Dec 10, 2009

Pantun 4 kerat

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan engkau makan,
Suruh mengaji engkau tak mahu.

Pantun sindiran orang lama. Boleh guna bila anak anda malas nak mengaji. Oh, kalau loghat utara, mengaji itu maksudnya belajar. Saya dulu malas juga nak mengaji. Macam-macam hal juga yang saya buat. Nakal seperti anak jantan. Ponteng kelas mengaji. Menyorok belakang rumah padahal kuar rumah siap pakai baju kurung dan tudung. Melencong ke tempat lain (padang permainan). Ish ish ish. Kerana ini, ayah rotan saya dengan tali pinggang. Tak pun ayah dah siapkan rotan buluhnya. Hehehe. Eeh, haku ni macam Adam Nur Kasih la plak. Ha, memang macam tu lah haku kene rotan. Sakit.

Ok, tujuan asal cerita hari ini, tentang buah keranji. Korang pernah lihat macam mana rupa bentuk buah keranji?


Ha, ini pertama kali saya tengok buah keranji. Jakun jugak lah. Hehe. Baunya macam buah asam jawa. Tekstur kulit, rapuh, berbulu halus. Warna, coklat kehitaman + kelabu asap =p Cuma rasanya saja yang saya tak tau. Tak sempat nak merasa lagi. Ada sesiapa yang pernah makan buah keranji? Rasa apa ye? Masam-masam manis? =) Alahai

12 comments:

Anonymous said...

salam sis..hehe rs buah kranji ni msam2 ckit..buah die cm bulu2 sket kalu xsilap..u shud try=).. nway,byk jual kat belah Pantai Timur=)

Fathiyah said...

anonim : oh.mcm tu ke rs nya.hr tu MIL akak beli buah keranji.akak tgk je.lupa nak rasa.kat pantai timur byk ye.kat utara tak penah jmpa plak

goblogbyfarah said...

masamlah awak!!!

m@Ri@ said...

first time tgk n denga buah ni..alamak tingin plk..hehe..

Fathiyah said...

ungu voilet : masam ke?kte agak masam mcm asam jawa tuh.bau pun lebih kurang

maria : oh,ibu mengandung sudah mengidam =) kte pun first time tgk buah ni.jakun habes.hehe

Mag said...

haha..abes la awak buat ibu mengandung mengidam..kalau awak suka asam awak suka la buah ni..rasa masam manis..saya suke..cair di mulut=p

InaAchik said...

oh, ini buah kegemaran aku mase aku membesar kat kelantan... rasenya masam2 manis... sedap!

Fathiyah said...

puan farah : hehe =) kte tak suka masam.jeruk lg la tak suka.wow,cair dimulut.mcm coklat m&.hehe

Iena : org klate mmg familiar dgn buah keranji ye.aku nih,first time jmpa.hehe.takpe,nnt aku try lah.nak gak tau rsnya =)

Werdah said...

Salam Fathiyah,

Fsl buah keranji ni rasa mcm pernah makan tp cikgu tak pasti pula.. tengok tu ada la..

Fathiyah, tlg emelkan alamat Fathiyah ke emel cikgu werdahalim@yahoo.com.. nak adakan walimatulurus anak lelaki cikgu.

mrs.syediz said...

urgh.
kecur liur la fathi!
rasanya mcm penah mkn, masam2tp manis ada sikit!

Fathiyah said...

werdah : tahniah cikgu.insyallah,nnt saya emel add kat cikgu ye

mrs syediz : wah,ramai peminat buah keranji ni ye =)

Anonymous said...

betul.................masam giler