Jul 3, 2009

Online Shopping

Zaman sekarang sudah moden. Jauh berbeza dengan dulu kala. Internet jalur lebar dimana-mana saja. Mudah sangat untuk diperolehi dan dicapai. Pendek kata,semuanya berada dihujung jari saja. Senang, pantas dan semudah 123.

Cara kita bershopping juga sudah banyak berubah. Kalau dulu,bila kehendak dihati nak dipenuhi,kita akan menjelajah ke setiap shopping mall. Saya la tu.hehehe ;p Sekarang,semuanya jadi lebih mudah. Kehendak hati boleh dipenuhi dengan 1klik saja!

Saya suka shopping. Dan jugak window shopping.hahaha ;) Shopping seakan terapi dan reward untuk saya. Tapi,saya bukan shopaholic ;p Sebab saya masih boleh mengawal kewarasan fikiran dan nafsu jahat dalam hati yang sentiasa menghasut diri.hahaha. Saya berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan.

Saya kira,women and shopping adalah sesuatu yang natural. Lumrahnya,wanita itu suka shopping. Termasuklah window shopping. Walaupun anda hanya membeli sehelai tshirt,tapi apa yang dapat memuaskan hati anda ialah pabila anda dapat menjamu mata dengan aneka kemeja,jeans,kasut,handbag dan macam-macam lagi. Padahal anda tiada langsung niat untuk berbelanja ke arah itu. betul kan? Oh,mungkin juga anda reserved jamuan mata tadi untuk agenda shopping bulan-bulan berikutnya? ;) Sebab saya begitu..hehehe

Oh,bercerita tentang online shopping, saya kira tentu ramai yang berpengalaman shopping secara maya kan.

Ini pengalaman saya.

Yang akan dikenang :
Bila saya berurusan jual beli dengan bisness person yang JUJUR dan MESRA. 2faktor ini saya kira sebagai pelaris bagi sales anda. Anda tidak akan rugi 1sen pun dengan kejujuran dan kemesraan yang ditawarkan, hatta anda pasti untung ;)

Yang tak mau dikenang :
Satu risiko yang anda perlu waspada ialah SI PENIPU. Saya pernah terkena. Duit lesap macam tu saja. Barang yang dibeli tak kunjung tiba. Bila saya ajukan persoalan ni pada si polan, dia cakap barang tersebut dah di pos. Saya minta pos tracking number,si polan cakap tracking number tu dah hilang. Tak ada logika! Semestinya anda sebagai penjual akan menyimpan tracking number sebagai bukti penghantaran bukan. Yelah,kalau terjadi apa-apa,contohnya barang tak sampai, sekurang-kurangnya anda boleh membantu si pembeli dengan tracking number tersebut. Kepada online shoppers, pesanan saya,anda harus berhati-hati untuk shopping secara online. Kepada si polan, jangan menipu. Duit yang anda ambil itu tetap haram kerana itu perbuatan mencuri!

Nota kaki : hai,aku ada benda nak diniaga.Jualan : pre-loved item yang kondisinya masih elok. Harga berpatutan. Autentic item. So,buy with confident. sale gonna be soon.akan diwar-warkan.sapa cepat dia dapat k. tapi,ada ke yg berminat nak beli ni???? ;) hehe

10 comments:

Cahaya said...

Sy selalu gak tgk online shoping ni..tapi belum penah cuba..xbrape nk berani la..huhu

mrs.syediz said...

saya! (sambil angkat tgn)

kekeke.

saya pun ada pengalaman online shopping.
beli blouse.
dlm gmbr punya la cantik.
bila sampai, husband tny (dgn muka kerut2):
"ni kain buruk mana amik buat bj ni?"

:P

Werdah said...

salam.. ni cikgu werdah.. dapat acess blog ni dp blog mawarni..

m@Ri@ said...

sll gak tgk online shopping ni..sambil jamu mata ade gak hati nk beli tp takut nk try..mungkin satu hari nnt..anyway sy setuju shopping adelah astu terapi..paling kurang window shopping pun ok kan..=)

astalavista said...

apa benda nak jual tue?hehehe..betul2 kak..anul pun belum mencuba shopping online..rajin melihat sahaja...takut kualiti dia..

goblogbyfarah said...

awak nak jual ape?
nanti saya dtg blok B1 tgk!hehe..


saya penah 2 kali beli on9, nasib baik puas hati :)


*jgn tak tau, dulu saya ada on9 butik..bila nak kawin dah terkubur.hehe..

Fathiyah said...

cahaya : kalo awak betul2 nak beli,selidik background seller tuh.mmg ada risk la.tp enjoy.hehehe

mrs syediz : fuh,smgtnye awak ;) la,abes tu awak buat ape dgn bj tu?sure awak tak pakai la kan?

cikgu werdah : salam cikgu.alahai,segan plak saya sgn cikgu ;) cikgu ape kabar?

maria : betul kan awak.dpt jamu mata pun jadilah.hilang stress.hehe

anul : akak ada baju2 nak jual.nnt akak upload.tu lah,kalo beli online ni nasib2 tau.tgk gak la.tp nice to try ;)

ungu voilet : meh cik kakak,dtg blok B1 ye.ada jualan lelong nih.hehehe...wah,ada butik on9 tuh.nape tak diteruskan aje?blh dpt side income.makcik kayo! ;p

Anonymous said...

all the best for ur sale yah...

zaman skrg semua on9

bayangkan another 10 yrs???

i ngan my sis pun de blogshop

http://kara-kebaya.blogspot.com/

sempat promote :P

Werdah said...

salam.. cikgu Alhamdulillah 'alaa kullihal.. masih tak sembuh sakit belakang ni.. masih berusaha.. semoga suatu hari Allah izinkan sembuh..takyah segan ngan cikgu.. kita kan manusia biasa..

Fathiyah said...

hpp : wah,usahawan muda ye kamu.bgs2.keep it up!

cikgu werdah : insyallah.saya doakan cikgu akan sembuh & sht sepenuhnya ya.