Nov 30, 2009

Utara vs Selatan

Pernah tak korang terfikir, agak-agaknya jodoh aku nanti orang mana ya? Utara? Selatan? Pantai Timur atau Pantai Barat? Ntah-ntah nun jauh di benua lain?

Macam mana kita nak sesuaikan diri bila pasangan kita itu latar belakangnya berbeza? Bak kata mat salih, totally different u =)

Pertama kali cheq ketemu famili mertua, rasanya agak kekok. Angguk-angguk. Geleng-geleng. Senyum kambeng. Hahaha. Sebab cheq kurang faham & lambat nak tangkap loghat Negeri 9. Sebabnya, cheq lahir-lahir saja dah dengaq loghat Utara. Majoriti famili cheq berasal dari Utara tanah air. Faham-faham sajalah, loghat Utara tuh masih kuat melekat. Mak & ayah pun guna loghat Utara dalam percakapan seharian.

Banyak kali juga saya silap dengar apa yang dituturkan mak mertua. Hehe. Haku nih memang sound trouble dong! =p Ada sekali tuh, mak cakap nak buat cendawan goreng. Korang tau ape yang aku dengar? “Oh, mak nak buat sirap bandung ye”. Kwang kwang kwang =p Tu yang aku balas jawab. Malu tak hengat haku beb. Syah apa lagi, seronok la gelakkan haku. Ceh. Sengal.

Dari segi bahasa satu hal. Cara masakan pun lain. Memang la sangat berbeza dengan selera tekak cheq nih. Bila dah kawen ni, den kono la belajar masak lomak cili api dan belajar makan jugo. Hehe. Den ni pulak tak tahan podas. Macam mano tuh? Mula-mula, cheq takut nak cuba. Tapi, bila dah pekena sekali, mesti nak lagi beb =p Sikit-sikit tu bolehla. Kalau ada kenduri orang nogori, tak sah kalau tak buat pulut kuning + sambal ikan bilis. Kalau orang Utara pulak, kami makan dengan rendang daging na. Satu menu yang sama tapi tak serupa. Punya rasa berbeza, sedapnya yang tersendiri.

Saya pasti ramai yang berkahwin dengan pasangan yang latar belakangnya berbeza dengan kita. Termasuk la cheq nih. Dari sini kita belajar untuk kenal budaya orang lain kan =) Tak kenal maka tak chenta. Betul kan?

Nota kaki 1 : Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau mengaum =) Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Nota kaki 2 : Cheq tengok lembu dikorban. Insaf. Dah kawen ni, macam-macam perlu ‘dikorbankan’ =)

16 comments:

hazlina said...

Mmg kalo x kenal maka x chenta,hehehe!!!tp nsbla sy khwn org satu negri..;)

ungu violet said...

kita kawin org dekat je!!!nasib baikk..hehe

Shifa said...

singapore ngan kedah! lagi jauh utara dan selatannya! tp dua2 lahir kat KL nasib baik..

mrs SyeDiz said...

;)

kedah-perak!
tp husband dibesarkan di PJ.tp si dia masih kekal dgn loghat perak.
mujur hampir same, kedah=ayaq, perak=ayor

hihi.

hidden.wing said...

my kampung perlis..kampung fiance johor..utara-selatan habis :D

p.s. masakan nogori my faveret!

Fathiyah said...

Hazlina : kawen org senegeri. Sonang tu. =)

Ungu voilet : mcm awak mmg senang. Umah dekat2 =)

Shifa : family husband awak still cakap loghat utara? Kte rs loghat utara senang nak phm. Hehe =)

Mrs.syediz : Oh,awak kedah vs perak ye. Perak sebelah selatan loghat depa lain kan. Kalau perak utara dah cakap loghat kedah gak =)

Ashylla : ni cinta kutub utara kutub selatan nih. Awak & fiance sama macam kawan kte. Sorang johor, sorang perlis =)

susudalambotol said...

awak, kita pun sama. ayah adi cakap jawa pekat, kita susah nak daham. kita plak cakap laju. sampai skrg minta adi translate sikit2 mana yg kita tak faham.

m@Ri@ said...

maria plk nasib baik husband n family dok kedah lama so okla..tp ckp ngn family husband kena ckp kl..sbb mak mertua maria ckp kl..tp quite ok sbb dlu maria dok ktn pn lama so kire okla..kami mmg geng perantau..;)

Fathiyah said...

susudalambotol : awak!!!! rindu la kat awak.dah ada kat KL?kte nak pi tgk awak.nak tgk umar jugak.dlm fb kemain hensem.hehe.uish,kalo kte la dgr org cakap jawa,confirm tak paham sepatah haram.hehe.kte pun cakap laju gak =p dah terbiasa kan.

maria : wah,ini mmg family perantau.utara timur selatan,semua ada.harmoni =)

dialicious said...

my hubby org KL kampung Muar tp die suke betol loghat utara..terer lak tu tiru2 kwn2 die ckp.pastu pegi kelate die duk kecek kelate..N.S pun bolehla sket2.lama2 saya blaja sikit2 dr dia..hehe

charkoeyteow girl said...

mcm mn kalo mesia-dubai..
hadoih~
lg penin kot..
haha..
tp x pe..
lg bnyk yg kita boleh blajar kan kak fathiyah.. ;)
act, x kisah dgn org mn pn..
janji baik n ada agama..
da bnyk syukor :)

NURUL said...

dulu suka dgn org utara tp suami org selangor tp suka gak senang kmpg dekat jer

Fathiyah said...

dialicious : wah,terer husband u.boleh ckp dlm byk loghat.org utara lidah keras.ssh nak ckp slang klate.tak jadi.huhu.okeh,selamat berguru loghat dgn ur hubby =)

CKT girl : fenin lah jawabnya =) hehe.btl tu.tak kisah la org mn dik.yg penting hati mau baik.agama dijaga.

Nurul : yeke.awak blh geng dgn farah(ungu voilet).umah dekat2.senang =)

"Fd_kZ" said...

owh, saya pantai timur - selatan . x jauh sgtkan... mknn pun besh 2 gak .. oke'la da rezki masing2kan ??

Fathiyah said...

Fd_kZ : aah.jodoh tu kan Dia tentukan.dah ditetapkan pun.kene terima seadanya =)

papaYA said...

Adaptation tu perlu diusahakan dari kedua2 pihak.. Acceptance n co-operation must come from both parties.. :)