Sep 11, 2009

Solat Terawikh

Pengisian Ramadhan. Macam biasa kita akan bersahur, puasa seluruh anggota, berbuka dengan sederhana, solat terawikh dan tadarus. Lain-lain amalan, solat sepertiga malam, sedekah, zikir dan majlis ilmu. Mungkin ada lagi amalan yang saya tertinggal.

Bila bicara tentang solat terawikh, solat sunat yang hanya ada dalam bulan Ramadhan, saya rasa teruja dan seronok. Teruja bila dapat ke masjid bersama suami. Seronok bila tengok ramainya umat Islam berhimpun mengadap Allah yang satu. Seronok juga bila tengok anak-anak kecil yang baru belajar solat dan bertatih untuk puasa. Kegembiraan yang tak tergambar diwajah masing-masing. Comel.

Tapi, dalam masa yang sama saya rasa agak terkilan dan sedih kerna ada segelintir manusia yang bersikap sambil lewa ketika menyerah diri padaNya. Bukan bertuba, tapi cuba betulkan diri jua. Saya kira tiada panggilan yang lebih penting selain dari seruan Ilahi. Betul kan? Jadi apa salahnya jika padamkan saja handphone bila kaki jejak ke masjid? Paling tidak pun silent mode. Saya geram. Tapi saya lebih sedih tentang ini. Cuba bilang, berapa lama sangat masa kita yang diperuntukkan untuk bertemu Allah dalam sehari.

Ok. Solat 5waktu, setiap solat pukul rata 6minit. Total, 30minit. Solat sunat, pukul rata 30minit termasuk terawikh dan witir. Mengaji, mungkin 15minit. Ibadah yang lain, 15minit. Keseluruhannya, mungkin hanya 1jam 30minit saja masa kita bertemu Allah.

Berapa pula masa yang Allah beri pada kita untuk sehari? 24jam! Hanya 1/12 saja masa yang kita perolehi dalam sehari untuk bertemuNya. Betapa pemurahnya DIA. Kerana semua yang kita pinta, pasti Allah tunaikan tak kira cepat atau lambat. Tapi, kita yang hina ini sangat berkira!

Alangkah ruginya jika masa untuk mengadap DIA yang sekejap itu pun kita lewakan. Sepatutnya masa ini kita gunakan dengan sebaik mungkin. It’s such a precious moment. Masa tak kan berputar kembali. Yang kita ada hanya masa depan yang belum pasti noktahnya dimana dan bila.

Ingatan ini untuk diri saya juga.
Kerna akhirnya kita akan mengadap DIA disana suatu hari nanti.
Renung-renungkan dan selamat beramal ;)

11 comments:

"Fd_kZ" said...

betul tue kak, saya sokong.
bukan senang nak jumper terawihkan?? setakat nie saya terawih kat umah jerk, sbb takut berlaku kejadian yg x diinginikan .. huhuhu cian kat saya
insya ALlah, taon depan saya bawa anak g masjid eik .. (",)

Fathiyah said...

Fd_kZ : aah.betul3.solat terawikh kat mana pun boleh.tak kisah.mcm dila yg pregnant,solat kat umah pun ok.wah,bestnye dpt bw baby g masjid nnt.comel :)

farahazmin said...

best kn kalo dpt p terawikh sama2 ke masjid... saya sgt merindui saat itu.. nmpknyer x berkesempatan la thn ni... nk wt kt umah pn x smpt kalo dh mengadap si kecik... biarlah sang suami melaksanakan kewjpn dia... bila dh besar pastinya saya akan bw anak2 ke masjid... :) stakat ni Alhamdulillah, dptla saya mencuri2 masa utk tadarus di sek n mengaji di rumah... hehehe.. nape bersaya2 plak ni... mcm formal je...

Fathiyah said...

farahazmin : best.1st time gi terawikh dgn syah,rs romantik gitu.hehehe ;) takpe,next year,amsyar pun dah besar,dah boleh jln,sngla bw gi masjid.aku tak sempatla nak khatam.hhuhu.eh,nape ko formal hr nih? hehehe ;p alahai cikgu farah.

هدايه يسٓ / Hidayah Yassin said...

slm awak... sihat? macam mana puasa di sana...hehehe!

ye betul, masa tu emas kan? tapi kita selalu sambil lewa tinggalkan (kita yang menulis komen inilah khasnya)...

buat2 tak nampak je yang WAJIB itu tapi ini jauh di sudut hati kita, apa yang awak tulis hari ni sangat terkesan di hati dan terasa Ya Allah, betapa aku telah terlalu mudah melupakanMU...

tq awak...

Fathiyah said...

hidayah : wslm.alhamdullilah,kte sht.kte tak puasa ni.hehehe.

entry ni utk ingatan kte gak awak.kte mudah leka & lalai dgn sibuk urusan dunia.sama2 awak :)

Iena said...

aduhhh... terkena btg hidung plak entry ko kali ni... aku la tu kdg2 lupa nk silent hset tp x pernah lah lg tetiba hset tu berdering time aku dlm masjid @ surau...

insaflah azlina...

dibiuscinta said...

bergetar hati bila membaca...takot bile difikir2kan ttg amalan. tp bab hp mmg tak de kena mengena la..tak bawa pun..

puan.farah. said...

betul jugak..kadang-kadang semua orang dah tau dan sedar benda ni.

tapi buat2 lupa.

baguslah awak ingatkan

cik mas said...

salam kenal fathiyah. akak pun 2 kali keguguran sblm ni. skarang sedang mengandung buat kali ke3 nya.. kita sama2lah berdoa ye mudah2an dimurahkan rezki kita. akak link fathiyah ye.. :)

Fathiyah said...

Iena : ingatan utk aku gak.aku mmg tak bw hp gi masjid.hehe.ok,sama2 kte insaf k :)

dibiuscinta : betul2.ciput je amalan kte buat masa ni.insyallah,sentiasa luang masa utk tmbh amalan :)

puan.farah : sama2 :)

cik mas : salam kenal kak mas.oh,akak pun ada pengalaman mcm saya ye.alhamdullilah,akak mengandung sekali lagi.congrate! insyallah,moga tahun dpn Allah kurniakan rezeki anak utk saya pula.ok,saya link akak gak ye :)