Aug 17, 2010

Overdose!!!

This is what happened to me after 1year 6months ++ of been a married woman.

Extra kilo is rising up day by day. Not good. Of course lah yang extra tu lemak. Hish. Nyampah cheq.

Masa mula kawin, berat badan cheq around 47kg-48kg. Tak ingat exact figure, tapi dalam range tulah. Sekarang nih? 52kg-53kg. 5kg lemak sudah bermaharajalela, ok. Pencapaian yang sungguh tidak memberansangkan!

Bila cheq diet, adalah turun 2kg. Tu paling banyak dah tu. Awat la susah sangat nak singkirkan lelemak nih. Musuh ketat cheq, dessert, chocolate & what-so-ever yang manis.

Terliuq saja tengok colekat, donut, cake, cookies & yang sewaktu dengannya. Kureng hasem ye. Cis! Blame myself for this bad eating habit. Memang tak bagus. Tak sihat. Amaran : Jangan contohi eating habit saya...

My BMI (Body Mass Index) is ok, in ideal range. Good. Tapi ada lemak yang berkumpul yang buat haku tak puas hati. Asyik tak puas hati je memanjang. Keh keh keh =p


Camwhore. SS=Syok sendiri.
Saja la nak try pose macam gadis remaja la nih. Ahkak ada nampak muda tak? Ada macam baru umoq 17tahun dak? Doink! Sat gi hang pa pakat belasah haku dah. Hahaha =D
Tips & trick : Mengelat. Gambar dari atas menampakkan mukaku langsing gitu, walaupun realitinya dot dot dot. hehehe. Dagu ala runcing, pipi kuncup sikit =p

Sempena puasa nih, my goal is increase ibadah & decrease weight. Yeah =D Insyallah. Kali ini mahu berazam sungguh-sungguh. Tak mahu lagi failed sekerat jalan.

You are what you eat.

Siapa ada petua kurus atau buang lemak atau langsingkan badan atau yang sewaktu dengannya, silalah share bersama ya. Especially sapa ada petua kecilkan peha, amatlah dialu-alukan tips anda itu. My hips don’t lie. Hehehe. Sekian terima kasih!

Nota kaki : Berjaya menahan nafsu dari menerjah Param. hehehe =p

Aug 10, 2010

Salam Ramadhan

Ahlan wasahlan, marhaban ya marhaban.
Ramadhan datang kembali. Alhamdullilah. Syukur kerana Allah beri kesempatan untuk merasa nikmat Ramadhan sekali lagi.

Nostalgia Ramadhan
Kalau dulu, masa budak, banyak yang haku mengelat time puasa. Waktu mandi, haku bukak mulut luas-luas, minum air paip sampai kembong perut. Sambil menyelam minum air. Hahahaha. Best wooo. Bila mak suruh pergi kedai beli barang, haku cukai seposen dua beli ais krim. Makan senyap-senyap hujung jalan belakang rumah. Tepi longkang pulak tuh. Tak senonoh sungguh. Hahaha =D

Excited berpuasa masa budak & dewasa lain. Masa budak, seronoknya bila buka puasa. Nak makan itu ini. Semuanya teringin. Seronoknya bila ke masjid, solat tarawih (kadang-kadang solat isyak saja, buat cukup syarat), lepas tuh hape lagi, syok main dengan member sambil tunggu masa nak serbu juadah moreh. Seronoknya bila puasa penuh, ganjaran duit raya pun bertimbun-timbun. Hehehe.

Dah dewasa ni, bila berbuka, dengan tamar tiga biji pun sudah kenyang. Juadah berbuka ala kadar itu lebih dari cukup. Ke masjid, bukan lagi sebab ada member atau juadah moreh, tapi nak cari pahala sunat tarawih yang tiada dalam bulan lain. Duit raya??? confirm lah tak dapat. Hehehe. Tapi, sekarang excited nak bagi duit raya pulak. Seronok tengok budak-budak sebok kira duit raya masing-masing. Macam kita dulu-dulu jugak =D

Aah.. rindunya pada Ramadhan =)

Malam ni tengok anak bulan. Selamat berpuasa semua. Doa saya, moga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah untuk semua. Amin.

Aug 5, 2010

8 Bulan

Lai lai lai (translate: Mari mari mari). Saya sudah hapdet ini belog. Hehehe =D

Pada semua yang masih ingat blog daku ini, terima kasih ya kerana sudi menjenguk blog yang tak seberapa nih. Maaf lah sebab tak punya masa berkongsi segala di ruangan ini seperti sebelumnya.

Terikat dengan tuntutan kerja. Macam ni lah nasib orang makan gaji…

Cerita terbaru?

Hmmm… tak dok. Maksudnya, life as usual saja.

Eh, ada sapa-sapa yang nonton series 8 bulan?


Every Sunday, 10.30pm at TV3. Kalau kamu belum pernah nonton, minggu ni cubalah nonton ya. Best. Recommended!


Watak utama
My favourite celebrity couple. Vanida Imran & Rashidi Ishak. Sweet lah diaorang nih. Happy go lucky je.

Basicly, drama ini berkisar tentang parent to be yang merancang kewangan berlandaskan prinsip syariah for their future. Drama nih ditaja oleh HSBC Amanah. Bagus jugak drama intelek macam gini. Bukan sekadar entertainment. Boleh kita tau tips-tips kewangan which is sangat berguna for newly wed & bakal mak bapak.

Esok Jumaat. Can't wait for weekend. Boleh rest.
Ok. Happy weekend everyone. Rencana ronggeng ronggengan is on the way. Hihihi =)

Jul 23, 2010

The Wedding of Suryana & Ridzuan

Straight to the point - ini cerita serba sedikit tentang majlis walimah adik ipar saya. Oh.. biar gambar sajalah yang bercerita ya. Enjoice!

Wedding timeline


Solemnization : Jumaat jam 10.20pagi. Dengan sekali lafaz, status Cik Ana jadi Puan Ana. Alhamdullilah. Selamat sudah. Syukur =)

Majlis Berinai : Jumaat jam 9malam. Close event just among pengantin & family. Oh. Ni la buat pertama kalinya den menepung tawar mempelai. Tak reti hokei. Mulanya den tak nak. Segan la weh. Tapi, kena paksa. Hahahaha =D


Reception 1 : Majlis bersanding, Bride side. Tema : Tiffany & Grey.


Outdoor : Memorial Tun Razak
Suka sangat gambar kat pintu tuh =)


Reception 2 : Majlis bertandang, Groom side. Tema : Turqoise & White.

Wedding details

Baju nikah (Pure White) + Baju Songket (Purple Terung) + Baju Sanding (Silver Grey) + Baju Bertandang (Turquoise) – Butik Nelly Za


Pelamin – Butik Nelly Za


Makeup – Nikah (Munie Ahmad), Berinai, Bersanding & Bertandang – (Butik Nelly Za)


Bilik Pengantin – Idea ibu mertuaku & pengantin herself =)


Souvenier : Box – LH Creative, Candy, Chocolate cupcakes & Telur.


Families =) Ish, kenapa pipi harus tembam seperti muffin terlebih baking powder...huhuhu.

Pictures : Cilok dari OP – Pfiema Photography & Shafiq Shaharuddin FB. Hehehe

Nota kaki : Seronok tengok orang kawen. Lalala =D

Jul 20, 2010

Silent stare

Sorry for a long silent.

Past 2 weeks, macam – macam dugaan yang berlaku. Hectic life. Jiwa kacau. Fenin fenin

=( Jadinya, mood berblogging jatuh merudum. Totally zero. Nak luahkan di sini, rasanya kurang enak. Tak sesuai. Privasi. Maaf ya. I’m secretive person. Tapi, saya tetap berkunjung ke blog kamu semua. By reading your blogs, it makes me forgot about unhappiness feeling. So, keep on writing everyone. Maybe your words can make someone smiling. Who knows right? =)

Gerhana = Eclipse. Owh, saya sudah jatuh cinta sama itu Jacob the werewolf. The hotter one. Hehehe. Diah, jom kita pi cari wolf untuk dibela. Hahaha. This movie, jatuh kategori mesti tengok. Kalau tak tengok rugi besar. Betul. Tak tipu. For me, the third sequence is the best so far. Banyak scene yang buat kita ketawa. Memang lucu. Diah, thanks join kte tengok muvi last week =)

Tentang contest GetGorgeous tempoh hari, saya dapat consolation prize. Alhamdullilah. Thank you so much pada semua yang vote saya. Saya berkira-kira mahu beri some of hadiah pada siapa yang bertuah. Tapi kena tunggu email from Get Gorgeous dulu. Tunggu….. hehehe

Orait. Starting today, saya nak sibukkan diri dengan macam-macam perkara penting. Got to organize my life schedule. Make it more valuable. Hah. Semangat kau =D

Family planning
Yang ini kita serahkan padaNya ya. Teruskan hidup seperti biasa =)

Career advancement
Fokus pada kerja. Aim for target. Insyallah =)

Wedding planner
Hahahaha. Yang ini kelakar okeh. Dengan ini secara rasminya, saya telah dilantik sebagai wedding planner to my bff & sis. Hehehe. Saya akan jadi penasihat kepada bakal pengantin ini. Insyallah, they are getting married next year. Syoknya. There will be 2 Big Days. Olala. Terlebih excited pulak dah. Hehehe =D

Nota kaki : Alhamdullilah. Emosi sudah kian pulih.

Jul 13, 2010

Missing in action

Owh... ke manakah menghilangnya cik puan Fathiyah?
Sudah seminggu blog ini diabaikan...(kalau hangpa perasan la...hehehehe)

Ampun. Minta maaf na. Cheq tak sempat & tiada kelapangan masa untuk hapdet blog. Buzy like a bee... and buzy body. Hahahaha =D

Demam kenduri kawen!

Yea! Adik ipaq cheq sudah kawen =) Tinggal sorang saja yang bujang trang tang tang. Hehehe. Shafiq, 3tahun lagi kan? Hahaha =D Alhamdullilah, sudah settle semuanya.

Penat & letih, hangpa toksah cakap la. Lenguh, sakit satu badan cheq neh belum surut lagi. Koman betoi la cheq neh kan, buat gheja skit dah macam nak tercabut tulang sendi semua la. Hehehe. Dulu, masa time cheq jadi pengantin rasa penat skit ja, la ni baru la cheq tau betapa penatnya jadi tuan rumah. Terharu betoi cheq dengan bantuan & keringat tenaga yang dihulurkan oleh famili cheq masa cheq kawen dulu. Tenkiu semua. Love you soooo much.

Adus! Adik-adik cheq lagi 6orang tuh belum kawen. Mampuih. Hahahahaha. Harus minum kacip fatimah kasi mantop tenaga lepaih neh na. Hehehehe =D (Hangpa semua kawen serentak la. Senang. Kwang kwang kwang)

Tiap-tiap malam cheq dok tidoq antara jam 2-3am. La ni, mata cheq dah macam panda. Huhuhu. Cheq nak pi Spa. Nak urut satu badan. Nak membelai & memanjakan tubuhku ini. Buang angin & lemak. Hehehe. Baru lega kan. Cewah, cheq ni mengalahkan pengantin na. Hahaha.

Malam semalam baru sempat khatam separuh dari entry kamu semua. Aih, dalam seminggu tak online, banyak benor yang cheq ketinggalan. Belum sempat cheq nak drop komen. Sabaq na. Tunggu cheq masuk gear, lepaih nih, seminggu kita kasi panaih enjin. Berdesup cheq tekan minyak. Laju lagu F1 na... Hahahaha. Merepek meraban!

Gambaq pengantin & majlis nanti dulu na. Gambar cheq tak banyak. Malas nak bergambaq sebab cheq dah kembong sana sini. Nyampah you =p

World Cup pun dah habis. Congrate to Spain team. Betoi pulak ramalan Paul si sotong kurita tuh kan. Kalau prediction dia tak betoi, dah lama jadi sambal sotong. Hehehehe =D Memang sodap betoi nasi lemak + sambal sotong. I loike! Hahahaha.

Undian Miss Gorgeous telah dilanjutkan hingga esok. Dont't forget to vote me. Hahahaha. Sempat lagik promo =p

Jul 11, 2010

Vote for me! =)

*Sticky mode post*
Scroll down for latest entry

Salam bloggers =)

Hamba ada perkhabaran gumbira mahu dikongsi bersama kalian. Hehehehe.


Dengan sukacitanya dimaklumkan ,
Saya telah terpilih sebagai peserta Miss Gorgeous 2010 anjuran
GetGorgeous.com.my, online shopping boutique that offering fashion for muslim chic! Ooo...yeah =D

Un-sangka-rable!!!
Saya hantar penyertaan sekadar cuba jaya. Ini pertama kali saya join contest. Hehehe. Tak sangka sangat terpilih. Syukur. Alhamdullilah. Persaingan amatlah sengit. Cewah. Hehehe. Peserta-peserta lain sungguh ayu, cantik & menawan. Pendek kata, mereka semua gorgeous. Except, peserta No.18 tu. Siapakah gerangan peserta No.18? Nak tau? Sila klik di
sini =D


Saya pertaruhkan 2gambar budget cun ini. Hahaha. Geli hati den jang oii.


Rezeki. Kebetulan, ketika makeover Dior tempoh hari, saya pakai Black Babydoll shirt from GetGorgeous. Dan, salah satu syarat pertandingan, peserta perlu bergaya dengan baju dari GetGorgeous. Alang-alang gambar sudah ada, cukup syarat, hape lagi, kita redah sajalah. Hehehe.

Setakat ini, saya ada beli shirt & cardigan dari GetGorgeous. Kualitinya bagus. Harga berpatutan. Servis best & mantop. Saya sangat suka deal dengan Azlia, tokei GG yang sentiasa friendly & manis itu.

Di GetGorgeous, pilihan fesyen sangat variety. Macam-macam ada. Pilihan saya? Shirt & Blouses, Jacket & Cardigan range. Trendy. But yet, still sopan.


Look, this GG top is almost similar to Topshop top. Kan kan? And plus, it's wayyyy cheaper than Topshop. Hehehe. Part harga ni yang best. Oh, I wish GG ada stok for same patern top in long sleeve. Request dari orang yang tak suka pakai inner macam saya. Hehehehe =D

I'm really recommended this online shop to all bloggers & fashionista out there. Berbaloi-baloi I tell you.

Orait. Adik cantik manis sekalian (bodek nih...hehehe), sudi-sudikanlah kiranya kamu layari web
GetGorgeous.com.my untuk mengundi peserta pilihan anda. Dan, undilah saya jugak. Pleaseeee... Hehehehehe =D Undi peserta No.18 tu lebih sikit tau. Hahaha =D

Undian dibuka dari 28 Jun 2010 sehingga 11 Julai 2010. Nak vote banyak kali pun boleh. Hahahaha. FOC. Adik-adik comel bawah 18tahun pon boleh vote ye. Happy Voting!

Nota kaki : Mari lah mari... mari mengundi... =)