Jul 8, 2009

Suami boroi tanda bahagia?

Paparan menarik hari ini..

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira.

tu dia...hang jebat menghunus keris ;p


nota kaki : bacaan khas utk isteri yg sygkn suaminya.hehe.

21 comments:

Iryani Noor said...

uhuhu..
entry yg menarik & akak completely agreed with u...
selalu nyer suami lepas kawen akan gain more weight especially kt perutss..
tp kn kalu si suami sebelom kawen dh bunchet camner plak ekk??
hiksss =p

"Fd_kZ" said...

huhuhuhu... cam betul jerkkan ..
tp hubby sya da x boroi sgt sejak kebelakangan nie.. risau kot (",)

m@Ri@ said...

suami sy semakin membuncit..adekh itu tanda gembira buat sy..jwpnnya iye..tp tidak pd suami..hahah..skrg die sibuk nak mengslimkan blk perut die...harusla belajar memasak lg ni..

susudalambotol said...

saya suka adi macamni walaupun dia selalu risau dia gemuk la, whatever kan. saya memang nak dia ada simbol yang dia itu dah kahwin. heheh. takkan kita orang perempuan je yang orang boleh tahu kita dah kahwin kan? means, perut membuncit sebab buatan orang tu :P

Tuhan tu adil kan?
Heheh.

tiatyot said...

ada lagi satu kak,
orang kata seorang lelaki itu gak boroi disebabkan dia minum arak.
tu yang kita tahulah..

scha exa dan dunianya said...

suka ngan entry ni,...byk informasi..

goblogbyfarah said...

hehe.
nice article.
patutlah ein semakin buncit!
haha..

mrs.syediz said...

sangat setuju!

:)

HidayahYassin said...

tapi skrg ni kan belum kawen lagi dah boroi...hehehe...

dulu2 sy selalu tertanya2 kenapa lelaki kalau dah kawen mesti boroi? takkan sebab isteri masak je kot? rupa2nya pertukaran hormon antara suami isteri pun ada efek jugak ye?

p.s.: lama nak selit2 komen tapi asek terlupa je...salam kenal... bloghopping dari blog hiddsta...

Wedding Bells said...

menarik entry ini utk bakal pengantin..hehehe

astalavista said...

ye ke..hahahaha...best la...hahahaha

kusuma said...

hehehe...
my anja mmg dh kembung pn sblm kahwin...
tp x tau sok2 mkin kembung kan...
heheheh

apa yg penting, sum bahagia tau...

Shifa said...

sangat menarik entry ni..
tp si suami sebok minum teh orang kampung, nak kempiskan balik perut, pipi, lengan dan dada.. hakhak..
xyah mkn coklat cadbury la ek nak jadi ceria n gembira.. =p

farahazmin said...

huhuhu... bgs2 entry ni... ekekeke.. aku x dpt bygkan kalo faiz boroi... huhuhu.. tp keturunan pn main peranan gak kot... hahaha... pepandai je aku ni.... tp kalo laki boroi mesti kepala nyer ala2 leh botak gak ni.... ekekeke... tp yg penting boroi sihat x pe, sbb orang boroi ni leh dtgkan mcm2 penyakit... :D

Fathiyah said...

Iryani : :) kan2.kalo b4 kawen abg roy,lps kawen maintain roy la.hehe

Fd_kZ : apakah petua hubby awak boleh susut perutnya?mst husband akak nak tau tips kempiskan perut dr husband kamu ;D

maria : hehe.syah pon tgh sibok2 nak mengslimkan perut.hehe.dia tak kasi kte msk.so,itu tandanya kte msk sdp kah? ;p

susudalambotol : betul2.kte pon tak kisah syah mcm mn.wlpn dia berpotensi gemuk.kte ttp sayang dia.cewah ;p

tia : akak pon pnh dgr psl tu & akak rs btl.sbb ofismate akak ramai chinese.diaorg kan minum.so,sape yg kuat minum tuh perutnya buncitlah

dibiuscinta : ;) tp jgn amik info psl susuk tuh tau.hehehe

ungu voilet : hehe.yeke.ein kurus je (ms kte jmpe korang atas pelamin dulu.hehe)

mrs syediz : ;)

hidayah yassin : hi hidayah.salam kenal juga.kte pon slalu perasan komen awak kat blog hidd ;) aah,kte pon br tau psl hormon2 nih.igt kan psl bini terror msk la kan.

ida : ha,bride 2 be kene ready ilmu rumahtangga nih.hehehe

anul : best2 ;)

sum : btl sum.yg penting bahagia dunia & akhirat ;) insyallah

shifa : berkesan tak teh org kampung tuh?hehe.syah suka teh.kalo minum teh OK sure membuang tak hengat la kan.hihihihi

farah : family faiz mcm kurus je.ayah aku lps anak 6 br perut naik.ayah aku mmg botak psl dia potong rambut ala mawi.alasan,mls nak jg rambut yg lebat.hehe..botak?owh..tidak2.hehe..tak rela i ;p yelah,yg penting kesihatan kan.janji sht walafiat

peijan said...

huhu.. jgn pilih lame2..
lg lame lagi rambang.. ;)
kawen? alamak..!!! takde calon lg la.. ngee.. kenalkan la sorang yg comey2 huhu..

InaAchik said...

achik menten kurus... aku plak yg over memboncit! aku rase kes kami terbalik kot... zat khasiat achik dia transfer kat aku... atau mungkin achik x bahagia kah?! muwahahahahahaaa...

Cahaya said...

menarik2..selalu gak kita dengar cite mcm ni kan..tapi betulla..kan isteri tu kena tackle perut suaminya dulu kn..hehe...wlu apepun yang penting happy..:-)

+fnajiha said...

sesaje je buat guna recycle stuff.. kotak. ;D ade jugak nak try buat guna felt, sekarang dah jumpa yg murah kat daiso, the curve.
perut tu, dia malu2 skit kekadang.. but better view kat facebook..

Shifa said...

memang teh OK tu asyik membuang je jadinya.. tapi kalau kerap sgt minum nnt jadi behaviour.. tak minum tak lawas plak.. huhu..

Fathiyah said...

peijan : amvoi2.siap lagu lg tuh.nak yg comey2?ramai..nnt aku buat entry khas awek2 comey kat hang na..hehe ;p

Iena : alamak,kes ko reversed daa..yolah tu.aku tgk muka achik sengih je memanjang,mau nya tak bahagia ;)hehe

fnajiha : oic.bgs2.keep it up! kte sgt sokong recycle brg2 ;) ok.nnt i tgk ur malu2 perut k ;)

shifa : btl gak tuh.nnt dah immune dgn bdn,ssh plak jdnye