Oct 1, 2009

Raya Sakan

Raya kali ni paling meriah dalam sejarah cheq.

Penat pun ya jugak. Mana la tak penat kalo dalam sehari pukul rata 10 buah rumah kami terjah. Hehehe. Bab makan jangan cakap la. Memang overloaded. Sampai rasa nak terkeluaq balik semuanya.

Dari pagi sampai tengah malam kami beraya. Ni la yang orang panggil raya sakan. Hehehe. Almaklumlah, pengantin baru.. ops, pengantin suam-suam ketiak. Hahaha. Banyak rumah sedara mara harus diziarah. Masa ni la nak rapatkan hubungan silaturrahim. Jumpa bukan selalu. Setahun, dua tiga kali ;)


posing gedik santai ;p

Rasanya syah paling excited beraya. Dari bendang (sawah padi) ke kebun kelapa sawit, meredah ladang getah, meneroka hutan paya bakau, end up masuk hutan. Hehehe. Over ;p Our raya full with adventure lah. Ini kes pak mertua pekena menantu na. Hehehe.

Syah is city boy (dia yang dok cakap dia budak bandar. Eleh, konon ler tuh ;p). Saya, kampung gurl. Hehehe. It’s a perfect time to introduce him to our kampung. Lets see, bila city boy masuk kampung ;p

Jom layan gambar-gambar raya cheq di kampung ;)


Kampungku yang indah permai ;) I love it!





BBQ time! 2days in a row we did barbeque party amongs family ayah and emak. Macam mana la cheq tak gemuk time raya nih. Mana boleh tahan godaan ayam panggang dan kambing golek ;p hahaha.


Adik ku yang jakun masuk kampung. LOL






Raya in mangroove jungle at Port Weld (Kuala Sepetang)

Hajat dihati nak pekena Mee Udang Banjir yang famous di sini. Tapi apakan daya, Tauke Mee Udang Banjir masih cuti raya. Huhu. Dapat jamu cucur udang pun orait la. Habis jugak setalam kami balun. Hehehe. Bukan setakat tu saja, dengan udang-udang kami tapau bawa balik ;p Memang besaq-besaq udang Port Weld. Fresh!

Kalau anda ke sini, singgah lah warung Mee Udang Banjir Pak Hashim, berdekatan simpang masuk ke Kampung Menteri. Promote bisness sedara nih ;)


Sesi balun Kuew Teow Goreng Doli di Taiping. Saya paling suka kuew teow goreng Tok In. very WORLD I tell u. Syah cakap nasi ayam Doli pun sedap. Nasib baik abang tak nangis. Hehehe ;p

Doli, antara famous food spot jika anda bertandang ke Taiping. Lokasi, bandar Taiping , bertentang dengan Klinik Kesihatan Taiping. Promote bisness tok menakan pulak nih. Hehehe ;)

Nota kaki : cawangan restoran Doli di KL sudah dibuka @ TTDI. Bangunan IBM. Feel free to taste our special family recipe of Fried Kuew Teow ;)

7 comments:

mrs.syediz said...

bestnya raya sambil jalan2
saya aritu balik batu gajah (kg husband) xsempat pekena nasik ganja kt ipoh. nk singgah Doli tepeng pun xbekesempatan. tgk dalam warung kita astro je. huhu.

bila dngr doli dah ada kt TTDI, minggu ini juga akan saya ajak mr syediz terjah!
yay!

Werdah said...

Salam Fathiyah,

Seronok beraya di kampung kan.. rumah kakak cikgu pun berdepan dengan bendang.. tengok gambar2 ni nostalgia gitu..

m@Ri@ said...

wah sakan btui die raya yek..mcm sedap je tgk kuewteow tu..huhu..

"Fd_kZ" said...

wah.. nie mmg betul2 beraye nie..!!harus'la sakan ..huhuhuh

besh betul'la tgk mkn2 tue eik..
x pe'la.. mkn selagi terdaye..(",)

saya penah gak mkn kat doli , mmg besh arrr kuey tiaw dia.. !!
waaa.. kenyang ..

HidayahYassin said...

bestnya... seronok tengok la... masuk keluar hutan walaupun mencabar tapi end up it was a very precious moment for both of u kan? hahaha, entah betul ke tidak kita ngarutkan ni...huhu!

KAK RAINBOW said...

laratnya kamu fathiyah beraya byk rumah. tp best juga kan dpt mkn sedap2 :)

Cahaya said...

amboi lagi meriah tgk fathi beraya..ni baru betul2 sakan..
Awak, dtg la openhouse umah sy ahad ni..:-)