Apr 8, 2010

Tipu kiri tipu kanan

Kelmarin, Topik Pagi di Hot FM adalah tentang penipuan. Ada ramai yang tertipu, ada yang penipu dan ada jugak yang nak menipu tapi akhirnya dia yang kena. Hahaha.

Semalam, aku dapat sms dari nombor yang tak dikenali.

TAHNIAH!! Sim Card anda telah berjaya memenangi RM15 ribu dari POWER ROOT SDN BHD. No.siri –T247C. Hub talian : 019 – 8439335 MOH KHALID BIN OSMAN

Send using this number : 012 – 8194367

Aku terus forward sms ni pada Syah. This scam sms made my day. Hahaha. Sebab aku rasa sangatlah kelakar & kasihan pada si penipu nih. Hello, macam mana aku boleh menang sedangkan sekali pun aku tak pernah beli POWER ROOT? Sungguh tak ada logika ya. ‘Pakcik menang motor’ Hehehe. Teringat pulak haku pada pakcik yang menang motorsikal dalam peraduan Power Root tak lama dulu =p

Memang tak bijak orang yang nak menipu nih. Kau nak bagi aku RM15 ribu? Hape kau dah kaya sangat? Harta melimpah ruah sampai tak tau nak buat apa? Hello, kalau kau kaya, sila contohi jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dermawan & bantu golongan susah sesama muslim. Itu baru berkat dunia akhirat.

Kalau ikutkan hati, mahu saja aku balas sms nih. Tapi takut pula kalau ini adalah satu perangkap. Hehehe. Dah macam cerita Agent 007 =p

Antara kes penipuan lain yang famous di abad ini :

Skim cepat kaya – takde maknanya. Usah kabur mata & hati dek janji pulangan yang konon – kononnya lumayan

Gores & menang – seorang amoi pernah approach aku tentang ini. Aku gores. Bila dia bagitau yang aku menang itu ini, aku terus blah. Sebenarnya aku memang tau amoi nih penipu, so aku memang saja nak tau apa taktik dia. Hahaha =D

Email from Bank – yang ini pun aku pernah dapat. Aku baca email nih, then terus delete. The evil keep on sending this trap scam email to me. Tak berputus asa tuh. Tapi den buat bodo aje. At last, after 2months, dia surrender. Wakaka. Den monang! Hoyeahhh =D

Credit card – Awas! Sila abaikan panggilan yang minta nombor kad kredit anda. Bahaya.

Haku tak faham kenapa makin ramai golongan penipu ini. Mereka ini pesakit mental, ada skru otak dah tertanggal. Ish ish ish. Hehe. So, guys & girls, please beware & be alert of all scams syndicate that always waiting for a right time, right place and take a chance to trap us. May Allah SWT protect us from this bad thing. Insyallah.

Nota kaki : Entry kali ini menggunakan kata nama “Aku”. Sebab? Nak kasi nampak ganazzz skit. Hahaha =p Ganazzz ker?

14 comments:

Mag said...

hehehe..ganaz jugak=p

kupaslaroren said...

zaman sekarang orang mintak tolong tepi jalan pun xle percaya hihihih beware!! =)

Fathiyah said...

fabulous farah : hehehe =D

kupaslaroren : betul betul betul!

InaAchik said...

wah, kwn saya makin ganaz!!! tp x takot ponnnnn... hahahhaa...

m@Ri@ said...

betul2..haritu dpt gak sms dr astro kot die kata..lupa dah..ckp menang berapa ribu ntah..nth pape nth diorg ni kan..

KAK RAINBOW said...

sms kata sim card ada terpilih menang tu nurul penah terkena. nasib baik nurul terus delete sms tu tak nak terpengaruh

Cahaya said...

Hr tu kawan sy baru terima sms power root tu.. Dia call balik no tu.Mcm sore Indon je yg jawab.Kawan sy kata dgn Indon tu, "xpelah nanti sy comfirmkn balik dgn rosyam nor"..Hahaha satu opis pakat gelak...:-)
Mmg semua tu penipuan semata2.Teruk betul kn..

tunbegia said...

duit bukanlah segala2nya, tapi segala2nya nak pakai duit kannns,

salamm,

astalavista said...

"Pakcik Menang Motor"hahahahaa....

Super0wsem! Clozzette said...

saya pun menang gak..
menang keta..
menang duit..
padahal x penah beli pun seumo hidup..
kah kah..
memang dasar penipu tolla..

Super0wsem! Clozzette said...

kak fathi..err, saya ada tulis sesuatu tentang kak fathi kat blog saya..harap kak fathi x amek hati aa.. (^_^)v

Fathiyah said...

Iena : ceh.ko tak takut yer...heh

maria : mcm-mcm btl org menipu skg ni kan.

nurul : bgs2. delete je awak

cahaya : hahahaha.kelakar giler!

tunbegia : ni en.me kan?

anul : hehehe =)

cktgirl : hehe.akak dah bc.no big deal.tak amik hati lah =)

madam kheyr hameed said...

ahaks...kita dapat sms yang sama la. walhal tak pernah beli power root. nak je balas.."budget aku vangang sangat ke?" tapi takut jadi hal lain. terus buat bodo.

zaman skrg ni..memacam style org nak menipu kan. doniaa doniaa..

Fathiyah said...

mrs zach : yeke?aih,dasar penipu betul.sabo ajelah