Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Aug 5, 2010

8 Bulan

Lai lai lai (translate: Mari mari mari). Saya sudah hapdet ini belog. Hehehe =D

Pada semua yang masih ingat blog daku ini, terima kasih ya kerana sudi menjenguk blog yang tak seberapa nih. Maaf lah sebab tak punya masa berkongsi segala di ruangan ini seperti sebelumnya.

Terikat dengan tuntutan kerja. Macam ni lah nasib orang makan gaji…

Cerita terbaru?

Hmmm… tak dok. Maksudnya, life as usual saja.

Eh, ada sapa-sapa yang nonton series 8 bulan?


Every Sunday, 10.30pm at TV3. Kalau kamu belum pernah nonton, minggu ni cubalah nonton ya. Best. Recommended!


Watak utama
My favourite celebrity couple. Vanida Imran & Rashidi Ishak. Sweet lah diaorang nih. Happy go lucky je.

Basicly, drama ini berkisar tentang parent to be yang merancang kewangan berlandaskan prinsip syariah for their future. Drama nih ditaja oleh HSBC Amanah. Bagus jugak drama intelek macam gini. Bukan sekadar entertainment. Boleh kita tau tips-tips kewangan which is sangat berguna for newly wed & bakal mak bapak.

Esok Jumaat. Can't wait for weekend. Boleh rest.
Ok. Happy weekend everyone. Rencana ronggeng ronggengan is on the way. Hihihi =)

Jun 7, 2010

Lagenda Budak Setan


Kami dah tengok ini cerita!!!


Tengok bersama geng anak dara, mak dara & bapak-bapak.


Awat kecoh sangat tuuu? Perkara biasa.
Bapak-bapak pon layan kan ajelah. Hehehe =D

Mula-mula memang excited. Dengar dari sana sini cerita tentang LBS saja. Den memang cepat terpengaruh pon. Hahaha. Scenery cerita ni memang cantik. Kagum. Kat Malaysia pun banyak tempat yang lawo-lawo beb. Oh… lagu tema aka soundtrack LBS tangkap leleh weh. Best giler layan wooo. Hehehe.

Komen :

Dari orang yang pernah baca novel : Kureng best. Banyak plot kurang dalam kata lain kenapa harus cut plot yang penting? Kenapa? Kenapa? *Emo =p* Jalan cerita kurang menarik.

Dari orang yang tak pernah baca novel : Ok lah. So-so. Tipikal cerita cinta. Camera shoot kurenglah. Juling jap bijik mata haku sebab banyak benor scene close-up. Perlu kah? Kalau lah close-up muka haku nih, segala mak nenek bintik & jerawat korang nampak. Wakaka =p

Novel LBS ni sangat femes & malatops suatu ketika dulu. Penulisnya, Ahadiat Akashah. Dan bila keluar pula filem yang diadaptasi dari novel ni, haruslah semua pembaca novel ini jadi teruja kan. Terus terang, saya tak pernah baca novel LBS. Kodi betol la hang ni Fathi. Hahaha =D Hang pa nak cakap apa pun cheq tak kesah. Sebab cheq sendiri pun tak tau kenapa cheq tak tergerak hati langsung nak baca LBS. Mungkin masa tu dalam hati cheq belum ada taman kot. Pirahhhh =p

Nak tau dari mana cheq tau jalan cerita LBS?

Hahahaha. Nak gelak guling-guling jap =D

Ahha…


Dari mamat ni lah. Kui kui kui.
Sungguh ku tak sangka suami daku baca LBS. sampai hari ni masih tak percaya la. Haha. Dia lah yang story roughly fasal novel ni kat cheq. Roughly saja pasai dia pun dah lupa sikit. Yalah. Bacaan 12tahun dulu. Ada boleh ingat? Hehehe.

Cheq nak buat permintaan sikit naaa
Untuk sequence LBS, tukaq hero boleh dak? Haha. Cheq nak Remy Ishak pleaseee… tukaq pengarah jugak boleh dak? Cheq vote for Khabir Bhatia. Hehehe. Permintaan terlampau nih. Boleh kaaaa??? =)

Ok. Whatever pon, selamat layan LBS. Komen anda hak anda =)

Feb 25, 2010

Hantu TV

Waktu saya masih bersekolah dulu, mak selalu marahkan saya sebab suka gila tengok TV. Kalo saya mengadap TV, sikit punya lama. 12jam mengadap TV, 12jam lagi zzzzzzzz, tido. Memang tak senonoh! Saya & TV, seperti ‘berhantu’. Hantu TV. Hahaha =p

Currently, saya tengah syiok & kemaruk layan this 2 TV series

GLEE =)

Cerita yang buat haku gelak tak hengat sampai guling-guling. Wakaka. Memang kelakar tahap gaban. Tak boleh blah punye. Hadoi, pecah perut! Jalan cerita, penuh dengan drama melankolik yang diolah sempoi & selamber. Cerita nih buat haku rasa muda la. Hehehe. Feel like wanna turn back time & become famous one more time. Hahaha. Perasan no 1 ek. Haku selalu berangan nak jadi cheerleader =p Cheerleader katek. Tak sesuai! Ahaks.

MERLIN =)

Aha, cerita ini juga best! Mula-mula ditayangkan kat tv, haku kutuk gila-gila series nih. Alah, cerita dongeng untuk budak-budak yang tak matang. Ada aku kesah? Sekarang, gila terbalik. Hah, hamek kau. Aku dah terkena TULAH King Uther. Hehehe. Aku pulak yang tertunggu-tunggu next episode. Tak sabar nak tengok Prince Arthur yang kachak & Merlin si ahli sihir kurus kering itu. Hehehe. Em, aku pulak yang dah jadi budak-budak tak matang. Dah siap berangan nak jadi Princess for Prince Arthur. Hahaha. Berangan lagi daaa =p Season finale episode on dis coming sunday. Don't miss it or u will regret. Wah =p

Sampai ke hari ini, saya masih Hantu TV. Ngehehe =p Ada tak yang se-geng dengan saya? Hehe.

Nota kaki : lepak & tengok TV, the best leisure in life =)

Dec 8, 2009

Natrah – Cinta….perjuangan & air mata

Bila tahu ‘Natrah’ dibawa ke pentas Istana Budaya, saya terus teruja. Sudah lama saya mengikuti sejarah ‘Natrah’. Memang pementasan sebegini yang saya nantikan. Mahu rasai & selami sendiri cebisan epilog tragis korban percintaan ini.


Poster

Sekali lagi Erma Fatima membuktikan kemampuan beliau berkarya & menyampaikan naskah ‘Natrah’ dengan baik. Jalan cerita yang mantop. Superb. Sampaikan berkobar-kobar semangat patriotisme mengalir di setiap saluran adrenaline ku ini. Hehehe.


Barisan pelakon yang sememangnya hebat-hebat belaka,
dapat membawa & menghayati watak dengan berkesan.

Hati tersentuh dengan cinta & kasih sayang antara ibu & anak yang berbeza warna kulit ini. Hingga akhir hayat Che Aminah, tak sedikit pun luntur perasaan kasih sayang Maria Huberdina Hetrogh (Natrah) pada insan yang telah membesarkannya. Ikatan cinta yang tak boleh dijual beli & takkan tergadai walau ia terpisah jauh.

Rasa simpati dengan nasib Natrah. Yang terjadi sudah pun berlalu. Ada hikmah dari Allah SWT untuk setiap yang berlaku. Hargai & bersyukur atas kurniaanNya yang memberi kita nikmat Islam. Kita lahir sebagai Islam. Moga pengakhiran hidup kita juga sebagai Islam. Konklusi, hanya kita yang menentukan jatuh bangun, martabat bangsa & agama. Lu pikir la sendiri.

Kamu harus tonton ‘Natrah’. Ia tidak menghampakan. Pementasan dilanjutkan sehingga 13Disember ini.

Hajat dihati cheq nak bergambar dengan Maya Karin & Remy Ishak (Jejaka Idaman Malaya) tak kesampaian. Tak sanggup cheq nak Q. Panjang yang amat. Perut pulak dah berkeroncong masa tuh. Lapo! Adus, ramai bebenor peminat depa nih. Yang paling tak tahan, ada pulak sorang makcik nih siap jerit ‘Adam, Adam!!’ Hehehe. Dahsyat sungguh penangan Nur Kasih.


Maya Karin sangat cantik in person. Sofia Jane juga cantik. Semua cantik lah =)Hanya ini hasil bidikan lensa cokia penulis setelah berhempas pulas memboloskan diri dicelah-celah lautan manusia. Dengan segala skill mencelah yang ada, penulis akhirnya berjaya merealisasikan hajat dihati. Hehehe =p At least,I'm try my best dude. Hengat senang ke nak bolos. Gilak.


Tak dapat bergambar Natrah besaq, dapat bergambar dengan Natrah kecik pun jadilah.


Barisan penonton yang feeling & sporting =p


Bersama Jejaka Idaman hati penulis =) hehehe

Nov 13, 2009

Nur Kasih



Cerita yang tengah hot la nih. Hangat! Ha, saya tau korang pun layan gak kan. Baik mengaku. Hehehe. Saya? Haruslah layan. Eh, encik suami juga layan jugak lah. Zasssss. Hehehe. *pengaruh isteri yang diktator dalam bab tengok tv. hahaha* Rugi woo sapa tak layan. Tangkap leleh. Ada scene yang buat saya menangis. Aduh, gue ini bintang air mata dong =p

Bagi saya, mesej cerita ini bagus. Plot cerita mantop & terkesan. Bila tengok scene Aidil & Aliya bertemu, kemudian jatuh hati dan kahwin, teringat pulak kisah den ketika zaman muda remaja dulu =) Hehehe.

Ok, watak yang saya suka, erm…semua lah. Tak ada yang spesifik. Oh, kecuali Siti Sarah. Tak suka la watak tuh. Geram, menyampah, benci. Haku memang tak suka dengan orang yang suka cucuk orang lain. Luaran saja elok, tapi dalam hatinya, astaghfirullah. Mengucap panjang den. Nasib baik setakat nih, saya tak pernah lagi jumpa orang seperti ini in real life. Harap dijauhkan lah.

Malam ini kita ikuti sambungan cerita ini okeh =) Set. *Nur kasih extended jam 7.30malam pun haku layan tiap-tiap malam. so addicted to dis drama already lor* Hehe

Nota kaki : Apa ending Nur Kasih nih? Nih yang buat haku tak sabar-sabar nak tau =)

May 13, 2009

Are u smarter than a 5th grader???

Saya peminat game show. Hari rabu malam khamis, sure saya akan tunggu game show nih. Jam 9, channel Star World,711. Suka la tengok gelagat dan ekpresi budak-budak comel yang cerdik pandai. Feveret saya, Nathan ;) Kiut. Geram. Rasa nak cubit-cubitan saja. Nak anak comel dan bijak cam ni lah.hehehe..Insyallah.

Soalan-soalan game show nih boleh tahan power. Disebabkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia & Amerika tak sama,so ada gak soalan yang den tak tau jawapannya. Melopong kojap. kalo den study kat amerika,bulehla den jawab.hahaha ;p

Ayat keramat peserta yang kalah : I’m not smarter than a 5th grader…wuhuuuuu

Nota kaki : kalau la kat Malaysia buat game show ‘Kamu lebih bijak dari budak darjah 6???’ agak-agak korang boleh jawab tak soalan-soalan tuh nanti? Hehehe ;p