Jun 3, 2010

Terengganu – Day 1

Hello fellas =)
Hujung minggu lepas semua bercuti panjang kan. Nikmatnya bila dapat bercuti. Hoyeah! Tiap-tiap minggu ada cuti extra kan best. Hahaha =D

Direct to the point. Den nak cerita pasal trip ke Kuala Terengganu hujung minggu lalu. Apa yang boleh den kata tentang Terengganu? MENARIK!!! Macam-macam ada. Kaya dengan budaya & tradisi. Pantai yang bersih & sangat menawan kalbu. Makanan, sedap sokmo. Kalau pasal makan, korang tanya apa saja haku cakap sedap. Haku tolak batu & kayu je. Eh, ubi kayu & jambu batu haku bedal jugak. Hahaha =D

Perjalanan pagi sesudah subuh buat daku rasa mengantuk.
Satu cara untuk pastikan mataku terus segar bugar…….
*
*
*
*
*
*
*
*


Maka, jom ber - Cam-whore. Syok sendiri. Hahaha =D


Nyaman. Dingin. Kabus putih menyelubungi ruang, selaut mata memandang. Udah haku berfalsampah di sini. Hahaha =D










Destinasi pertama setibanya di Kuala Terengganu, Masjid Tengku Tengah Zaharah yang lebih fofular dengan nama Masjid Terapung. Persekitaran masjid sangat cantik. Dah macam kat Korea kan. Ala – ala Winter Sonata. Eh, winter kemendenye salji takdok. Hahaha =D


Next, pusat Kraftangan Terengganu. Tengok songket ditenun. Macam susah je kan. Handmade. Sebab tu la harga songket mahal. Songket di Chendering paling femes khabarnya.


Yang ini, cop batik. Aha, tengok tu. Ada cop Salikin Sidek you. Hehehe. Salikin Sidek tempah batik & songket dia kat sini kah? =) Kami sempat tengok mamat ganu ni mencanting batik. Batik lukis. Kalau nak try mencanting & mewarna batik, kamu boleh saja request pada staf di sini. Depa semua mesra gitu.


Anyaman mengkuang. Masa tengok mek ganu kite ni menganyam tikar, saya teringat pada arwah tok yang sangat expert menganyam tikar mengkuang. Hasil kerja tok memang tip top. Kemas. Sayang sekali tiada siapa yang mewarisi ilmu menganyam tikar dari tok. Den tak sompat nak berguru dengan tok dulu. Rugi rugi.


Wau =) Mamat disebalik wau yang bergantungan ini tengah tekun bentukkan buluh. Rangka wau. Terkenang pulak zaman kita sekolah rendah dulu. Kan kita pernah buat wau. Masa kelas pendidikan seni. Kan kan kan. Best kan =) Oh ya. Siapa yang tau kat mana tempat (kampong) pokcik buat wau tradisional kat Ganu ni, macam yang pernah tunjuk dalam Majalah 3 tu, inform kat saya ya. Maybe next time saya nak pi tengok la. Udah macam reporter haku ni. Hehehe.


Noor Arfa Culture Complexs. Apa yang ada kat sini? Of course lah produk Noor Arfa batik yang kelas itu. Salah satu brand Malaysia faveret saya =) Kualiti Noor Arfa memang best. La ni, fesyen batik dah pelbagai tau. Sexy lingerie from batik pun ada. Hehehe. No more baju kelawar yang buat suami hilang selera itu. Wakaka.

Personally, bagi saya berbaloi-baloi beli produk Noor Arfa. Kaftan yang ayah saya beli 14tahun dulu masih elok sampai hari ini. Kalau kamu berminat nak tengok produktiviti Noor Arfa dengan lebih dekat, bolehla berkunjung ke kilang Noor Arfa yang terletak dekat saja dengan kompleks ini. Guide – sila ambil map di galeri.






Kami ke Pantai Batu Buruk yang femes itu. Bercanda di persisiran pantai. Hehehe. Pantai ni cantik. Bersih. Untung orang-orang Ganu. Bila tension boleh relax di tepi pantai yang indah. Hirup udara segar. Aih…. Orang Ganu, I envy with you all tau. Kalau lah KL ada pantai yang seperti ini… Mesti best kan =D

Kembara kami diteruskan ke Kampung Losong. Kampong yang terkenal dengan Keropok Lekor. Tapi kami tak beli keropok lekor di sini. Syah kata keropok lekor kat sini dah terlalu komersial sangat. Dah tak sedap macam dulu. Yang sedap, kat seberang takir nu hah. Tapi, kena beratur 1jam tau. Siapa sanggup, silakan lah. Hehehe =D

Hajat dihati nak singgah di Muzium Negeri Terengganu. Malangnya muzium ni tutup awal la. So, tak sempatlah den nak posing depan muzium sebagai kenang-kenangan =p

Jadi, kami terus ke Taman Tamadun Islam yang khabarnya meletops gitu. Hehe. Sila layari web rasmi TTI untuk info lebih lanjut. www.tti.com.my. Tiket : RM15(dewasa)

Moh ler kite layan gambo =D








Jom kita kayoooh =D Kurus sikit peha den lepas marathon kayoh basikal. Kurang la 1inci. Hahaha. Penat tak hengat beb. Berpeluh tahap lencun. Both of us sangat busuk & masam. Wakaka =p







Destinasi terakhir kami for day 1.




Masjid Kristal. Ruangan masjid kecil saja. Kalau kamu tahu tentang kontroversi masjid ini dulu, saya kira kritikan itu berasas. No wonder lah kan. Dunia akhir zaman. Just think about it.

Habes day 1. Malam, kami makan seafood dengan member Syah. Balik, terus terbongkang. Letih.

Ok. Kita sambung part 2 esok ya. Den nak buat karangan dulu. Hahaha =p

14 comments:

Cahaya said...

wah sonokyer g bercuti ke terengganu... :-)
Banyak x borong batik??

goblogbyfarah said...

kita suka g terengganu. sebab sepanjang jalan nampak pantai!

InaAchik said...

kan dah kate teganu best... *sambil mendebik dada... hahahhaha

[leily.laily] said...

welkam 2 ganu kite..
envy?.. hihihih, macihs!!!!

Iryani Noor said...

wahhhh best nyer.. tetiber teringat time honeymoon dulu.. akak p ganu gak... dulu xder basikal dlm tamadun islam tu... cantik2 kn miniature masjid2 tu..

pasnih fathi pergi pulau2 kt ganu lak.. bestt woo especially pulau perhentian... =p

nur easy said...

bestnya hulla hoop kat tganu..;)

WanYusnira said...

oohh.. sungguh bangga sebab puji tganu melambng.. hiks!

susudalambotol said...

tudung cantik please!

Mag said...

memang jeles kan kat orh tganu..pantai di man2 saja

PurPLe LaDy AiFA said...

oh my god. cantik gler.. i mungkin akan ke terengganu for honeymoon. leh i email u nnti tnye details pasal ganu ni kan? =)

Noli said...

nnt p pantai teluk ketapang..best gak..dekat seberang takir..heehee

[ Hanie ] said...

taman tamadun islam tu cantik sgt. replika2 tu comel jer..td ingatkan betul la plak die pegi taj mahal :P

m@Ri@ said...

wah g terengganu tak ckp..kalau tak nk pean kopok lekor..hehe..fathi..sy nak p KL ni..:D

Fathiyah said...

cahaya : bayak jugak.hehe =p

goblogbyfarah : aha..mmg cntikkan =) suka!

Iena : ewah ewah..eksen ye ko

leily : ya.ganu sungguh cantik.sgt jeles tau =)

iryani : akak honeymun kat ganu ye.mmg best lah.tulah.insyallah.coming soon nak pi pulau2.hehe

easyou : yeah!

wan yusnira : amboi kermit.hepi gitu =)

susudalambotol : tudung 2psg rm15.murah murah.hehe

fab farah : kan kan =)

purple lady aifa : nak pi ganu?pi la.best.ok.emel je i k.blhla rekemen tmpt2 best.hehe

noli : dah pegi! best! hehe

hanie : replika mmg sebijik sejebon dgn real punye.gi taj mahal?hehe.

maria : kepok goreng ada.singgah la umah kte nnt =)