Oct 20, 2010

Basic Makeup Class bersama Munie Ahmad

Date : 24 October 2010 (Ahad)
Venue : Rumah kak munie, UK Perdana
Time : 10am – petang. Sampai terror & expert makeup. Hehehe =)
Fees : RM150

Kelas ini cuma ada 2 kekosongan saja lagi. First comes first served. Pada siapa yang betul-betul berminat, sila sms saya. Fathiyah : 012-6784100. Kalau lambat melepas tau. Siapa cepat dia dapat lah. Hehe =D

Grab this opportunity right now! Kak munie dah susah nak buat kelas makeup now days bcoz of her tight schedule & permintaan terhangat dipasaran. Macam pisang goreng panas. Hehehe. Tunggu apa lagi. Kalau siapa yang free this weekend & berminat, marilah join!

Oct 1, 2010

Open House Mode

Sejak minggu lalu, nampaknya berebut-rebut warga KL buat jamuan raya aka open house. Memang agak menggila jugak la. Rata-rata jalan sekitar KL memang jammed on last weekend. Dah expect pun. Macam tahun-tahun lepas juga lah.

Sabtu lepas, kami ada 4jemputan. Yang dapat kami tunaikan cuma 2jemputan saja. Itu pun dah senak perut bagai. Tak boleh masuk apa-apa dah. Full! Hehehe.

As usual, every year kawan-kawan baik saya ni mesti nak beraya sama-sama. Mesti ada makan-makan raya for 10 GBH. Kali ini kita buat potluck di kediaman Cik Azura. Juadah, ada yang masak sendiri, ada yang beli saja. Menu hari itu, Ketupat Sotong, Rendang daging, Nasi Impit, Beef Lasagne, Mediterranean Pasta, Kimchi, Sundubu, KFC, Nasi Lemak + Sambal Udang, Bihun Goreng Singapore, Chocolate Indulgence Cake & beverages.

Macam-macam ada kan. Dah ala hidangan international nih. Western meets eastern lah. Hehehe. Oklah. Moh kite layan gambo saja ler.


GBH junior yang comelssss


Aneka ragam


Anak dara posing sakan. Hehehe





Esoknya, saya dok rumah saja. Sebab sakit perut. Inilah dia akibat makan tak hengat donia. Heeee. Wiken ni nak serbu rumah sapa pulak? Hahaha =D

Credit to zura for comelness pictures.

Nota kaki : Terima Kasih daun keladi pada kawan-kawan yang sudi mengundang diri ini ke rumah kalian untuk jamuan raya. Maaf dipinta jika tak dapat tunaikan jemputan kamu atas sebab yang tak dapek den nak elakkan. Insyallah, tahun depan kalau korang buat open house, jangan lupa jemput den eh. Hehehe =)

Sep 29, 2010

Something to ponder

Got something to share & it's worth to read...Just read quietly
Have a nice day semua =)

To realize
The value of a sister/brother
Ask someone who doesn't have one.

To realize
The value of ten years:
Ask a newly divorced couple.

To realize
The value of four years
Ask a graduate.

To realize
The value of one year:
Ask a student who has failed a final exam.

To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a stillborn.

To realize
The value of one month:
Ask a mother who has given birth to a premature baby.

To realize
The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize
The value of one minute:
Ask a person who has missed the train, bus or plane..

To realize
The value of one-second:
Ask a person who has survived an accident.

Time waits for no one.

Treasure every moment you have.

You will treasure it even more when you can share it with someone special.

Sep 27, 2010

Nasi Kandar Beratur

Sapa anak Penang?
Hang pa tau dak Nasi Kandaq Beratoq?
Kalau hang pa tak tau, koman la aihhh. Heee

There was a lot of Nasi Kandar stall in Penang. Yang famous, yang underground, semua ada. Just name it. Yang biasa kita dengar, Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Pelita & Kayu Nasi Kandar. Ada yang dah open their branches merata tempat pun. But, if you want to taste the original nasi kandar, you have to come to Penang. Taste it. Feel it. Ada beza tau. Mamu Penang mana sama dengan Mamu KL. Hehehe.

Saya ni bukan la peminat hard core nasi kandar. Sekali sekala pekena, why not kan. Last two weeks, kami serbu Nasi Kandar Beratur. Stall location, betul-betul sebelah pagar Masjid Kapitan Keling, center of Penang city.


Ceritanya, stall ini sebelah siang owner lain yang berniaga. Sebelah malam jadi stall Nasi Kandar Beratur. Business operation starts at 10pm until pagi tak tau pukul berapa. Hehehe. Kami sampai around 10.30pm, orang dah beratur panjang pon masa tuh. At first, saya memang terkejut la jugak. Macam tak percaya je orang sanggup beratur gile panjang just nak makan nasi kandar. Giler hebat manderem / kas-kas Mamu ni na. hahaha =p

Tu la speciality Nasi Kandar Beratur. Nama stall pun dah kena sangat dah. Bear in mind, kamu harus bersabar masa beratur. Tempoh beratur, dalam half an hour and above. Siapa yang kuat iman saja boleh sabar Q. Hehehe. If you comes in a group, cop la tempat duduk siap-siap. The seats were too limited. I’m wondering jugak kenapa depa tak tambah kerusi & meja. Sebab pelanggan yang datang non stop. The Q was never end. Sentiasa panjang until mid nite.


Kami order nasi putih + kuah kari (tak terlalu pekat atau cair, just nice) + ayam goreng + telur ikan + pedal ayam. Memang sedap. Especially ayam goreng yang rangup itu. Marvellous. Kenyang tak hengat la. Teh tarik pulak kaw kaw punye. Memang tak sama macam kat KL.

Harga, RM 70 for 8plate including drinks. Consider reasonable & puas hati since kami makan 3jenis lauk. Ayam pulak besaq-besaq. Heee. Kalau hang pa pi Penang jangan lupa try Nasi Kandaq Beratoq ni na. Finger likin’ good. Hahaha =D

Sep 23, 2010

Kids hate me?

No?
But I love kids. Heee. Yes, I do =D

The truth is saya bukanlah jenis yang suka layan budak-budak. Layan sikit-sikit ok. But it doesn’t mean I don’t like kids. Suka. But I guess, my approach to the kids is a bit different.

Nak kata kasar, ye kot. Saya suka bergusti, gomol budak. Hehe. Just like what ayah like to do to the kids especially us masa kami kecik dulu. Orang lain tengok, mesti cakap kasar la. Bertepuk tampar sume ada. For us, tu biasa. Cara kami anak beranak bergurau. Hehe. Tepuk tampar manja. Boleh kan? Heeee.

This incident happened masa raya lepas. Saya pi rumah sedara side family in laws. Ada la sorang budak lelaki ni. Dok berlari dari depan rumah sampai hujung dapur. Geram je tengok budak hyperactive ni tau. Geram nak kacau dia lah. So, saya pon usik dia. Block his way. Nak jadi cerita, dia pun terbabas masa tengah lari, tak sempat nak break agaknya. Nak elak blocking object (saya ler tu). Bila dia bangun, terus dia pukul saya. Ish. Kureng hasem =p

See? Budak ni tak suka kot saya nak bergurau dengan dia. Or did my jokes is too much? Hmmm, I guess my niece pon macam tak suka I compare with the rest of family. Adakah saya ganazzz sangat sampai budak tak suka? Dunno lah. Whatever it is, saya tetap suka sakat budak-budak. Lagi diaorang tak suka, lagi lah saya suka nak sakat. Hahaha =D Jahat, budak jahat. Hihihi.

Sep 21, 2010

Dam dam dum… raya!

Salam bloggers =)
Lamanya cuti. Seronok kan. Nikmat.
How’s your raya celebration? Sure best, meriah & penuh makna kan. Alhamdullilah.

Tahun ni, turn saya pulak beraya bersama famili mertua. Pagi raya, kami beraya kat Taman Melati. Lepas solat sunat Aidilfitri, semua bersalaman & bermaaf-maafan.


Famili portrait, harus ada. Then, kami terus ke Kuala Pilah, kampong ibu mertuaku.

Jalan di kampong jammed. Biasa la. Time raya kan. Kat bandar lengang, kat kampong pulak sibuk. Juadah raya yang wajib kat sini, lomang paneh & rendang podeh. Terbaek punye! Oleh sebab cheq tak tahan pedas, sebelum makan, harus tanya tuan rumah dulu whether masakan dia podeh ke tak. Hehehe. Ada jugak tuan rumah yang dah warning awal-awal, bagitau masakan dia podeh. Tahap kepedasan orang nogori ni memang tak hengat punye. Berasap telinga & mulut. Kaw kaw punye podeh. Den surrender la. Ngehehe.


Port kat kampong yang paling saya suka, bertenggek kat tangga batu ni. Syok. Especially time angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Kalau anak dara, orang tua tak kasi bertenggek macam nih. Tak manis katanya. Tapi, den dah jadi mak dara, so takpa la. Hehehe. Melepak sambil borak-borak. Romantik cara oldies sungguh. Hahaha =D


Raya ketiga kami bertolak ke Lumut.

Dah plan nak jumpa my BIG family kat sana. Saja tahun ni ayah ajak kami pi Pulau Pangkor. Ziarah sedara mara cum short holiday. Okay, malas nak cerita panjang, photos galore ahead. I’m having a great time with families. Fun, fun!


Kampong Teluk Kechil


Holiday time cuti umum a bit mahal. Semua naik harga. So, if you really want to enjoy your holiday, forget about the money you need to spend. Huhuhu. Yes. Pocket pain. Kami stay kat Teluk Nipah. Breakfast, Nasi lemak sambal semata takde ape RM1. Belasah jelah labu.


Dinner at chalet consider cheap. Ikan siakap tiga rasa was marvelous! Terangkat. Transportation cost, double price from normal days. Luckily we got villagers van driver yang tak cekik darah.



What we did :
Island Hopping (Pulau Giam, Pulau Buaya, Pulau Paus, Coral Island), Kayaking (Best giler – highly recommended) & mandi manda. Hehehe.










A must visit place in Pulau Pangkor, Kota Belanda.


Don’t get surprise naa. Photo-gurl-dix. Hahaha =p

Sekian saja cerita raya. Babai =)

Sep 8, 2010

Eid Mubarak

Selamat Hari Raya!

Tak sabar la nak makan ketupat, lemang, rendang. Bestnyer! =)
Tang bab makan ni la dugaan paling hebat. Dari pagi sampai malam sure dok menguyah jelah. Huh. Berat badan secara automatic akan menunjukkan peningkatan berkadar tetap. Haihhh. Jadi, harus control makan. Sendiri mau ingat beb!

Kami beraya di sini, KL. First time la cheq raya kat KL. Jakun naa. Heee. Perasaan? Sedikit sayu sebab ayah, mak & adik-adik semua balik kampong. Over jer haku ni. Sebenarnya excited jugak nak beraya dengan family in law. Hehehe =D

Dikesempatan ini, saya nak mintak ampun sekiranya ada tersalah kata & mohon maaf atas segala kekhilafan diri ini. Apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya & apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

Pada yang balik kampong, hati-hati drive.
Ok. Enjoy Eid mubarak everyone. Jemputlah datang ke rumah kami =)

Salam Aidilfitri 1431H dari Syahrul & Fathiyah
Maaf Zahir & Batin.

Sep 6, 2010

Mood Raya = ON!

Tambah tolak, tinggal 3hari saja nak raya.
Sekejap sangat, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Insyallah, panjang umur, tahun depan moga ketemu Ramadhan kembali =)

Persiapan raya saya? Biasa saja. Sederhana. Untuk rumah tak tukar apa pun. Baju raya, mestilah baju baru you. Baju baru pakai sekali. Aci tak? Hehehe. Actually baju tu kami dah pakai masa wedding sis in law tempoh hari. Sekali tu je pakainya. Memang masa tempah baju, dah niat baju ni akan merangkap baju raya haku. Budget. Hehehe.


Cheq tengah gigih siapkan beading baju raya. nantikan hasilnya. ngehehe =D

Kuih raya, saya & adik-adik buat 2jenis biskut, Cornflakes cookies & Chocolate chip cookies. Tambah dengan biskut tunjuk sikit + kerepek. Dah cukup sangat ni. Kalau banyak, nanti terbuang je. Membazir. Biskut yang kami buat ni, memang favourite semua. Confirm habes punye. Dah nak habes pon, wiken lepas haku tengok dah separuh balang licin. Oh, adik-adik sayang, tak sompat kak long nak tapau. Cit =p

Itu jelah persiapan raya ala koboi cik Fathiyah ni. Hehe. Hmmm...Apa lagi ye persiapan raya yang korang buat?

Khamis ni cheq start cuti. Ramai ke yang dah start cuti? Amboi, tak sabaq na hang pa nak beraya. Hehehe =D

Sep 4, 2010

Mohd Chan Abdullah Restaurant

Edisi iftar bersama si jantung hati
Teng teng teng teng teng =p *rhythm lagu si jantung hati*

Time puasa nih, ada masa sampai tak boleh fikir nak masak apa, especially di penghujung puasa macam la ni. Otak tepu gamaknya. Haha. (Alasan ler tu). Kadang-kadang, bila dah semangat nak masak, barang dapur pulak tak lengkap. Haihhh… Terbantut lah cita-cita & harapan =p

Bila 2 faktor ini bergabung, makanya, mood masak = Zero. Nan ado. Solution, Option 1 = Tapau, Option 2 = Makan kat luar. Hehehe. Bijak Bijak ;p

Kalau bab makan, cheq prefer masakan yang tak pedas. Medium pedas ok lagi. Chinese & Thai food always is my first choice. Mungkin sebab ada baki genetic Chinese & Siam yang tertinggal dalam blood platelet gue, pasal tuh la suka sangat stail masakan depa. Hehehe. Dah keturunan, nak buat lagu mana kan.


Destinasi makan kali ni, Mohd Chan Abdullah Restaurant, Bandar Baru Bangi.


Kami decided to try 3 MCAR dishes, which is Sotong Goreng Tepung, Thai Chicken & Tom Yam Seafood. Serve with nasi putih. Watermelon juice & limau asam boi juice sebagai pembasah tekak. There are a lot of dishes you can choose. Very variety.


Muka orang tengah sabar tunggu masa nak ngap!hehe

Rambang mata jugak la kami nak decide makan apa. Hehe. Rasa nak makan semua, especially ikan siakap & wantan mee. Adus...My favourite tuh. Meleleh weh. Tamak kan. Ngehehe =p

Sotong goreng tepung was nice. Rangup. Thai chicken & Tom Yam Seafood pon ok. Cukup rasa. For us, the food was ok. For those yang punya citarasa seperti kami yang tak tahan pedas, boleh la try makan di MACR =D

I think in a few years back, dah banyak restoran cina muslim started their operation. This is good! Sebab before this, I was like always teringin nak makan tahap gaban everytime lalu depan Chinese restaurant. Heeee. I always wish that someday there will be 100% Halal Chinese restaurant in KL. And my wish comes true =)

I’m always admiring Chinese cuisine. Suka giler tengok rancangan masakan cina (except ba alif ba ya dishes, yang tuh tolak tepi na). Heee. The ingredients, the cooking style, the food presentation & the taste, together make it perfect! Walla!

Btw, MACR got a few branches too. Check out
MACR website for more details.

Nota kaki : Kenyang. Alhamdullilah =) Makcik manggis, ni ke restoran yang makcik rekemen hari tu? Hehe.

Sep 1, 2010

Iftar – Edisi bersama Geng Belog

Peserta :

Diah + Reza
Fathiyah + Syahrul
Anil + Zam
Wawa + hubby
Nad + hubby
Azie + hubby
Ieda + hubby
Tasha + hubby
Cik Senah
Anne
Hanie
Jai
Ida

Lokasi iftar : Rak Thai, The Gardens

Menu :




Seperti di atas. Malas nak taip. Hehehe =p

Menu buka puasa Rak Thai kali ini just so-so. Tak semantop menu last year. Kureng kick lah. Lepas nih, harap Rak Thai buat menu yang gempak macam last year ye. p/s : Luahan hati pelanggan setia Rak Thai =p


Meriah sakan berbuka puasa bersama geng belog. Jam 6, kami mula berkumpul di Rak Thai. Jam 7, hampir semua sudah sampai & berborak sementara tunggu waktu berbuka. As usual, bila dah syiok berborak tuh, macam-macam topik ler keluar. Kepohci. Suasana = Gamat. Hehehe. Anne, topik kamu tuh memang kelakar bangat. Lawak giler hokei. Ada-ada saja ye. Happy counting your hari besar Anne. 30days to go! =D


Geng husband pon sama naik. Tak tau la depa dok cerita pasal apa. Tapi boleh tahan jugak depa punya frekuensi kepohci tuh. Nak challenge kami ka? Hehehe =p

Seronok dengar cerita mom to be, Hanie & Nad. Tinggal sebulan saja debaran mereka nak sambut baby. Mesti excited kan. Insyallah, moga semuanya dipermudahkan untuk korang ye. Perut korang sangat comel. Cheq teringin nak perut macam korang jugak la. Insyallah. Someday =)

First time cheq ketemu Ida & Tasha. Suwit je diaorang nih. Nice to meet both of you.


Trimas pada semua yang sudi datang berbuka puasa beramai-ramai tempoh hari. Dan trimas juga pada mastermind for iftar kali ini, Hot Mama to be, Diah. Hehehe. Raya nanti jumpa lagi ya!

Aug 30, 2010

Amin

Den bet hari ini ramai yang bercuti kan. Alang-alang esok cuti merdeka, molek sangatlah kalau ambil cuti hari nih. Straight 4 hari cuti. Walla! Heaven. Tambah hepi la siapa yang cuti dari jumaat lepas sempena Nuzul Quran tuh ye. Hehehe.

Oklah. Mari kita kongsi sedikit ilmu untuk memantopkan amalan. Insyallah.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila imam telah membaca ‘amin’, maka bacalah pula olehmu (makmum). Siapa yang bacaan ‘amin’nya bersamaan dengan ‘amin’ para malaikat, diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”

Dalam sehari semalam, makmum berpeluang ‘mengaminkan’ bacaan Fatihah imam sebanyak 6kali – 2kali dalam solat Maghrib, 2kali dalam solat Isyak, 2kali dalam solat Subuh.

Tapi…
Tahukah anda, pada bulan Ramadhan, makmum akan mengucapkan amin selepas Fatihah lebih banyak dari itu lagi?

Paling kurang lebih 20kali sehari, dinisbahkan dengan 20 rakaat solat sunat tarawih berserta 3 rakaat witir. Itu untuk 1malam saja. Belum kira 30malam bulan Ramadhan. Alangkah beruntungnya kalau menunaikan solat berjemaah pada bulan Ramadhan.

Petikan tazkirah dari majalah ANIS, ogos 2010

Selamat Berpuasa & Beramal. Mari kejar Lailatul Qadar! =)

Nota kaki 1: Den jugak yang cuti ciput, terpaksa kedekut & kemut untuk pastikan dapat cuti lama time raya. Huhuhu. Apo nak buek. Sudah nasib badan... =(

Nota kaki 2: MERDEKA!!!

Aug 26, 2010

Iftar – Edisi bersama BFF & Gang 10 Budak Hitam

Ini cerita minggu lalu.
Aktiviti iftar daku bersama member-member kamcheng sebuluku

Dah jadi perkara wajib setiap kali Ramadhan untuk kami berkumpul. Bila dah berjumpa tu, tak sah la kalau tak berborak & bergelak ketawa tak hengat dunia. Bukan selalu kan. Sekali sekala. Seronok imbas memori zaman muda remaja. Heee =D

Lokasi Iftar : Cozy House Restaurant




Menu Iftar :
Nasi Putih
Chicken with dry chili & cashew nut
Siakap tiga rasa – sweet sour
Sotong goreng tepung
Tomyam seafood
Kalian ikan masin
Pandan leaves chicken
Ice Lemon Tea, Mango Blended Juice, Asam Boi + Lime Juice, Coffee


Peserta : Syahrul, Fathiyah, Hafsah, Jo & Nadiah.


See the ikan = Korban percintaan. keh keh keh =p


Dah feel raya! =D

Iftar on the next day

Lokasi Iftar : Kediaman Cik Siti Azura


Menu Iftar :
Nasi Putih
Udang Paprik
Sotong Masak Serai
Ikan Kembung Goreng Kunyit
Kerabu Mangga
Sayur Campur Masak Sos Tiram
Telur Dadar
Ayam Golek
Lime pudina juice

Menu Moreh : Kopi Cap Kapal Api betul betul kaw. Hehehe. Puding custard, Biskut kering...memang terangkat habes!!! mabeles =D

Peserta : Dalila, Azie, Hanim, Athirah, Fira, Zura & Fathiyah. Tiada gambar sebab lupa. Masing-masing sebok dok bergebang.

Semua menu ni, kami masak beramai-ramai. Gotong-royong. Seronok dapat main masak-masak. Dah macam rewang kenduri. Hehehe. Dengan kecohnya kami nih. Gamat satu rumah hang Zurud. Macam makcik-makcik. Hahaha =D

Lepas iftar, sempat jugak kami belek album gambar dulu-dulu. Lawak giler. Sorang-sorang muka innocent habes. Aah, I miss those days a lot. Jam 12 tengah malam baru lah masing-masing pulang ke pangkal jalan. Time up for ronggeng ronggengan! Bini orang & mak orang pinjam a few hours untuk jadi bujang sekejap na. Jangan marah haa. Hahaha =D

Aug 22, 2010

Nasi Goreng Udang Planta & Sotong Goreng Thai

Sepanjang puasa kali ini, menu iftar kami yang sedang-sedang saja. Yang cepat & senang dimasak. Eh… bukan mee segera tau. Cheq nih taklah koman sangat naaa =p

Masakan saya ni simple. Takde yang extravanganza pun. Dengan rendah diri, (sememangnya diri ini sudahlah rendah..hehe) saya nak berkongsi resepi nasi goreng udang Planta & sotong goreng thai. Terimalah resepi yang tak seberapa ini, ikhlas dari saya untuk kamu. Heeeee =)


Sotong Goreng Thai

Bahan-bahan
200 gram Sotong
Tepung jagung 3-4 sudu besar
Serbuk kari 1-2 sudu kecil
Serbuk kunyit 1sudu kecil
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil – resepi asal letak lada putih, tapi sebab saya suka black pepper, so saya modified sikit. Boleh kan =D
Telur 1biji
Garam + Gula merah secukup rasa
15 gram Tepung kastard
30 gram Tepung naik sendiri
150 gram Serbuk Roti
Minyak – untuk menggoreng

Cara – cara
Cuci sotong dengan tepung jagung untuk menghilangkan lendir sotong. Kemudian, sotong dibilas dan ditos.

Masukkan telur yang telah didadarkan. Campurkan kunyit, garam, gula merah, tepung naik sendiri, tepung custard dan minyak bijan. Gaul rata semua bahan bersama sotong. Golekkan sotong dalam serbuk roti.

Goreng hingga garing, hingga serbuk roti turn into gold-ish colour. Siap untuk dihidangkan.


Nasi Goreng Udang Planta

Bahan-bahan
Nasi (gaul dengan sedikit garam)
Marjerin Planta – 2sudu besar
Udang – terpulang nak letak berapa ekor. The more is merrier. hehehe
Kicap cair – 1-2sudu
Telur – 1biji
Serbuk Lada putih – secukup rasa
Limau kasturi – 1/2biji
Garam + Gula – secukup rasa
Daun sup & sayur campuran – optional
Serbuk perasa ayam - optional

Cara – cara
Panaskan kuali, cairkan planta lalu goreng udang. Kemudian masukkan telur. Goreng telur seperti scrumble egg.

Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam dan serbuk lada putih.

Perah limau kasturi.

Masukkan garam + gula dan gaul rata. Angkat dan hidang.

Bila nak hidang, taburkan daun sup & bawang goreng. Siap dah =)

Selamat mencuba!

Aug 17, 2010

Overdose!!!

This is what happened to me after 1year 6months ++ of been a married woman.

Extra kilo is rising up day by day. Not good. Of course lah yang extra tu lemak. Hish. Nyampah cheq.

Masa mula kawin, berat badan cheq around 47kg-48kg. Tak ingat exact figure, tapi dalam range tulah. Sekarang nih? 52kg-53kg. 5kg lemak sudah bermaharajalela, ok. Pencapaian yang sungguh tidak memberansangkan!

Bila cheq diet, adalah turun 2kg. Tu paling banyak dah tu. Awat la susah sangat nak singkirkan lelemak nih. Musuh ketat cheq, dessert, chocolate & what-so-ever yang manis.

Terliuq saja tengok colekat, donut, cake, cookies & yang sewaktu dengannya. Kureng hasem ye. Cis! Blame myself for this bad eating habit. Memang tak bagus. Tak sihat. Amaran : Jangan contohi eating habit saya...

My BMI (Body Mass Index) is ok, in ideal range. Good. Tapi ada lemak yang berkumpul yang buat haku tak puas hati. Asyik tak puas hati je memanjang. Keh keh keh =p


Camwhore. SS=Syok sendiri.
Saja la nak try pose macam gadis remaja la nih. Ahkak ada nampak muda tak? Ada macam baru umoq 17tahun dak? Doink! Sat gi hang pa pakat belasah haku dah. Hahaha =D
Tips & trick : Mengelat. Gambar dari atas menampakkan mukaku langsing gitu, walaupun realitinya dot dot dot. hehehe. Dagu ala runcing, pipi kuncup sikit =p

Sempena puasa nih, my goal is increase ibadah & decrease weight. Yeah =D Insyallah. Kali ini mahu berazam sungguh-sungguh. Tak mahu lagi failed sekerat jalan.

You are what you eat.

Siapa ada petua kurus atau buang lemak atau langsingkan badan atau yang sewaktu dengannya, silalah share bersama ya. Especially sapa ada petua kecilkan peha, amatlah dialu-alukan tips anda itu. My hips don’t lie. Hehehe. Sekian terima kasih!

Nota kaki : Berjaya menahan nafsu dari menerjah Param. hehehe =p

Aug 10, 2010

Salam Ramadhan

Ahlan wasahlan, marhaban ya marhaban.
Ramadhan datang kembali. Alhamdullilah. Syukur kerana Allah beri kesempatan untuk merasa nikmat Ramadhan sekali lagi.

Nostalgia Ramadhan
Kalau dulu, masa budak, banyak yang haku mengelat time puasa. Waktu mandi, haku bukak mulut luas-luas, minum air paip sampai kembong perut. Sambil menyelam minum air. Hahahaha. Best wooo. Bila mak suruh pergi kedai beli barang, haku cukai seposen dua beli ais krim. Makan senyap-senyap hujung jalan belakang rumah. Tepi longkang pulak tuh. Tak senonoh sungguh. Hahaha =D

Excited berpuasa masa budak & dewasa lain. Masa budak, seronoknya bila buka puasa. Nak makan itu ini. Semuanya teringin. Seronoknya bila ke masjid, solat tarawih (kadang-kadang solat isyak saja, buat cukup syarat), lepas tuh hape lagi, syok main dengan member sambil tunggu masa nak serbu juadah moreh. Seronoknya bila puasa penuh, ganjaran duit raya pun bertimbun-timbun. Hehehe.

Dah dewasa ni, bila berbuka, dengan tamar tiga biji pun sudah kenyang. Juadah berbuka ala kadar itu lebih dari cukup. Ke masjid, bukan lagi sebab ada member atau juadah moreh, tapi nak cari pahala sunat tarawih yang tiada dalam bulan lain. Duit raya??? confirm lah tak dapat. Hehehe. Tapi, sekarang excited nak bagi duit raya pulak. Seronok tengok budak-budak sebok kira duit raya masing-masing. Macam kita dulu-dulu jugak =D

Aah.. rindunya pada Ramadhan =)

Malam ni tengok anak bulan. Selamat berpuasa semua. Doa saya, moga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah untuk semua. Amin.

Aug 5, 2010

8 Bulan

Lai lai lai (translate: Mari mari mari). Saya sudah hapdet ini belog. Hehehe =D

Pada semua yang masih ingat blog daku ini, terima kasih ya kerana sudi menjenguk blog yang tak seberapa nih. Maaf lah sebab tak punya masa berkongsi segala di ruangan ini seperti sebelumnya.

Terikat dengan tuntutan kerja. Macam ni lah nasib orang makan gaji…

Cerita terbaru?

Hmmm… tak dok. Maksudnya, life as usual saja.

Eh, ada sapa-sapa yang nonton series 8 bulan?


Every Sunday, 10.30pm at TV3. Kalau kamu belum pernah nonton, minggu ni cubalah nonton ya. Best. Recommended!


Watak utama
My favourite celebrity couple. Vanida Imran & Rashidi Ishak. Sweet lah diaorang nih. Happy go lucky je.

Basicly, drama ini berkisar tentang parent to be yang merancang kewangan berlandaskan prinsip syariah for their future. Drama nih ditaja oleh HSBC Amanah. Bagus jugak drama intelek macam gini. Bukan sekadar entertainment. Boleh kita tau tips-tips kewangan which is sangat berguna for newly wed & bakal mak bapak.

Esok Jumaat. Can't wait for weekend. Boleh rest.
Ok. Happy weekend everyone. Rencana ronggeng ronggengan is on the way. Hihihi =)

Jul 23, 2010

The Wedding of Suryana & Ridzuan

Straight to the point - ini cerita serba sedikit tentang majlis walimah adik ipar saya. Oh.. biar gambar sajalah yang bercerita ya. Enjoice!

Wedding timeline


Solemnization : Jumaat jam 10.20pagi. Dengan sekali lafaz, status Cik Ana jadi Puan Ana. Alhamdullilah. Selamat sudah. Syukur =)

Majlis Berinai : Jumaat jam 9malam. Close event just among pengantin & family. Oh. Ni la buat pertama kalinya den menepung tawar mempelai. Tak reti hokei. Mulanya den tak nak. Segan la weh. Tapi, kena paksa. Hahahaha =D


Reception 1 : Majlis bersanding, Bride side. Tema : Tiffany & Grey.


Outdoor : Memorial Tun Razak
Suka sangat gambar kat pintu tuh =)


Reception 2 : Majlis bertandang, Groom side. Tema : Turqoise & White.

Wedding details

Baju nikah (Pure White) + Baju Songket (Purple Terung) + Baju Sanding (Silver Grey) + Baju Bertandang (Turquoise) – Butik Nelly Za


Pelamin – Butik Nelly Za


Makeup – Nikah (Munie Ahmad), Berinai, Bersanding & Bertandang – (Butik Nelly Za)


Bilik Pengantin – Idea ibu mertuaku & pengantin herself =)


Souvenier : Box – LH Creative, Candy, Chocolate cupcakes & Telur.


Families =) Ish, kenapa pipi harus tembam seperti muffin terlebih baking powder...huhuhu.

Pictures : Cilok dari OP – Pfiema Photography & Shafiq Shaharuddin FB. Hehehe

Nota kaki : Seronok tengok orang kawen. Lalala =D

Jul 20, 2010

Silent stare

Sorry for a long silent.

Past 2 weeks, macam – macam dugaan yang berlaku. Hectic life. Jiwa kacau. Fenin fenin

=( Jadinya, mood berblogging jatuh merudum. Totally zero. Nak luahkan di sini, rasanya kurang enak. Tak sesuai. Privasi. Maaf ya. I’m secretive person. Tapi, saya tetap berkunjung ke blog kamu semua. By reading your blogs, it makes me forgot about unhappiness feeling. So, keep on writing everyone. Maybe your words can make someone smiling. Who knows right? =)

Gerhana = Eclipse. Owh, saya sudah jatuh cinta sama itu Jacob the werewolf. The hotter one. Hehehe. Diah, jom kita pi cari wolf untuk dibela. Hahaha. This movie, jatuh kategori mesti tengok. Kalau tak tengok rugi besar. Betul. Tak tipu. For me, the third sequence is the best so far. Banyak scene yang buat kita ketawa. Memang lucu. Diah, thanks join kte tengok muvi last week =)

Tentang contest GetGorgeous tempoh hari, saya dapat consolation prize. Alhamdullilah. Thank you so much pada semua yang vote saya. Saya berkira-kira mahu beri some of hadiah pada siapa yang bertuah. Tapi kena tunggu email from Get Gorgeous dulu. Tunggu….. hehehe

Orait. Starting today, saya nak sibukkan diri dengan macam-macam perkara penting. Got to organize my life schedule. Make it more valuable. Hah. Semangat kau =D

Family planning
Yang ini kita serahkan padaNya ya. Teruskan hidup seperti biasa =)

Career advancement
Fokus pada kerja. Aim for target. Insyallah =)

Wedding planner
Hahahaha. Yang ini kelakar okeh. Dengan ini secara rasminya, saya telah dilantik sebagai wedding planner to my bff & sis. Hehehe. Saya akan jadi penasihat kepada bakal pengantin ini. Insyallah, they are getting married next year. Syoknya. There will be 2 Big Days. Olala. Terlebih excited pulak dah. Hehehe =D

Nota kaki : Alhamdullilah. Emosi sudah kian pulih.

Jul 13, 2010

Missing in action

Owh... ke manakah menghilangnya cik puan Fathiyah?
Sudah seminggu blog ini diabaikan...(kalau hangpa perasan la...hehehehe)

Ampun. Minta maaf na. Cheq tak sempat & tiada kelapangan masa untuk hapdet blog. Buzy like a bee... and buzy body. Hahahaha =D

Demam kenduri kawen!

Yea! Adik ipaq cheq sudah kawen =) Tinggal sorang saja yang bujang trang tang tang. Hehehe. Shafiq, 3tahun lagi kan? Hahaha =D Alhamdullilah, sudah settle semuanya.

Penat & letih, hangpa toksah cakap la. Lenguh, sakit satu badan cheq neh belum surut lagi. Koman betoi la cheq neh kan, buat gheja skit dah macam nak tercabut tulang sendi semua la. Hehehe. Dulu, masa time cheq jadi pengantin rasa penat skit ja, la ni baru la cheq tau betapa penatnya jadi tuan rumah. Terharu betoi cheq dengan bantuan & keringat tenaga yang dihulurkan oleh famili cheq masa cheq kawen dulu. Tenkiu semua. Love you soooo much.

Adus! Adik-adik cheq lagi 6orang tuh belum kawen. Mampuih. Hahahahaha. Harus minum kacip fatimah kasi mantop tenaga lepaih neh na. Hehehehe =D (Hangpa semua kawen serentak la. Senang. Kwang kwang kwang)

Tiap-tiap malam cheq dok tidoq antara jam 2-3am. La ni, mata cheq dah macam panda. Huhuhu. Cheq nak pi Spa. Nak urut satu badan. Nak membelai & memanjakan tubuhku ini. Buang angin & lemak. Hehehe. Baru lega kan. Cewah, cheq ni mengalahkan pengantin na. Hahaha.

Malam semalam baru sempat khatam separuh dari entry kamu semua. Aih, dalam seminggu tak online, banyak benor yang cheq ketinggalan. Belum sempat cheq nak drop komen. Sabaq na. Tunggu cheq masuk gear, lepaih nih, seminggu kita kasi panaih enjin. Berdesup cheq tekan minyak. Laju lagu F1 na... Hahahaha. Merepek meraban!

Gambaq pengantin & majlis nanti dulu na. Gambar cheq tak banyak. Malas nak bergambaq sebab cheq dah kembong sana sini. Nyampah you =p

World Cup pun dah habis. Congrate to Spain team. Betoi pulak ramalan Paul si sotong kurita tuh kan. Kalau prediction dia tak betoi, dah lama jadi sambal sotong. Hehehehe =D Memang sodap betoi nasi lemak + sambal sotong. I loike! Hahahaha.

Undian Miss Gorgeous telah dilanjutkan hingga esok. Dont't forget to vote me. Hahahaha. Sempat lagik promo =p

Jul 11, 2010

Vote for me! =)

*Sticky mode post*
Scroll down for latest entry

Salam bloggers =)

Hamba ada perkhabaran gumbira mahu dikongsi bersama kalian. Hehehehe.


Dengan sukacitanya dimaklumkan ,
Saya telah terpilih sebagai peserta Miss Gorgeous 2010 anjuran
GetGorgeous.com.my, online shopping boutique that offering fashion for muslim chic! Ooo...yeah =D

Un-sangka-rable!!!
Saya hantar penyertaan sekadar cuba jaya. Ini pertama kali saya join contest. Hehehe. Tak sangka sangat terpilih. Syukur. Alhamdullilah. Persaingan amatlah sengit. Cewah. Hehehe. Peserta-peserta lain sungguh ayu, cantik & menawan. Pendek kata, mereka semua gorgeous. Except, peserta No.18 tu. Siapakah gerangan peserta No.18? Nak tau? Sila klik di
sini =D


Saya pertaruhkan 2gambar budget cun ini. Hahaha. Geli hati den jang oii.


Rezeki. Kebetulan, ketika makeover Dior tempoh hari, saya pakai Black Babydoll shirt from GetGorgeous. Dan, salah satu syarat pertandingan, peserta perlu bergaya dengan baju dari GetGorgeous. Alang-alang gambar sudah ada, cukup syarat, hape lagi, kita redah sajalah. Hehehe.

Setakat ini, saya ada beli shirt & cardigan dari GetGorgeous. Kualitinya bagus. Harga berpatutan. Servis best & mantop. Saya sangat suka deal dengan Azlia, tokei GG yang sentiasa friendly & manis itu.

Di GetGorgeous, pilihan fesyen sangat variety. Macam-macam ada. Pilihan saya? Shirt & Blouses, Jacket & Cardigan range. Trendy. But yet, still sopan.


Look, this GG top is almost similar to Topshop top. Kan kan? And plus, it's wayyyy cheaper than Topshop. Hehehe. Part harga ni yang best. Oh, I wish GG ada stok for same patern top in long sleeve. Request dari orang yang tak suka pakai inner macam saya. Hehehehe =D

I'm really recommended this online shop to all bloggers & fashionista out there. Berbaloi-baloi I tell you.

Orait. Adik cantik manis sekalian (bodek nih...hehehe), sudi-sudikanlah kiranya kamu layari web
GetGorgeous.com.my untuk mengundi peserta pilihan anda. Dan, undilah saya jugak. Pleaseeee... Hehehehehe =D Undi peserta No.18 tu lebih sikit tau. Hahaha =D

Undian dibuka dari 28 Jun 2010 sehingga 11 Julai 2010. Nak vote banyak kali pun boleh. Hahahaha. FOC. Adik-adik comel bawah 18tahun pon boleh vote ye. Happy Voting!

Nota kaki : Mari lah mari... mari mengundi... =)