Sejak minggu lalu, nampaknya berebut-rebut warga KL buat jamuan raya aka open house. Memang agak menggila jugak la. Rata-rata jalan sekitar KL memang jammed on last weekend. Dah expect pun. Macam tahun-tahun lepas juga lah.
Sabtu lepas, kami ada 4jemputan. Yang dapat kami tunaikan cuma 2jemputan saja. Itu pun dah senak perut bagai. Tak boleh masuk apa-apa dah. Full! Hehehe.
As usual, every year kawan-kawan baik saya ni mesti nak beraya sama-sama. Mesti ada makan-makan raya for 10 GBH. Kali ini kita buat potluck di kediaman Cik Azura. Juadah, ada yang masak sendiri, ada yang beli saja. Menu hari itu, Ketupat Sotong, Rendang daging, Nasi Impit, Beef Lasagne, Mediterranean Pasta, Kimchi, Sundubu, KFC, Nasi Lemak + Sambal Udang, Bihun Goreng Singapore, Chocolate Indulgence Cake & beverages.
Macam-macam ada kan. Dah ala hidangan international nih. Western meets eastern lah. Hehehe. Oklah. Moh kite layan gambo saja ler.

GBH junior yang comelssss

Aneka ragam

Anak dara posing sakan. Hehehe


Esoknya, saya dok rumah saja. Sebab sakit perut. Inilah dia akibat makan tak hengat donia. Heeee. Wiken ni nak serbu rumah sapa pulak? Hahaha =D
Credit to zura for comelness pictures.
Nota kaki : Terima Kasih daun keladi pada kawan-kawan yang sudi mengundang diri ini ke rumah kalian untuk jamuan raya. Maaf dipinta jika tak dapat tunaikan jemputan kamu atas sebab yang tak dapek den nak elakkan. Insyallah, tahun depan kalau korang buat open house, jangan lupa jemput den eh. Hehehe =)
Ini cerita minggu lalu.
Aktiviti iftar daku bersama member-member kamcheng sebuluku
Dah jadi perkara wajib setiap kali Ramadhan untuk kami berkumpul. Bila dah berjumpa tu, tak sah la kalau tak berborak & bergelak ketawa tak hengat dunia. Bukan selalu kan. Sekali sekala. Seronok imbas memori zaman muda remaja. Heee =D
Lokasi Iftar : Cozy House Restaurant


Menu Iftar :
Nasi Putih
Chicken with dry chili & cashew nut
Siakap tiga rasa – sweet sour
Sotong goreng tepung
Tomyam seafood
Kalian ikan masin
Pandan leaves chicken
Ice Lemon Tea, Mango Blended Juice, Asam Boi + Lime Juice, Coffee

Peserta : Syahrul, Fathiyah, Hafsah, Jo & Nadiah.

See the ikan = Korban percintaan. keh keh keh =p

Dah feel raya! =D
Iftar on the next day
Lokasi Iftar : Kediaman Cik Siti Azura

Menu Iftar :
Nasi Putih
Udang Paprik
Sotong Masak Serai
Ikan Kembung Goreng Kunyit
Kerabu Mangga
Sayur Campur Masak Sos Tiram
Telur Dadar
Ayam Golek
Lime pudina juice
Menu Moreh : Kopi Cap Kapal Api betul betul kaw. Hehehe. Puding custard, Biskut kering...memang terangkat habes!!! mabeles =D
Peserta : Dalila, Azie, Hanim, Athirah, Fira, Zura & Fathiyah. Tiada gambar sebab lupa. Masing-masing sebok dok bergebang.
Semua menu ni, kami masak beramai-ramai. Gotong-royong. Seronok dapat main masak-masak. Dah macam rewang kenduri. Hehehe. Dengan kecohnya kami nih. Gamat satu rumah hang Zurud. Macam makcik-makcik. Hahaha =D
Lepas iftar, sempat jugak kami belek album gambar dulu-dulu. Lawak giler. Sorang-sorang muka innocent habes. Aah, I miss those days a lot. Jam 12 tengah malam baru lah masing-masing pulang ke pangkal jalan. Time up for ronggeng ronggengan! Bini orang & mak orang pinjam a few hours untuk jadi bujang sekejap na. Jangan marah haa. Hahaha =D
Hmmm…
Korang, aku terkenang nostalgia zaman muda dulu la. Zaman study di UTM. Hati meronta nak kembali ke masa itu. Kalau boleh la. Hehehe.
Zaman manis aku dengan member kam-cheng sehati sebulu. Syiok! Kalau aku nak recall semuanya satu persatu, memang tak tercerita lah. Biasanya kisah lawak bodoh, perkara yang memalukan yang kita paling ingat sekali. Hahaha. Aha, kisah sedih juga tersimpan rapi dalam hati. Itu namanya memori.
Moh kita layan gambar aku dikala umur hingusan. Comot seyh. Memang selenge. Hahaha. Itu pasal takda yang berkenan gamaknya =p

Freshies. 1st year nih beb

Inilah Geng 10 Budak Hitam

Ronggeng di Sunway Lagoon

Raya situ sana sini

Geng kaki tour raya. Hehehe

Kat stesen LRT pon amik gambo? ngehehe

Aksi Sengal. Hahaha

Geng Nasyid???? =p

Aksi Drift!!! Haha

Ok. Smile

Ditepi pantai yang indah.....Desaru

Kelas terakhir bersama lecture yang hensem
Spot my sembab face! Tak cukup tido

Tesis siap! Lega... Phewww

Yes. We did it!

Hepi sampai mata pun stim. haha

Aksi balingan topi yang tak menjadi

Graduate dinner. First time saya makeup. Hehe.
Sangat lah tak pandai. Voley lah kans =p

Tour from JB to Tumpat,Kelantan
Naik keretapi sampai kebas punggung

Renung masa depan. wakaka


Gaya PATI. wakaka. Maaf pak, kami ada permit pak =p
Oh ya. Saya mahu ucap ribuan terima kasih pada semua yang sudi follow, baca, intai & jengah blog ini. Trimas kalian. Kalau ada yang mahu bertukar link blog, silakan. Saya sentiasa sudi =) Yang mana pembaca senyap tu, trimas banyak-banyak.
Tempoh hari ada pembaca tanpa nama tanya saya tentang brand folic acid yang saya consume. Dulu, saya ambil folic acid dari Gynea. Gynea cakap kalau mahu beli folic acid kat farmasi & klinik pon boleh. Tak kisah brand apa pun. Sama saja. Biasanya saya beli folic acid di Watson & Guardian, RM3.00 for 5strip. Kalau kurang pasti, tanya saja pada pharmacist yang bertugas ya. Harap info ini membantu kamu =)
Nota kaki : Minggu ini den bersemangat nak update blog. Banyak yang menarik. Jeng jeng jeng. Stay tune everyone! Konon-konon suspen ler tuh. Hahaha =p
Entry title sound sooo flirt rite. I loike it. Hehehe =D

This is what happened when you are getting older yo. You feel sexier & comel than ever. (Perasan) Hahaha.
Sorry folks. The ‘aunties’ bunny & mice is not a hot chick with blue eyes, blonde hair and berani-mati cloth ya. They all hijabi chicks. But hey, somehow, they still sexy rite? Hahaha.
Kejadian ini berlaku di rumah Pn. Farah & famili. Sempena, Amsyar Darwisy 1st Birthday. Konsep asal birthday party Amsyar ialah Teletubbies, Ea Ooo (sound of teletubbies). Veryyyy da colourful party. Planning kami nak pakai tee shirt cartoon. Malangnya, hanya aunty Fira, aunty Hanim & aunty Tirah sahaja yang betul-betul menepati tema. Tak apalah. Yang penting kami cheerful. Hehehe. Pening jugak cheq cari baju. Baru perasan yang collection cheq semuanya kelam. Very kelabu asap you. Haha. End up, I’m wearing pinky anak tudung. Nak kasi ceria punya pasal lah nih. Hentam saja lah labu.

Kad Jemputan =)


Birthday cake & cupcakes was made by Bake Freshly. Aktiviti, makan makan makan. Hehehe =D
Menu : Seperti biasa, konsep pot luck. Ayam & daging panggang, Lasagna, Pizza, Jelly cocktail, Nasi Lemak sambal udang, KFC, Blueberry cheese tart & jajan.

Amsyar & Mama
Happy 1st Birthday Amsyar Darwisy. Moga membesar dengan sihat & kuat, jadi anak yang soleh. Insyallah.
Nota kaki : Selamat Hari Ibu kepada Pn.Fauziah & Pn.Siti Hawa, dan semua ibu-ibu =)
Haluuu…
Dearest my lovely readers,
today I’m back in track again. Hehehe =)
Ya ya. Saya kembali untuk berbelog dengan penuh semangat. Wah. Ini semangat ‘wonderland’ ya. Hahaha. Capek bangat tapi seronoknya tak terhingga. Mood bercuti masih membelenggu diri. Mood horny-moon (bak kata Diah) masih memuncak. Hehehe. Gila daring my confession. Hahaha. Ignore the horny part please =p
Tapi, sebelum kita ke ‘wonderland’, saya mahu tribute entry khas untuk sahabat saya, Geng 10 Budak Hitam, Lela yang telah selamat bergelar isteri kepada Boy sabtu lepas. Alhamdullilah. 1 more down, tinggal lagi 5 dara pingitan. Pada 5 dara pingitan, copat-copat yo. Hehehe. To Lela, Congratulation! Moga bahagia hingga ke hujung nyawa. Aku doakan penyatuan kalian ini diberkati & dirahmati Allah swt sentiasa. Have a wonderful marriage life! Berdua memang lebih baik kan? Setuju tak? =p
Ok. Mari layan gambar

Me & The Bride, Lela
Kami & Pengantin baru
My fav, kerawang frame at pelamin backdrop! Nice =)

7 Budak Hitam in action =p

Dah terlanjur bercerita pasal wedding, meh kita heboh pasal ini pula. Aduh, sori sebab lambat bebenor gebang tentang ini. Ampun. Cepat! Masih sempat lagi kalau kamu mahu join. Jom!

Wedding Gathering
Open for BLOGGERS, NON BLOGGERS, BRIDES2B, EX BRIDES, NON B2B & READERS
THE ZON ALL SUITES RESIDENCES(hotel belakang masjid klcc)
Daisy Hall
27th March 2010, 2pm-6pm
RM25nett per person for;
HI-TEA (light meals)
-doorgift
-games -(for guys,girls,unmarried couples&married couples)
-wedding talk & discussions
-parade of wedding dresses by some famous designers(ex brides')
-wedding albums review
-booth for wedding stuff and casual stuff
(wedding cards,dresses&accessories,doorgifts,mini dais,lanterns,feminine care)
-workshops and tips
Please email your attendance at
malaygirl83@gmail.com (Diah)
Due date : FRIDAY 19th MARCH 2010. Today!
Insyallah, pengantin basi ini juga akan turut serta. hahaha =p
Sabtu lepas adalah hari marathon majlis kahwen. Makan free siang malam la cheq. Hehehe =) Terima kasih daun keladi atas undangan kalian.
Tengahari, kami sampai ke majlis Sab jam 1. Terus saja kami ke meja hidangan. Mahu isi perut. Makanan memang sedap. Ada kambeng panggang faveret cheq itu. Hehehe. Dalam pada tu, mata saya dok melilau. Cari rakan blogger yang lain. Aha, saya cam Anil yang comel lote dari jauh. Kami join depa la. Oh, ini kali pertama saya ketemu blogger mates yang lain. Segan silu sangat. Malu betoi cheq. Depa semua memang femes, cantik bangat & fabulous. Ramah tamah semuanya.
Ok, majlis dimulakan dengan sesi blogger bergambar kat meja makan. Hehehe.

1. Getting ready. Setting pose dulu =p
2. Ok, smile!
3. Gambar ini buat saya tersengih ala kerang busuk. Hahaha =p Sila tengok muka saya & Anil. Kenapa ya begitu? Hehehe.
Belakang dari kiri : Diah, Zain, Nad, Azie, Amy & Abby
Duduk dari kiri : Saya, Anil, Hanie, Ida & Qis.

Then, Sab the bride of da day pun datang ke meja kami. Terpesona cheq dengan Sab. She’s soooo beautiful. Yup, macam muka Wardina kan.

Saya & Sab. Aih, spoilt betul senyum kambeng saya tuh =p
Sesi berikutnya, bloggers making havoc. Hehehe. Sebenarnya ini sesi ucapan untuk pengantin & sesi bergambar bersama pengantin.

1. Kalut =p
2. Anil tengah berucap tuh
3. Ucapan beramai-ramai

1. Say hi! =)
2. Bloggers with Sab & Adam
3. Wooooo… terlindung pulak haku. Nampak mata saja. Hehehe

Kad & souvenier

Hall Deco. Semuanya serba simple but nice. Dengan tema white + pink yang sangat cantik.

Pelamin. Sekali pandang saja, sudah jatuh cinta dengan pelamin Sab yang mirip pelamin dalam filem Ayat-Ayat Cinta.

Pengantin baru & Kami
Sab, kamu sangat cantik. Baju cantik. Makeup cantik. Sooo stunning. Alhamdullilah, both of u telah selamat diijab kabulkan. Syukur. Welcome to the club =) Oh, saya sangat terkilan dengan gambar yang tak menjadi dari kamera saya nih. Hampa sungguh hati cheq. Sab, kte nak softcopy our pic together boleh tak? Nak buat kenang-kenangan =)
Selesai saja majlis Sab, kami bergerak menuju ke majlis Muhsin & Wani pulak.

Sampai saja, kami terjah pengantin dulu. Aha, macam muka Aflin Shauki tak? Hehehe. Muhsin ni classmate saya masa kat TIKL dulu. Memang la perangai dia suka menyakat & mengganggu ketenteraman orang. Hahaha =p Tak sangka ko dah kawen ye Muhsin. Dengan pojaan hati dari zaman sekolah pulak tuh. Kalau dah jodoh, tak kemana. Alhamdullilah.

Ha, ko dah tobat nak kawen 4 kan? Hahaha.
Dari kiri : Hana, Shafa, Mushin, Wani, Cheq & Ainul.
Malam, majlis bertandang Ashylla pula. Dokat sangat dengan rumah cheq hah. Sekentut sajo dah sampai. Hehehe =p Bila melangkah masuk dewan saja dah nampak meja untuk bloggers.

Ini geng meja kami : Mira & husband. Pengantin baru jugak nih =)

Geng meja sebelah : Hanie & husband, Diah & adiknya, Anil & kawannya, Zain.


Souvenier. Oh, bloggers dapat candle yang menarik tuh kan. Comel bangat! Hall deco. Sangat cantik. Tema, white + pink. Kombinasi warna kegemaran cheq. Pelamin memang da bomb. Superb! Ini gambar walkway & arch entrance. Masa snap gambar ni, wedding planner tengah betulkan red carpet yang senget benget. Ada funny moment disebalik red carpet ini. Kami menjadi saksi. Hehehe =p


Ketibaan pengantin.
Cantik bangat baju kamu ash! Kamu sangat berseri-seri. Makeup pun lawa =)
Acara bersanding & merenjis
Makan beradap

Sesi bloggers berposing pulak =p Oh, kualiti gambar kureng sikit.
Bloggers with pengantin

Saya & Hanie, Mira, Diah, Qis.

Terakhir, Kami =)
To Sabrina & Adam, Muhsin & Wani, Ashylla & Abdullah, selamat pengantin baru. Moga mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Ida, seronok dapat berbual lama dengan awak. Mira, awak sweet tau. Anil, awak memang happy go lucky. Diah, awak very lovely person. Nad, awak sangat ceria. Hanie, best borak dengan awak. To Qis, Azie, Wawa, Ann & Zain, nice to meet all of u. Keep in touch. Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Insyallah. Oh, saya mahu link semua blog kamu di blog saya ya =)
Nota kaki : Kalau ada yang mahu original pics softcopy, kamu boleh emel saya at anytime =)