Sep 28, 2009

Aidilfitri 1430H

Salam aidilfitri ;)

Kami,haji Z family ;)

Nampaknya, semua gembira dan ceria ye. Alhamdullilah.


ini cuma lakonan semata-mata.hehehe ;p

Pertama kali saya kucup tangan suami dipagi raya. Terharu.
Masa minta maaf tuh lagi la syahdu. Bergenang air mata cheq. Over tau! ;p
Yelah, selama 8bulan kawen ni, mana la tau kalau-kalau ada dosa yang tersurat dan tersirat. Kadang-kadang kita tak sedar.

Yang tengah berdiet, tak tergugat ke ‘keimanan’ dan ‘nafsu’ makan time raya nih? Hehehe. Mana boleh tahan kan. Confirm ‘ter’….. Semuanya sedap-sedap depan mata. Belasah ajelah. Yang tengah berpantang macam saya ni pun, ‘ter’bedal gak itu ini. Cross the border. Hehe. Sikit-sikit. Sekadar dapat merasa pun jadilah ;p Sapa yang tengah berbadan dua, masa nilah yang paling best kan. Dapat menikmati semua juadah yang diidamkan selama ini. Syok tuh! ;)



Aha, inilah baju raya kami yang sedondon gitew ;) Kelabu asap. Hehehe.
tak sedondon sangat pun.boleh la labu.
Akhirnya, ketemu jua dengan tudung yang sesuai untuk baju raya ;) Soooka tau.


aksi sengalan ;p hehehe


my family + mak chu's family..
not yet complete.tiada dalam gambar,hanis & aimi diperantauan

Nota kaki : Tour raya at KL dah start weh! Jenuh makan la sebulan nih. Hahaha. Dapur pun tak berasap ;p

Sep 14, 2009

Ceritera nak raya

Countdown Raya starts now!!! Mak aih, semangat tak hengat na.

Tahun ini raya lain lah gayanya. Tahun pertama beraya sebagai isteri ;) Balik kampung pun dah kena buat giliran (tahun ini kampung saya dulu. Hehehe), persiapan raya extra lah sikit sebab dah menetap sendiri. Kena sediakan macam-macam lah. Tapi, saya sediakan yang sederhana saja ;)

Erm,sebenarnya saya blur la pasal raya preparation.
Tak reti. arghh… tolong ;( mintak mak resQ cheq la lagu nih.

Ok, jom kita check list persiapan raya ;)

1. Baju raya (head to toe)

Dah disiapkan awal-awal lagi. Bukan bersemangat, tapi takut baju tak sempat siap. Dah ler, saya buat baju sepasang sahaja setiap kali raya. Kalau lah yang sepasang ni pun tak siap, haa macam mana tuh?

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Almaklumlah, ini kali pertama saya sambut raya bersama suami. Jadi, hajat dihati nak pakai baju sedondon lah ;p Tapi, syah sudah beli baju melayu yang kontra warnanya dengan baju saya. Nak tempah dah tak sempat, sebab tu beli je. Cari warna yang sama, tak jumpa. Warna lain pulak yang jadi pilihan syah. Nasib la labu. Jadi, nak tak nak saya ‘terpaksa’ jugak beli sehelai lagi baju raya. Hehehe. Rezeki. Dapat baju raya extra ;p Warna baju raya? Ha, tunggu entry raya la. Konon-konon budget baju I gempak & glamer U ;p

Tudung – In progress ;( tak jumpa lagi. Huhu
Kasut – Saya pakai yang lama je. Syah dah beli kasut raya ;p hahaha. Macam budak-budak kan? Layan. Sorang ni jelah my Baby. Baby tua aka bapak baby. Kuikuikui ;p
Songkok, samping, butang baju melayu – Check!

2. Duit Raya

Yang ini konsisten dari tahun lepas ;) share dengan syah. Check!

3. Kuih Raya

Homemade ;) DIM – do it myself dan dibantu adik-adik. Jimat & sedap. Hehehe. Check!

4. Deco Raya

Apa-apa yang berkaitan rumah, perabot, deco dan lain-lain, saya pakai saja yang sedia ada. Semuanya masih baru (sebab kami kan pengantin baru.hehehe). Masih ada lagi yang tak lengkap dalam rumah. Tak tau bila akan complete. Agaknya nak tunggu si Eric (Deko bersama Eric) makeover my house ler tuh. Vera-ngan ;p

5. Budget Raya

Budget balik kampung. Tol, fuel dan lain-lain. 50-50 share dengan syah. Check! (balik kampung at midnite and u’ll entitle to get 20% discount of total tol payment).

Itu saja checklist raya saya. Sempoi.

Dikesempatan ini, saya & syah ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua bloggers. Mohon maaf kami pinta jika ada salah & silap, terkasar bahasa dan terguris hati sesiapa sejak blog ini tercipta. Pada yang balik kampung, hati-hati dijalan raya. Moga aidilfitri kali ini membawa sejuta kegembiraan buat semua tanpa melupakanNya, Allah Yang Esa.


baju kurung kain cotton : my all time fav baju raya ;)
budak comot posing ala angelina jolie ;p hahaha

Nota kaki : jemputan untuk semua, sudi-sudikan datang beraya ke rumah kami ;) Syah excited suruh saya jemput bloggers datang beraya. Tak kisah bila nak datang, just inform saja tuan rumah. Oh, tuan rumah balik kampung dari 19/9 hingga 25/9. Jadi, kita beraya selepas date ni ye. Juadah raya, tuan rumah tengah pikiaq. Nak rasa homemade cookies cheq, mai la na.

Sep 12, 2009

Gatai Tangan

La ni, mood blogging meluap-luap datang ;) hehehe. pukul 4pagi cheq berblog na. laki cheq tengah syok tidoq. awat la malam ni tak boleh nak lelap mata. alahai.

Ok,lets see what i did last 4hours

Tadaa ;p



Ni namanya gatai tangan + takdak gheja + suka suka. hahaha ;)
Saya berblog hopping dan terjumpa dengan sesuatu yang menarik untuk dicuba dari blog
Pn.tepung pelita

Nice try :) comelnya..anak sapa la ni??? ngehehe
Pada sapa-sapa yang berkenan nak jadikan budak ni menantu bila dia besaq nanti, habaq mai la kat pak mak dia na. yang kecik tepi tu la gambaq pak mak dia. hehehehe.

Haih, kalau lagu ni la muka anak haku, confirm ramai peminat. LOL ;p tengok mak pak dia la (angkat bakui yang tak berapa nak berat). hahahaha ;p hensem bergaya. kuikuikui. jambu sungguh na.

Sekadar suka-suka ;) Saya tak main aci lut tipu. 100% from
makemebabies.com yang bagi cheq muka anak yang comei na. nasib baik la tak keluaq anak negro. hehehe. yalah,sebab mak pak putih gebu kan. hahaha ;p perasan! Muka anak macam mat saleh, padahai mak pak melayu. hahahaha ;p

nota kaki : baca entry ni dengan loghat utara na ;p ala-ala mami jarum.hehehe

Sep 11, 2009

Solat Terawikh

Pengisian Ramadhan. Macam biasa kita akan bersahur, puasa seluruh anggota, berbuka dengan sederhana, solat terawikh dan tadarus. Lain-lain amalan, solat sepertiga malam, sedekah, zikir dan majlis ilmu. Mungkin ada lagi amalan yang saya tertinggal.

Bila bicara tentang solat terawikh, solat sunat yang hanya ada dalam bulan Ramadhan, saya rasa teruja dan seronok. Teruja bila dapat ke masjid bersama suami. Seronok bila tengok ramainya umat Islam berhimpun mengadap Allah yang satu. Seronok juga bila tengok anak-anak kecil yang baru belajar solat dan bertatih untuk puasa. Kegembiraan yang tak tergambar diwajah masing-masing. Comel.

Tapi, dalam masa yang sama saya rasa agak terkilan dan sedih kerna ada segelintir manusia yang bersikap sambil lewa ketika menyerah diri padaNya. Bukan bertuba, tapi cuba betulkan diri jua. Saya kira tiada panggilan yang lebih penting selain dari seruan Ilahi. Betul kan? Jadi apa salahnya jika padamkan saja handphone bila kaki jejak ke masjid? Paling tidak pun silent mode. Saya geram. Tapi saya lebih sedih tentang ini. Cuba bilang, berapa lama sangat masa kita yang diperuntukkan untuk bertemu Allah dalam sehari.

Ok. Solat 5waktu, setiap solat pukul rata 6minit. Total, 30minit. Solat sunat, pukul rata 30minit termasuk terawikh dan witir. Mengaji, mungkin 15minit. Ibadah yang lain, 15minit. Keseluruhannya, mungkin hanya 1jam 30minit saja masa kita bertemu Allah.

Berapa pula masa yang Allah beri pada kita untuk sehari? 24jam! Hanya 1/12 saja masa yang kita perolehi dalam sehari untuk bertemuNya. Betapa pemurahnya DIA. Kerana semua yang kita pinta, pasti Allah tunaikan tak kira cepat atau lambat. Tapi, kita yang hina ini sangat berkira!

Alangkah ruginya jika masa untuk mengadap DIA yang sekejap itu pun kita lewakan. Sepatutnya masa ini kita gunakan dengan sebaik mungkin. It’s such a precious moment. Masa tak kan berputar kembali. Yang kita ada hanya masa depan yang belum pasti noktahnya dimana dan bila.

Ingatan ini untuk diri saya juga.
Kerna akhirnya kita akan mengadap DIA disana suatu hari nanti.
Renung-renungkan dan selamat beramal ;)

Sep 9, 2009

I'm Back!!!

Puh puh puh
Dah bersawang blog ni. Minta maaf kerna menyepi. Tuan punya badan perlukan waktu senggang sekejap. Sekarang, mood berblog kembali sudah ;)

Alhamdullilah, setakat ni, sudah 19hari kita berpuasa kan. Cuma tinggal beberapa hari saja lagi. 10malam terakhir yang penuh barakah & maghfirah itu pun bakal tiba. Sudahkah kita bersedia? :)

Cuaca sekarang pun tak menentu. Kadang-kadang panas, mendung dan hujan sejak kebelakangan ni. Sejuk. Dugaannya, perut cepat rasa lapar. Pagi-pagi lagi perut mendendangkan lagu keroncong. Adus. Nak tunggu ke petang, makin kuat alunan lagu keroncongnya. Hehehe ;p

Apa ya cerita saya sejak ramadhan kali ini..........

Weekdays kami iftar berdua. makan ala kadar. macam orang bujang saja. tambahan hari kerja, saya agak letih nak memasak. alasan ;p jadi, pilihan termudah, beli saja. hehehe. beli pun limited tau. sehari belanja rm10 untuk 2orang makan. budget. hahaha. ehem,kami sedang berdietlah ;p

Weekend saya bersemangat untuk masak. kenapa weekend baru nak datang semangat masak??? sebabnya, weekend kami iftar bersama famili. meriah. the more is merrier rite? macam-macam juga juadah yang saya dah try. ada yang marvelous! hehehe ;) ada yang so-so. dan ada jugak yang KO! hahahaha ;p (segan silu den...LOL)

Oh,saya hanya sempat berpuasa 10hari saja untuk Ramadhan kali ini. 1Sept, tanda-tanda period sudah datang. kali ini saya perlu bersedia kerna period kali ini lain kondisinya.

Kelmarin, 7sept, seketul darah keluar. kantung juga keluar bersama. mulanya ia tersangkut dan saya sendiri terpaksa menarik keluar uri dan kantung itu dari faraj. jadi bidan terjun untuk diri sendiri. saiznya kecil sahaja. sayu bila lihat segumpal darah yang tidak menjadi. sakit. saya kira sakit ini cuma sedikit saja kalau nak dibandingkan dengan sakit yang dirasai oleh ibu yang melahirkan anak.

Insaf. rupanya inilah asal kita dalam rahim ibu. kerdil.

Tapi, masih ada lagi baki uri yang tertinggal. ini tak bagus. saya ada masa sehingga hujung minggu untuk tunggu baki uri keluar. kalau tak? terpaksa la den D&C sekali lagi. Doakan saya ya :)

nota kaki : Raya tahun ini den dalam pantang la. boleh tengok juadah raya yang sodap-sodap, tapi tak semua den buleh bedal :( ish.too bad.