menendang but I still can’t feel the movement. Dr pun cakap the baby is still small. Memang tak dapat nak rasa sangat. Sepanjang 3bulan, memang saya tak ke mana pun. Dok terperap kat rumah saja. Tak larat pun nak beronggeng macam dulu-dulu sebab morning sickness agak teruk.

Aha. Cerita pasal Morning sickness ni, memang antara dugaan besar lah. Loya & pening tak kira masa. Selera makan pun hilang. Nak tak nak saya paksa diri makan jugak. Boleh makan sikit je. Everyday saya muntah. Kalau time teruk, setiap kali makan, muntah. Berat badan memang susut, tapi tak kurus pon. Hehe.

Paling teruk, kes muntah on my birthday. Masa tu husband belanja makan Thai food sebab saya lah yang teringin. Masa makan, hah.. tak hengat ko. Bukan main selera. On the way balik rumah, start la drama muntah tepi longkang. Masa tu dah tak segan silu dah. Sampai malam den muntah. Sampai lembik. I think 100% the food that I ate keluar balik. Pengajaran tuh. Sejak dari kes tu, saya memang serik dah nak makan banyak. No point kalau makan banyak tapi keluar balik. Baik makan sikit but semuanya badan dapat absorb. Dr pun advice macam tu. So, siapa yang muntah-muntah in your early stage of pregnancy, just eat accordingly to your body adjustment. Ikut badan masing-masing.

Oh, another dugaan for me, sakit urat kaki. How to explain the pain that I have to go through? Sakitnya bukan kepalang. Duduk sakit. Berdiri pun sakit. Bila berjalan terhencot-hencot la kekadang. Bila penat, my womb tends to cramp & sakit-sakit. Sakit ni seakan-akan sakit masa miscarriage dulu. Memang agak menakutkan jugak. But, alhamdullilah, everything was just fine. Maybe masa ni saya jarang minum susu. Tak lalu. So badan tak cukup kalsium, sebab tu senang je cramp.

Now my condition is getting better. Insyallah, my EDD will be on 27 May 2011. But after last checkup, EDD will be on 1 June 2011. Plus minus 5hari tu biasa la kan. Oklah, kita continue cerita 2nd trimester in next entry lah ye. Jenuh pulak korang nak baca kalau cerita non stop nih. Panjang bebenor. Sorry. Heee. Insyallah, lepas ni saya akan update blog selalu. Hihi. Promise =D

Jan 30, 2011

2years & still counting

Happy 2nd anniversary to us!
Rasa macam baru je semalam kawen
Still feels like newly wed. Ngehehe. Perasan =D

Alhamdullilah. Syukur dengan nikmat dariNya. The biggest anniversary gift for us this year is expecting our first baby. It’s so wonderful. No words can describe the feeling. Nothing much to wish for, just wanna cherish each & every single time we had together. May this happiness & barakah always be with us. Insyallah.

Last weeekend kami pi makan ber2+1 @ Victoria Station. Rasanya yang kat dalam perut ni lagi excited nak makan. Hehehe. Braised Lamb VS memang da bomb! Sila cuba. Berbaloi-baloi =D Sori tak sempat nak updated blog selalu macam dulu. Malas weh. Alahai...

Rasanya, saya tak pernah lagi cerita macam mana saya boleh kenal Syah kan?

Perkenalan tekno. from SMS *masa tuh kawan biasa, no feeling at all, I tell u* Lepas setahun ber’SMS’, baru la tergerak hati nak jumpa Syah secara live. Face to face. Sebelum tuh, cheq dah tengok gambaq dia dalam Friendster. *masa ni belum ada Facebook. Hee* Mesti la nak kena tengok gambaq dulu. Nak kenai na =p

Masa mula-mula add dia as a Friend, terus teruja nak tengok macam mana la ghupa secret admire cheq nih. Dalam kepala otak dah terpikiaq macam-macam. First time tengok, gugur jantung gue! Boleh tahan hensem jugak mamat nih. Jambu. Kui kui kui. Haruslah cheq puji laki cheq kan. Hahaha. Biaq dia kembang setaman bila baca nih =p

Sesi ta’ruf pertama. Lokasi : Pizza Hut, Alamanda. First impression cheq pada dia : “eh, peramah jugak ye dia nih. Ade aje topik dia nak cakap” . Hehehe =D

Alhamdullilah, today we’re already live together as husband & wife for 2years. Oh ye, satu pesanan mak saya, “Tak kira berapa lama kita berkawan dengan dia, kita tak kan dapat kenal dia 100%, sampai lah kita duduk sebumbung nanti”. Memang betul pun. We married with a stranger. No matter how long you’ve been know him, u will only know the true colour of him after u live together.

Until now, I keep on knowing his true colour and everyday is like our first date. Heee *dalam selalu hati berkata, “oh, macam nih laki aku ghupanya ye” Hahaha =p *

Jan 11, 2011

A New Year Announcement

Rasanya it’s not too late to wish Happy New Year to all readers & bloggers. Heee =D

Firstly, syukur ke hadrat Ilahi untuk rezeki dariNya. 2010 has left us behind with a great year & memories. For all challenges & happiness, it’s worth when you believe & have faith in Allah.

Only one word to express everything – Alhamdullilah

I’m PREGNANT =) Insyallah, I’m in 20weeks of my pregnancy.

That’s explaining why I didn’t update anything since my last entry.
1st trimester was a bit tough for me. Keadaan saya tak begitu stabil. Nanti saya cerita. Hehehe. Orang kata, rezeki tu datang bila kita tak sangka-sangka. Betul rupanya. Memang unsangkarable. Heee.

Secondly, saya mohon maaf sebab biarkan blog bersawang. Blame the hormone please…. Tak larat nak mengadap laptop. The only thing I’ve done, lay down in my bed. Maaf atas komen & email yang tak berbalas. Sorry. Slowly saya reply ok. Jangan marah atau kecil hati ye. Maaf kerana dah lama tak tinggalkan jejak pada blog kamu semua. I’m back for good now! Dengan penuh semangat & azam baru. Cewah.

Insyallah, I’ll update about my first trimester in next entry. Till then, take care everyone =D