May 31, 2010

Aksi Muda Mudi

Hmmm…
Korang, aku terkenang nostalgia zaman muda dulu la. Zaman study di UTM. Hati meronta nak kembali ke masa itu. Kalau boleh la. Hehehe.

Zaman manis aku dengan member kam-cheng sehati sebulu. Syiok! Kalau aku nak recall semuanya satu persatu, memang tak tercerita lah. Biasanya kisah lawak bodoh, perkara yang memalukan yang kita paling ingat sekali. Hahaha. Aha, kisah sedih juga tersimpan rapi dalam hati. Itu namanya memori.

Moh kita layan gambar aku dikala umur hingusan. Comot seyh. Memang selenge. Hahaha. Itu pasal takda yang berkenan gamaknya =p


Freshies. 1st year nih beb


Inilah Geng 10 Budak Hitam


Ronggeng di Sunway Lagoon


Raya situ sana sini


Geng kaki tour raya. Hehehe


Kat stesen LRT pon amik gambo? ngehehe


Aksi Sengal. Hahaha


Geng Nasyid???? =p


Aksi Drift!!! Haha


Ok. Smile


Ditepi pantai yang indah.....Desaru


Kelas terakhir bersama lecture yang hensem
Spot my sembab face! Tak cukup tido


Tesis siap! Lega... Phewww


Yes. We did it!


Hepi sampai mata pun stim. haha


Aksi balingan topi yang tak menjadi


Graduate dinner. First time saya makeup. Hehe.
Sangat lah tak pandai. Voley lah kans =p


Tour from JB to Tumpat,Kelantan
Naik keretapi sampai kebas punggung


Renung masa depan. wakaka




Gaya PATI. wakaka. Maaf pak, kami ada permit pak =p


Oh ya. Saya mahu ucap ribuan terima kasih pada semua yang sudi follow, baca, intai & jengah blog ini. Trimas kalian. Kalau ada yang mahu bertukar link blog, silakan. Saya sentiasa sudi =) Yang mana pembaca senyap tu, trimas banyak-banyak.

Tempoh hari ada pembaca tanpa nama tanya saya tentang brand folic acid yang saya consume. Dulu, saya ambil folic acid dari Gynea. Gynea cakap kalau mahu beli folic acid kat farmasi & klinik pon boleh. Tak kisah brand apa pun. Sama saja. Biasanya saya beli folic acid di Watson & Guardian, RM3.00 for 5strip. Kalau kurang pasti, tanya saja pada pharmacist yang bertugas ya. Harap info ini membantu kamu =)

Nota kaki : Minggu ini den bersemangat nak update blog. Banyak yang menarik. Jeng jeng jeng. Stay tune everyone! Konon-konon suspen ler tuh. Hahaha =p

May 21, 2010

Chakri Palace


Sawadikappp
Kap kun kapppp

Lately, saya malas betul lah nak masak. Sebab Pak Enchek baru bersihkan dapur minggu lalu. Kalau den masak, nanti dapur kotor semula. Alasan. Kalau pasal auta, memang kau nombor 1. Haha. Million thanks to Pak Enchek yang sudi cuci dapur Mak Enchek hingga berkilat & bersinar-sinar =) Lain kali abang cuci lagi ya? Hehehe.

Kami makan di luar saja minggu ini. Bila sebut pasal ni, makanan Thai antara faveret saya. Nombor 1, sudah tentu Tomyam! Hehe. Gue boleh hirup tomyam bergelen-gelen. Janji kurang pedas lah. Kalau pedas tahap gaban, confirm berasap telinga gue. Hahaha.

Ok. Moh kawan-kawan, kita jamu selera.
Eh, jamu mata. Wakaka =D Jangan marah haaa.


Fresh fruit juices: Pink Guava & Mango

A plate of nasi putih from beras wangi. Tak tau la beras cap apa depa guna. Yang penting, lazat! =) Sorry, gue lupa snap gambar nasi sebab dah kebuluq sangat masa tuh. Bau nasi putih pun dah mencongkam habes ai tell u. Aih, rosak program diet gue.


Clear tomyam. Chakri Palace speciality. Kalau nak request tomyam merah tu pon boleh. Ikut suka hang pa na.


Chicken Pandan Leaves. Pergh. Yang ini sodap giles. Mebeles. Den nak try masak ayam pandan sendiri after this. Bila? Hehehe. Tunggu sajalah =D


Crispy Squid. Rangup tau. Ratah begitu saja pon best.


Last but not least, Kami the Double D
D stand for Debab =p

May 18, 2010

Sepatu VS Tas Tangan

Dua benda yang perempuan harus ada.
Den bet 80% perempuan mesti ada 2benda ni. Kan kan? =D

Tag dari Ina Achik aka Cik KakikuSukaBerjalan

Sepatu kegemaran.


Lewre Swarovski Sling Back in Rusty Pink. Terpukau dengan bling bling itu =)


Valentino Rudy Peep Toe in Grey. Love the pattern at first sight.


Eclipse Double Ribbon Peep Toe in Off-White. Comel.

Yang ini geng stilettos. Saya paling suka patern peep toe. Suka tengok jari kaki tersembul keluar. Hehehe. Can’t help it. I think it is sexy. Ya ka? ngehehe.

Amboi amboi.. semuanya sepatu tinggi, Cik Fathi ni tak pakai flat ka?
Eh... Cik Fathi memang pakai flat shuz lah. Sebab badan dia berat. Kalau sejam dua pakai stiletto dia boleh la tahan. Tapi, kalau 5jam, kaki dia akan bengkak disebabkan tekanan yang maha hebat dari atas, terutama berat jisim peha dia. Hahaha =p Flat shoes memang faveret nombor 1 den! Yang ini sepatu belasahan den lah.


Crocs Malindi in Purple Plum. Relax.


Hush Puppies Active Leisure Shoe in Brown. Comfortable


Aha, tak ketinggalan juga, selipar jepun!
Feveret gue bila melepak kat maple. Amacam? Ada gaya tak? Wakaka =p

Ina, kira langsai la hutang aku naa. Hahaha.


Tag dari Farah Fatiha aka Goblogbyfarah

Apa yang ada dalam tas tangan saya?


Handphone (tiada dalam gambar, tapi benda wajib ada)
Camera & transfer cable
Kunci rumah & kereta
Hand sanitizer
Cermin
Lip gloss
Loose powder
Pen & Notes
Wallet
Pantiliner (ooopsss, bukan untuk tontonan umum)
Tissue
Folic Acid (buat masa nih, memang harus ada dalam handbag lah)

Ok. Cukup cukup. Kalau diikutkan banyak lagi tok nenek dalam handbag gue tu. Tapi, kalau nak dipertontonkan semua, kalah beg raket badminton Lin Dan. hahaha. Haku nyampah tengok Lin Dan. Stop. Nanti aku emo =p

Saya mahu tag :
Ina Achik (tag tas tangan)
Farah Fatiha (tag sepatu..hadiah birthday..hehe)
Elis aka Lemonade
Ryna
Sofa
Hidd
Hanie
Atiqah Adnan
Farah Azmin
Fab Farah
Pja aka Merahjamboo (kte tau awak sangat free sekarang..hehe)

Silalah buat tag ini pada sesiapa yang sudi.
Sila sila. Jangan malu atau segan
Ai tau U mahu tapi malu... Kan kan? =D Hehehe

May 14, 2010

Piala Thomas...Semangat!!!

MALAYSIA BOLEH!

Aku tau

Mesti ramai tak menaruh harapan tinggi untuk Malaysia menang petang ni. Lawan Malaysia bukannya senang. Bukan calang-calang team weh. China maaa. Sigh. Awek cina manyak lawa woo. Hehehe.

Kalau player Malaysia main lebih baik masa lawan Jepun tempoh hari, peluang untuk ke final tu cerah lah sikit kan.

Kalau main bersungguh-sungguh.

Kalau main macam haram, mana boleh menang. Siapa nak sokong kau Bro. Ish, aku dah start emo ni. Baik aku stop. Kalau tak, ke laut.

Minggu ni, aku tak layan Adamaya. Aku tengok gitu-gitu je. Alah, aku dah boleh budget ending dia macam mana. Hehe. Glee pon aku bo layan. Naseb lah. Takpe, Glee ada ulangan hujung minggu. Tak rugi pon. Baru 1st episode terlepas. Haha.

Thomas Cup lagi penting kawan. Minggu ni aku mengadap badminton sajor deh. Haha. Aku suka. Suka perasaan berdebar-debar tuh. Macam perasaan nak kawen dulu. Wakaka. Jantung aku berdegup kencang. Wah =p

Apa-apa pun, aku tetap sokong Malaysia beb. Semangat patriotisma aku masih jitu. Membara. Hahaha. Petang ni, aku balik rumah on time. No overtime. Macamlah hari lain aku overtime. Haha. Korang pun sama. Balik awal tau. Mesti bos korang pun balik awal. Kalau bos korang tengok Thomas Cup jugak la. Hehe.

All the best to team Malaysia

Kalah atau menang, biar dengan penuh maruah. Gambate! =D

May 12, 2010

Ooooo… Shit!!!

Waarrggghhhhhhhh !!!!!!!

What’s going on here? Kenapa?
Apahal entry kali ini sangat brutal tak boleh blah?
18SG. Ganazzz dengan kata-kata terlampau. Uish. Beware.

Ini bukan entry keji ye.
Keji tak keji la jugak. Wakaka =p

Topik hari ini, bicara tentang t**k.
Wa lasa ini topik manyak baguih woo. Lu olang kena baca maa.
Okei. Stop mengarut sat. Nanti hang pa cakap, apala cik Fathi ni, dia mencarut ka, mengarut ka ni??? Ada ka patut dia suruh kita baca pasai t**k.

Sabaq-sabaq. Hang pa baca dulu na.
Kalau hang pa tak baca, hang pa jugak yang rugi. ngehehe =D

Maklumat ini adalah sebagai pengetahuan untuk semua. Tentang kepekaan kita terhadap kesihatan diri. Adakah tubuh kita berfungsi dengan sebaiknya? Ok. Sila buat kuiz ini dan kamu akan dapat jawapannya. Hehehe. Buat jangan tak buat =D


Click the pic to enlarge

Bagus tak kuiz nih? Hahaha.

Confirm lepaih ni ada yang intai lepas berak. Hahaha. Jahat kan cheq ni. Lagu mana cheq tau? Biarlah rahsia. Wakaka. Ini cuma senda gurau je ye =) Have a nice day semua. I Lap U all. Muah *_*

Nota kaki : I'm lil bit sewel today. Hahaha =D

May 10, 2010

The House of Sexy Bunny & Cute Mice

Entry title sound sooo flirt rite. I loike it. Hehehe =D


This is what happened when you are getting older yo. You feel sexier & comel than ever. (Perasan) Hahaha.

Sorry folks. The ‘aunties’ bunny & mice is not a hot chick with blue eyes, blonde hair and berani-mati cloth ya. They all hijabi chicks. But hey, somehow, they still sexy rite? Hahaha.

Kejadian ini berlaku di rumah Pn. Farah & famili. Sempena, Amsyar Darwisy 1st Birthday. Konsep asal birthday party Amsyar ialah Teletubbies, Ea Ooo (sound of teletubbies). Veryyyy da colourful party. Planning kami nak pakai tee shirt cartoon. Malangnya, hanya aunty Fira, aunty Hanim & aunty Tirah sahaja yang betul-betul menepati tema. Tak apalah. Yang penting kami cheerful. Hehehe. Pening jugak cheq cari baju. Baru perasan yang collection cheq semuanya kelam. Very kelabu asap you. Haha. End up, I’m wearing pinky anak tudung. Nak kasi ceria punya pasal lah nih. Hentam saja lah labu.


Kad Jemputan =)




Birthday cake & cupcakes was made by Bake Freshly. Aktiviti, makan makan makan. Hehehe =D

Menu : Seperti biasa, konsep pot luck. Ayam & daging panggang, Lasagna, Pizza, Jelly cocktail, Nasi Lemak sambal udang, KFC, Blueberry cheese tart & jajan.


Amsyar & Mama

Happy 1st Birthday Amsyar Darwisy. Moga membesar dengan sihat & kuat, jadi anak yang soleh. Insyallah.

Nota kaki : Selamat Hari Ibu kepada Pn.Fauziah & Pn.Siti Hawa, dan semua ibu-ibu =)

May 5, 2010

Cendawan Goreng

Atas permintaan ramai. Ramai kerrr ??? =p

Chef Fathiyah akan beraksi didapur untuk berkongsi resepi tersohor beliau iaitu… ***drum roll please***

Cendawan Goreng!!!
Hehehe… baru terror goreng cendawan, sudah bikin kecoh. Ok. Mari kita teruskan.

Bahan-bahan

Cendawan
1biji Telur (gred B – telur saiz kecil)
Secubit garam
Tepung ayam goreng
Minyak

Cara-cara
Basuh cendawan. Toskan air. Biar betul betul kering. Lagi lama kamu biarkan cendawan tadi kering, lagi bagus. Tahap kekeringan cendawan ini sangat penting. Ia adalah faktor utama untuk pastikan cendawan kamu rangup & tak lembik selepas digoreng.


Carik cendawan. Saiz sederhana. Tak kecik tak besar.


Pecahkan telur, pukul hingga garam larut. Tak perlu pukul hingga kembang. Yang penting, putih & kuning telur sebati. Biasanya saya tidak masukkan garam langsung. Sebab Pak En-chek tak suka masin. Hehehe =D


Tuang & gaul hingga sebati bancuhan telur bersama cendawan yang sudah dicarik tadi.

Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak sudah mencapai tahap kepanasan yang diinginkan…


Dengan pantas, gaul cendawan bersalut telur tadi bersama tepung ayam goreng. Golek-golek cendawan hingga bersalut dengan tepung seluruhnya. Terus goreng.


Goreng cendawan hingga garing & perang keemasan. Ini gaya gedix goreng cendawan. Hahaha =D


Sudah siap. Selamat mencuba!

Nota kaki : Kredit to Pak En-chek yang bersusah payah snap gambar Mak En-chek in action. Poyo. Hehehe =D

May 4, 2010

Seprais Hari Lahir

Untuk birthday Syah kali ini,
saya fikir mahu buat kejutan lah. Konon konon.
Alih alih, haku yang kena seprais. Hahaha =D

Punyalah den beria-ria plan. Siap haku amik EL bagai hah. Pagi tuh, den pun bagitau kat Syah yang den cuti hari nih. Konon seprais la kan. Malangnya Syah tak boleh cuti. Ada hal penting hari ini katanya. Heh. Hampagas. Kechewa tau.

Oklah. Den proceed cuti. Hehe. Sebenornye, den malas & takde mood nak kerja weh. Ngehehe. Alasan =p Oh, untuk pengetahuan kamu, den punya plan nak buat 3 seprais. Mak aih. Banyak. Tamak kan haku nih. Hahaha.

Seprais No.1 – Nak masak. Candlelight dinner lah kononnya. Tapi, 1 benda pun haku tak ready & prepare. Nak jadi cerita, pagi – petang den ke hulu ke hilir buat itu ini. Bila dah petang baru terhegeh-hegeh nak pi beli barang. Sampai rumah pukul ompat. Hah. Sah la tak sompat nak buat seprais. Adus. So, den buat plan B. Makan kat luar. Hahaha. Sudahnya, dua-dua tak jadi. Syah tak sehat. Berjangkit selsema dari den tempoh hari. Hadoi.

Seprais No.2 – Den ada order cupcakes. Tema Liverpool. Hehe. Den dah siap berangan nih, sebaik saja Syah melangkah je masuk rumah, haku pegang cupcakes sambil nyanyi lagu happy birthday yang tersohor itu. Malangnya. Hah. Tokey cupcakes itu tak sehat. So dia tak buat la cake haku. Uwaaaaa. Kechewa lagi den.

Seprais No.3 – Seprais ni jelah pun yang menjadi. Jadilah kan. Janji ada seprais. Hehehe. Tak lama dulu, Syah pernah cakap mahu beli benda nih. Nak tau benda apa?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tadaaa!!!


DVD Nur Kasih =) Malatop beb. Terhangat dipasaran. Den tak sompat nak beli online. Beli online lagi murah masa promotion dulu. Rugi rugi. Tak apalah. Yang penting den dah dapat DVD nih. Hahaha =D Syah cakap mesti korang cop dia peminat Nur Kasih. Korang, memang pun. Haha. Dan dia minat Tiz Zakyah jugak. Hehehe =p Bocor rahsia. Malam ini harus tengok episod akhir Asmaradana. ngehehe.

Perihal cupcakes pulak, lewat sehari, den dapatlah cupcakes itu. Tak apalah. Yang penting sodap dan dapat harga diskaun. Hehehe =D Thanks kak Anna dari Bake Freshly. Highly recommend cupcakes dia! Lazat =)

Pengajaran : Sila buat preparation awal untuk seprais kan orang lain. Kalau tak, kamu yang kena seprais. Hahaha =D

Nota kaki : Korang, den tengah layan lagu & vid Yank, Wali Band. Kelakar weh. Seronok pulak layan lagu nih. Hehehe =D