Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Jun 29, 2012

Stay at home mother - SAHM

I am counting a days to get back to work. Insyallah, I'll start working with new company next week. Oh...Monday blues. huhuhu

Perasaan saat ini - rasa macam-macam - sedih, berdebar, risau, takut. It seems like the negative feelings took over me at this moment. Sekarang ni asyik dok peluk & cium Nuha je. Dia pun naik rimas. hahaha. I wish I could stay at home any longer. Oh, Nuha already took her first few steps this week. Makin hari makin mahir melangkah. Well done my darling.

Since I left my job & stay at home, I've got so many people will asking me this popular question. "Tak boring ke duduk rumah jaga anak?" Frankly speaking, I never felt bored at all. Stay at home was heaven. Bukan duduk rumah goyang kaki. Kenalah buat kerja rumah kan. Masak, mengemas, membasuh, mencuci & so on. A never ending job. Letih? Alah bisa tegal biasa. Cewah. Dok ofis lagi letih. Letih berlakon. hahaha ;p

Jaga Nuha - best job ever! Within this 3months, I'd learned a lot, especially on be patient. Sabar jaga anak ni lain. Tak sama macam kita sabar dengan husband. hehehe. There was 1day, were Nuha was so cranky from day to night. Sungguh menguji tahap kesabaran saya. I was tired - physical & mental. And I lost with myself. I scoulded Nuha. Kesian dia. On the next morning, I turn into Prof Muhayya ceramah, and I feel so guilty. I keep on minta maaf with Nuha walaupun dia maybe tak faham. Bukan anak saja yang kena minta maaf pada parent kalau buat salah. Tapi parent pun kena minta maaf pada anak kalau ada yang terkurang dalam mendidik anak. As told by Prof Muhayya.

Miss my job? Hell no. Maybe I'm not an ambitious woman. Takpe. Ramai lagi woman engineer yang hebat di luar sana. Please replace my spot. I want to retired, stay at home & raised up my daughter (and her sibling in future, insyallah).

Maknye over sengih. Abaikan. haha ;p

Sep 21, 2010

Dam dam dum… raya!

Salam bloggers =)
Lamanya cuti. Seronok kan. Nikmat.
How’s your raya celebration? Sure best, meriah & penuh makna kan. Alhamdullilah.

Tahun ni, turn saya pulak beraya bersama famili mertua. Pagi raya, kami beraya kat Taman Melati. Lepas solat sunat Aidilfitri, semua bersalaman & bermaaf-maafan.


Famili portrait, harus ada. Then, kami terus ke Kuala Pilah, kampong ibu mertuaku.

Jalan di kampong jammed. Biasa la. Time raya kan. Kat bandar lengang, kat kampong pulak sibuk. Juadah raya yang wajib kat sini, lomang paneh & rendang podeh. Terbaek punye! Oleh sebab cheq tak tahan pedas, sebelum makan, harus tanya tuan rumah dulu whether masakan dia podeh ke tak. Hehehe. Ada jugak tuan rumah yang dah warning awal-awal, bagitau masakan dia podeh. Tahap kepedasan orang nogori ni memang tak hengat punye. Berasap telinga & mulut. Kaw kaw punye podeh. Den surrender la. Ngehehe.


Port kat kampong yang paling saya suka, bertenggek kat tangga batu ni. Syok. Especially time angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Kalau anak dara, orang tua tak kasi bertenggek macam nih. Tak manis katanya. Tapi, den dah jadi mak dara, so takpa la. Hehehe. Melepak sambil borak-borak. Romantik cara oldies sungguh. Hahaha =D


Raya ketiga kami bertolak ke Lumut.

Dah plan nak jumpa my BIG family kat sana. Saja tahun ni ayah ajak kami pi Pulau Pangkor. Ziarah sedara mara cum short holiday. Okay, malas nak cerita panjang, photos galore ahead. I’m having a great time with families. Fun, fun!


Kampong Teluk Kechil


Holiday time cuti umum a bit mahal. Semua naik harga. So, if you really want to enjoy your holiday, forget about the money you need to spend. Huhuhu. Yes. Pocket pain. Kami stay kat Teluk Nipah. Breakfast, Nasi lemak sambal semata takde ape RM1. Belasah jelah labu.


Dinner at chalet consider cheap. Ikan siakap tiga rasa was marvelous! Terangkat. Transportation cost, double price from normal days. Luckily we got villagers van driver yang tak cekik darah.



What we did :
Island Hopping (Pulau Giam, Pulau Buaya, Pulau Paus, Coral Island), Kayaking (Best giler – highly recommended) & mandi manda. Hehehe.










A must visit place in Pulau Pangkor, Kota Belanda.


Don’t get surprise naa. Photo-gurl-dix. Hahaha =p

Sekian saja cerita raya. Babai =)

Jul 23, 2010

The Wedding of Suryana & Ridzuan

Straight to the point - ini cerita serba sedikit tentang majlis walimah adik ipar saya. Oh.. biar gambar sajalah yang bercerita ya. Enjoice!

Wedding timeline


Solemnization : Jumaat jam 10.20pagi. Dengan sekali lafaz, status Cik Ana jadi Puan Ana. Alhamdullilah. Selamat sudah. Syukur =)

Majlis Berinai : Jumaat jam 9malam. Close event just among pengantin & family. Oh. Ni la buat pertama kalinya den menepung tawar mempelai. Tak reti hokei. Mulanya den tak nak. Segan la weh. Tapi, kena paksa. Hahahaha =D


Reception 1 : Majlis bersanding, Bride side. Tema : Tiffany & Grey.


Outdoor : Memorial Tun Razak
Suka sangat gambar kat pintu tuh =)


Reception 2 : Majlis bertandang, Groom side. Tema : Turqoise & White.

Wedding details

Baju nikah (Pure White) + Baju Songket (Purple Terung) + Baju Sanding (Silver Grey) + Baju Bertandang (Turquoise) – Butik Nelly Za


Pelamin – Butik Nelly Za


Makeup – Nikah (Munie Ahmad), Berinai, Bersanding & Bertandang – (Butik Nelly Za)


Bilik Pengantin – Idea ibu mertuaku & pengantin herself =)


Souvenier : Box – LH Creative, Candy, Chocolate cupcakes & Telur.


Families =) Ish, kenapa pipi harus tembam seperti muffin terlebih baking powder...huhuhu.

Pictures : Cilok dari OP – Pfiema Photography & Shafiq Shaharuddin FB. Hehehe

Nota kaki : Seronok tengok orang kawen. Lalala =D

Jul 13, 2010

Missing in action

Owh... ke manakah menghilangnya cik puan Fathiyah?
Sudah seminggu blog ini diabaikan...(kalau hangpa perasan la...hehehehe)

Ampun. Minta maaf na. Cheq tak sempat & tiada kelapangan masa untuk hapdet blog. Buzy like a bee... and buzy body. Hahahaha =D

Demam kenduri kawen!

Yea! Adik ipaq cheq sudah kawen =) Tinggal sorang saja yang bujang trang tang tang. Hehehe. Shafiq, 3tahun lagi kan? Hahaha =D Alhamdullilah, sudah settle semuanya.

Penat & letih, hangpa toksah cakap la. Lenguh, sakit satu badan cheq neh belum surut lagi. Koman betoi la cheq neh kan, buat gheja skit dah macam nak tercabut tulang sendi semua la. Hehehe. Dulu, masa time cheq jadi pengantin rasa penat skit ja, la ni baru la cheq tau betapa penatnya jadi tuan rumah. Terharu betoi cheq dengan bantuan & keringat tenaga yang dihulurkan oleh famili cheq masa cheq kawen dulu. Tenkiu semua. Love you soooo much.

Adus! Adik-adik cheq lagi 6orang tuh belum kawen. Mampuih. Hahahahaha. Harus minum kacip fatimah kasi mantop tenaga lepaih neh na. Hehehehe =D (Hangpa semua kawen serentak la. Senang. Kwang kwang kwang)

Tiap-tiap malam cheq dok tidoq antara jam 2-3am. La ni, mata cheq dah macam panda. Huhuhu. Cheq nak pi Spa. Nak urut satu badan. Nak membelai & memanjakan tubuhku ini. Buang angin & lemak. Hehehe. Baru lega kan. Cewah, cheq ni mengalahkan pengantin na. Hahaha.

Malam semalam baru sempat khatam separuh dari entry kamu semua. Aih, dalam seminggu tak online, banyak benor yang cheq ketinggalan. Belum sempat cheq nak drop komen. Sabaq na. Tunggu cheq masuk gear, lepaih nih, seminggu kita kasi panaih enjin. Berdesup cheq tekan minyak. Laju lagu F1 na... Hahahaha. Merepek meraban!

Gambaq pengantin & majlis nanti dulu na. Gambar cheq tak banyak. Malas nak bergambaq sebab cheq dah kembong sana sini. Nyampah you =p

World Cup pun dah habis. Congrate to Spain team. Betoi pulak ramalan Paul si sotong kurita tuh kan. Kalau prediction dia tak betoi, dah lama jadi sambal sotong. Hehehehe =D Memang sodap betoi nasi lemak + sambal sotong. I loike! Hahahaha.

Undian Miss Gorgeous telah dilanjutkan hingga esok. Dont't forget to vote me. Hahahaha. Sempat lagik promo =p

Nov 19, 2009

Makcik oh makcik

Dengan ini diwar-warkan seluruh kampung.
Secara rasminya, saya sudah bergelar makcik =)
Cheq dah naik pangkat na. Hehehe. Sebelum nih, gelaran makcik tuh tak rasmi. Aha, alasan kerana tak mengaku diri ini sudah tua =p

Alhamdullilah, kakak ipar saya aka along selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.6kg pada 17 November 2009 (kelmarin) jam 3.30pm di Hospital Putrajaya. Empunya nama Nur Insyirah. Comel. Gambar puteri ini nanti ya. Puteri perlu berdandan sebelum potretnya dirakam. Hehehe =p

Kalau ikutkan, anak sedara saya nih akan panggil kami pak ngah & mak ngah. Ewah, merahnya mak ngah. Elok sangat lah tuh, pak ngah ko memang suka warna merah pun =p Hmmm, tapi saya macam nak tukar gelaran lah. Hehehe. Saya tak nak dipanggil mak ngah. Kenapa? Ada sebabnya. Biarlah rahsia. Oh, kalau panggil makcik Fathi pun ok kan? Ataupun Cik Yah. =) Mana satu ya? Nak pilih gelaran pun, boleh jadi satu dilema. Haha. Macam-macam daaa.

Nota kaki : Hadiah untuk anak sedara belum dibeli. Elok sangatlah, sebab YES start 21Nov-3Jan =) Best! Hehe. Mak menakan nih yang over excited nak pi shopping =p

Oct 1, 2009

Raya Sakan

Raya kali ni paling meriah dalam sejarah cheq.

Penat pun ya jugak. Mana la tak penat kalo dalam sehari pukul rata 10 buah rumah kami terjah. Hehehe. Bab makan jangan cakap la. Memang overloaded. Sampai rasa nak terkeluaq balik semuanya.

Dari pagi sampai tengah malam kami beraya. Ni la yang orang panggil raya sakan. Hehehe. Almaklumlah, pengantin baru.. ops, pengantin suam-suam ketiak. Hahaha. Banyak rumah sedara mara harus diziarah. Masa ni la nak rapatkan hubungan silaturrahim. Jumpa bukan selalu. Setahun, dua tiga kali ;)


posing gedik santai ;p

Rasanya syah paling excited beraya. Dari bendang (sawah padi) ke kebun kelapa sawit, meredah ladang getah, meneroka hutan paya bakau, end up masuk hutan. Hehehe. Over ;p Our raya full with adventure lah. Ini kes pak mertua pekena menantu na. Hehehe.

Syah is city boy (dia yang dok cakap dia budak bandar. Eleh, konon ler tuh ;p). Saya, kampung gurl. Hehehe. It’s a perfect time to introduce him to our kampung. Lets see, bila city boy masuk kampung ;p

Jom layan gambar-gambar raya cheq di kampung ;)


Kampungku yang indah permai ;) I love it!





BBQ time! 2days in a row we did barbeque party amongs family ayah and emak. Macam mana la cheq tak gemuk time raya nih. Mana boleh tahan godaan ayam panggang dan kambing golek ;p hahaha.


Adik ku yang jakun masuk kampung. LOL






Raya in mangroove jungle at Port Weld (Kuala Sepetang)

Hajat dihati nak pekena Mee Udang Banjir yang famous di sini. Tapi apakan daya, Tauke Mee Udang Banjir masih cuti raya. Huhu. Dapat jamu cucur udang pun orait la. Habis jugak setalam kami balun. Hehehe. Bukan setakat tu saja, dengan udang-udang kami tapau bawa balik ;p Memang besaq-besaq udang Port Weld. Fresh!

Kalau anda ke sini, singgah lah warung Mee Udang Banjir Pak Hashim, berdekatan simpang masuk ke Kampung Menteri. Promote bisness sedara nih ;)


Sesi balun Kuew Teow Goreng Doli di Taiping. Saya paling suka kuew teow goreng Tok In. very WORLD I tell u. Syah cakap nasi ayam Doli pun sedap. Nasib baik abang tak nangis. Hehehe ;p

Doli, antara famous food spot jika anda bertandang ke Taiping. Lokasi, bandar Taiping , bertentang dengan Klinik Kesihatan Taiping. Promote bisness tok menakan pulak nih. Hehehe ;)

Nota kaki : cawangan restoran Doli di KL sudah dibuka @ TTDI. Bangunan IBM. Feel free to taste our special family recipe of Fried Kuew Teow ;)

Jul 13, 2009

Dibius Cinta

Doktor sedang menerangkan prosedur pembedahan kepada pesakit. Semua ahli famili pesakit ada bersama, mendengar dengan teliti setiap butir bicara dari doktor bedah itu. Doktor menyatakan risiko-risiko yang boleh terjadi ke atas pesakit kesan dari ubat bius.

Adik kecil itu berbisik kepada ibu. Bertanyakan sesuatu yang sukar bagi kanak-kanak sebaya itu memahami istilah perubatan…

Adik : Mak, bius tu sama macam dibius cinta ke?
Mak : (Tergelak besar…wakaka) aih,dibius cinta tu lain. Tu lagu. Bius doktor ni lain…daaa.



Nota kaki 1: pesakit – saya ;p adik saya yg bongsu (9thn nak msk 10thn) la yg tanya soalan cepu gangsa nih…alahai,saya yang tengah sakit masa tuh pun boleh tergelak ;p sakit perut kak long tau!

Nota kaki 2: mood - haku tensen dgn keje kat opis!!! rs nak cuti honeymoon one more time.come on bebeh ;p hehehe. rindu kat adik bongsu aku yg busuk & masam nih.entry utk melepaskan tekanan.pelukan suami is the best medicine ;p

Jun 19, 2009

Oh Ayah



Dedicated this song to my beloved ayahanda dan jua ayahanda mertua :)

Ayah Nilai Kasihmu
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri

Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar wang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

Jun 16, 2009

Hidup Biar Sedap!

Apa lagi yang mengujakan selain dari makanan yang enak?
hehehe ;p

Saya telah 'berdosa' pada program dietku.hahahaha
ada aku kisah??? saya kisah sbnrnye.tapi kalau saya buat-buat lupa boleh? ngehehe

my sinful treat :)

cheese baked spaghetti bolognese & crispy chicken chop

ok,menu ini terdapat di Padi House,Cyberjaya. location yang tepat,Padi House ni terletak berdepan dgn Prima Office. same place,ada pelbagai restoran lagi,Old Town Coffee,Kitchen Village dan lain-lain ;)

apo nak dikato? sedap hingga menjilat pinggan.ngehehe.I wish to do it! rasa nak tambah lagi.memang highly recommended to whom yang suka spaghetti & baked cheese.

Ahad. hari bersuka ria dan bercanda bersama my sis,sofa & her best buddy,diha. hahaha
first time saya keluar tanpa suami. of course lah saya dah mintak kebenaran sebelum keluar. kalau tak,dosa tau. hehehe. destinasi tujuan, Hajaba Shah Alam (belakang Tesco Extra).

kenapa saya sanggup jauh ke sana? sedangkan kat bangi pun ada hajaba juga kan ;) sebab all new arrival jubah,tudung & tops semuanya ada disini.jadinya,jika kamu mahu latest collection of Hajaba,sila ke sana ya. saya sudah ketemu jubah yang berkenan dihati. tapi belum pasti mahu jadi pemilik jubah itu. hehehe ;p

destinasi berikutnya, The Gardens & Mid Valley (syah cakap saya ni penggemar TG & MV tegar.sbb saya mesti nak shopping disini jugak) LOL. dan saya ketemu 'idaman hati'. rasa nak kesemuanya. tamak.


jamu selera di Italiannies. my all time fav pasta ada disini juga ;)


Quattro Plater & Beef Lasagna


The best lasagna at dis moment. again,saya suka cheese dip. bagi yang suka spicy food,juadah ini mungkin agak muak. bagi saya,inilah juadah yang paling cocok untuk saya yang tak tahan pedas ;p

rasa nak try italian food kat sini (
nerovivo),tapi was-was. kat mana lagi restoran itali yang best? ke saya kena terbang ke itali untuk rasa pizza sebenar?hehehe ;) just kidding

May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...m
emang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke rumah, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak





Nota kaki : Selamat Hari Ibu buat bonda,Pn.Fauziah Mohd Daud dan juga buat bonda mertua,Siti Hawa Karim.Kak long sayang & rindu mak sangat-sangat ;) *hugs* muah muah muah...Selamat Hari Ibu juga pd ibu-ibu & bakal ibu ;)


Feb 3, 2009

Selepas kahwen ;p

Kehidupan saya slps kahwen seperti biasa
seperti zaman bujang..zaman anak dara dulu
hehehe...saya blm lg memasak utk sang suami
tlg mak & mak mertua di dapur saja..haha
bukan malas..tapi tgu mood & inspirasi dtg..hehe
alasan saja ;p

hujung minggu pula,waktu utk kami bercanda..hehe
jalan2 cari makan ;)
best bila dating slps kawen...hehe
rasa sungguh bahagia...
spt dunia ini ana yg punya :)
sbb saya sudah halal utknya
jalan sambil berpimpinan tangan dgn sang suami
..indahnya ;) alhamdullilah







sinful seafood treat with my BIG family at umbai,melaka













BBQ Chicken...masakan korea! must try
the best part is,restoran nih psg lagu2 dr cite korea
hehehe..anim,for sure ko enjoy makan kat sini ;)















banyaknya!!!! biar betul
hehehe..dating wif my BFF,nadiah & hafsah

gambar-gambar sekitar majlis akad nikah,
majlis resepsi & majlis bertandang tempoh hari
sudah pon berada dlm tangan saya sekarang
namun,buat masa ni atas faktor kekangan masa,
maka saya akan upload gambar dlm masa yg terdekat..hehe
semua gambar2 best! really enjoy that moment!
rasa nak kawen lg sekali...hehehe ;)

sapa yg tau apa2 web utk editing gambar,
sila recommend kat saya ye
kerna saya perlu edit gambar2 tersebut
sblm ianya disiarkan..ngehehe

nota kaki : saya akan berangkat ke langkawi pagi2 esok utk fantasia bulan madu..hehe ;p