Sep 14, 2009

Ceritera nak raya

Countdown Raya starts now!!! Mak aih, semangat tak hengat na.

Tahun ini raya lain lah gayanya. Tahun pertama beraya sebagai isteri ;) Balik kampung pun dah kena buat giliran (tahun ini kampung saya dulu. Hehehe), persiapan raya extra lah sikit sebab dah menetap sendiri. Kena sediakan macam-macam lah. Tapi, saya sediakan yang sederhana saja ;)

Erm,sebenarnya saya blur la pasal raya preparation.
Tak reti. arghh… tolong ;( mintak mak resQ cheq la lagu nih.

Ok, jom kita check list persiapan raya ;)

1. Baju raya (head to toe)

Dah disiapkan awal-awal lagi. Bukan bersemangat, tapi takut baju tak sempat siap. Dah ler, saya buat baju sepasang sahaja setiap kali raya. Kalau lah yang sepasang ni pun tak siap, haa macam mana tuh?

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Almaklumlah, ini kali pertama saya sambut raya bersama suami. Jadi, hajat dihati nak pakai baju sedondon lah ;p Tapi, syah sudah beli baju melayu yang kontra warnanya dengan baju saya. Nak tempah dah tak sempat, sebab tu beli je. Cari warna yang sama, tak jumpa. Warna lain pulak yang jadi pilihan syah. Nasib la labu. Jadi, nak tak nak saya ‘terpaksa’ jugak beli sehelai lagi baju raya. Hehehe. Rezeki. Dapat baju raya extra ;p Warna baju raya? Ha, tunggu entry raya la. Konon-konon budget baju I gempak & glamer U ;p

Tudung – In progress ;( tak jumpa lagi. Huhu
Kasut – Saya pakai yang lama je. Syah dah beli kasut raya ;p hahaha. Macam budak-budak kan? Layan. Sorang ni jelah my Baby. Baby tua aka bapak baby. Kuikuikui ;p
Songkok, samping, butang baju melayu – Check!

2. Duit Raya

Yang ini konsisten dari tahun lepas ;) share dengan syah. Check!

3. Kuih Raya

Homemade ;) DIM – do it myself dan dibantu adik-adik. Jimat & sedap. Hehehe. Check!

4. Deco Raya

Apa-apa yang berkaitan rumah, perabot, deco dan lain-lain, saya pakai saja yang sedia ada. Semuanya masih baru (sebab kami kan pengantin baru.hehehe). Masih ada lagi yang tak lengkap dalam rumah. Tak tau bila akan complete. Agaknya nak tunggu si Eric (Deko bersama Eric) makeover my house ler tuh. Vera-ngan ;p

5. Budget Raya

Budget balik kampung. Tol, fuel dan lain-lain. 50-50 share dengan syah. Check! (balik kampung at midnite and u’ll entitle to get 20% discount of total tol payment).

Itu saja checklist raya saya. Sempoi.

Dikesempatan ini, saya & syah ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua bloggers. Mohon maaf kami pinta jika ada salah & silap, terkasar bahasa dan terguris hati sesiapa sejak blog ini tercipta. Pada yang balik kampung, hati-hati dijalan raya. Moga aidilfitri kali ini membawa sejuta kegembiraan buat semua tanpa melupakanNya, Allah Yang Esa.


baju kurung kain cotton : my all time fav baju raya ;)
budak comot posing ala angelina jolie ;p hahaha

Nota kaki : jemputan untuk semua, sudi-sudikan datang beraya ke rumah kami ;) Syah excited suruh saya jemput bloggers datang beraya. Tak kisah bila nak datang, just inform saja tuan rumah. Oh, tuan rumah balik kampung dari 19/9 hingga 25/9. Jadi, kita beraya selepas date ni ye. Juadah raya, tuan rumah tengah pikiaq. Nak rasa homemade cookies cheq, mai la na.

15 comments:

astalavista said...

mahu ke rumah juga jika dijemput...hehehehe..selamat hari raya eidilfitri..moga2 tahun ini akan lebih happy dengan husbdand akak...

Fathiyah said...

astalavista : selamat hari raya anul :) anul,tglkan emel awak.nnt akak reply ye.

cahayasuci said...

sape budak yg dok depan pakai bju kurung cotton tuh... ish2... comeynye die =p

kak long kte gerak mlm raye ke...
jumaat malam??? ishk confius2...

Fathiyah said...

perasan!!!! uwekkk ;p

aah la.gerak malam after terawikh ye.

"Fd_kZ" said...

excitedkan kak nak berayer, saya pn first time beraye sebagai isteri nie.. uhuhuhuh & taon nie raye di pt jawe.. lg'la bertambah excited. insya Allah, taon dpn di kelate plak. tp tue'la klu time tue da ader baby, sadis saya diwatnyer.. huhuhuh oke'la, nnT nak dtg gaye umah akak eik, nk gaye cookies DIM tue.

Cahaya said...

salam lebaran tuk fathi & hubby...
Nanti jemput dtg umah juga ek..kita kan berjiran:-)...

Werdah said...

Salam Fathiyah,

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir & batin,
Jemputlah ke rumah cikgu.

goblogbyfarah said...

harus serbu rumah fathi nak rasa homemade cookies!!!hehe..

InaAchik said...

aku pon nk gi... hehehe...pastu ko dtg umah aku lak... ko x pernah lg dtg umah aku...*camla aku pernah g umah ko kn? tp thn ni no kuih raya, kalo dtg umah aku, aku jamu popia simpul jerla erk... hahahaha...

pst: fixla date bila hari raya utk bloggers. leh jmp yg lain... demand x kwn ko nih?! hahahha...

nur easy said...

salam aidilfitry fathi n family..:)

tiatyot said...

selamat hari raya kak... :)
raya tahun ni,
tak sehappy last year..
this year banyak problem.
dah nak raya pun banyak problem..wuwuwu..

m@Ri@ said...

ry blk kg mana fathi?maria persiapan lg ala kadar..rumah mmg tak siap langsung..so nak beraya kena mai umah mak cheq lah..hehe..kuih ry pn langsung tak buat thn ni..tak larat + malas yg meluap2..huhu..

KAK RAINBOW said...

selamat hari raya fathiyah :)

Fathiyah said...

Fd_kZ : yelah,kalo thn dpn awak raya kat klate,sure syahdu je pagi raya kan.akak pon sama la.thn dpn turn kuala pilah.jemput dtg umah tau ;) hehe.

Cahaya : ok,insyallah kte dtg umah awak ye ;)

cikgu werdah : insyallah,alo takde aral melintang,saya dtg umah cikgu ye

~LIZA~ said...

selamat hari raya babe :) maaf zahir & batin..