Aug 10, 2010

Salam Ramadhan

Ahlan wasahlan, marhaban ya marhaban.
Ramadhan datang kembali. Alhamdullilah. Syukur kerana Allah beri kesempatan untuk merasa nikmat Ramadhan sekali lagi.

Nostalgia Ramadhan
Kalau dulu, masa budak, banyak yang haku mengelat time puasa. Waktu mandi, haku bukak mulut luas-luas, minum air paip sampai kembong perut. Sambil menyelam minum air. Hahahaha. Best wooo. Bila mak suruh pergi kedai beli barang, haku cukai seposen dua beli ais krim. Makan senyap-senyap hujung jalan belakang rumah. Tepi longkang pulak tuh. Tak senonoh sungguh. Hahaha =D

Excited berpuasa masa budak & dewasa lain. Masa budak, seronoknya bila buka puasa. Nak makan itu ini. Semuanya teringin. Seronoknya bila ke masjid, solat tarawih (kadang-kadang solat isyak saja, buat cukup syarat), lepas tuh hape lagi, syok main dengan member sambil tunggu masa nak serbu juadah moreh. Seronoknya bila puasa penuh, ganjaran duit raya pun bertimbun-timbun. Hehehe.

Dah dewasa ni, bila berbuka, dengan tamar tiga biji pun sudah kenyang. Juadah berbuka ala kadar itu lebih dari cukup. Ke masjid, bukan lagi sebab ada member atau juadah moreh, tapi nak cari pahala sunat tarawih yang tiada dalam bulan lain. Duit raya??? confirm lah tak dapat. Hehehe. Tapi, sekarang excited nak bagi duit raya pulak. Seronok tengok budak-budak sebok kira duit raya masing-masing. Macam kita dulu-dulu jugak =D

Aah.. rindunya pada Ramadhan =)

Malam ni tengok anak bulan. Selamat berpuasa semua. Doa saya, moga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah untuk semua. Amin.

16 comments:

fatenton said...

selamat berpuasa jugak..
tahun ni faten puasa berdua.. :)

Werdah said...

Salam Fathiyah.

Selamat menyambut Ramadhan, bulan penuh barakah..semoga dapat merebutnya.. maafkan segala kesalahan cikgu jika ada ya.

Tahirah A. said...

happy ramadhan! :)

[ Hanie ] said...

salam ramadhan juga fathiyah :)
smoga bertambah keberkatan dan sama2 dapat rahmat di bulan yg mulia ni

cikmanggis said...

salama ramadan& selamat bersahur dan berpuasa buat anakanda fatiyah & suami.

Cahaya said...

selamat menjalani ibadah puasa:-)

InaAchik said...

selamat berpuasa beb...

~LIZA~ said...

selamat berpuasa babe :)

ederq said...

selamat berpuasa n beribadat. :)

astalavista said...

selamat berpuasaaa..lama tak jumpaa..rindu lak..ekeke

P0cAhoNta$ said...

Selamat menyambut ramadhan yg mulia fathiyah. semoga kali ni membawa lebih keberkatan

Gauss-Seidal said...

blogwalking..

lo.lo palazzo. said...

Hi awak. Lame xsinggah sini. Awk shat? Slamat bpuase wak ;)

m@Ri@ said...

slmt berpuasa awak..

Ainul Mustafa said...

ainul dulu rajin betul mandi.hahaha sehari mahu 4, 5 kali mandi.pastu jap2 buka peti ais,tgk jam.time pose la rasa jam tu mcm lambat je.

selamat berpuasa :)

Fathiyah said...

to all : selamat berpuasa semua =) moga sentiasa mendapat barakah drNya.