Jul 31, 2009

Gusar

Alhamdullilah

ungkapan pertama yang patut saya ungkapkan. Syukur ke hadrat Allah SWT untuk rezeki kurniaannya sekali lagi buat kami. Ya,saya ingin umumkan berita ini pada kalian :)
Saya disahkan mengandung. Perasaan? mestila gumbira yang tak terungkap.

Tapi, disebalik gumbira & syukur, sekali lagi kami diuji.
Sejak sabtu lalu, saya mengalami vaginal spotting or bleeding. Saya mula risau. Spotting mula berkurang hari ahad & isnin. Tapi kembali banyak hari selasa. Jam 3pagi, sakit yang teramat datang tiba-tiba (crampy, very sharp pain at pelvic like pelvic pressure). Saya kejutkan syah. Kaget. Syah pun tak tau apa yang patut dibuat. Syah cuma baca ayat kursi, al-fatihah & selawat syifa sambil usap perut (rahim) saya. Sakitnya... hanya Allah saja yang tahu. Dalam hati, terdetik kegusaran akan kehilangan benih ini sekali lagi :(

Pagi, kami ke Pusat Pakar An-Nur. Sekali lagi,bertemu Dr.Fatimah yang sangat baik. Sesi consultation, checkup & scan. Kami dapat melihat kantung kecil itu. Kecil yang amat. Sangat fragile. Jika ikut kiraan Dr,kandungan saya berusia 7minggu. Tapi,mengikut result scanning, usianya mungkin baru 5minggu. Instinct saya mengatakan kandungan ini 5minggu. Optimis. Dr.Fatimah berikan Dupasthon, hormon progestron yang bertindak menampung baby sepanjang tempoh 9bulan 10hari ini.

2minggu akan datang, saya perlu checkup semula. Setakat ini, status baby 50-50. Jika 2minggu lagi,terdapat progress yang memberansangkan dalam kantung itu, maka baby saya selamat. Jika tidak, anda tahu kesudahannya kan...Ketika ini,saya berehat dirumah saja. Bedrest. Tapi spotting masih belum menunjukkan tanda-tanda berkurang. Kami hanya mampu berdoa padaNya. Hanya Dia saja yang lebih mengetahui setiap sesuatu itu.

Terlalu banyak untuk saya coretkan. Luahan rasa. Doakan kesejahteraan kami ya :)

Jul 26, 2009

Satu Hati Sepuluh Jiwa

Gamat!!!

Riuh rendah rumah kami ahad lalu bila 6 anak dara pingitan + 3 isteri yg hot(iye ker???) + 3 suami yang cool + sorang budak kecik rambut kerinting berkumpul.

Kecoh. Masing-masing ada saja gosip & bahan gelak tawa untuk dikongsi bersama. Ya, kami semua suka ketawa ;) Mesti jiran-jiran saya pelik,tiba-tiba rumah kami jadi kecoh sebab kebiasaannya rumah kami sunyi sepi. Al maklumlah,kami cuma tinggal berdua saja.

Kali ini potluck suka-suka di rumah kami. Tujuan perhimpunan : saja nak berborak sambil makan-makan ;) Menu kali ini, nasi tomato + ayam masak merah + acar timun. Air tangan saya yang tak berapa nak jadi.huhuhu. Sori ye korang. 1st time masak solo. Ampun. Segan aku kat faiz & munir weh. Sebelum ni aku kan assistant mak aku aje.hahahaha ;p

Lasagna cik fira. Mmg sodap. Trademark hangit tetap maintain okey ;p Pasta cik dalila,yang ini trademark dal. Marvelous as usual lah ;) kek coklat cik tirah, yang ini pulak trademark cik tirah. Kek coklat dia mmg umph! Fruit cocktail pn.azie. Yummy! Sedap tahap dewa ;p azie,kte dah mengidam cocktail azie la.hehehe. Caramel pudding MU by cik zura, wah..sompat lg masak lepas nonton MU kat stadium minah bola ni. Best puding ko kali ni sbb kurang manis. Nak resepi please.hehe. Cik hanim dgn watermelon juice yg super duper sedap! Bakat memasak tetap ada tuh ;) Mimah,ko bawak kopok-kopok tu kan? Thanks mimah ;)

Sori gambar semua menu diatas lupa nak snap. Tirah,nanti foward la sume pics kat aku ok.


wakaka...kami yang tak berhenti ketawa


mana tirah pi???


la..ketawa lagi..cameraman dok tunggu tuh


finally...peace no war ;p

saya paling suka saat bersama kawan-kawan sehati sejiwa ini.

nota kaki : next,turn pn.farah pulak ye ;) ko masak la nasi lemak antarabangsa ko tuh..aku kena start cari resepi nih..hehehe..

Jul 21, 2009

Terlepas pandang

Bila cerita tentang kenduri kawen, macam-macam hal tak diduga berlaku sebelum, semasa & selepas kenduri. Halnya begini.

Sebelum majlis walimah, saya dah prepare guest list. Siap cari & catat address, contact no kawan-kawan dalam majalah sekolah, tru frienster or facebook, emel, sms , blog and so on lor. Setiap sumber tu saya gunakan sebaik mungkin. Ayah pulak siap type & save contact no sedara mara, jiran tetangga & kawan-kawan kat dlm laptop (excel spread sheet). Bapak haku lagi advanced dari anaknya. Hehehe ;) yelah, nanti senang dikemudian hari. Tu ha,berderet lagi adik-adik saya yang belum kawen ;p Sume tak kawen lagi. Hehehe.

Semasa majlis walimah, alhamdullilah, ramai kawan-kawan yang dapat hadir & meraikan hari besar saya & syah. Terima kasih daun keladi kami ucapkan. Pada sesiapa yang akan kawen, sudi-sudi la jemput kami ;) Insyallah, kalau tiada aral melintang, boleh kami tunaikan jemputan dari anda.hehe ;p (penulis blog ini sangat suka makan nasi minyak! Hahaha)

Selepas majlis walimah…
Kebetulan la pulak saya ketemu seorang kawan lama. Kali terakhir saya bertemu dia, kira-kira 5tahun lepas. Ketika itu pon secara kebetulan. Terserempak. Sempat say hi, bertanya khabar & bertukar no fon. The worst part is, saya betul-betul terlupa untuk menjemput dia ke majlis walimah saya.
Padahal, dulu saya agak close dengan dia. Pergi ke sekolah sama, lepak kat rumah dia (dengan alasan nak study..konon..hehehe), ke kelas tusyen bersama. Lebih teruk, dia tau saya kawen from her close fren (yang juga jiran lama saya yang dijemput ke majlis walimah saya seisi keluarga). Damn! Tak ke teruk tuh. Masa terserempak dengan dia, saya terus agak tergamam. Kaget.
Alamak! Tak guna bagi alasan. Kona sana kona sini. Yang salah, saya. Kerna terlupa. Mesti dia kecik hati kan.

Pengajaran, kepada bakal pengantin, siapkan guest list anda seawal mungkin supaya jemputan anda tak tercicir. Tapi, bagi siapa yang ada kisah macam saya ni, anggap lah kawan kita tuh tak bernasib baik nak merasa nasi minyak kita. Pada kawan itu, saya mohon maaf, harap awak tak berkecil hati ya.

Jul 19, 2009

Yang manis-manis saja

Badan lesu untuk kesekian kalinya.lemah..saya paling letih bila keadaan ini berlarutan.saya cuma perlukan ini! ya! yang manis-manis saja ;)



ini antara kegemaran saya.eh,tapi ada banyak lagi.hahaha ;p
saya nak ice cream Baskin Robbins, Donut Big Apple, Secret Recipe Cake dan kek cawan aka cupcakes. Urgh,teruknya nafsu makan kamu ;p
kebelakangan ni saya sangat-sangat menginginkan cupcakes
ya! saya perlukan pertolongan anda.sangat-sangat!
boleh sesiapa rekemen cupcakes terbaek?

jasa kalian didahului dengan ucapan trimas :)

nota kaki : sopa,teman kak long pi Baskin Robbins dis wik jugak tau.next wik tlg beli coklat ni kat KLIA okey ;p

Jul 13, 2009

Dibius Cinta

Doktor sedang menerangkan prosedur pembedahan kepada pesakit. Semua ahli famili pesakit ada bersama, mendengar dengan teliti setiap butir bicara dari doktor bedah itu. Doktor menyatakan risiko-risiko yang boleh terjadi ke atas pesakit kesan dari ubat bius.

Adik kecil itu berbisik kepada ibu. Bertanyakan sesuatu yang sukar bagi kanak-kanak sebaya itu memahami istilah perubatan…

Adik : Mak, bius tu sama macam dibius cinta ke?
Mak : (Tergelak besar…wakaka) aih,dibius cinta tu lain. Tu lagu. Bius doktor ni lain…daaa.



Nota kaki 1: pesakit – saya ;p adik saya yg bongsu (9thn nak msk 10thn) la yg tanya soalan cepu gangsa nih…alahai,saya yang tengah sakit masa tuh pun boleh tergelak ;p sakit perut kak long tau!

Nota kaki 2: mood - haku tensen dgn keje kat opis!!! rs nak cuti honeymoon one more time.come on bebeh ;p hehehe. rindu kat adik bongsu aku yg busuk & masam nih.entry utk melepaskan tekanan.pelukan suami is the best medicine ;p

Jul 8, 2009

Suami boroi tanda bahagia?

Paparan menarik hari ini..

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira.

tu dia...hang jebat menghunus keris ;p


nota kaki : bacaan khas utk isteri yg sygkn suaminya.hehe.

Jul 6, 2009

Berakhirnya satu penantian

Lega!
Akhirnya saya dapat tido lena!

Setelah berhempas pulas selama 4jam 20minit! phew...
Roger Federer melakar sejarah dalam dunia sukan tenis.
Juara Grand Slam untuk kali yang ke-15.

Man, u deserved it. The legend. The greatest player of all time :)

nota kaki : dah kul2.baru nak tido.esok sure mengantuk kat ofis.hahahha ;p owh,aku sudah jadi fanatik tenis....

Jul 3, 2009

Online Shopping

Zaman sekarang sudah moden. Jauh berbeza dengan dulu kala. Internet jalur lebar dimana-mana saja. Mudah sangat untuk diperolehi dan dicapai. Pendek kata,semuanya berada dihujung jari saja. Senang, pantas dan semudah 123.

Cara kita bershopping juga sudah banyak berubah. Kalau dulu,bila kehendak dihati nak dipenuhi,kita akan menjelajah ke setiap shopping mall. Saya la tu.hehehe ;p Sekarang,semuanya jadi lebih mudah. Kehendak hati boleh dipenuhi dengan 1klik saja!

Saya suka shopping. Dan jugak window shopping.hahaha ;) Shopping seakan terapi dan reward untuk saya. Tapi,saya bukan shopaholic ;p Sebab saya masih boleh mengawal kewarasan fikiran dan nafsu jahat dalam hati yang sentiasa menghasut diri.hahaha. Saya berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan.

Saya kira,women and shopping adalah sesuatu yang natural. Lumrahnya,wanita itu suka shopping. Termasuklah window shopping. Walaupun anda hanya membeli sehelai tshirt,tapi apa yang dapat memuaskan hati anda ialah pabila anda dapat menjamu mata dengan aneka kemeja,jeans,kasut,handbag dan macam-macam lagi. Padahal anda tiada langsung niat untuk berbelanja ke arah itu. betul kan? Oh,mungkin juga anda reserved jamuan mata tadi untuk agenda shopping bulan-bulan berikutnya? ;) Sebab saya begitu..hehehe

Oh,bercerita tentang online shopping, saya kira tentu ramai yang berpengalaman shopping secara maya kan.

Ini pengalaman saya.

Yang akan dikenang :
Bila saya berurusan jual beli dengan bisness person yang JUJUR dan MESRA. 2faktor ini saya kira sebagai pelaris bagi sales anda. Anda tidak akan rugi 1sen pun dengan kejujuran dan kemesraan yang ditawarkan, hatta anda pasti untung ;)

Yang tak mau dikenang :
Satu risiko yang anda perlu waspada ialah SI PENIPU. Saya pernah terkena. Duit lesap macam tu saja. Barang yang dibeli tak kunjung tiba. Bila saya ajukan persoalan ni pada si polan, dia cakap barang tersebut dah di pos. Saya minta pos tracking number,si polan cakap tracking number tu dah hilang. Tak ada logika! Semestinya anda sebagai penjual akan menyimpan tracking number sebagai bukti penghantaran bukan. Yelah,kalau terjadi apa-apa,contohnya barang tak sampai, sekurang-kurangnya anda boleh membantu si pembeli dengan tracking number tersebut. Kepada online shoppers, pesanan saya,anda harus berhati-hati untuk shopping secara online. Kepada si polan, jangan menipu. Duit yang anda ambil itu tetap haram kerana itu perbuatan mencuri!

Nota kaki : hai,aku ada benda nak diniaga.Jualan : pre-loved item yang kondisinya masih elok. Harga berpatutan. Autentic item. So,buy with confident. sale gonna be soon.akan diwar-warkan.sapa cepat dia dapat k. tapi,ada ke yg berminat nak beli ni???? ;) hehe