Mar 30, 2010

Blogger & Brides Gathering : Sukses!

Alhamdullilah.
Syukur kerana majlis perjumpaan yang julung kalinya diadakan ini telah berlangsung dengan jayanya. Congrate & thanks to all. Especially Diah & her sweet sis, Anil & Zam , Amy & Atim, Ida, Ashylla & Abdullah, Wawa & husband, Azie & husband, Abby & Fiance, Qis & Mr.A, Ann & Ash, Hanie & husband, Sha & husband and also Jai. Oh, not to forget congrate terima kasih daun keladi pada semua yang datang pada sabtu lepas untuk memeriahkan majlis. Memang tak sangka sambutan yang sebegini ramai. Sangat best! Rasanya, Puan penganjur kita mesti rasa terharu dengan sokongan dari kamu semua. Big hugs & claps!!!



Gathering goodies & Cupcakes lazat! =)

Oleh kerana saya lone ranger hari itu, maka tak banyak gambar yang sempat di snap. Entah hape yang haku sebok pon tak tau ler. Hehehe. Kejap haku ke hulu kejap ke hilir. Padahal den cumo AJK kecik sajo. ngehehe. Jaga registration, itu pon selepas shift Ann, Sha & Wawa. Shift terakher. Hah, kamu belum tengok Puan penganjur lagi. Harus tabik springggg kat dia tau.


Pelamin kesukaan!


The Crowd - penghujung majlis, dah takde crowd. heh.


Hantaran from theme of querafael. contoh pelamin lupa nak snap

Almost semua perjalanan event saya agak lost. Sorry ye pada sesiapa yang bertanya itu ini, tetapi saya kurang pasti. Maaf. Yang saya tau, korang memang enjoy & hepi dapat join games kan? Hehehe =) Lucky draw sapa yang dapat ek? Nombor den kali nih tak kono lah. Tak dak Ong. Cet! =p Hopefully semua yang hadir berpuas hati dengan event nih. Kalau ada yang terkurang tuh, maaf ya. Ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan & tak disengajakan yang berlaku tempoh hari. Maaf sekali lagi. No hard feeling ya? =)

Aha, paling best bila saya dapat ketemu bloggers & readers. Memang seronok habes. Saya berpeluang jumpa Hidd + Adi + Umar Arjuna. 1 happy family. Hidd, seronok dapat borak dengan awak. Sori ye, tak sempat nak lepak lama-lama. Paling terkilan tak sempat bergambar sama-sama la. Next time ye. Insyallah.

Cik Haniza, Kupaslaroren. Awak memang awet muda. =) Ayuni, mommy to be yang comel. Jamilah & Lynda, the sweet bestfriend. Adik Sue & Sunshine, Liyana yang sangat lovely =) Cik Eila pinky & Mrs Zihan, thanks ye tegur saya =) Jarjar, kamu sangat cantik. Pada reader bernama Syazana (cik cantik manis berbaju putih + pink, maaf kalau silap nama) thanks ye tegur saya masa kat booth Ashylla (WLT). Tak lupa jugak kat Pn. Phia & Alien kawan saya yang kiut miut itu. Dua-dua nih memang kecik molek. Phia, kite tak sempat nak tengok album kawen kamu. Sila buat entry album kawen cepat-cepatan ya. Hehehe =) And to all yang mana kita bertentang mata tuh, rasa best sangat dapat berborak dengan kamu semua. Maaf kalau saya tak perasan kamu. Den nih pemalu. Hehehe =p Lagipun, sapo la kenal den nih hah. Btw, nice to meet all of you. Keep in touch. Nanti kita exchange link ok =) Ada tak yang terkejut tengok saya yang sudah tembam macam muffin nih? Hahaha =p


Booth Azie & Ole-Ole Manis


Baju Anil & Diah, Booth Anil & Zam.


Booth Ashylla

Tempoh hari saya tak ada barang untuk dijual atau disewa. Cuma tumpang album kawen saya di booth Ida & Eleena Lamat. Pada siapa yang singgah di situ, mungkin kamu sudah belek-belek album saya yang tak seberapa itu. Insyallah, akan datang mungkin saya ada barang untuk dijual / sewa. Persalinan nikah saya masih elok untuk dipakai. Masih berkira-kira untuk menyewakan baju tersebut. Den fikir dulu yo =)

Saya sempat singgah ke beberapa booth. Itu pun tika penghujung event. Tokei kedai dah sibuk kemas barang, den baru terhegeh-hegeh jenguk. Ada yang tak sempat singgah. Uwh, kechewa =( Saya kira, semua booth malatop habes. Tak terkira banyaknya barang yang menarik perhatian den. Juga menarik du-het dalam wallet den nih. Hehehe. Tapi den sompat usha saja. Hanya sehelai top untuk adik kecik den saja yang sempat dirembat. Itu pun tokei kedai dah simpan dalam beg. Sori kak. Hehe =p Cupcakes & Baby shower cake juga marvelous! Sedap hingga menjilat jari =)

Overall, saya kira gathering ini sukses! Most of the vendors who participate is very talented in their field even tough they are still new & fresh. But they will give you maximise satisfaction with their outcome. Insyallah. And not to forget, their price is affordable & reasonable. Worth to your money =) Hehehe.


Pada semua yang menjayakan gathering kali ini, terima kasih sekali lagi ya. Insyallah, panjang umur jumpa lagi dilain masa =) Tata

Mar 24, 2010

Hot & Cold

Hot Air Balloon Fiesta Putrajaya.

Dek kerana tertarik dengan promosi besar-besaran itu, saya begitu teruja untuk saksikan sendiri belon yang jadi sebutan semua nih. Tambah pulak, tahun lepas, ketika pesta yang sama berlangsung, saya tak berkesempatan pergi. Masa tuh, dalam wad Hospital Putrajaya. Intai dari tingkap wad pun tak nampak hape. Huhu.


Jam sepuluh waktu Malaysia kami sudah berada di sini. Sudah ramai umat manusia. Ramai juga yang galas kamera SLR. Cemburu weh =p Mulanya saya teringin nak naik belon ini. Tapi, bila dah ada kat sana, keinginan terus mati.




Potret kami & belon

Pesta kali ini kurang umph. Saya bagi 5/10 star. Agak kurang aktiviti yang menarik hati selain melihat belon panas, helicopter & pertunjukan udara yang lain. Mungkin kalau dapat merasa naik belon yang RM80 itu, baru betul-betul umph. Hehehe. Lagi satu, souvenier tak menarik. Yang ada cuma keychain, shirt/tie pin, fridge magnet & tshirt. Itu pun hanya beberapa saja yang tertera ‘Hot Air Balloon Fiesta’. Tak jadi den nak beli. Hajat dihati nak tambah koleksi FM. huh. Harap tahun depan, pihak penganjur boleh upgrade pesta ini supaya ia lebih da bomb.


Dari balkoni rumah, kami layan belon jua.

Sekian.

Nota kaki : harap maaf. tuan punya blog sangat sibuk dengan macam-macam hal.huh. entry yang tertangguh akan diusahakan dalam masa terdekat. ampun ya =)

Mar 18, 2010

Berdua memang enak yuk!

Haluuu…
Dearest my lovely readers,
today I’m back in track again. Hehehe =)
Ya ya. Saya kembali untuk berbelog dengan penuh semangat. Wah. Ini semangat ‘wonderland’ ya. Hahaha. Capek bangat tapi seronoknya tak terhingga. Mood bercuti masih membelenggu diri. Mood horny-moon (bak kata Diah) masih memuncak. Hehehe. Gila daring my confession. Hahaha. Ignore the horny part please =p

Tapi, sebelum kita ke ‘wonderland’, saya mahu tribute entry khas untuk sahabat saya, Geng 10 Budak Hitam, Lela yang telah selamat bergelar isteri kepada Boy sabtu lepas. Alhamdullilah. 1 more down, tinggal lagi 5 dara pingitan. Pada 5 dara pingitan, copat-copat yo. Hehehe. To Lela, Congratulation! Moga bahagia hingga ke hujung nyawa. Aku doakan penyatuan kalian ini diberkati & dirahmati Allah swt sentiasa. Have a wonderful marriage life! Berdua memang lebih baik kan? Setuju tak? =p

Ok. Mari layan gambar

Me & The Bride, Lela
Kami & Pengantin baru
My fav, kerawang frame at pelamin backdrop! Nice =)


7 Budak Hitam in action =p



Dah terlanjur bercerita pasal wedding, meh kita heboh pasal ini pula. Aduh, sori sebab lambat bebenor gebang tentang ini. Ampun. Cepat! Masih sempat lagi kalau kamu mahu join. Jom!



Wedding Gathering
Open for BLOGGERS, NON BLOGGERS, BRIDES2B, EX BRIDES, NON B2B & READERS

THE ZON ALL SUITES RESIDENCES(hotel belakang masjid klcc)
Daisy Hall
27th March 2010, 2pm-6pm

RM25nett per person for;
HI-TEA (light meals)
-doorgift
-games -(for guys,girls,unmarried couples&married couples)
-wedding talk & discussions
-parade of wedding dresses by some famous designers(ex brides')
-wedding albums review
-booth for wedding stuff and casual stuff
(wedding cards,dresses&accessories,doorgifts,mini dais,lanterns,feminine care)
-workshops and tips

Please email your attendance at

malaygirl83@gmail.com (Diah)

Due date : FRIDAY 19th MARCH 2010. Today!

Insyallah, pengantin basi ini juga akan turut serta. hahaha =p

Mar 14, 2010

Tilik Nasib

Satu ketika dulu…
zaman cheq masih anak dara trang tang tang =p
cheq & the gang agak teruja dengan Tajul Muluk. Apa tuh tajul muluk? Tajuk muluk ni, seangkatan lah dengan Horoskop, Tilik Nasib, Kitab Perimbon, Feng Shui dan lain-lain. Masa ni, pengetahuan agama masih cetek. Astaqfirullah. Sekarang sudah jelas antara hak & batil antara halal & haram. Insyallah.

Berbalik pada topik,
Kalau dulu, bila baca majalah Cleo, Remaja & Seventeen itu pasti halaman Horoskop akan diselak (owh...magazine kegilaan cheq ketika muda belia u. hehe =p) Tujuan baca horoskop? Saja nak tau apa yang diramalkan untuk zodiak (bintang) kelahiran masing-masing. Part faveret : bulan ini kamu mungkin akan ketemu si dia dalam situasi yang tak dijangka! cinta pertama kamu telah pun muncul!...and so on. Memang la auta. Temberang besaq. Tapi, haku jugak la antara manusia desperate cinta yang mudah percaya benda karut marut ini. Oh, sungguh memalukan...

Kalau ada member yang tahu 'kaedah-kaedah' ramalan masa depan, kami la yang excited nak cuba. Kami buat tuh hanya untuk suka-suka. Biasalah, inkuiri tinggi nak tau itu ini. Yang sebenarnya gatai. Hehehe. Masing-masing punyalah excited nak discover our ‘future life’ especially siapa jodoh kita, macam mana jodoh kita tu, pendek kah? Tinggi kah? Sawo matang atau putih melepak macam mat salih? Bijak ke? Aih,macam-macam lagi. Ha, korang pun macam tu gak kan? Hehehe =p

Yang pastinya, masa tu kami sibuk nak tau bila kami akan kahwen, berapa orang anak kami akan lahirkan. Hehehe. Tipikal anak gadis tengah miang =p Paling saya ingat, ikut ramalan itu, saya akan kawen pada umur 24tahun. Tapi, tak betul pun. Umur 26tahun baru haku dapat kawen ye. Hehehe. Alhamdullilah, kawen jugak haku ni =p

So, pada adik-adik, janganlah percaya pada tilik nasib. Takde faedah pun. Ini nasihat ikhlas dari ahkak yang dah terkena batang hidung sendiri lah. Hahaha. Kalau pun apa yang ditilik itu benar-benar tepat & betul-betul berlaku, ianya hanyalah satu kebetulan saja. Sebagai muslim, percayalah pada Qada wal Qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT. DIA yang lebih mengetahui & mengatur urusan setiap hambaNYA.

Jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Yakin & percaya pada DIA ;) Insyallah, pasti satu hari kamu ketemu insan yang saling melengkapi diri kamu. Usaha, Doa & Tawakal.

Awas! Jangan percaya pada horoskop, tajul muluk, tilik nasib dan sebagainya. Hukumnya = Haram. Usah menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat. Renung-renungkan & selamat beramal =)

Nota kaki : insyallah, saya akan bertolak ke 'wonderland' pagi ini =) can't wait!

Mar 9, 2010

Kasi Goreng!!!

Bila kamu dah kawen, mesti akan ada orang tanya soalan cepu gangsa nih
“ Malam ni kamu masak apa untuk husband ? ”
Jawapan saya, “ Tak masak pun” Hahaha.
Hah, kerek betoi jawapan tu kan.
Tulah, siapa suruh korang bizzi body dengan cheq =p

Bab masak memasak ni, ianya bukanlah rutin harian saya. Isteri mithali sungguh. Hehehe =p Kalau masak pun, ala kadar saja. Menu orang bujang.

Jom kita tengok apa yang saya bikin untuk menu makan malam
Kaedah memasak yang digunakan – GORENG!!! Hehehe. Sonang.


Mee goreng


Pisang goreng.
Orang biasa makan pisang goreng for tea time, haku plak makan as a dinner. Hahaha. Gila malas =p Tapi, sodap betul pekena pisang goreng + teh O. Terangkat!


Nasi goreng + ayam goreng


Nugget + keropok
Yang ini menu sangat malas kuasa dua ye. Hehehe. Nasib la suami den tak banyak songeh. Tak komplen. Makan sajo lah ye abang =p


Nasi putih + sup daging + cendawan goreng
Aha, ni menu time haku naik sheikh nak masak. Hahaha. Sup daging adalah kegemaran kami =) Cendawan goreng tu, den kono berguru sepurnamo dongan omak mertuo den hah. Baru la menjadi. Sekarang den sudah expert goreng cendawan beb. Hehehe =p

Ok. Jom kita makan!
Sekian =)

Nota kaki : suka tengok blog Otai-otai masak.
Cik Manggis & Kak Lemongrass . Depa nih memang idola cheq la =)

Mar 4, 2010

Drama sebabak

Tajuk drama : Jaguh Kampong
Dibintangi : Kami aka Syah & Fathiyah =p
Lokasi pengambaran : Shangri-la Putrajaya park.






End up

Jaguh kampong kecapektan. Hehehe. Say… Gleeee =)

Nota kaki : Some said, recipes for a healthier living, just enjoy playing more games =)