Jul 5, 2010

Buat Anak

Orang kata buat anak tu senang. Senang ker? Tak jugak.

Ada yang senang, ada juga yang kurang bernasib baik. Rezeki masing-masing. 1001 macam dugaan & cabaran perlu hadapi untuk mendapatkan zuriat. Ada yang kahwen bertahun-tahun tapi masih berdua. Belum rezeki mereka untuk bertiga berempat & berbilang-bilang. Kami pun begitu.

Anak tu kan rezeki. Penyeri hidup. Selagi muda, beranak lah ikut kuota & kemampuan masing-masing. Selagi ada kudrat. Bila Allah kurniakan anak pada kamu, terimalah dengan hati terbuka. Harus gembira dengan pemberian dariNya. Syukur. Jangan terbit rasa ralat dalam hati. Itu hanya bisikan syaitan durjana.

Perancangan keluarga tu penting. Anak pertama, tak payahlah terlalu merancang. In your 1st 6month after married, boleh excuse untuk honeymoon puas-puas, berdua-duaan. Selepas tuh, rajin-rajin lah berusaha ya. Hehehehehe =D

Ada sebab saya kata begini.

Macam kes saya. Lepas kawen, mengandung & keguguran, baru saya tau betapa susahnya untuk jadi ‘Survivor”. Qada’ & Qadar ini Dia telah tentukan.

Tipu lah kalau saya kata saya tak tension bila fikir soal anak. Kadang-kadang, terasa jugak. Tapi saya kena kuatkan semangat. Think positive! =)

Benih di dalam rahim ini, bukan kita yang control. Tapi, Dia yang mengaturkan segalanya. Kun Fa Ya Kun. Maka jadilah ia. Katalah 5tahun lepas kawen, baru saya mahu mengandung. Masa tu baru tau ada problem nak pregnant. So, campur tolak, mungkin saya akan rugi kasar 7tahun tanpa ada anak. Rugi besar kan.

Tika ini, saya bersyukur kerana masih lagi diberi kekuatan mental & spiritual. Alhamdullilah. I know that I must get ready & be prepared to face whatever circumstances in future. Big hug and kisses to husband, our family & friends for your support all this while. Thank you. I love you to the max =)

Pada yang senasib dengan kami, sabar ya. Ada hikmah disebalik dugaan yang Allah berikan ini. Ape yang penting, kerjasama! Hehehehehe =D

Gambate!!! =)

25 comments:

OneSimpleMother said...

insyaAllah ada rezki tk ke mana. akak pun lama gak nk dpt luqman. penah gugur jugak. tapi dah rezki dpt gak dak botak tu.. chaiyok! teruskan usaha murni anda.. :D

zila ziman said...

insyaAllah deary..God works in mysterious ways. Have faith ya, & never give up :)) *hugs*

madam kheyr hameed said...

oh fathiyah..kita geng. awak sendiri baca kan blog kite, keluh kesah psl baby. mujur la ada suami, famili dan kengkawan yg faham. kalau tak, memang susah nak survive. uhuk2, lagi plak tiub ni tinggal sebelah je. ada juga amik tahu pasal IUI & IVF, tapi for me..tu utk keadaan dah genting sgt. skrg ni, insyAllah..kuatkan hati dan berusaha lebih gigih. ihiks :)

gambatte fathi!!

Wuhuu Mommy said...

sangat faham perasaan anda..teruskan usaha! :)

InaAchik said...

uyeahhhhhhhhh... sesama kite 'bertekun' xtvt pemprosesan anak. :) jika ader rezeki kite, alhamdulillah... jika sudah tersurat blom tertulisnya rezeki utk kite, biarlah kita diberi kekuatan utk menerimanya ngan hati lapang... chill~

Ainul Mustafa said...

jgn sedih ye. kena berusaha & berusaha lg.byk2 la berdoa , buat solat hajat.mungkin ini dugaan buat awak & husband.dugaan saya lain pulak.cuba la p homeopati kt bangi.saya ni ada problem gak.tp Alhamdulillah lps mkn ubat homeopati tu saya pregnant.tp atas kehendak ALLAH jg.tp kita dh ikhtiar kan.

rAfIza_fAdzLi said...

Sgt teruja & kagum dgn ketegaran ko Fathiyah.. Aku pun lum ade rezeki lg Allah nak beri..Moh kite sama2 berusaha. Usaha tangga kejayaan,hehe..Chaiyok2!..

goblogbyfarah said...

dun worry too much, awak baru setahun lebih kawin. ada yg bertahun2 tak dpt anak, mesti lagi tension.

yang penting, usaha..tawakal and enjoyyyyy!!!!

mawarbiru said...

btol tu,apa yg penting kerjasama..hehehe...
walau apa2pun,tingkatkan usaha & bykkan berdoa..juga bykkan bersabar bile m'dgr ckp2 org..
sama2lah kite berusaha ye...gambate!!

naddynad said...

Fathiyah : yes bagus semangat awak tuh!! inshaAllah pasti ada khabar gembira utk awk juga suatu hari nnti...aminn.

Shifa said...

ye.. ALLAH Maha Mengetahui.. Kun Fa Ya Kun! percaya dan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH! mulut orang memang xleh tutup tp biasakan membalas dengan kata2 "doakan.." siapa tahu doa siapa akan makbul kan wak?
kita faham sgt situasi awak ni.. tp awk rilek la.. baru je lg.. kita masuk 3 thn baru dpt rezeki ni, alhamdulillah..

Iryani Noor said...

I've been in your shoes and felt all the same things. Tp berkat kesabaran n usaha kite tu Insya-Allah, Allah akan tunai kan..
Be strong k.. Sesungguhnya Allah tidak menguji kita melainkan apa setakat kemampuan kita shj. & setiap yg berlaku ada hikmahnya. Don't stop trying and praying..

[ Hanie ] said...

sgt setuju.
itu semua rezki dari Dia.
sape kite hamba yg lemah nak menolak sebarang qada dan qadar kan?
berusaha dan berdoa byk2 :)

m@Ri@ said...

sabar..berusaha n berusaha..doa byk2 k..

ryyhan said...

teruskan usaha dan selebihnya doa, tawakal =)

masing2 ada cabarannya..yg dh ada anak tanggungjawab bertambah, dan terkadang terbit rasa cemburu bila tgk org yg masih berdua/single boleh spend masa jalan2, tgk wayang, masih ada masa senggang tuk jumpa kawan2 makan2...terkdg rasa mcm xde kawan (since social life dh mcm zero, kwn2 nk ajak beraktiviti pun mgkn pikir xkanla nk join dgn anak kecik lg). dan bnyk event2 kat tmpt kerja xdpt join mcm bowling, dinner (so jd tkg dgr je betapa bestnya mereka2 bergumbira). Tapi, bila tgk anak membesar buang jauh2 semua rasa2 tu

ur turn will come..Insya Allah

Anonymous said...

dear... I agreed with the others.. kita baru 1 tahun kahwin.. try not to be too stressed about it.. kalau ada rezeki.. allah akan bagi.. doa banyak2 insya allah ada hikmah di sebaliknya

Nariko said...

dun worry, kalau Allah dah tentukan rezeki tu ada, mmg ada, just timing je kita x tau.will always pray for u ok fathiyah. u cn do it!

Fathiyah said...

kak mas : insyallah.moga lps ini rezeki saya pulak kan.thanks kak mas.

zla : hi pengantin baru =) insyallah,i'll never give up.

mrs zach : oh....awak,mari kte sama2 bekerja keras.kuatkan smgt.insyallah,lmbt atau cpt,moga ada rezeki anak utk kte kan.trskan usaha.

mommy delta : terima kasih!

iena : hehehhe.oyeahhh...masalah 'tekun' tu prob.ade je yg kacau daun.hehehe.aku doakan utk ko jugak ina =)

ainul : awak penah gi homopati kat bangi tu ye?kte penah amik biodex.tp period terganggu lps tu.so kte pon stop.doc dah ckp jgn amik ape2 supplement yg boleh ganggu hormon.so kte just mkn folic acid.lain2,kte minum air zam zam,madu,kurma,badam,kismis & susu.insyallah,kte akan terus ikhtiar juga cara lain.mn la tau serasi dgn bdn kte kan.thanks 4 ur advice ainul.really appreciate it =)

Fathiyah said...

jaja : moh ler kite sama2 kerja keras.hehe.usaha tangga kejayaan =)

goblogbyfarah : btl ckp awak.kte pon slalu pk,ramai lg yg kawen lg lama dr kte,tp blm ada rezeki nak dpt anak.tulah.ada masa hati risau.tp kte takmo pk sgt.nak usaha sehabis daya.hehehehe =D

mawarbiru : tq awak.insyallah.kte kene slalu kuatkan smgt kan.mari sama2 berusaha! =)

naddynad : nad,kte teringin nak perut chomel like u =) insyallah.mmg tgh smgt nih.thanks nad =)

shifa : itulah.kte kagum sgt2 dgn kesabaran awak & husband.insyallah.doakan kte menyusul lps awak ye =) thanks shifa

iryani : thanks kak yani.terharu bc kata2 smgt dr akak.insyallah,saya aka trs berusaha & tawakal =)

Fathiyah said...

hanie : ok.kte nak usaha selagi terdaya =) tq hanie.lama la tak jmpa awak.hehe.

maria : terima kasih maria.sbr itu separuh dr iman kan =)

ms tepung : zu,ada masa kita akan rindu ms nak berdua-duaan bila ada anak kan? hehehe. wlpn life style dah lain,tp best.rs terhibur bila tgk keletah anak membesar.nikmat tu sgt2 berharga kan.insyallah,kte akan trskan usaha.thanks zu.

ida : insyallah =)

azie : yup.btl tu azie.kte tak tau bila Allah nak beri rezeki anak kan =) yg penting,kte kene trs usaha.

MamaIcha said...

jgn pernah jemu utk terus berusaha & berdoa ya dear...insyaallah, Dia tahu apa yg terbaik buat kita :)

"Fd_kZ" said...

kak : sabo eik.. bnyk2.. ader sebab TUHAN tue bg cepat dgn lmbat .. insya ALLAH .. asalkan berusaha & yakin .. bley'la ALLAH tue bg rezeki .. ameen.. sabo eik ..

mrs.syediz said...

=)
fathi,
insyaallah, satu masa nanti masa kita akan tiba.
amin.

ederq said...

dear,

semoga allah mendengar doa u.
insya allah ada tu nanti rezeki. aminn

Fathiyah said...

mamamarissa : thanks kak.insyallah,kami akan terus berusaha

Fd_kZ : tQ.akak kene slalu bersabo kan.tbhkan hati ini =)

mrs.syediz : amin.insyallah.sama2 kte doa ye.

ederq : amin.tq =)