Apr 21, 2010

Tak Sihat

2hari nih, saya tak berapa sihat.
Mulanya pagi semalam, bila selsema & bersin tak henti-henti, itu pentanda saya akan demam. Wah, saya boleh ramal akan sakit. Hehe. Betul =D Kebiasaannya saya bersin dipagi hari. Morning Sinus? Resdung? Maybe. Saya sudah biasa akan keadaan diri sebegini.

Hari ini, dari pagi terlantar dikatil. Tekak pahit. Tak lalu nak makan.


Hanya ini sahaja santapan saya.

Masa macam ni lah rindu & teringat sangat-sangat kat mak. Kalau dulu, masa sakit mak akan masakkan bubur nasi kegemaran saya. Sekarang, saya kena masak sendiri lah. Huhuhu. Rasanya? Tentulah tak sama seperti bubur nasi yang mak buat. Telefon mak. Aah, terubat sekejap bila dengar suara mak. Ya, mak pengubat duka lara. Ubat ajaib yang tiada terjual dalam dunia.

Saya memang selalu demam. Err, tak la selalu. Tapi setahun mesti sekali. Tapi, bagi saya itu tak mengapa. Kerana bila sakit, maknanya Allah swt masih ingatkan hambanya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan hambamu ini atas semua kekhilafanku.

Demam juga ada hikmahnya.
Berat badan turun dengan sendirinya. Hehehe =D
Eh, ini hikmah sampingan. Hikmah yang sebenarnya, buat kita lebih dekat padaNya. Mungkin ada yang kurang dalam perjalanan. Hanya Dia yang mengetahui.

Bila demam, suami lebih caring. Hehehe. Kasihan juga pada Syah. Melayan karenah isteri yang tak bermaya + kusut masai ini. Asalnya, Syah nak ambil gambar haku yang busuk nih. Tapi tak jadi. Buruk sangat katanya. Ceh! Hampeh.

Nota kaki : Hidd, saya suka penampilan baru awak. Alhamdullilah =)

13 comments:

Iryani Noor said...

time nie la kite nk manja lebih2 dgn en suami =p..
take care ya Fathi...
jgn lupe mkn ubat tau...

Cahaya said...

makan ubat tau..moga cepat sembuh:-)

susudalambotol said...

fathi : get weel soon, sayangku. kalau makin terus ke hospital please? H1N1 second wave dah mai dah.

goblogbyfarah said...

alalah siannyaaaa.get well soon fathi. jgn lupa mkn ubat minum air byk2!

KAK RAINBOW said...

semoga cpt sihat ye fathi. rehat secukupnya

Mag said...

take care=) jangan la makan bubur..makan la benda best2..kalau i tak sihat makan bubur jadi makin tak sihat!

Werdah said...

Salam Fathiyah.

Semoga cepat sembuh.

[ Hanie ] said...

alahai...sian die.
bykkan rehat dan mkn ubat ye :)

InaAchik said...

la... ko x sehat ker... kesiannya...
tp btol la tu, tandanya ALLAH masih igtkan kite... terhapus dosa2 kecik terpegang tgn shah mase berchenta... hahahhaa *gurau jer tau...
hope ko cpt sehat erk...

m@Ri@ said...

ala siannya fathi..makan ubat minum air 0 byk2 yek..p hospital k dear..
mak mmg puat plg mujarab d dunia kan..

kupaslaroren said...

awak...rehat + makan ubat + rajin gi klinik atau hospital ye...

semoga cepat sembuh. =)

"Fd_kZ" said...

kak , makan ubat eik.. nnT klu sakit lagik teruk lagik susah nak wat keje..
jgn takut mkn ubat yer.. (",)

saya pun suker umar arjuna.

LEMONADE said...

get well soon sis.