May 5, 2010

Cendawan Goreng

Atas permintaan ramai. Ramai kerrr ??? =p

Chef Fathiyah akan beraksi didapur untuk berkongsi resepi tersohor beliau iaitu… ***drum roll please***

Cendawan Goreng!!!
Hehehe… baru terror goreng cendawan, sudah bikin kecoh. Ok. Mari kita teruskan.

Bahan-bahan

Cendawan
1biji Telur (gred B – telur saiz kecil)
Secubit garam
Tepung ayam goreng
Minyak

Cara-cara
Basuh cendawan. Toskan air. Biar betul betul kering. Lagi lama kamu biarkan cendawan tadi kering, lagi bagus. Tahap kekeringan cendawan ini sangat penting. Ia adalah faktor utama untuk pastikan cendawan kamu rangup & tak lembik selepas digoreng.


Carik cendawan. Saiz sederhana. Tak kecik tak besar.


Pecahkan telur, pukul hingga garam larut. Tak perlu pukul hingga kembang. Yang penting, putih & kuning telur sebati. Biasanya saya tidak masukkan garam langsung. Sebab Pak En-chek tak suka masin. Hehehe =D


Tuang & gaul hingga sebati bancuhan telur bersama cendawan yang sudah dicarik tadi.

Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak sudah mencapai tahap kepanasan yang diinginkan…


Dengan pantas, gaul cendawan bersalut telur tadi bersama tepung ayam goreng. Golek-golek cendawan hingga bersalut dengan tepung seluruhnya. Terus goreng.


Goreng cendawan hingga garing & perang keemasan. Ini gaya gedix goreng cendawan. Hahaha =D


Sudah siap. Selamat mencuba!

Nota kaki : Kredit to Pak En-chek yang bersusah payah snap gambar Mak En-chek in action. Poyo. Hehehe =D

16 comments:

naddynad said...

Fathiyah mmg pandai memasak :)
nnti sila la pos lagi receipi yg senang2 k...tq

goblogbyfarah said...

hihii..cendawan goreng pun siap resipi u!!!!

lynn said...

fathiyah org tiap2 pasar jumaat xpenah miss mkn tau.tapi makin lama makin skit je org tuh jual.chaitt~

fabulous.farah said...

huhu..masak pakai tudung ke puan fathi?=p

kupaslaroren said...

adeh tercabar rasa......bkn tercabar nak masak...tercabar nak makan uwaaaaaaaaaa....mana nak carik memalam nih...?

mrs.syeDiz said...

wooot wooot!
tq fathi! nanti sy try. sb so far buat xpenah nk garing/crunchie!

[ Hanie ] said...

ohhh sedap nampaknnye! terima kasih kerana berkongsi :D

Durruz said...

mengiurkan...


kene cuba ni!!cepatla dapat suami. hehe...dpt mkn same2.hehe

aurinh said...

fathiyah - I naaak!!!!!!

easyou said...

meriahnya di dapur..;)

Fathiyah said...

naddy nad : tekler pandai.yg senang2 boley la.hehe =)

goblogbyfarah : hahahaha =p

lynn : oh.kalo cam tuh kte nak berniaga kat psr mlm lah.nnt awak dtg la beli.kte kasi spesel skit.hehe

fabulous farah : hehe.sbb nak amik gambo punya pasai lah tu

Fathiyah said...

kupaslaroren : hehe.sori buat awak terliur.

mrs.syediz : try jgn tak try!

hanie : thanks hanie

durruz : insyallah,awak coming soon kan.

aurinh : nnt i krm kat hubby u.hehe

easyou : meriah dgn dapur yg berselerak.hehehe.

lemonade said...

kak fathi, sy goreng cendawan guna tepung tempura. bestttt!!! goreng udang pun dgn tepung tempura. goreng cendawan dgn tepung goreng ayam x pernah try lagi.

mamamarissa said...

first time here...salam kenal :)

selalunya beli kat pasar malam jer cendawan goreng nie...pas tue, berebut2 makan dgn hubby...padahal simple jer nak masak kan :D

Fathiyah said...

lemonade : tepung tempura?wah,blh la akak tyr pasnih =)

mamamarissa : salam kenal.thanks ziarah blog saya.yelah,kalo pi pasar mlm sume terliur kan.hehe

lovely said...

salam..
lepas ni nak cuba buat sendirilah cendawan goreng tepung ni cam senang jer..