ok,puan-puan & tuan-tuan juge ye :)
hr ni saya akan mempersembahkan satu lg resepi...
yg telah di 'request' oleh cik tirah
ye..kek coklat kegemaran ramai..hehe
sapa rajin blh try...silakan2
selamat mencuba :)
Bahan-bahan
•250gm butter
•1 cawan gula castor
•1 cawan gula perang
•4 biji telur gred(A)
•1 sudu teh esen vanila
•1 cawan susu segar suam
•1 1/4 cawan tepung naik sendiri
•3/4 cawan serbuk koko
•Utk choc ganache:
•150gm coklat masakan
•1 sudu besar susu pekat
•1/4 cawan air panas
•1 sudu besar butter
Cara-cara
1.Griskan loyang (saiz dulang terpulang pd masing2,saya guna dulang bulat 9inci) dgn butter dan panaskan bekas kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2.Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4.Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
5.Masukkan ke dalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
6.Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah dgn menggunakan cara double boiler hingga cair. Padamkan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
7.Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
8.Tips:
- Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.
- jgn guna susu ideal kerana ia berat & akan membuatkan kek anda jd bengkang!hahaha
resepi ini ihsan dr myresepi.com
p/s : saya try bakar..jd gak..dlm 45min..suhu 160 darjah celcius