Mar 14, 2010

Tilik Nasib

Satu ketika dulu…
zaman cheq masih anak dara trang tang tang =p
cheq & the gang agak teruja dengan Tajul Muluk. Apa tuh tajul muluk? Tajuk muluk ni, seangkatan lah dengan Horoskop, Tilik Nasib, Kitab Perimbon, Feng Shui dan lain-lain. Masa ni, pengetahuan agama masih cetek. Astaqfirullah. Sekarang sudah jelas antara hak & batil antara halal & haram. Insyallah.

Berbalik pada topik,
Kalau dulu, bila baca majalah Cleo, Remaja & Seventeen itu pasti halaman Horoskop akan diselak (owh...magazine kegilaan cheq ketika muda belia u. hehe =p) Tujuan baca horoskop? Saja nak tau apa yang diramalkan untuk zodiak (bintang) kelahiran masing-masing. Part faveret : bulan ini kamu mungkin akan ketemu si dia dalam situasi yang tak dijangka! cinta pertama kamu telah pun muncul!...and so on. Memang la auta. Temberang besaq. Tapi, haku jugak la antara manusia desperate cinta yang mudah percaya benda karut marut ini. Oh, sungguh memalukan...

Kalau ada member yang tahu 'kaedah-kaedah' ramalan masa depan, kami la yang excited nak cuba. Kami buat tuh hanya untuk suka-suka. Biasalah, inkuiri tinggi nak tau itu ini. Yang sebenarnya gatai. Hehehe. Masing-masing punyalah excited nak discover our ‘future life’ especially siapa jodoh kita, macam mana jodoh kita tu, pendek kah? Tinggi kah? Sawo matang atau putih melepak macam mat salih? Bijak ke? Aih,macam-macam lagi. Ha, korang pun macam tu gak kan? Hehehe =p

Yang pastinya, masa tu kami sibuk nak tau bila kami akan kahwen, berapa orang anak kami akan lahirkan. Hehehe. Tipikal anak gadis tengah miang =p Paling saya ingat, ikut ramalan itu, saya akan kawen pada umur 24tahun. Tapi, tak betul pun. Umur 26tahun baru haku dapat kawen ye. Hehehe. Alhamdullilah, kawen jugak haku ni =p

So, pada adik-adik, janganlah percaya pada tilik nasib. Takde faedah pun. Ini nasihat ikhlas dari ahkak yang dah terkena batang hidung sendiri lah. Hahaha. Kalau pun apa yang ditilik itu benar-benar tepat & betul-betul berlaku, ianya hanyalah satu kebetulan saja. Sebagai muslim, percayalah pada Qada wal Qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT. DIA yang lebih mengetahui & mengatur urusan setiap hambaNYA.

Jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Yakin & percaya pada DIA ;) Insyallah, pasti satu hari kamu ketemu insan yang saling melengkapi diri kamu. Usaha, Doa & Tawakal.

Awas! Jangan percaya pada horoskop, tajul muluk, tilik nasib dan sebagainya. Hukumnya = Haram. Usah menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat. Renung-renungkan & selamat beramal =)

Nota kaki : insyallah, saya akan bertolak ke 'wonderland' pagi ini =) can't wait!

13 comments:

goblogbyfarah said...

kita selalu baca horoskop tu.. saja2 je, percaya jgn!


wahhh, jd ke situ ehhhh???
selamat berenjoyan di sanaaaaa!!!
ckp kat syah, slow slow!hehehehehee..

nur easy said...

betul2..tp dulu kdg2, cuma rasa suka n seronok2 je wat gtu kan..;)

m@Ri@ said...

wow bestnya...'wonderland'.....awak..maria sll gak bc horoskop n main yg gelang2 letak kt tapak tgk tu..biasa main tak?tgk bila kawin anak berapa..kebetulan kahwinnya sama umur sy kahwin..tp cuma kebetulan..;)

Mag said...

cheq suka baca horoskop sampai sekarang..hehe..tak percaya pon, tapi saja suka-suka sebab horoskop ni kadang-kadag betul=p

KAK RAINBOW said...

dulu pun nurul suka layan horoskop tu.

Anuar & Sarah said...

Assalamualaikum :)
Menurut hadith sahih walapun membaca sahaja, solat tidak akan diterima untuk 40 hari..
meaning, wlauapun x percaya, still berdosa by baca..so kesimpulan nye..baca saje2 pun TAK BOLEH!The Hadith:

“Whoever goes to a fortune-teller and asks him about something, his prayer will not be accepted for forty nights.” Narrated by Muslim (2230).

nizza-abira said...

sebelum kawen memang every 2 week akan beli majalah remaja, so memang baca la horoskop tu tp spt yg lain tak pernah nak percaya =p

Ayuni A. said...

pi bercuti ke fathiyah? selamat bercuti naa :) have fun!

LEMONADE said...

betul tu kak. sy pun selalu bc benda2 tu dengan kawan2. bukan pecaye pun sekadar suka2 je. =)

anuar & amp sarah: betul ke bc pn x boleh. sedangkan Allah tahu apa yg tersirat di hati kita? siap solat x diterima 40 hari tu.

+fnajiha said...

salam..
fathiyah, is the 'wonderland' in middle east...? :)

anil lutaze said...

baca bolehlah kan..tp if nk percaya sgt2..cannot

eh awak...jgn lupa join gathering utk kita semua ya..plislah dtg tau

email diah malaygirl83@yahoo.com

Fathiyah said...

farah fatiha : amboi! hehehe =p

easyou : aah =) hobi dulu kala

maria : hahaha.kte pon penah main gelang2 kat tangan tuh.tp tak sama pon.hehe

fabulous farah : pelik kan.boleh plak sama.hampeh tol!

nurul : =)

Fathiyah said...

anuar & sarah : waalaikum salam.betul tuh. saya pon ada bc ttg ni jugak.sejak dr tu saya pon dah tak bc horoskop ni lg

nizza-abira : hehe.saya tak penah beli remaja.pinjam kwn punye aje.

yunayuni : yup!thanks ayuni =)

lemonade : akak dah tglkan amalan jahiliah nih.sbb berdosa kan.nauzubillah.

fnajiha : wslm.wonderland dkat saje =)

anil lutaze : mmg soooo cannot cannot.insyallah,kte join =)