Feb 3, 2010

Mee Bandung

Mari geletek hati di petang hari =)

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit
dengan orang gajinya,Sutina. Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung.

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana.

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun.

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir
nanti. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari
kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang
keliru.

"Bang ....... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ..... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Di poskad itu tertulis ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Nota kaki : Ini padahnya jika curang. Pandai buat, pandai la tanggung. Nah, hamik kau. Hehehe. Aku gelak guling-guling baca lawak nih. Memang lawak. Sinis =) Watak cerita tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah mati. Sekian.

7 comments:

mama affan said...

haha..padan muka lelaki curang tuh..dpt ank kembar 4..hehe..

Shifa said...

haha pandai gak org gaji dia cover line..

Cahaya said...

hahahaha..lawak betul..
ingatkn dia tulis apa tadi.. Ha baru tau.. ingat senang2 je kn:-)

m@Ri@ said...

gile lawa...pdan muka mamat tu..hehe..

zLa said...

weeee!!! i gelak guling2 baca your post ni..hahaha..tah2 anak sorang je yang keluar. saje nak claim lebih tambah la lagi 3...kan minyak nak naik harga dah..

Mag said...

hahahah,,kelakar!

Fathiyah said...

fikaryna : aah.dpt balasan cash kan.

shifa : ni maid sekolah tinggi agaknya.hehe

cahaya : hehehe =)

maria : aah. =)

zla : betoi gak tuh.auta je kan.hehe

fab farah : =)