Jun 28, 2010

Jangan Ketawa!!!

Pagi Senin
Owh, monday blues.
Ceriakan pagi kamu dengan ketawa - ubat paling mujarab =)
Okeh, den harus mula kerja. Selagi hidup, kerja kerja kerja.... huhuhu

Suatu petang di gerai tepi jalan

Ali : Makcik, bagi saya cucur udang 2 hengget.
Makcik : Ok (sambil ambil cucur udang & masukkan dalam plastik)
Ali : Eh makcik, apesal cucur udang ni tak nampak pon udangnya??? (Dengan nada tak puas hati sebab harga kuih dah la mahal sekarang nih)
Makcik : Abes tuh, kalau cucur badak tuh, ada ke ko nampak badaknya???
Ali : Terdiam. (Dalam hati : Sabo jelah haku dengan makcik nih. Buat lawak kerek pulak)

Ini kisah benar yang berlaku kat kawan Syah. Haku gelak guling-guling dengar cerita nih. Kureng asam betul makcik tuh kan. Hadoi la.

Hmmm, saya kira makcik itu not suppose to said something like that. It may hurt her customer feeling. Orang melayu kata, kurang sopan. Kurang adab, bahasa kasarnya kurang ajar. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Tapi, kelakar jugak ayat makcik tuh kan. Kalau betul dia hanya bergurau, den boleh terima lawak spastik dia tuh. Hahahahaha.

Nota kaki : Ali – bukan nama sebenar. Hehehe =D

Jun 24, 2010

Uuhhh.....Aahhhh.....Steam

Emosi tunggang terbalik
Otak tak centre...ting tong
Hati gundah gulana. So, what is the best thing to do to cheer you up again?


Meet your bff, borak tak hengat & MAKAN!!!
I’ll always do it as my therapy besides shopping. Hehehehe. Gelak ada makna ni =D

Lokasi terjah kami kali ini, Restoran Kak Eita Steamboat, Wangsa Maju. Kawan-kawan den ni hah yang teringin bebenor. Den follow aje. Hehehe. Padahal, tuan punya badan pun mengidam jugak =p

Menu : Steamboat Ala – Carte for 4 pax
Menu buffet hanya bermula jam 6petang onwards. Kami sampai jam tiga. Jadi, pilihan ala carte saja yang ada. Belasah ajolah labu.


Moh ler kita rungkai apa yang tersembunyi dalam pinggan ini satu persatu. Fucuk, Telur puyuh, Sawi, Kobis, Cendawan, Udang, Sotong, Kepah, Ketam, Bebola.


Aneka Maggi & Telur.


Sup Ayam & Tom Yam.

Nampak sikit kan? Tapi, jenuh & mengah jugak kami nak habiskan semua ni. Tu pun dah import 2 star player kiri kanan. Hahahahaha. Kami ni, perutnya kecil, nafsunya besar. Tak padan neh.


Untuk 2orang jejaka kacak ini, ada menu tambahan pulak. Nasi Lemak Ayam Berempah & Nasi Lemak Ayam Pandan. Ini kerana, purata saiz perut 2orang jejaka kacak adalah lebih besar berbanding purata saiz perut 3orang gadis manis. Ish ish ish. Hehehehehe =D


Yang ini Vanilla Passion Fruit, memang terangkat beb. Mocha Ice Blended & Lagenda Juice juga terbaek. Thumbs Up!!!

Tapi, hidangan steamboat itu kureng kick. The cold cuts was so-so. Chicken soup was plain. Biasa saja. Tom yam also so-so. Same goes with Nasi Lemak. Personally, saya bagi 3/10 stars. Kawan-kawan den nak bagi tahik bintang saja pasal service kureng mantap. Not so good. Aih… So, den boleh recommend their juices & smoothies range saja. Malatops. Kalau kita masuk kedai order air saja boleh kan? Hehehehe =D


Sebelum pulang, mari kita bergambar ramai-ramai dengan pinggan mangkuk & sisa makanan yang berselerakan itu. owh. Malunya... Nampak sangat pelahap =D

Okeh kawan-kawan, kita sambung pulak jalan-jalan cari makan versi Kami The Agogo next entry. Den mana boleh say no to makan promotion. Rezeki jangan ditolak. Rugi. Hahahaha =D

Nota kaki : Kak Yani, sup Kak Eita memang dah kureng kick ye? Tukang masak dah tukaq kot. ngehehe.

Jun 21, 2010

Itu Namanya.....

Tuhan nak menguji

Biasanya kalau Tuhan nak bagi sesuatu yang baik tu,

Dia akan uji kita dengan sesuatu yang agak payah

Dia nak tengok sejauh mana kesabaran kita

Kadang-kadang tu,

Kita pun ada buat salah jugak

Tuhan nak menegur


Nota kaki : Killing me softly

Jun 17, 2010

Dior Makeover

Amaran : Ini entry basi. Tuan punya laman tak akan bertanggung jawab ke atas sebarang penyakit yang mungkin dialami oleh pembaca selepas membaca laman ini. Hehehe =D

Dulu, ada seorang minah ni.
Dia tak pandai bersolek. Selenge habes. Hatta, bedak pun dia tak pakai. Muka dia togel & berminyak sepanjang masa. Belengas. Minyak kat muka tuh kalau ditimbang, sekati gamaknya. Hahaha =D

Sekarang, dia dah reti la nak conteng-conteng muka sikit.
Masih amatur. Jadi hasilnya yang sedang-sedang saja. Kadang-kadang, suami dia pun tak perasan contengan di muka. Ceh, penat I makeup you =p

Memperkenalkan…………
Used to be minah belengas
Jeng jeng jeng

*
*
*
*
*
*
*

Model negara Gohead Goestan








Nangis Tyra Bank tengok pose haku. Wakaka =D Agak-agak ada chance masuk American Next Top Model dok? Hah??? Hade yang nak kene sepak ni. Hehehehehe

Wutever *Gaya Diva*

I do enjoy this pampering & makeover session. MUA, Miss Angela Chin yang conteng muka saya ni sangat best. Very friendly. Personally, saya lebih suka makeup ini berbanding previos
makeover. Yang tak sukanya, dulu den kurus, sekarang udah tembam. Cet! =p

Event ini berlangsung dari 25May – 30May yang lalu. Venue : Centre Court, KLCC. Maaf. Saya tak sempat nak khabarkan pada kamu tentang event ini awal-awal. Cerita dah basi baru kau nak kabo ye. Ampunnnnn.

Well known brand, Dior just launching their new lip gloss recently. Directly inspired by the backstage world of Dior fashion shows, the new Dior Addict Ultra-Gloss reinvents and surpasses itself. It boldly reconciles extremes, spectacular shine, oversized volume & a wardrobe of very Couture shades in an incomparably fine caress. Enriched with a complex of crystalline jellified oils, the texture glides on perfectly and leaves an ultra-infusing, comfortable & extremely fine film on the lips.

Saya ada tips yang tak seberapa ini untuk dikongsi dengan B2B =)

1. Try la sekali makeup with any makeup artist sebelum hari besar anda.
2. Tak salah kalau kamu nak request apa-apa pun dari makeup artist. Yang munasabah la kan. Macam saya dulu, request dari Kak Munie mahu makeup seperti Ekin bini Mawi. HahaHa. Ngade-ngade okeh. Ferasan. Sah-sah la muka haku jauh panggang dari ayam dengan Ekin. Hehehe
3. Pilih makeup artist yang friendly & boleh dibawa berunding. Trust me. Kamu akan rasa best & selesa dengan orang ini.

Okeh. Next entry saya akan review details lagi tentang makeup ini. Eh, ada ke yang nak tau? hehehehe =) Mana la tau, ada yang berkenan, boleh jd reference. Ye tak?

Nota kaki 1 : Tak cukup dengan posing kat mini studio, balik rumah den buat mini studio sendiri pulak. Poneng Pak Enchek tengok. Hahahaha =p

Jun 15, 2010

Demam Bola – World Cup 2010

Tengok bola, tido bola, makan bola, bola, bola,bola!

Ramai ke perempuan yang minat nak tengok bola?
Minat dengan game maksud saya. Bukan minat pemain bola tu ye. Hehehe. Gedix tuh.

Den tengok bola. Ada masa bola yang tengok den. Hehehe.
Ini bukan dongengan. Ini benar-benar ya dong =D

Dulu, bola antara sukan faveret saya. Pengaruh dari ayah dan adik-adik bujang. Lepas beberapa ketika, saya tak mengikuti game ni lagi. Bosan dengan corak permainan yang tak ubah macam drama… Hampeh. La ni, yang sensasi, kisah percintaan pemain bola dengan artis. Eeee, geli weh. Main bola tak seberapa, gosip je lebih.

Sejak kawen ni, den layan jugak bola. Ni semua laki den punya pasal. Pengaruh dia la ni. Kaki bola. Hantu bola =D

Tapi, syukur jugak walaupun dia minat bola, dia tengok di rumah saja. Jarang dia layan bola kat maple. Yang sebenarnya, dia takde gang tuh, cuba kalau dia jumpa gang, confirm bayang dia pun den tak nampak hah. Hehehe =)

Apepun, memang lah meriah layan bola kat maple. Siapa tak pernah layan bola kat maple, aih…. rugi beb. Hehehe. Zaman bujang dulu, memang itulah tempat lepak Syah & the gang. Eh, saya & the gang jugak. Hehehe. Den rasa lepak kat maple ni paling best & sempoi. Betul tak?


World Cup kali ini, Syah dah prepare serba serbi. Semangat tak hengat! Jadual perlawanan. Jersi team faveret, England, cap Butik Golok. Kwang kwang kwang =p. Sokong England walaupun England memang tak dok harapan lah jadi Champion. Hahahahaha =D Gelak jahat.


Aha, jangan dilupakan jajan. Keropok + kacang. Pekena dengan Tea-O. Bantal & tilam. Complete okeh. Moh kita layan!!!

Nota kaki : Den predict German jadi champion. Bosan la asyik Brazil je conquer. Kamu pula? =) Jom kita main teka teki. Hehehe.

Jun 10, 2010

Nasi Ayam Mancongkam

Faveret saya sejak dulu, kini & selamanya…
Eh, macam pernah ku dengar ini tag line.. hahaha =D

Ok. Masa kecik saya buta menu. Hahaha. Memang tak tau langsung kewujudan nasi goreng Pattaya, Nasi goreng ikan masin, Nasi daging kunyit dan yang sewaktu dengannya. Betul. Tak tipu. Saya cuma kenal nasi ayam sahaja. Oh, dulu haku ingat kat kedai ada jual nasi ayam je. Wakaka. Sengal.

Kalau ayah belanja kami makan diluar, menu yang kami order, Nasi ayam & fresh orange. Tiap-taip kali menu tuh. Tak pernah tukar. Adik beradik den ni ramai, 7orang. Jadi, bila waiter datang ambil order, semua akan cakap nak nasi ayam & fresh orange. Menu yang sama okeh. 7pinggan nasi ayam & 7gelas fresh orange. Hahaha =D

Bila masuk U, kebetulan kafe kat kolej ada jual nasi ayam yang best. Murah & sedap. So, hape lagi. Haku bantai nasi ayam tiap-tiap hari. Ngehehe. Dahsyat. Tak jemu pulak tuh. Haku pun heran. Macam mana haku boleh makan nasi ayam je selama 1tahun =D Lepas tauke lain ambil alih kafe, resepi nasi ayam dia dah tak se-ummph macam tauke sebelum ni, so den pun dengan hati yang berat, terpaksalah melupakan menu kegemaran den itu. Uh.. sedih…

Hari ni, nak cari nasi ayam yang sedap, amatlah mencabar. Susah bebenor. Yelah, orang dulu berniaga lain dari orang sekarang. Tak faham den. Ish ish ish.

Aha, Nasi ayam kategori buatan sendirian berhad yang paling sedap bagi saya ialah nasi ayam buatan makcik manis & makcik manggis, ibu sahabat saya. Sedap hingga menjilat jari. Lazat tak terkata. Nasi ayam ibunda saya juga tak kurang sedapnya. Hehehe. Mak, buat nasi ayam untuk kak long hujung minggu depan boleh? =) Anak bertuah. Hehehe.

Kalau kategori kedai,
Den pilih 3terbaik setakat ini :


Nasi Ayam Ani Sup Utara


Nasi Ayam Mancongkam


Nasi Ayam D Jamil Corner

Nasi Ayam pilihan anda? Kat mana weh? Kalau ada resepi nasi ayam, post kat blog korang. Share lah. Nanti boleh den poei serang. Hehehe =D

Jun 7, 2010

Lagenda Budak Setan


Kami dah tengok ini cerita!!!


Tengok bersama geng anak dara, mak dara & bapak-bapak.


Awat kecoh sangat tuuu? Perkara biasa.
Bapak-bapak pon layan kan ajelah. Hehehe =D

Mula-mula memang excited. Dengar dari sana sini cerita tentang LBS saja. Den memang cepat terpengaruh pon. Hahaha. Scenery cerita ni memang cantik. Kagum. Kat Malaysia pun banyak tempat yang lawo-lawo beb. Oh… lagu tema aka soundtrack LBS tangkap leleh weh. Best giler layan wooo. Hehehe.

Komen :

Dari orang yang pernah baca novel : Kureng best. Banyak plot kurang dalam kata lain kenapa harus cut plot yang penting? Kenapa? Kenapa? *Emo =p* Jalan cerita kurang menarik.

Dari orang yang tak pernah baca novel : Ok lah. So-so. Tipikal cerita cinta. Camera shoot kurenglah. Juling jap bijik mata haku sebab banyak benor scene close-up. Perlu kah? Kalau lah close-up muka haku nih, segala mak nenek bintik & jerawat korang nampak. Wakaka =p

Novel LBS ni sangat femes & malatops suatu ketika dulu. Penulisnya, Ahadiat Akashah. Dan bila keluar pula filem yang diadaptasi dari novel ni, haruslah semua pembaca novel ini jadi teruja kan. Terus terang, saya tak pernah baca novel LBS. Kodi betol la hang ni Fathi. Hahaha =D Hang pa nak cakap apa pun cheq tak kesah. Sebab cheq sendiri pun tak tau kenapa cheq tak tergerak hati langsung nak baca LBS. Mungkin masa tu dalam hati cheq belum ada taman kot. Pirahhhh =p

Nak tau dari mana cheq tau jalan cerita LBS?

Hahahaha. Nak gelak guling-guling jap =D

Ahha…


Dari mamat ni lah. Kui kui kui.
Sungguh ku tak sangka suami daku baca LBS. sampai hari ni masih tak percaya la. Haha. Dia lah yang story roughly fasal novel ni kat cheq. Roughly saja pasai dia pun dah lupa sikit. Yalah. Bacaan 12tahun dulu. Ada boleh ingat? Hehehe.

Cheq nak buat permintaan sikit naaa
Untuk sequence LBS, tukaq hero boleh dak? Haha. Cheq nak Remy Ishak pleaseee… tukaq pengarah jugak boleh dak? Cheq vote for Khabir Bhatia. Hehehe. Permintaan terlampau nih. Boleh kaaaa??? =)

Ok. Whatever pon, selamat layan LBS. Komen anda hak anda =)

Jun 4, 2010

Terengganu – Day 2

Pagi, kami keluar dari tengah bandar menuju ke Gong Badak & Seberang Takir. Jalan menghala ke sini jammed semalam. Hok alo, orang-orang Ganu serang Mydin Mall weh. Hehe.

Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak. What to see? See this



One of the worst structure failure in Malaysia. Heh. Ini geng MRR2. Wakaka. You know what I mean rite (>_<) Ina, ko tak nak debik dada ker ??? kwang kwang kwang. Larikkkkk.


Bersebelahan stadium ni, ada track go-kart. Murah jugak tau. Mulanya kami dah nak race. Mark Webber VS Micheal Schumacher. Hahaha. Tapi, perlumbaan terpaksa dibatalkan oleh sebab track dah full booked. Hihihi. Takpelah, kami kasi chance kat pemandu amatur pulak beraksi =p


Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Kami singgah di Teluk Ketapang. Tenang & aman di sini.


Seterusnya, kami ke Pulau Duyong. Lokasi acara Monsoon Cup. Nothing much here. Mungkin pada musim monsoon banyak yang menarik di sini. Kami singgah di Kota Lama Duyong. Rumah tradisional yang masih dipelihara. Menarik tetapi agak menyeramkan. Kami ni penakut. Hihihi =) Kalau berminat nak bermalam dirumah tradisional Melayu Terengganu, kamu boleh ke Pura Tanjung Sabtu. Katanya rumah itu berusia 100tahun lebih. Ada berani? Hehehe.

Besarlah hajat dihati ni den nak tengok pokcik Ganu buat bot. Tapi… tak kesampaian. Kami sesat. Hehe. Dah keluar dari situ, baru kami perasan lorong ke bangsal bot. ish, takdok rezeki weh. Bangsal bot ni terletak di tepi sungai hujung kampong. Taukenya, pokcik Haji Hasan. Siapa nak ke sini, den boleh bagi direction ya. Eh, den ni dah macam tourist guide kampong Pulau Duyong la pulok. Hehehe.

Kami pusing-pusing sekitar Bandar Kuala Terengganu. Cuaca panas terik. Mood bergambar = malas. So, gambar cuma ala kadar saja for day 2. Sepanjang 2hari berada di KT, jalan kat sini sentiasa sibuk. Jammed. Sebabnya ramai yang balik kampong. Dan ramai jugak orang luar yang datang ke KT. Salah sorang tu, kami la. Hehehe.

Ok. Tempat menarik yang ada di sekitar bandar,


Kampung Cina @ Chinatown

Dataran Syahbandar. Ada fun fair lah kat sini =)
KT Waterfront.
Masjid Abidin. Masjid lama ditengah pusat bandar KT.


Batu Bersurat Roundabout. Dulunya ditengah roundabout ni ada monument penyu.
Istana Maziah. Bersebelahan istana, Bukit Puteri. Atas bukit ini ada tinggalan sejarah. Kota lama zaman dulu kala.


Sambil jalan-jalan tu, kami terserempak dengan Cas Ligas. Bas untuk pelancong tour ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu. Boleh tahan ramai tau penumpang bas ni.

Last but not least.
Here we go to the kemuncak holiday. Hehehe =D Kalau dah sampai KT, tak sah la kalau kamu tak ke sini. Tak lengkap. Tempat wajib nih. ngehehe =p


Pasar Payang


Bazar Warisan. Den dah meroyan shopping sakan weh. Hahaha =D
Dalam kepanasan & kesesakan, kami redah jua. Tak kira. Walaupun ketiak lencun. Hehe. Banyak gila barang yang menarik hati & juga poket anda =p

Rambang mata. Semua haku rasa nak beli. Batik & Songket memang bombastik. Makanan, keropok, gajus, telur penyu dll, murah-murah. Den dah nak beli sebiji telur penyu. Saja la nak rasa sebab tak pernah makan kan. Tapi, Syah tak bagi. Dia cakap kesian kat penyu. Lagi pun kadar kolestrol dalam telur penyu sangat tinggi. Tak bagus untuk kesihatan. Don’t play play. Suami den dah jadi aktivis pencinta alam ya. ngehehe.

To bride to be, Pasar Payang is heaven of barangan tembaga. Bawaklah duit berkepuk-kepuk bersama anda ya. Hehehe. Masyallah. Banyak pilihan & cantik-cantik. Harga murah pulak tu. Den dah nak beli tepak sirih tau. Boleh guna bila anak den nak kawen nanti. Hahaha. Over tak? =D

Kalau nak sebut semua benda yang ada kat Pasar Payang & Bazar Warisan ni, tak habes lah weh. Macam-macam. On da way balik, kami singgah Kemaman untuk beli keropok lekor yang mabeles itu. Sedap! Again. I jeles dengan orang Ganu. Your hometown is such a wonderful place. I’m lovin’ it =) Insyallah, someday we’ll come back to this town and make more damage to our wallet again. LOL. Pengsan la laki haku sat lagi.

Nota kaki : Femes song of Ganu – Na na na na na, Ganu kite. Kite tengok penyu telor. Penyu tengok…… (sambung sendiri weh.. hahaha)

Jun 3, 2010

Terengganu – Day 1

Hello fellas =)
Hujung minggu lepas semua bercuti panjang kan. Nikmatnya bila dapat bercuti. Hoyeah! Tiap-tiap minggu ada cuti extra kan best. Hahaha =D

Direct to the point. Den nak cerita pasal trip ke Kuala Terengganu hujung minggu lalu. Apa yang boleh den kata tentang Terengganu? MENARIK!!! Macam-macam ada. Kaya dengan budaya & tradisi. Pantai yang bersih & sangat menawan kalbu. Makanan, sedap sokmo. Kalau pasal makan, korang tanya apa saja haku cakap sedap. Haku tolak batu & kayu je. Eh, ubi kayu & jambu batu haku bedal jugak. Hahaha =D

Perjalanan pagi sesudah subuh buat daku rasa mengantuk.
Satu cara untuk pastikan mataku terus segar bugar…….
*
*
*
*
*
*
*
*


Maka, jom ber - Cam-whore. Syok sendiri. Hahaha =D


Nyaman. Dingin. Kabus putih menyelubungi ruang, selaut mata memandang. Udah haku berfalsampah di sini. Hahaha =D










Destinasi pertama setibanya di Kuala Terengganu, Masjid Tengku Tengah Zaharah yang lebih fofular dengan nama Masjid Terapung. Persekitaran masjid sangat cantik. Dah macam kat Korea kan. Ala – ala Winter Sonata. Eh, winter kemendenye salji takdok. Hahaha =D


Next, pusat Kraftangan Terengganu. Tengok songket ditenun. Macam susah je kan. Handmade. Sebab tu la harga songket mahal. Songket di Chendering paling femes khabarnya.


Yang ini, cop batik. Aha, tengok tu. Ada cop Salikin Sidek you. Hehehe. Salikin Sidek tempah batik & songket dia kat sini kah? =) Kami sempat tengok mamat ganu ni mencanting batik. Batik lukis. Kalau nak try mencanting & mewarna batik, kamu boleh saja request pada staf di sini. Depa semua mesra gitu.


Anyaman mengkuang. Masa tengok mek ganu kite ni menganyam tikar, saya teringat pada arwah tok yang sangat expert menganyam tikar mengkuang. Hasil kerja tok memang tip top. Kemas. Sayang sekali tiada siapa yang mewarisi ilmu menganyam tikar dari tok. Den tak sompat nak berguru dengan tok dulu. Rugi rugi.


Wau =) Mamat disebalik wau yang bergantungan ini tengah tekun bentukkan buluh. Rangka wau. Terkenang pulak zaman kita sekolah rendah dulu. Kan kita pernah buat wau. Masa kelas pendidikan seni. Kan kan kan. Best kan =) Oh ya. Siapa yang tau kat mana tempat (kampong) pokcik buat wau tradisional kat Ganu ni, macam yang pernah tunjuk dalam Majalah 3 tu, inform kat saya ya. Maybe next time saya nak pi tengok la. Udah macam reporter haku ni. Hehehe.


Noor Arfa Culture Complexs. Apa yang ada kat sini? Of course lah produk Noor Arfa batik yang kelas itu. Salah satu brand Malaysia faveret saya =) Kualiti Noor Arfa memang best. La ni, fesyen batik dah pelbagai tau. Sexy lingerie from batik pun ada. Hehehe. No more baju kelawar yang buat suami hilang selera itu. Wakaka.

Personally, bagi saya berbaloi-baloi beli produk Noor Arfa. Kaftan yang ayah saya beli 14tahun dulu masih elok sampai hari ini. Kalau kamu berminat nak tengok produktiviti Noor Arfa dengan lebih dekat, bolehla berkunjung ke kilang Noor Arfa yang terletak dekat saja dengan kompleks ini. Guide – sila ambil map di galeri.






Kami ke Pantai Batu Buruk yang femes itu. Bercanda di persisiran pantai. Hehehe. Pantai ni cantik. Bersih. Untung orang-orang Ganu. Bila tension boleh relax di tepi pantai yang indah. Hirup udara segar. Aih…. Orang Ganu, I envy with you all tau. Kalau lah KL ada pantai yang seperti ini… Mesti best kan =D

Kembara kami diteruskan ke Kampung Losong. Kampong yang terkenal dengan Keropok Lekor. Tapi kami tak beli keropok lekor di sini. Syah kata keropok lekor kat sini dah terlalu komersial sangat. Dah tak sedap macam dulu. Yang sedap, kat seberang takir nu hah. Tapi, kena beratur 1jam tau. Siapa sanggup, silakan lah. Hehehe =D

Hajat dihati nak singgah di Muzium Negeri Terengganu. Malangnya muzium ni tutup awal la. So, tak sempatlah den nak posing depan muzium sebagai kenang-kenangan =p

Jadi, kami terus ke Taman Tamadun Islam yang khabarnya meletops gitu. Hehe. Sila layari web rasmi TTI untuk info lebih lanjut. www.tti.com.my. Tiket : RM15(dewasa)

Moh ler kite layan gambo =D








Jom kita kayoooh =D Kurus sikit peha den lepas marathon kayoh basikal. Kurang la 1inci. Hahaha. Penat tak hengat beb. Berpeluh tahap lencun. Both of us sangat busuk & masam. Wakaka =p







Destinasi terakhir kami for day 1.




Masjid Kristal. Ruangan masjid kecil saja. Kalau kamu tahu tentang kontroversi masjid ini dulu, saya kira kritikan itu berasas. No wonder lah kan. Dunia akhir zaman. Just think about it.

Habes day 1. Malam, kami makan seafood dengan member Syah. Balik, terus terbongkang. Letih.

Ok. Kita sambung part 2 esok ya. Den nak buat karangan dulu. Hahaha =p