Showing posts with label 9bulan 10hari. Show all posts
Showing posts with label 9bulan 10hari. Show all posts

Apr 29, 2011

3rd Trimester

My 9 miracle months will end soon. Today, I’m reaching my 36weeks. Sapa tau esok lusa, maybe baby will come out & say hi to everyone. Heee. Mak saya dulu, bersalin anak perempuan semuanya awal. If I follow her step, get ready jelah. Baby head already kat bawah. Alhamdullilah.

At this stage, perasaan bercampur-campur. Happy, excited, nervous and so on. I bet, for those yang dah pernah deliver baby, sure tau this feelings kan. After been through this pregnancy journey by myself, a lot of things I learned. Syukur & thanks Allah for the gift, rahmat & rezeki ini. For sure, I’m gonna miss my pregnancy moments. Dengan bermacam-macam kisah, drama & sandiwara. Keh keh keh =p


Our bag already packed. Baby room dah kemas & ready. Saja je omaknya mengada-ngada nak buat baby room. Nanti baby tido dengan omak jugak. Hehehe ;p

Sepanjang third trimester ni, my baby grown up so fast. Her movement was different nowadays. Kalau dulu just rasa dia tendang or tumbuk. Tapi sekarang rasa tangan or kaki baby menggeliat etc. Perut akan bergoyang & senget benget bila baby aktif. Funny. Hehe. Cepat rasa penat. Sebelum solat, kena pastikan perut tak full. Kalau perut full, then solat, sure mengah, tak cukup nafas.

Rasa sakit, lenguh badan tu, for me biasa lah kan. Asam garam orang mengandung. Kadang-kadang saya rasa sakit pinggang masa tido, sakit belakang time duduk kat office, betis tend to cramp masa tengah tido & macam-macam lagi. I’d a bit water retention at my feet. Kaki dah kembang. Syukur, I never had heartburn until this stage. HB reading was the highest ever since 1st check up, 13.6. Unbelievable ;p

Attend Antenatal Class. It was a great class with a very good experience to a first time parent like us. All the speakers were very expert in their field & their session was very interesting. We really enjoy & had a good time there. I already practice the breathing technique & pelvic exercise for preparation in labour room soon.

At 34weeks, I’d my 1st Braxton Hicks contraction. It comes once within 1hour. Feel pain at the serviks area. Gile cuak masa mula-mula rasa contraction ni. A whole day jugak la the contraction was on & off. Starting from that day, I do feel a mild contraction at least once in a day. Saja ye dia main-main & testing omak ;) Hehehe.

Hmmm, kalau ikutkan hati, rasa nak start cuti & stay kat rumah je. Rasa tak sabar nak beranak pun ada. Heee. Wish me luck ya =)

Mar 22, 2011

2nd trimester

Bye bye 2nd trimester. Welcome 3rd trimester!
Suddenly I feel panic. Got many things to do & prepare! Dang. Itulah, suka buat gheja last minit. Ngehehe =p

I feel more relax & calm in 2nd trimester. Rasa sekejap je masa berlalu. Ends of weeks 14, I started to enjoy my pregnancy moment. Selera makan makin ok. Tapi, still tak boleh makan banyak. Kalau makan banyak, mula la rasa loya, nak muntah atau senak perut. Tak selesa. Kadang-kadang, bila makanan tak sesuai, ada jugak la muntah.

Bila masuk 18weeks, selera makan sangat lah meluap-luap. Saya dah start masak sendiri. Before this tak larat + tak lalu nak masak. Bau bawang tumis pun buat den poning. No more makan kedai. Mama & baby need a healthy homey foods! =) I start consume Omega 3, katanya Omega 3 ni bagus untuk pembentukan saraf-saraf dalam otak. Ape yang bagus den belasah saje. Hehehe.

Pasal mengidam, biasa la, nama pun mengandung kan. Heee. Mengidam yang pelik-pelik tu takdelah. Just teringin makan makanan biasa. Alhamdullilah, setakat ni apa yang saya teringin nak makan tu, dapat la makan. Rezeki. Syukur.

At weeks 20, I feel the baby kick. Actually, end of weeks 17 saya dah start rasa something, tapi masa tu macam confius lah, betul ke tu baby yang tendang? Or just angin kus-kus dalam perut. Hehehe. Almaklumlah, sejak pregnant ni, kekerapan terkentut adalah kuasa tiga. Heee. Its normal rite =D. Oh, baby also recognises ayah voice & touch. Good. Bila Syah pegang perut, baby pun start la tendang perut omaknya. Boleh tahan kuat jugak la. Ni mesti sebab bapaknya suka bola. Hehehe.

Sakit urat kat peha dah hilang. Alhamdullilah. Now, I can drive like Micheal Shumacher & walk like a supermodel. Hahaha. I started to use Bio Oil. No signal of stretch mark so far but I think prevention is better than cure right. I tend to pee like once in an hour. Kerap kan. Even masa tidur pun wajib terjaga at least sekali. Mula rasa sakit tulang rusuk (especially rusuk kiri) masa entering 24th weeks. I guess this happened because my baby makin membesar & menolak tulang rusuk. 1st injection for kancing gigi @ 24th weeks.

Masa 1st trimester, most of the time saya melepak kat rumah je. Bila dah 2nd trimester ni, dah berani jalan-jalan. First time I banyak berjalan masa kat Sunway Lagoon. Fuh. Quite tiring rupanya. Mengah jugak la berjalan walaupun perut teman tak berapa besar. A day after, kaki terasa lenguh. Hehe. But I guess it was a good exercise & I do enjoy it.

In 2nd trimester, I’ve got fever & food poisoning. Seharian muntah. At one stage tu sampai muntah hijau. Erkkk =( Masa ni memang badan terasa sangat lemah. After the fever gone, I’ve got cough pulak. Aduh, nasib badan. Thanks Allah for protecting my baby from any harm. Takut jugak kalau the food poisoning, fever & cough will effect my baby. Risau. For those yang pregnant, if you got fever or any sakit, go & seek the doctor. Jangan makan ubat sebarangan. Bahaya tau. Paling penting, jaga pemakanan. Never ever makan any raw seafood or half cooked dishes. It’s too risk. Like me, rasanya food poisoning ni disebabkan saya makan kerang. Huhuhu.
So far, baby development is good. My baby is very active one. Selalu menendang or menumbuk. Yang mana satu pun den taktau la. Hehe. Masa dia kecik oklah. Bila dah masuk 25weeks and above, sakit jugak perut den bila dia tendang. I wonder bila masa dia tido. Time den tido dia dok main-main. I guess she really love to play one. For us, memang excited everytime scan our baby. Sebab dia akan show of her skill & stunt. Subhanallah. Some of the moments that we never forget masa tengok dia swimming in my womb, garu dagu (maybe gatal kot), yawning, sucking her mouth & lips and also blink her eyes. Oh, her chin shapes just like mine. Hehe. Her head, stomach & hips size was just fine. Alhamdullilah.

Oh, 1 more thing, I’ve got an overweight issue in my 2nd trimester. Nak post pasal ni in next entry. I’ll share my stories & experience with all of you. Ececeh. Takde la cite apa pun, saja lah nak ber-emo skit. Hahaha =p

Mar 16, 2011

Baby Bump!

I’m entering 30th weeks this week. Alhamdullilah. So far so good.

Ramai yang dah tanya apa gender baby saya. Dah banyak kali percubaan nak tengok gender baby, but failed. Baby refused to show it. Dia malu. Ada je helah & gelagat dia. Memang auta betul my baby. Doc pon puas pujuk, dia takmau jugak show the ‘barang’. Penyegan rupanya anak den nih. Macam omaknya la jugak. Keh keh keh =D Finally, semalam baby co-operate well masa tengah scan.

And.... insyallah, it's gonna be a baby girl!

Speaking about my baby bump, some of you requested my pregnancy photo kan. Sorry, sejak mengandung ni, saya takde mood nak pose. Hilang semua aura gedix. Hahaha. Oklah, for the first time ever… Now, I’m presenting you… My not-so-big baby bump. Hehehe =p


29weeks

Tell you the truth, in 1st trimester, my face was so pale. Jadi, haruslah menjauhkan diri dari camera. Heee. Masuk 2nd trimester, muka dah glowing gitu. Ececeh. Perasan =p But, then malas tahap gaban nak snap any pics. Heee.


From left : Me at 22weeks, Me at 27weeks. Any different? Hahaha.

I think I mewarisi baka perut kecik from my mum. My bump not show up until 18 weeks. Jenuh la cheq tunggu bila perut nak buncit. Hehehe. But then, bila perut dah membesar, the rest of my body juga tidak mahu ketinggalan pembesarannya. Alahai. The most changes part was my breast & buttock. Grrrr. Geram tau. Besar bagai juara, dah macam Pamela Anderson + J.Lo. huhuhu. And of course tak seksi langsung lah. Huaaaa… sabor jelah. My cheek was sooo tembam kan. Pipi bulat macam kuih pau dah. Hahaha. Den pasrah.


Insyallah, this weekend kami nak marathon shopping barang baby + jengok apa yang ada kat Motherhood Expo kat Mid Valley tuh. Banyak lagi belum beli. 70% stuff need to buy! Baju sehelai pun tarak ada nih. Pi survey semua kedai, tapi dok tengok sajalah. Kalut betoi! Hehehe =p

Feb 9, 2011

1st Trimester

Salam bloggers & readers =)
Firstly, thanks for the sweet & warm wishes from all of you. Cheq terharu!
Sorry ye. Saya ni terkedek-kedek macam kura-kura nak update pasal pregnancy. Heee.

Ok, now its time to reveal my first trimester journey. Sekadar untuk berkongsi pengalaman saya menempuh minggu-minggu yang sangat mendebarkan. Setiap masa memang tak pernah henti berdoa pada Allah SWT.

Terus terang saya bagitau, every second terasa lama sangat. Dok kira bila nak lepas tempoh kritikal ni. Pengalaman 2times miscarriage dulu, buat kami agak fobia. Takut. perasaan yang tak best tau. Anything can happen at this stage. My lovely friends bagi kata semangat. They want me to think positive. Thanks a lot friends =)

And from the first day I know that I might become a mum, cabaran & dugaan dariNya sentiasa mendatang. DIA lebih mengetahui segalanya.

Here goes my story…
On 22Sept, period dah lewat 4hari. Normal la kan. Tengahari tuh, ada a bit stain spot. Saya memang budget tu period. Ok lah. Malam tu, period tak de pun. So I decided to wait until 24hours la. After 24hours, memang no period come out at all. At this moment, saya tersangatlah cuak okeh. Ape mendenye stain spot itu???

Next day, bangun pagi, terus husband suruh buat pregnancy test. And the result….INVALID! Heran jugak la haku. Kenapa pulak invalid? Then, another line show off. Tapi blur skit la. Lama jugak haku termenung kat jamban. Heee. Laaaa… ghupenye haku salah baca. Hahahaha =D Haku pegang pregnancy test stick tuh terbalik, itu pasal la resultnya macam tuh. Nampak sangat otak tengah serabut, tak function. Heeee.

The whole day tu, no period come out jugak. Next morning, saya try buat another test one more time. The result stills the same. 1 line terang, another line was blurring, but a bit brighter than yesterday. So, kami decided untuk terus jumpa Gynea. Dr buat fully checkup. Then, scan. But, belum nampak apa lagi. 5weeks is considering too early. 6weeks and above baru scanner dapat detect your baby. So, Dr bagi ubat, Duphaston & Aspirin. Folic acid, I keep continue taking it as usual.

On 30sept, saya buat pregnancy test lagi. The result is more accurate for this time. Dua-dua line tu lebih terang & clear. Lega, but at the same time still risau sikit.

Esoknya, jumpa Dr again. Masa ni, cuma fikir mudah-mudahan ada progress yang memberansangkan to my baby. Alhamdullilah, masa scan tuh, dah nampak kantung baby. Kecil sangat. About 11.2mm. Baby, belum nampak. Hari tu, saya kena inject ubat untuk kuat rahim. Masa inject memang tak sakit. Tak rasa apa sangat. But after that… huhu… baru rasa pedih kat buntot. Kesan ubat tu. Dekat 3jam jugak la rasa pedih. Lepas tuh baru ok.

7 Oct : Follow up with Gynea. Masa Dr. scan dari atas (kat perut) just nampak kantung baby. So, Dr insists nak scan dari bawah. Ya Allah, sangat berdebar-debar masa nih. A few seconds, Dr cakap tgk scanner screen. Look at that tiny blinking. It’s your baby heart. Mashallah. Subhanallah. Memang tergamam. Kami berdua speechless. Terkedu. Buat kali pertama kami dapat tengok heartbeat baby. Nak nangis pun ada. Tapi, harus control macho. Hehehe.

Every 2weeks saya kena follow up for checkup. Dr nak monitor my pregnancy development sampai la my condition stable. After checkup on 13weeks, my condition was not so good. Uri kat bawah. Dr told me kes uri kat bawah ni memang biasa terjadi kalau si ibu pernah keguguran & pernah D&C. So bagi yang pernah miscarriage, just take extra care of yourself. Dr advice, banyak berehat, jangan angkat berat-berat, jangan banyak berjalan sebab bila uri kat bawah ni, senang untuk bleeding. Baby on the other hand, dah besar, grown up accordingly. Alhamdullilah, organ-organ penting dah terbentuk. Kepala, badan, kaki, tangan, tulang belakang, rahang muka pun dah nampak. Kaki sangat aktif menendang but I still can’t feel the movement. Dr pun cakap the baby is still small. Memang tak dapat nak rasa sangat. Sepanjang 3bulan, memang saya tak ke mana pun. Dok terperap kat rumah saja. Tak larat pun nak beronggeng macam dulu-dulu sebab morning sickness agak teruk.

Aha. Cerita pasal Morning sickness ni, memang antara dugaan besar lah. Loya & pening tak kira masa. Selera makan pun hilang. Nak tak nak saya paksa diri makan jugak. Boleh makan sikit je. Everyday saya muntah. Kalau time teruk, setiap kali makan, muntah. Berat badan memang susut, tapi tak kurus pon. Hehe.

Paling teruk, kes muntah on my birthday. Masa tu husband belanja makan Thai food sebab saya lah yang teringin. Masa makan, hah.. tak hengat ko. Bukan main selera. On the way balik rumah, start la drama muntah tepi longkang. Masa tu dah tak segan silu dah. Sampai malam den muntah. Sampai lembik. I think 100% the food that I ate keluar balik. Pengajaran tuh. Sejak dari kes tu, saya memang serik dah nak makan banyak. No point kalau makan banyak tapi keluar balik. Baik makan sikit but semuanya badan dapat absorb. Dr pun advice macam tu. So, siapa yang muntah-muntah in your early stage of pregnancy, just eat accordingly to your body adjustment. Ikut badan masing-masing.

Oh, another dugaan for me, sakit urat kaki. How to explain the pain that I have to go through? Sakitnya bukan kepalang. Duduk sakit. Berdiri pun sakit. Bila berjalan terhencot-hencot la kekadang. Bila penat, my womb tends to cramp & sakit-sakit. Sakit ni seakan-akan sakit masa miscarriage dulu. Memang agak menakutkan jugak. But, alhamdullilah, everything was just fine. Maybe masa ni saya jarang minum susu. Tak lalu. So badan tak cukup kalsium, sebab tu senang je cramp.

Now my condition is getting better. Insyallah, my EDD will be on 27 May 2011. But after last checkup, EDD will be on 1 June 2011. Plus minus 5hari tu biasa la kan. Oklah, kita continue cerita 2nd trimester in next entry lah ye. Jenuh pulak korang nak baca kalau cerita non stop nih. Panjang bebenor. Sorry. Heee. Insyallah, lepas ni saya akan update blog selalu. Hihi. Promise =D

Jan 11, 2011

A New Year Announcement

Rasanya it’s not too late to wish Happy New Year to all readers & bloggers. Heee =D

Firstly, syukur ke hadrat Ilahi untuk rezeki dariNya. 2010 has left us behind with a great year & memories. For all challenges & happiness, it’s worth when you believe & have faith in Allah.

Only one word to express everything – Alhamdullilah

I’m PREGNANT =) Insyallah, I’m in 20weeks of my pregnancy.

That’s explaining why I didn’t update anything since my last entry.
1st trimester was a bit tough for me. Keadaan saya tak begitu stabil. Nanti saya cerita. Hehehe. Orang kata, rezeki tu datang bila kita tak sangka-sangka. Betul rupanya. Memang unsangkarable. Heee.

Secondly, saya mohon maaf sebab biarkan blog bersawang. Blame the hormone please…. Tak larat nak mengadap laptop. The only thing I’ve done, lay down in my bed. Maaf atas komen & email yang tak berbalas. Sorry. Slowly saya reply ok. Jangan marah atau kecil hati ye. Maaf kerana dah lama tak tinggalkan jejak pada blog kamu semua. I’m back for good now! Dengan penuh semangat & azam baru. Cewah.

Insyallah, I’ll update about my first trimester in next entry. Till then, take care everyone =D

Jul 5, 2010

Buat Anak

Orang kata buat anak tu senang. Senang ker? Tak jugak.

Ada yang senang, ada juga yang kurang bernasib baik. Rezeki masing-masing. 1001 macam dugaan & cabaran perlu hadapi untuk mendapatkan zuriat. Ada yang kahwen bertahun-tahun tapi masih berdua. Belum rezeki mereka untuk bertiga berempat & berbilang-bilang. Kami pun begitu.

Anak tu kan rezeki. Penyeri hidup. Selagi muda, beranak lah ikut kuota & kemampuan masing-masing. Selagi ada kudrat. Bila Allah kurniakan anak pada kamu, terimalah dengan hati terbuka. Harus gembira dengan pemberian dariNya. Syukur. Jangan terbit rasa ralat dalam hati. Itu hanya bisikan syaitan durjana.

Perancangan keluarga tu penting. Anak pertama, tak payahlah terlalu merancang. In your 1st 6month after married, boleh excuse untuk honeymoon puas-puas, berdua-duaan. Selepas tuh, rajin-rajin lah berusaha ya. Hehehehehe =D

Ada sebab saya kata begini.

Macam kes saya. Lepas kawen, mengandung & keguguran, baru saya tau betapa susahnya untuk jadi ‘Survivor”. Qada’ & Qadar ini Dia telah tentukan.

Tipu lah kalau saya kata saya tak tension bila fikir soal anak. Kadang-kadang, terasa jugak. Tapi saya kena kuatkan semangat. Think positive! =)

Benih di dalam rahim ini, bukan kita yang control. Tapi, Dia yang mengaturkan segalanya. Kun Fa Ya Kun. Maka jadilah ia. Katalah 5tahun lepas kawen, baru saya mahu mengandung. Masa tu baru tau ada problem nak pregnant. So, campur tolak, mungkin saya akan rugi kasar 7tahun tanpa ada anak. Rugi besar kan.

Tika ini, saya bersyukur kerana masih lagi diberi kekuatan mental & spiritual. Alhamdullilah. I know that I must get ready & be prepared to face whatever circumstances in future. Big hug and kisses to husband, our family & friends for your support all this while. Thank you. I love you to the max =)

Pada yang senasib dengan kami, sabar ya. Ada hikmah disebalik dugaan yang Allah berikan ini. Ape yang penting, kerjasama! Hehehehehe =D

Gambate!!! =)

Jun 21, 2010

Itu Namanya.....

Tuhan nak menguji

Biasanya kalau Tuhan nak bagi sesuatu yang baik tu,

Dia akan uji kita dengan sesuatu yang agak payah

Dia nak tengok sejauh mana kesabaran kita

Kadang-kadang tu,

Kita pun ada buat salah jugak

Tuhan nak menegur


Nota kaki : Killing me softly

Jan 19, 2010

Siapa tak baca, dia yang rugi….

Panduan hebat untuk kamu!

Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender

Original Message Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article :

Puan bolehlah membuat pengiraan dari tarikh puan datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-

KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth; sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb)
Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki) : 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (Anak Perempuan) : 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

Berdasarkan kalender di atas, Puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid Puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami. (yeah, I like this one. Hehehe. Excuse me, gatai mode ya !!)

Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10. Jadi pada hari ke 11 hingga 17, Puan dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 (lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari) dari tarikh period terakhir.

ALL THE BEST & GOOD LUCK!! INSYALLAH

Tips yang bagus untuk dicuba bagi yang dah berkahwen.
Pada yang belum berkahwen, save this article sebagai panduan perancangan masa depan.
Ok, We’ll see whether this tips is accurate or not in 9month ahead (approximately). Insyallah. Go fathi go! Hehehe.

Nota kaki : Mencuba & berusaha, wajib. Harus yakin, Allah telah mengatur & menentukan setiap satu itu untuk hambaNya.

Aug 4, 2009

Syoknya!!!

Satu perkara yang seronok bila mengandung
Saya boleh makan banyakkkkkk ;p hehehe

Syokkan :) Inilah salah satu nikmat Allah swt untuk wanita hamil. Gembira bila boleh makan tanpa rasa bersalah pada janji manis untuk berdiet.hehe. Tapi, harus diingat juga ye. Jangan amalkan konsep 'aku makan untuk 2org'. Aha,konsep ini sama sekali salah. Konsep ini boleh menyebabkan ibu-ibu mengandung over weight dan mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Lagi parah jika baby over weight. Jadi, makan dengan berhemah ;) cewah.hehe.. Makan bila lapar,berhenti sebelum kenyang :)

Jadual pemakanan saya sekarang sudah berubah. Buat masa ni,saya tak lalu makan pun. Pagi,sekadar alas perut dengan 2ketul roti bun. Waktu diantaranya, sementara lunch, saya makan kismis dan kurma. Air suam sahaja. Saya tak suka air manis sekarang. Tak boleh nak masuk. Saya penggemar teh yang tegar. Tapi, oleh kerana kondisi badan tidak mengizinkan, maka saya tidak menyentuh langsung minuman kegemaran saya itu.huhuhu...

Susu, saya pilih anmum. Bagus ke anmum nih? Saya beli je. Sebab kurang lemak.hehehe. Tengahari, saya makan spaghetti/makaroni/bihun/kuew teow. Nasi? hmmm..cannot cannot. Entah kenapa saya tak selera nak makan nasi. kesian. Eksen ye.. Saya cakap kat syah, baby ni anak omputih agaknya ;p hehehe. Pizza,steak,chicken chop,fish & chip. Yang ni memang dok teringin je memanjang. Terliur tengok pie dalam rancangan French Food at Home. Sedapnya!

Tekak loya selepas makan. Kalau ikutkan hati, mahu saja saya muntahkan semua isi perut. Tapi, bila memikirkan amanah yang satu ini, saya tahankan jua. Perit. Badan lemah longlai. Sabar sabar. Cobaan ;)








4weeks :)

Jul 31, 2009

Gusar

Alhamdullilah

ungkapan pertama yang patut saya ungkapkan. Syukur ke hadrat Allah SWT untuk rezeki kurniaannya sekali lagi buat kami. Ya,saya ingin umumkan berita ini pada kalian :)
Saya disahkan mengandung. Perasaan? mestila gumbira yang tak terungkap.

Tapi, disebalik gumbira & syukur, sekali lagi kami diuji.
Sejak sabtu lalu, saya mengalami vaginal spotting or bleeding. Saya mula risau. Spotting mula berkurang hari ahad & isnin. Tapi kembali banyak hari selasa. Jam 3pagi, sakit yang teramat datang tiba-tiba (crampy, very sharp pain at pelvic like pelvic pressure). Saya kejutkan syah. Kaget. Syah pun tak tau apa yang patut dibuat. Syah cuma baca ayat kursi, al-fatihah & selawat syifa sambil usap perut (rahim) saya. Sakitnya... hanya Allah saja yang tahu. Dalam hati, terdetik kegusaran akan kehilangan benih ini sekali lagi :(

Pagi, kami ke Pusat Pakar An-Nur. Sekali lagi,bertemu Dr.Fatimah yang sangat baik. Sesi consultation, checkup & scan. Kami dapat melihat kantung kecil itu. Kecil yang amat. Sangat fragile. Jika ikut kiraan Dr,kandungan saya berusia 7minggu. Tapi,mengikut result scanning, usianya mungkin baru 5minggu. Instinct saya mengatakan kandungan ini 5minggu. Optimis. Dr.Fatimah berikan Dupasthon, hormon progestron yang bertindak menampung baby sepanjang tempoh 9bulan 10hari ini.

2minggu akan datang, saya perlu checkup semula. Setakat ini, status baby 50-50. Jika 2minggu lagi,terdapat progress yang memberansangkan dalam kantung itu, maka baby saya selamat. Jika tidak, anda tahu kesudahannya kan...Ketika ini,saya berehat dirumah saja. Bedrest. Tapi spotting masih belum menunjukkan tanda-tanda berkurang. Kami hanya mampu berdoa padaNya. Hanya Dia saja yang lebih mengetahui setiap sesuatu itu.

Terlalu banyak untuk saya coretkan. Luahan rasa. Doakan kesejahteraan kami ya :)