Showing posts with label Rasa dan Aroma. Show all posts
Showing posts with label Rasa dan Aroma. Show all posts

Apr 16, 2012

Homemade Solid Food

page
Here is some of the menu that I made with lots of loves for my baby recently. From L-R : breakfast - keledek goreng, lunch - nasi goreng cina, snack - betik, teatime - cucur nestum.

Tell you the truth, for the past 3months I didn’t cooked at all (since I’m stayed with my parents for a short period & of course I love to eat my mum cooks...alasan..hehehe). Setakat pegang senduk kacau gulai tak dikira masak la kan. Hahaha.

Now, I’m back to rock my kitchen ;p Cooking always is my favourite. You know…the feeling of satisfaction when seeing your family eat & full their empty stomach. Then they burp & say Alhamdullilah… those normal & everyday reacts makes me a happy mom & wife. Yeah, I’m so delight to cook for them. Insyallah, I’ll always cook with loves & passion in future. Air tangan ibu & isteri pengikat kasih sayang family =)

I notice Nuha suka foods yang goreng-goreng macam cucur, just like her ayah. So I use either olive oil or unsalted margarine (she allergic to butter – dairy products) to cook her food. Kalau goreng cucur, masakla mak nak guna olive oil ohhh anak. Mak just guna minyak sawit jelah ye. Hehe…

Insyallah, I’ll share some recipes that I had been trying so far. If you want to get info about homemade solid food, come & join the HSFFYB group in FB. Keep on cooking healthy foods mommies!

Oct 1, 2010

Open House Mode

Sejak minggu lalu, nampaknya berebut-rebut warga KL buat jamuan raya aka open house. Memang agak menggila jugak la. Rata-rata jalan sekitar KL memang jammed on last weekend. Dah expect pun. Macam tahun-tahun lepas juga lah.

Sabtu lepas, kami ada 4jemputan. Yang dapat kami tunaikan cuma 2jemputan saja. Itu pun dah senak perut bagai. Tak boleh masuk apa-apa dah. Full! Hehehe.

As usual, every year kawan-kawan baik saya ni mesti nak beraya sama-sama. Mesti ada makan-makan raya for 10 GBH. Kali ini kita buat potluck di kediaman Cik Azura. Juadah, ada yang masak sendiri, ada yang beli saja. Menu hari itu, Ketupat Sotong, Rendang daging, Nasi Impit, Beef Lasagne, Mediterranean Pasta, Kimchi, Sundubu, KFC, Nasi Lemak + Sambal Udang, Bihun Goreng Singapore, Chocolate Indulgence Cake & beverages.

Macam-macam ada kan. Dah ala hidangan international nih. Western meets eastern lah. Hehehe. Oklah. Moh kite layan gambo saja ler.


GBH junior yang comelssss


Aneka ragam


Anak dara posing sakan. Hehehe





Esoknya, saya dok rumah saja. Sebab sakit perut. Inilah dia akibat makan tak hengat donia. Heeee. Wiken ni nak serbu rumah sapa pulak? Hahaha =D

Credit to zura for comelness pictures.

Nota kaki : Terima Kasih daun keladi pada kawan-kawan yang sudi mengundang diri ini ke rumah kalian untuk jamuan raya. Maaf dipinta jika tak dapat tunaikan jemputan kamu atas sebab yang tak dapek den nak elakkan. Insyallah, tahun depan kalau korang buat open house, jangan lupa jemput den eh. Hehehe =)

Sep 27, 2010

Nasi Kandar Beratur

Sapa anak Penang?
Hang pa tau dak Nasi Kandaq Beratoq?
Kalau hang pa tak tau, koman la aihhh. Heee

There was a lot of Nasi Kandar stall in Penang. Yang famous, yang underground, semua ada. Just name it. Yang biasa kita dengar, Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Pelita & Kayu Nasi Kandar. Ada yang dah open their branches merata tempat pun. But, if you want to taste the original nasi kandar, you have to come to Penang. Taste it. Feel it. Ada beza tau. Mamu Penang mana sama dengan Mamu KL. Hehehe.

Saya ni bukan la peminat hard core nasi kandar. Sekali sekala pekena, why not kan. Last two weeks, kami serbu Nasi Kandar Beratur. Stall location, betul-betul sebelah pagar Masjid Kapitan Keling, center of Penang city.


Ceritanya, stall ini sebelah siang owner lain yang berniaga. Sebelah malam jadi stall Nasi Kandar Beratur. Business operation starts at 10pm until pagi tak tau pukul berapa. Hehehe. Kami sampai around 10.30pm, orang dah beratur panjang pon masa tuh. At first, saya memang terkejut la jugak. Macam tak percaya je orang sanggup beratur gile panjang just nak makan nasi kandar. Giler hebat manderem / kas-kas Mamu ni na. hahaha =p

Tu la speciality Nasi Kandar Beratur. Nama stall pun dah kena sangat dah. Bear in mind, kamu harus bersabar masa beratur. Tempoh beratur, dalam half an hour and above. Siapa yang kuat iman saja boleh sabar Q. Hehehe. If you comes in a group, cop la tempat duduk siap-siap. The seats were too limited. I’m wondering jugak kenapa depa tak tambah kerusi & meja. Sebab pelanggan yang datang non stop. The Q was never end. Sentiasa panjang until mid nite.


Kami order nasi putih + kuah kari (tak terlalu pekat atau cair, just nice) + ayam goreng + telur ikan + pedal ayam. Memang sedap. Especially ayam goreng yang rangup itu. Marvellous. Kenyang tak hengat la. Teh tarik pulak kaw kaw punye. Memang tak sama macam kat KL.

Harga, RM 70 for 8plate including drinks. Consider reasonable & puas hati since kami makan 3jenis lauk. Ayam pulak besaq-besaq. Heee. Kalau hang pa pi Penang jangan lupa try Nasi Kandaq Beratoq ni na. Finger likin’ good. Hahaha =D

Sep 4, 2010

Mohd Chan Abdullah Restaurant

Edisi iftar bersama si jantung hati
Teng teng teng teng teng =p *rhythm lagu si jantung hati*

Time puasa nih, ada masa sampai tak boleh fikir nak masak apa, especially di penghujung puasa macam la ni. Otak tepu gamaknya. Haha. (Alasan ler tu). Kadang-kadang, bila dah semangat nak masak, barang dapur pulak tak lengkap. Haihhh… Terbantut lah cita-cita & harapan =p

Bila 2 faktor ini bergabung, makanya, mood masak = Zero. Nan ado. Solution, Option 1 = Tapau, Option 2 = Makan kat luar. Hehehe. Bijak Bijak ;p

Kalau bab makan, cheq prefer masakan yang tak pedas. Medium pedas ok lagi. Chinese & Thai food always is my first choice. Mungkin sebab ada baki genetic Chinese & Siam yang tertinggal dalam blood platelet gue, pasal tuh la suka sangat stail masakan depa. Hehehe. Dah keturunan, nak buat lagu mana kan.


Destinasi makan kali ni, Mohd Chan Abdullah Restaurant, Bandar Baru Bangi.


Kami decided to try 3 MCAR dishes, which is Sotong Goreng Tepung, Thai Chicken & Tom Yam Seafood. Serve with nasi putih. Watermelon juice & limau asam boi juice sebagai pembasah tekak. There are a lot of dishes you can choose. Very variety.


Muka orang tengah sabar tunggu masa nak ngap!hehe

Rambang mata jugak la kami nak decide makan apa. Hehe. Rasa nak makan semua, especially ikan siakap & wantan mee. Adus...My favourite tuh. Meleleh weh. Tamak kan. Ngehehe =p

Sotong goreng tepung was nice. Rangup. Thai chicken & Tom Yam Seafood pon ok. Cukup rasa. For us, the food was ok. For those yang punya citarasa seperti kami yang tak tahan pedas, boleh la try makan di MACR =D

I think in a few years back, dah banyak restoran cina muslim started their operation. This is good! Sebab before this, I was like always teringin nak makan tahap gaban everytime lalu depan Chinese restaurant. Heeee. I always wish that someday there will be 100% Halal Chinese restaurant in KL. And my wish comes true =)

I’m always admiring Chinese cuisine. Suka giler tengok rancangan masakan cina (except ba alif ba ya dishes, yang tuh tolak tepi na). Heee. The ingredients, the cooking style, the food presentation & the taste, together make it perfect! Walla!

Btw, MACR got a few branches too. Check out
MACR website for more details.

Nota kaki : Kenyang. Alhamdullilah =) Makcik manggis, ni ke restoran yang makcik rekemen hari tu? Hehe.

Sep 1, 2010

Iftar – Edisi bersama Geng Belog

Peserta :

Diah + Reza
Fathiyah + Syahrul
Anil + Zam
Wawa + hubby
Nad + hubby
Azie + hubby
Ieda + hubby
Tasha + hubby
Cik Senah
Anne
Hanie
Jai
Ida

Lokasi iftar : Rak Thai, The Gardens

Menu :




Seperti di atas. Malas nak taip. Hehehe =p

Menu buka puasa Rak Thai kali ini just so-so. Tak semantop menu last year. Kureng kick lah. Lepas nih, harap Rak Thai buat menu yang gempak macam last year ye. p/s : Luahan hati pelanggan setia Rak Thai =p


Meriah sakan berbuka puasa bersama geng belog. Jam 6, kami mula berkumpul di Rak Thai. Jam 7, hampir semua sudah sampai & berborak sementara tunggu waktu berbuka. As usual, bila dah syiok berborak tuh, macam-macam topik ler keluar. Kepohci. Suasana = Gamat. Hehehe. Anne, topik kamu tuh memang kelakar bangat. Lawak giler hokei. Ada-ada saja ye. Happy counting your hari besar Anne. 30days to go! =D


Geng husband pon sama naik. Tak tau la depa dok cerita pasal apa. Tapi boleh tahan jugak depa punya frekuensi kepohci tuh. Nak challenge kami ka? Hehehe =p

Seronok dengar cerita mom to be, Hanie & Nad. Tinggal sebulan saja debaran mereka nak sambut baby. Mesti excited kan. Insyallah, moga semuanya dipermudahkan untuk korang ye. Perut korang sangat comel. Cheq teringin nak perut macam korang jugak la. Insyallah. Someday =)

First time cheq ketemu Ida & Tasha. Suwit je diaorang nih. Nice to meet both of you.


Trimas pada semua yang sudi datang berbuka puasa beramai-ramai tempoh hari. Dan trimas juga pada mastermind for iftar kali ini, Hot Mama to be, Diah. Hehehe. Raya nanti jumpa lagi ya!

Aug 26, 2010

Iftar – Edisi bersama BFF & Gang 10 Budak Hitam

Ini cerita minggu lalu.
Aktiviti iftar daku bersama member-member kamcheng sebuluku

Dah jadi perkara wajib setiap kali Ramadhan untuk kami berkumpul. Bila dah berjumpa tu, tak sah la kalau tak berborak & bergelak ketawa tak hengat dunia. Bukan selalu kan. Sekali sekala. Seronok imbas memori zaman muda remaja. Heee =D

Lokasi Iftar : Cozy House Restaurant




Menu Iftar :
Nasi Putih
Chicken with dry chili & cashew nut
Siakap tiga rasa – sweet sour
Sotong goreng tepung
Tomyam seafood
Kalian ikan masin
Pandan leaves chicken
Ice Lemon Tea, Mango Blended Juice, Asam Boi + Lime Juice, Coffee


Peserta : Syahrul, Fathiyah, Hafsah, Jo & Nadiah.


See the ikan = Korban percintaan. keh keh keh =p


Dah feel raya! =D

Iftar on the next day

Lokasi Iftar : Kediaman Cik Siti Azura


Menu Iftar :
Nasi Putih
Udang Paprik
Sotong Masak Serai
Ikan Kembung Goreng Kunyit
Kerabu Mangga
Sayur Campur Masak Sos Tiram
Telur Dadar
Ayam Golek
Lime pudina juice

Menu Moreh : Kopi Cap Kapal Api betul betul kaw. Hehehe. Puding custard, Biskut kering...memang terangkat habes!!! mabeles =D

Peserta : Dalila, Azie, Hanim, Athirah, Fira, Zura & Fathiyah. Tiada gambar sebab lupa. Masing-masing sebok dok bergebang.

Semua menu ni, kami masak beramai-ramai. Gotong-royong. Seronok dapat main masak-masak. Dah macam rewang kenduri. Hehehe. Dengan kecohnya kami nih. Gamat satu rumah hang Zurud. Macam makcik-makcik. Hahaha =D

Lepas iftar, sempat jugak kami belek album gambar dulu-dulu. Lawak giler. Sorang-sorang muka innocent habes. Aah, I miss those days a lot. Jam 12 tengah malam baru lah masing-masing pulang ke pangkal jalan. Time up for ronggeng ronggengan! Bini orang & mak orang pinjam a few hours untuk jadi bujang sekejap na. Jangan marah haa. Hahaha =D

Aug 22, 2010

Nasi Goreng Udang Planta & Sotong Goreng Thai

Sepanjang puasa kali ini, menu iftar kami yang sedang-sedang saja. Yang cepat & senang dimasak. Eh… bukan mee segera tau. Cheq nih taklah koman sangat naaa =p

Masakan saya ni simple. Takde yang extravanganza pun. Dengan rendah diri, (sememangnya diri ini sudahlah rendah..hehe) saya nak berkongsi resepi nasi goreng udang Planta & sotong goreng thai. Terimalah resepi yang tak seberapa ini, ikhlas dari saya untuk kamu. Heeeee =)


Sotong Goreng Thai

Bahan-bahan
200 gram Sotong
Tepung jagung 3-4 sudu besar
Serbuk kari 1-2 sudu kecil
Serbuk kunyit 1sudu kecil
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil – resepi asal letak lada putih, tapi sebab saya suka black pepper, so saya modified sikit. Boleh kan =D
Telur 1biji
Garam + Gula merah secukup rasa
15 gram Tepung kastard
30 gram Tepung naik sendiri
150 gram Serbuk Roti
Minyak – untuk menggoreng

Cara – cara
Cuci sotong dengan tepung jagung untuk menghilangkan lendir sotong. Kemudian, sotong dibilas dan ditos.

Masukkan telur yang telah didadarkan. Campurkan kunyit, garam, gula merah, tepung naik sendiri, tepung custard dan minyak bijan. Gaul rata semua bahan bersama sotong. Golekkan sotong dalam serbuk roti.

Goreng hingga garing, hingga serbuk roti turn into gold-ish colour. Siap untuk dihidangkan.


Nasi Goreng Udang Planta

Bahan-bahan
Nasi (gaul dengan sedikit garam)
Marjerin Planta – 2sudu besar
Udang – terpulang nak letak berapa ekor. The more is merrier. hehehe
Kicap cair – 1-2sudu
Telur – 1biji
Serbuk Lada putih – secukup rasa
Limau kasturi – 1/2biji
Garam + Gula – secukup rasa
Daun sup & sayur campuran – optional
Serbuk perasa ayam - optional

Cara – cara
Panaskan kuali, cairkan planta lalu goreng udang. Kemudian masukkan telur. Goreng telur seperti scrumble egg.

Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam dan serbuk lada putih.

Perah limau kasturi.

Masukkan garam + gula dan gaul rata. Angkat dan hidang.

Bila nak hidang, taburkan daun sup & bawang goreng. Siap dah =)

Selamat mencuba!

Jun 24, 2010

Uuhhh.....Aahhhh.....Steam

Emosi tunggang terbalik
Otak tak centre...ting tong
Hati gundah gulana. So, what is the best thing to do to cheer you up again?


Meet your bff, borak tak hengat & MAKAN!!!
I’ll always do it as my therapy besides shopping. Hehehehe. Gelak ada makna ni =D

Lokasi terjah kami kali ini, Restoran Kak Eita Steamboat, Wangsa Maju. Kawan-kawan den ni hah yang teringin bebenor. Den follow aje. Hehehe. Padahal, tuan punya badan pun mengidam jugak =p

Menu : Steamboat Ala – Carte for 4 pax
Menu buffet hanya bermula jam 6petang onwards. Kami sampai jam tiga. Jadi, pilihan ala carte saja yang ada. Belasah ajolah labu.


Moh ler kita rungkai apa yang tersembunyi dalam pinggan ini satu persatu. Fucuk, Telur puyuh, Sawi, Kobis, Cendawan, Udang, Sotong, Kepah, Ketam, Bebola.


Aneka Maggi & Telur.


Sup Ayam & Tom Yam.

Nampak sikit kan? Tapi, jenuh & mengah jugak kami nak habiskan semua ni. Tu pun dah import 2 star player kiri kanan. Hahahahaha. Kami ni, perutnya kecil, nafsunya besar. Tak padan neh.


Untuk 2orang jejaka kacak ini, ada menu tambahan pulak. Nasi Lemak Ayam Berempah & Nasi Lemak Ayam Pandan. Ini kerana, purata saiz perut 2orang jejaka kacak adalah lebih besar berbanding purata saiz perut 3orang gadis manis. Ish ish ish. Hehehehehe =D


Yang ini Vanilla Passion Fruit, memang terangkat beb. Mocha Ice Blended & Lagenda Juice juga terbaek. Thumbs Up!!!

Tapi, hidangan steamboat itu kureng kick. The cold cuts was so-so. Chicken soup was plain. Biasa saja. Tom yam also so-so. Same goes with Nasi Lemak. Personally, saya bagi 3/10 stars. Kawan-kawan den nak bagi tahik bintang saja pasal service kureng mantap. Not so good. Aih… So, den boleh recommend their juices & smoothies range saja. Malatops. Kalau kita masuk kedai order air saja boleh kan? Hehehehe =D


Sebelum pulang, mari kita bergambar ramai-ramai dengan pinggan mangkuk & sisa makanan yang berselerakan itu. owh. Malunya... Nampak sangat pelahap =D

Okeh kawan-kawan, kita sambung pulak jalan-jalan cari makan versi Kami The Agogo next entry. Den mana boleh say no to makan promotion. Rezeki jangan ditolak. Rugi. Hahahaha =D

Nota kaki : Kak Yani, sup Kak Eita memang dah kureng kick ye? Tukang masak dah tukaq kot. ngehehe.

Jun 10, 2010

Nasi Ayam Mancongkam

Faveret saya sejak dulu, kini & selamanya…
Eh, macam pernah ku dengar ini tag line.. hahaha =D

Ok. Masa kecik saya buta menu. Hahaha. Memang tak tau langsung kewujudan nasi goreng Pattaya, Nasi goreng ikan masin, Nasi daging kunyit dan yang sewaktu dengannya. Betul. Tak tipu. Saya cuma kenal nasi ayam sahaja. Oh, dulu haku ingat kat kedai ada jual nasi ayam je. Wakaka. Sengal.

Kalau ayah belanja kami makan diluar, menu yang kami order, Nasi ayam & fresh orange. Tiap-taip kali menu tuh. Tak pernah tukar. Adik beradik den ni ramai, 7orang. Jadi, bila waiter datang ambil order, semua akan cakap nak nasi ayam & fresh orange. Menu yang sama okeh. 7pinggan nasi ayam & 7gelas fresh orange. Hahaha =D

Bila masuk U, kebetulan kafe kat kolej ada jual nasi ayam yang best. Murah & sedap. So, hape lagi. Haku bantai nasi ayam tiap-tiap hari. Ngehehe. Dahsyat. Tak jemu pulak tuh. Haku pun heran. Macam mana haku boleh makan nasi ayam je selama 1tahun =D Lepas tauke lain ambil alih kafe, resepi nasi ayam dia dah tak se-ummph macam tauke sebelum ni, so den pun dengan hati yang berat, terpaksalah melupakan menu kegemaran den itu. Uh.. sedih…

Hari ni, nak cari nasi ayam yang sedap, amatlah mencabar. Susah bebenor. Yelah, orang dulu berniaga lain dari orang sekarang. Tak faham den. Ish ish ish.

Aha, Nasi ayam kategori buatan sendirian berhad yang paling sedap bagi saya ialah nasi ayam buatan makcik manis & makcik manggis, ibu sahabat saya. Sedap hingga menjilat jari. Lazat tak terkata. Nasi ayam ibunda saya juga tak kurang sedapnya. Hehehe. Mak, buat nasi ayam untuk kak long hujung minggu depan boleh? =) Anak bertuah. Hehehe.

Kalau kategori kedai,
Den pilih 3terbaik setakat ini :


Nasi Ayam Ani Sup Utara


Nasi Ayam Mancongkam


Nasi Ayam D Jamil Corner

Nasi Ayam pilihan anda? Kat mana weh? Kalau ada resepi nasi ayam, post kat blog korang. Share lah. Nanti boleh den poei serang. Hehehe =D

May 21, 2010

Chakri Palace


Sawadikappp
Kap kun kapppp

Lately, saya malas betul lah nak masak. Sebab Pak Enchek baru bersihkan dapur minggu lalu. Kalau den masak, nanti dapur kotor semula. Alasan. Kalau pasal auta, memang kau nombor 1. Haha. Million thanks to Pak Enchek yang sudi cuci dapur Mak Enchek hingga berkilat & bersinar-sinar =) Lain kali abang cuci lagi ya? Hehehe.

Kami makan di luar saja minggu ini. Bila sebut pasal ni, makanan Thai antara faveret saya. Nombor 1, sudah tentu Tomyam! Hehe. Gue boleh hirup tomyam bergelen-gelen. Janji kurang pedas lah. Kalau pedas tahap gaban, confirm berasap telinga gue. Hahaha.

Ok. Moh kawan-kawan, kita jamu selera.
Eh, jamu mata. Wakaka =D Jangan marah haaa.


Fresh fruit juices: Pink Guava & Mango

A plate of nasi putih from beras wangi. Tak tau la beras cap apa depa guna. Yang penting, lazat! =) Sorry, gue lupa snap gambar nasi sebab dah kebuluq sangat masa tuh. Bau nasi putih pun dah mencongkam habes ai tell u. Aih, rosak program diet gue.


Clear tomyam. Chakri Palace speciality. Kalau nak request tomyam merah tu pon boleh. Ikut suka hang pa na.


Chicken Pandan Leaves. Pergh. Yang ini sodap giles. Mebeles. Den nak try masak ayam pandan sendiri after this. Bila? Hehehe. Tunggu sajalah =D


Crispy Squid. Rangup tau. Ratah begitu saja pon best.


Last but not least, Kami the Double D
D stand for Debab =p

May 5, 2010

Cendawan Goreng

Atas permintaan ramai. Ramai kerrr ??? =p

Chef Fathiyah akan beraksi didapur untuk berkongsi resepi tersohor beliau iaitu… ***drum roll please***

Cendawan Goreng!!!
Hehehe… baru terror goreng cendawan, sudah bikin kecoh. Ok. Mari kita teruskan.

Bahan-bahan

Cendawan
1biji Telur (gred B – telur saiz kecil)
Secubit garam
Tepung ayam goreng
Minyak

Cara-cara
Basuh cendawan. Toskan air. Biar betul betul kering. Lagi lama kamu biarkan cendawan tadi kering, lagi bagus. Tahap kekeringan cendawan ini sangat penting. Ia adalah faktor utama untuk pastikan cendawan kamu rangup & tak lembik selepas digoreng.


Carik cendawan. Saiz sederhana. Tak kecik tak besar.


Pecahkan telur, pukul hingga garam larut. Tak perlu pukul hingga kembang. Yang penting, putih & kuning telur sebati. Biasanya saya tidak masukkan garam langsung. Sebab Pak En-chek tak suka masin. Hehehe =D


Tuang & gaul hingga sebati bancuhan telur bersama cendawan yang sudah dicarik tadi.

Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak sudah mencapai tahap kepanasan yang diinginkan…


Dengan pantas, gaul cendawan bersalut telur tadi bersama tepung ayam goreng. Golek-golek cendawan hingga bersalut dengan tepung seluruhnya. Terus goreng.


Goreng cendawan hingga garing & perang keemasan. Ini gaya gedix goreng cendawan. Hahaha =D


Sudah siap. Selamat mencuba!

Nota kaki : Kredit to Pak En-chek yang bersusah payah snap gambar Mak En-chek in action. Poyo. Hehehe =D

Apr 14, 2010

Paling Comel

Perempuan & mengidam.
Itu perkara biasa. Tak heran. Kalau perempuan tak mengidam, cheq heran la jugak. Waktu mengandung kita mengidam. Tak mengandung pun kita mengidam. Hehehe =D

Tapi, kalau lelaki yang mengidam, ianya jarang-jarang (sebut macam P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang). ngehehe. Mungkin lelaki juga mengidam. But they never tell anyone. Ego? Tak macho? Mungkin lah kan. Hehehe.

When a man confesses about his craving-ness, I think it’s something cute tho. Sooo cute. And when my husband say ‘Abang teringin la nak makan …’, I feel like he’s the cutest man ever. Hahaha =p Comel okey.

Biasanya Syah teringin makan KFC. Idamanku Selalu. Hehe. Cheq dah boleh tau kalau dia mengidam. His face is telling me that. Hmmm, a face of wanna something. Macam muka budak kecik nak candy or lollipop. Macam tulah ghupenye.

Tapi, kebelakangan ini dia mengidam lain pulak. Iaitu, DONUT.
Terkejut cheq. Tak pernah-pernah dia mengidam donut. Pelik. Biar betul nih. Sah la dia dah terkena jangkitan virus cheq. Hehe. Donut pilihan Syah cuma yang satu ini saja. Demand tuh =p


Californian Almond by Big Apple Donut

Minggu lepas, kami dah beli sedozen donut. Minggu ini beli sedozen lagi. Hahaha =D Gila tamak. Confirm kami tak makan donut sebulan lepas nih. Haha. The truth is, saya pun mengidam donut jugak. Nak tumpang sekaki. Itu pasal beli sampai sedozen. Hamek ko. Siang malam telan donut. Hehehe. Rite now, rasa nak muntah donut daaa =p

Nota kaki : Blog agak terabai & serabai. Bizzy mode! Pening haku pening. Tensi!

Mar 9, 2010

Kasi Goreng!!!

Bila kamu dah kawen, mesti akan ada orang tanya soalan cepu gangsa nih
“ Malam ni kamu masak apa untuk husband ? ”
Jawapan saya, “ Tak masak pun” Hahaha.
Hah, kerek betoi jawapan tu kan.
Tulah, siapa suruh korang bizzi body dengan cheq =p

Bab masak memasak ni, ianya bukanlah rutin harian saya. Isteri mithali sungguh. Hehehe =p Kalau masak pun, ala kadar saja. Menu orang bujang.

Jom kita tengok apa yang saya bikin untuk menu makan malam
Kaedah memasak yang digunakan – GORENG!!! Hehehe. Sonang.


Mee goreng


Pisang goreng.
Orang biasa makan pisang goreng for tea time, haku plak makan as a dinner. Hahaha. Gila malas =p Tapi, sodap betul pekena pisang goreng + teh O. Terangkat!


Nasi goreng + ayam goreng


Nugget + keropok
Yang ini menu sangat malas kuasa dua ye. Hehehe. Nasib la suami den tak banyak songeh. Tak komplen. Makan sajo lah ye abang =p


Nasi putih + sup daging + cendawan goreng
Aha, ni menu time haku naik sheikh nak masak. Hahaha. Sup daging adalah kegemaran kami =) Cendawan goreng tu, den kono berguru sepurnamo dongan omak mertuo den hah. Baru la menjadi. Sekarang den sudah expert goreng cendawan beb. Hehehe =p

Ok. Jom kita makan!
Sekian =)

Nota kaki : suka tengok blog Otai-otai masak.
Cik Manggis & Kak Lemongrass . Depa nih memang idola cheq la =)