Rintihan hati…
Laptop kesayangan mengalami kesukaran ‘bernafas’.
Operating system not found katanya. Harus di format semula.
Jadi, buat masa ini siaran blog ini tergendala buat seketika. Sampai bila?
Sampai laptop pulih dari ‘penyakitnya’. Sekarang mahu hantar ia ke wad ICU =(
Banyak yang mahu diceritakan. Tapi tak terdaya. Huhuhu.
Rasa seperti terputus hubungan dengan dunia luar ketika ini. Sungguh!!!
Sebabnya, hari-hari sudah terbiasa dengan rutin ‘membelek’ blog, ‘melayan’ blog kamu semua, ‘menerjah’ blog feveret. Bila ‘kebahagiaan’ saya ini diragut dengan mengejut, rasa lemah longlai, sedih & hiba sekali =( Parah betul nih. Hehehe
Rutin cheq ditukar dengan menonton DVD =) Layan. Zassss. Mahu habeskan segala stok berkurun yang ada. Masa beli tak hengat dunia, dah berhabuk pun. Tak pernah disentuh. Hehehe.
Till then, see ya frens =) Saya rindu blog kamu semua. Muah (>o<)
Dec 14, 2009
Dec 10, 2009
Pantun 4 kerat
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan engkau makan,
Suruh mengaji engkau tak mahu.
Pantun sindiran orang lama. Boleh guna bila anak anda malas nak mengaji. Oh, kalau loghat utara, mengaji itu maksudnya belajar. Saya dulu malas juga nak mengaji. Macam-macam hal juga yang saya buat. Nakal seperti anak jantan. Ponteng kelas mengaji. Menyorok belakang rumah padahal kuar rumah siap pakai baju kurung dan tudung. Melencong ke tempat lain (padang permainan). Ish ish ish. Kerana ini, ayah rotan saya dengan tali pinggang. Tak pun ayah dah siapkan rotan buluhnya. Hehehe. Eeh, haku ni macam Adam Nur Kasih la plak. Ha, memang macam tu lah haku kene rotan. Sakit.
Ok, tujuan asal cerita hari ini, tentang buah keranji. Korang pernah lihat macam mana rupa bentuk buah keranji?
Ha, ini pertama kali saya tengok buah keranji. Jakun jugak lah. Hehe. Baunya macam buah asam jawa. Tekstur kulit, rapuh, berbulu halus. Warna, coklat kehitaman + kelabu asap =p Cuma rasanya saja yang saya tak tau. Tak sempat nak merasa lagi. Ada sesiapa yang pernah makan buah keranji? Rasa apa ye? Masam-masam manis? =) Alahai

Dec 8, 2009
Natrah – Cinta….perjuangan & air mata
Bila tahu ‘Natrah’ dibawa ke pentas Istana Budaya, saya terus teruja. Sudah lama saya mengikuti sejarah ‘Natrah’. Memang pementasan sebegini yang saya nantikan. Mahu rasai & selami sendiri cebisan epilog tragis korban percintaan ini.
Poster
Sekali lagi Erma Fatima membuktikan kemampuan beliau berkarya & menyampaikan naskah ‘Natrah’ dengan baik. Jalan cerita yang mantop. Superb. Sampaikan berkobar-kobar semangat patriotisme mengalir di setiap saluran adrenaline ku ini. Hehehe.
Barisan pelakon yang sememangnya hebat-hebat belaka,
dapat membawa & menghayati watak dengan berkesan.
Hati tersentuh dengan cinta & kasih sayang antara ibu & anak yang berbeza warna kulit ini. Hingga akhir hayat Che Aminah, tak sedikit pun luntur perasaan kasih sayang Maria Huberdina Hetrogh (Natrah) pada insan yang telah membesarkannya. Ikatan cinta yang tak boleh dijual beli & takkan tergadai walau ia terpisah jauh.
Rasa simpati dengan nasib Natrah. Yang terjadi sudah pun berlalu. Ada hikmah dari Allah SWT untuk setiap yang berlaku. Hargai & bersyukur atas kurniaanNya yang memberi kita nikmat Islam. Kita lahir sebagai Islam. Moga pengakhiran hidup kita juga sebagai Islam. Konklusi, hanya kita yang menentukan jatuh bangun, martabat bangsa & agama. Lu pikir la sendiri.
Kamu harus tonton ‘Natrah’. Ia tidak menghampakan. Pementasan dilanjutkan sehingga 13Disember ini.
Hajat dihati cheq nak bergambar dengan Maya Karin & Remy Ishak (Jejaka Idaman Malaya) tak kesampaian. Tak sanggup cheq nak Q. Panjang yang amat. Perut pulak dah berkeroncong masa tuh. Lapo! Adus, ramai bebenor peminat depa nih. Yang paling tak tahan, ada pulak sorang makcik nih siap jerit ‘Adam, Adam!!’ Hehehe. Dahsyat sungguh penangan Nur Kasih.
Maya Karin sangat cantik in person. Sofia Jane juga cantik. Semua cantik lah =)Hanya ini hasil bidikan lensa cokia penulis setelah berhempas pulas memboloskan diri dicelah-celah lautan manusia. Dengan segala skill mencelah yang ada, penulis akhirnya berjaya merealisasikan hajat dihati. Hehehe =p At least,I'm try my best dude. Hengat senang ke nak bolos. Gilak.
Tak dapat bergambar Natrah besaq, dapat bergambar dengan Natrah kecik pun jadilah.
Barisan penonton yang feeling & sporting =p
Bersama Jejaka Idaman hati penulis =) hehehe

Dec 3, 2009
Penangan ayam
Suami saya mengidam tempoh hari =p
Mengidam mahu makan ayam goreng Popeyes! Hehehe. Inilah salah seorang penggemar tegar ayam yang sejati. Cheq tak tau la apa yang ayam dah buat sampaikan suami cheq asyik tergoda dengan ayam. Tang mana yang dia tergoda pun tak tau la. Tang peha kah? Hahaha =p Kalau tang peha, peha cheq lagi mengancam. Ayam pun tak boleh challenge peha drumstik cheq. Hehehe.
Kami dah cuba ayam goreng Popeyes. Overall, not bad. Sekali sekala tukar selera, apa salahnya. Bagi yang gemar ayam goreng crispy, inilah tempatnya.
Salutan tepung yang rangup lagi enak. Tapi, bak kata penggemar sejati ayam, ‘memang tak boleh challenge original resepi KFC’. Rasa French fries memang berbeza. Ada perisa tambahan, herba seperti jintan. Coleslaw, sedap. Mashed potato, crème & melt. Roti juga berbeza. Macam rasa kek pun ada. Pilihan menu adalah variasi. Harga, standard fast food restaurant.
Penggemar tegar ayam tersenyum lebar bila permintaan perutnya sudah ditunaikan.hehehe =p
Kepada penggemar ayam, anda boleh la cuba ya =)
Nota kaki : Esok malam ada date istimewa. Mahu nonton teater Natrah bersama suami & geng 10BH. Tak sabaq nak tengok Maya Karin & Remy Ishak dipentas. Teruja =) Saya akan update tentang Natrah naskah pementasan. Pasti. Tunggu…. Hehehe

Subscribe to:
Posts (Atom)