Sepanjang puasa kali ini, menu iftar kami yang sedang-sedang saja. Yang cepat & senang dimasak. Eh… bukan mee segera tau. Cheq nih taklah koman sangat naaa =p
Masakan saya ni simple. Takde yang extravanganza pun. Dengan rendah diri, (sememangnya diri ini sudahlah rendah..hehe) saya nak berkongsi resepi nasi goreng udang Planta & sotong goreng thai. Terimalah resepi yang tak seberapa ini, ikhlas dari saya untuk kamu. Heeeee =)
Sotong Goreng Thai
Bahan-bahan
200 gram Sotong
Tepung jagung 3-4 sudu besar
Serbuk kari 1-2 sudu kecil
Serbuk kunyit 1sudu kecil
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil – resepi asal letak lada putih, tapi sebab saya suka black pepper, so saya modified sikit. Boleh kan =D
Telur 1biji
Garam + Gula merah secukup rasa
15 gram Tepung kastard
30 gram Tepung naik sendiri
150 gram Serbuk Roti
Minyak – untuk menggoreng
Cara – cara
Cuci sotong dengan tepung jagung untuk menghilangkan lendir sotong. Kemudian, sotong dibilas dan ditos.
Masukkan telur yang telah didadarkan. Campurkan kunyit, garam, gula merah, tepung naik sendiri, tepung custard dan minyak bijan. Gaul rata semua bahan bersama sotong. Golekkan sotong dalam serbuk roti.
Goreng hingga garing, hingga serbuk roti turn into gold-ish colour. Siap untuk dihidangkan.
Nasi Goreng Udang Planta
Bahan-bahan
Nasi (gaul dengan sedikit garam)
Marjerin Planta – 2sudu besar
Udang – terpulang nak letak berapa ekor. The more is merrier. hehehe
Kicap cair – 1-2sudu
Telur – 1biji
Serbuk Lada putih – secukup rasa
Limau kasturi – 1/2biji
Garam + Gula – secukup rasa
Daun sup & sayur campuran – optional
Serbuk perasa ayam - optional
Cara – cara
Panaskan kuali, cairkan planta lalu goreng udang. Kemudian masukkan telur. Goreng telur seperti scrumble egg.
Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam dan serbuk lada putih.
Perah limau kasturi.
Masukkan garam + gula dan gaul rata. Angkat dan hidang.
Bila nak hidang, taburkan daun sup & bawang goreng. Siap dah =)
Selamat mencuba!
11 comments:
wahai org di atas, bila nk hantar ke org di bawah ni...hehe:-)
Salam Fathiyah..
Begitu menyelerakan.. boleh cuba ni insyaAllah
wah boleh try..mengiurkan..:)
sotong tu mcm setap!
wahhh mcm sedap nih!!!
wah, nasi goreng udang planta! leh masuk rancangan nona ni fathiyah.. sbb gn planta as ingredients. nyum2. boley try nnti. sotong tu nmpk sedap!
cahaya : alahai org dibawah...mskn den nih biasa2 aje.sgn den.
werdah : insyallah.try lah cikgu.resepi saya tak seberapa nih
maria : bln puasa sume nmpk sdp kan.hehe
ederq : rangup! =)
goblogbyfarah : =) hehehe
aifa : oh, rncgn nona psl resepi warisan planta tuh ye.tp resepi kte nih bkn warisan lg.kene tgu kte waris pd anak cucu lah dlu.hehe
nampak sedapppp
nanti faten cuba :)
boleh try nie..
fatenton : cubalah =)
juelee : feel free to try.hehe
wah, nmpk sedaplah... :)
Post a Comment