May 14, 2009

Hari ini dan semalam

Dah lama nak post tentang nih.tapi tertangguh..entry ni khas pada sesiapa saja yang belum ketemu pasangan hidup especially utk sahabatku,nadiah & 10BH.

Bila kenangkan zaman aku bercintan muda-muda dulu (aku tak la tua sgt ;p) aku boleh tergelak sorang-sorang. Sbb bg aku tak boleh terima dek akal apa yg aku pernah buat satu masa dulu. Lawak. Tindakan aku mmg ntah hape-hape.

Cinta monyet. Bagi aku cinta masa yg lalu tu macam cinta beruk. Sbb ianya buruk, penuh dusta & bukan cinta yg suci.

Masa aku putus dgn ex-boypren, aku down sgt. Sampai aku kurus sbb tak mkn (sblm tu bdn aku tembam ;p). Menangis tak kira masa. Aku hanya fikir nak balas dendam saja. Aku berubah. Ke arah yg kurang baik. Tapi, aku kira Allah masih sayangkan aku. DIA selamatkan aku. Dgn sahabat-sahabat aku yg sentiasa ada disisi tika susah & senang. Ya. Korang sume. 10BH ;) Aku sayang korang.

Dan Allah makbulkan doa aku utk bertemu dgn cinta suci itu ;)

Bila baca entry Tirah, aku rasa nak peluk ko je. Macam mana yg ko pernah peluk aku masa aku tgh bersedih dulu. Semua yg diluahkan menyentuh bangat kalbu aku. Aku tau sahabat-sahabat kita yg lain juga turut merasakan apa yg ko rasa. Teruskan berdoa tirah & sahabat-sahabatku. Jangan putus asa. Kerana Allah swt sentiasa mendengar doa hambaNya.

Jodoh & pertemuan, telah Allah tentukan utk setiap insan. Cuma, yg bezanya cepat atau lambat. Serahkan semua resahmu pdNya. Tawakal. Setelah kamu berusaha. Andai kata jodoh kamu hadir lambat, usah gusar. Kerana tentunya DIA mempunyai rencana yg lebih baik utk kalian. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan utk kalian & semoga bertemu jodoh yg terbaik utk diri kalian ;) Salam sayang,peluk,cium.

Nota kaki : Bila Allah cepat memakbulkan doamu,maka Allah menyayangimu. Bila Allah lambat memakbulkan doamu,maka Allah ingin mengujimu. Bila Allah tidak memakbulkan doamu,maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Sentiasa bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun. Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.

7 comments:

m@Ri@ said...

sy punya pengalaman mcm kamu fathi..dulu waktu clash ngn ex sy..(die jumpa awek lg cun dr sy)...sy mmg down giler..mcm ala2 mayat hidup lagaknya..dlm seminggu 6 kg turun berat badan ni..mmg time tu badan kurus gilerla..smp ade yg tak kenal..pastuh sy mmg pasang niat tak mau percaya pd lelaki..tp alhamdulillah bertemu suami tersyg mengajar sy tak sumer lelaki tu jahat n tak sumer pompuan tu baik..sy harap kami akan sama2 lengkap melengkapi idup masing2..kan..

InaAchik said...

aku terpanggil utk mengomen entry ini... aku turut saksikan cmne penyusutan berat badan ko masa tu... dan aku sgt jeles melihat kelangsingan kamu di kala itu tp jauh di sudut hati, aku sgt simpati...

siapa sangka, aku juga lalui zaman kegelapan itu... zaman cinta beruk. mungkin lg kronik dr tu... org utan mungkin... tp alhamdulillah, allah sgt menyayangiku dan tau apa yg terbaik utkku... aku tidak menyesal ngan apa yg berlaku tp aku anggap itu satu ujian cinta kami dan buat aku lebih mencintai suamiku...

dan harapku... semoga rumah tangga kamu, aku dn kwn2 lain bahagia hingga ke akhir hayat... dan bg kwn2 yg blom bertemu jodoh... sabarlah... allah maha mengetahui...

susudalambotol said...

nota kaki awak sangat berguna :)

Fathiyah said...

maria : tak sangka awak pun pernah alami ksah yg sama.yelah,kte pun setuju sgt dgn awak.rambut sama hitam,tapi hati lain2.yg penting,kte berdua dah pn bertemu jdh yg tlh Dia tentukan.so,harus bersyukur ;)

Iena : ish,malu je bila trkenang zmn dolu2 tuh.hehe..aah,kte kene hargai ape yg kte ada skg ina.Allah maha mengetahui.Dia yg merencana perjalanan hidup hambaNya :) aku pon doa cm tu gak.semoga sume kwn2 kte bahagia :)

susudalambotol : nota kaki tu diberi oleh sahabat yg jauh dimata tp dekat dihati ;)

nizza-abira said...

Jgn cepat dilanda rasa kecewa & jgn menoleh ke masa lalu yg penuh kekecewaan sebaliknya sentiasa melengkapkan diri utk menerima cinta baru.

Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yg diberi kpd kita. Hadapinya dgn tenang dan reda krn selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati.

**Akk akui nota kaki fathi, Allah sedang menguji akk & suami bila mana kami masih lom dikurniakan zuriat sendiri. Namun akk yakin Allah maha mengetahui waktu yg terbaik utk kami sungguhpun kami kata kami dah sedia.

trexcic said...

Fathi!! huhu..mmg tersentuh dgn artikel tu. buat aku pikir sepanjang malam. and datang on the right time - bila jiwa kacau.

kdg2 org kata entry2 sebegitu hanya untuk menyedapkan hati. tapi takde apa yg lebih menyenangkan selain dr membaca kata2 semangat yg membolehkan kita terus survive & tak putus asa.

aku tak nak menyalahkan Tuhan kerana jodoh yg lambat, tapi aku nak jd manusia yg bersyukur sebab still ada kwn2 mcm korang! huhuhu.

*hugs*

Fathiyah said...

nizza-abira : takpe kak niza.insyallah,pasti akan dtg rezeki utk akak nnt.doa sama2 ye ;)

trexcic : ko sentiasa ada kami ;) kte kwn sampai mati :)