Jul 21, 2009

Terlepas pandang

Bila cerita tentang kenduri kawen, macam-macam hal tak diduga berlaku sebelum, semasa & selepas kenduri. Halnya begini.

Sebelum majlis walimah, saya dah prepare guest list. Siap cari & catat address, contact no kawan-kawan dalam majalah sekolah, tru frienster or facebook, emel, sms , blog and so on lor. Setiap sumber tu saya gunakan sebaik mungkin. Ayah pulak siap type & save contact no sedara mara, jiran tetangga & kawan-kawan kat dlm laptop (excel spread sheet). Bapak haku lagi advanced dari anaknya. Hehehe ;) yelah, nanti senang dikemudian hari. Tu ha,berderet lagi adik-adik saya yang belum kawen ;p Sume tak kawen lagi. Hehehe.

Semasa majlis walimah, alhamdullilah, ramai kawan-kawan yang dapat hadir & meraikan hari besar saya & syah. Terima kasih daun keladi kami ucapkan. Pada sesiapa yang akan kawen, sudi-sudi la jemput kami ;) Insyallah, kalau tiada aral melintang, boleh kami tunaikan jemputan dari anda.hehe ;p (penulis blog ini sangat suka makan nasi minyak! Hahaha)

Selepas majlis walimah…
Kebetulan la pulak saya ketemu seorang kawan lama. Kali terakhir saya bertemu dia, kira-kira 5tahun lepas. Ketika itu pon secara kebetulan. Terserempak. Sempat say hi, bertanya khabar & bertukar no fon. The worst part is, saya betul-betul terlupa untuk menjemput dia ke majlis walimah saya.
Padahal, dulu saya agak close dengan dia. Pergi ke sekolah sama, lepak kat rumah dia (dengan alasan nak study..konon..hehehe), ke kelas tusyen bersama. Lebih teruk, dia tau saya kawen from her close fren (yang juga jiran lama saya yang dijemput ke majlis walimah saya seisi keluarga). Damn! Tak ke teruk tuh. Masa terserempak dengan dia, saya terus agak tergamam. Kaget.
Alamak! Tak guna bagi alasan. Kona sana kona sini. Yang salah, saya. Kerna terlupa. Mesti dia kecik hati kan.

Pengajaran, kepada bakal pengantin, siapkan guest list anda seawal mungkin supaya jemputan anda tak tercicir. Tapi, bagi siapa yang ada kisah macam saya ni, anggap lah kawan kita tuh tak bernasib baik nak merasa nasi minyak kita. Pada kawan itu, saya mohon maaf, harap awak tak berkecil hati ya.

10 comments:

m@Ri@ said...

mcm maria..last minit..byk giler yg terlepas d jemput secara peribadi..itula pengajaran buat sy buat kerja jgn last minute..huhu...

ungu violet said...

kita dulu pun buat list, tapi kadang2 kita tak teringat nak jemput some individu. so supaya tak jadi kes lupa jemput kita pesan kat kwn2 sampai2kan pd yang diorg kenal. pergh, mmg ramai gila member2 dtg aritu, best sgt!!!

diHa said...

baik kak long! diha akan sediakan guest list seawal mungkin! ;)

tia said...

kakak, tu tips yang baik untuk 8 tahun lagi............
hehe..
tapi kalau nak buat kecil-kecilan macam mana..?

astalavista said...

hahhaa....saya juga ada check list..tapi kan kdg2..bila minta adreess org akan tanya...dah nak kawein ke?walhal kita nak simpan siap2...adui....supaya senang..

Fathiyah said...

maria : kte pon ;p

ungu voilet : bgs2 cara awak tuh.ni idea yg bernas utk bkl pengantin ;)

diha : amboi.tak menyempat ;p bila nak jemput kak long mkn nasi inyak diha nih?hehehe ;p

tia : kecik ke besar,janji kwn2 baik mst jemput tau ;)

astalavista : hehehe.org blh agak kalo tetiba kte mintak add kan.takpe,bgs prepare awal2 nih

Ct Aida said...
This comment has been removed by the author.
Ct Aida said...

a'ah btul tu.. rmai jgk kwn2 yg sy xdpt cntact lpas hbis study..

umah kite kat kulai.. fathiyah,bg la alamat awk nnt kite send wedding card kite...

jemput la datang tau ;)insyaallah wedding kite nnt nad ade..nad due bln sept ni..

2009 Juli 25 14:36

Shifa said...

kes kita lak, terpaksa cut list sebab ruangan limited.. terpaksa ikut belah family suami nak buat kat tempat yg kena RSVP.. sudahnya ramai terpaksa tak ajak.. rasa bersalah sangat.. tapi nak buat camne? termasuklah awak kan yg xdpt kad? hehe.. sori..

Fathiyah said...

Ct aida : ok.nnt kte bg add k.time kasih sudi jemput kte :)

Shifa : :) kdg2 mcm2 hal diluar jangkaan kan.its ok :) kte seronok dpt jmpe awak balik.