Jun 15, 2010

Demam Bola – World Cup 2010

Tengok bola, tido bola, makan bola, bola, bola,bola!

Ramai ke perempuan yang minat nak tengok bola?
Minat dengan game maksud saya. Bukan minat pemain bola tu ye. Hehehe. Gedix tuh.

Den tengok bola. Ada masa bola yang tengok den. Hehehe.
Ini bukan dongengan. Ini benar-benar ya dong =D

Dulu, bola antara sukan faveret saya. Pengaruh dari ayah dan adik-adik bujang. Lepas beberapa ketika, saya tak mengikuti game ni lagi. Bosan dengan corak permainan yang tak ubah macam drama… Hampeh. La ni, yang sensasi, kisah percintaan pemain bola dengan artis. Eeee, geli weh. Main bola tak seberapa, gosip je lebih.

Sejak kawen ni, den layan jugak bola. Ni semua laki den punya pasal. Pengaruh dia la ni. Kaki bola. Hantu bola =D

Tapi, syukur jugak walaupun dia minat bola, dia tengok di rumah saja. Jarang dia layan bola kat maple. Yang sebenarnya, dia takde gang tuh, cuba kalau dia jumpa gang, confirm bayang dia pun den tak nampak hah. Hehehe =)

Apepun, memang lah meriah layan bola kat maple. Siapa tak pernah layan bola kat maple, aih…. rugi beb. Hehehe. Zaman bujang dulu, memang itulah tempat lepak Syah & the gang. Eh, saya & the gang jugak. Hehehe. Den rasa lepak kat maple ni paling best & sempoi. Betul tak?


World Cup kali ini, Syah dah prepare serba serbi. Semangat tak hengat! Jadual perlawanan. Jersi team faveret, England, cap Butik Golok. Kwang kwang kwang =p. Sokong England walaupun England memang tak dok harapan lah jadi Champion. Hahahahaha =D Gelak jahat.


Aha, jangan dilupakan jajan. Keropok + kacang. Pekena dengan Tea-O. Bantal & tilam. Complete okeh. Moh kita layan!!!

Nota kaki : Den predict German jadi champion. Bosan la asyik Brazil je conquer. Kamu pula? =) Jom kita main teka teki. Hehehe.

10 comments:

~LIZA~ said...

i start tgk bola pun since i kenal mu husband sbb dah tu memang keje dia kan. at least bila dia dok citer2 tu i paham la sket :D

Anonymous said...

warghhh!!! kak long pon predict germany.. pakwe diha dok sokong tu jugak.. tp diha sokong argentina.. hehehe.. go go messi!! ;D

-diha

Ainul Mustafa said...

ainul suker tgk bola bila start pregnant ni.hihihi.siap bg komen lg.nak sokong korea selatan blh???hihhiihi

InaAchik said...

sebab england cahaya champion makin pudar, per kater ko join aku ngan achik sokong portugal! ngehehhee

Mag said...

sy masih laggi brazil.hehe

Fathiyah said...

liza : hehe.me too =) ur husband keje in football management ye? menarik!

diha : hehehe.klong sokong german.sokong argentina sbb messi?=)

ainul : boleh..sila2 sokong.ehhhh,awak pregnant baby boy kot??hehe

Iena : oh..no no no.den sokong german.hahahha

fab farah : oh...u geng brazil.jaga2.ewah

Anonymous said...

hehe.. nope.. argentina ade potensi.. =)
-diha

MamaIcha said...

tak reti tgk bola la :P

m@Ri@ said...

sapa tak minat bola?
sy angkat tgn dlu..hehe..tp andry sgt minat bola..so kena subsribe astro sport sbb kalau tak die kena ke maplei n die syg nk tinggal anak bujang die tu..(bukan syg nk tinggal bini tau)..huhuhu..

Fathiyah said...

diha : smgt!!! =)

mamamarissa : hehe.

maria : hehehe.sayang bini tinggal-tinggalkan.sayang anak tgn-tgnkan =)